Wednesday, February 27, 2013

Mythbuster - Siri 5

Ok..ni sambungan dari entri semalam,  Mythbuster - Siri 4

Ini namanya Paracetamol suppository..pendeknya dipanggil PCM supp. Gunanya ialah sebagai ubat demam yang dimasukkan ke dalam dubur baby/kanak kanak. PCM supp ni selalunya diberi kepada baby/kanak2 yg demam panas/susah nak makan ubat/tengah alami simptom muntah2. Mitos tentang ubat PCM supp ini yang aku baru dengar last week ialah, ianya merbahaya. Last week ada sorang baby 7 bulan demam dengan temperature 40.5 degree Celcius. Memang panas kan. Ayahnya beria ia  tak mahu PCM supp itu dimasukkan. Aku puas pujuk dan bertanya kenapa...last last ayahnya cakap 'risau ianya merbahaya'. Aku tanya, ' apa yg merbahayanya?'. Ayahnya pun tak tahu apa yg merbahaya! So, pada aku, sesetengah orang anggap PCM supp ini 'bahaya' sebab ianya dimasukkan dari bawah, kot. Takde bahayanya ubat ini, ianya sama macam paracetamol lain, cuma presentation nya sahaja berbeza. 

Ada juga mitos/kepercayaan sesetengah parents yang percaya PCM supp ini sesuai utk diberi kepada anak mereka yang dah berusia 12 tahun, yang tak geti makan ubat syrup, apatah lagi pill. Oh !!!  Tolonglah ajar anak anda makan ubat ya, dah besar dah tu..dosage PCM supp ini hanyalah samada 125mg atau 250mg..Jadi amat amat tak sesuai dan tak cukup dos nya utk kanak kanak 12 tahun. Dan bayangkan perasaan anak yg dah darjah 6 tu bila nak masukkan ubat ini...:)

Ini measuring tape. Selain di kedai tailor, kat klinik dan hospital pun ada. Gunanya ialah utk ukur saiz lilitan pinggang. Mitos nya ialah lepas kahwin, hidup bahagia, makan minum terjaga, maka kaum lelaki pun dapat anugerah PJK. (perut jalan ke depan). Sebenarnya, tak bahagia..hahaha...Sebab meningkatkan saiz lilitan pinggang, bermakna meningkatnya peratusan abdominal obesity. Dan abdominal obesity berkadar langsung dengan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung, lemah jantung, insulin resistance, kencing manis, dan lain lain. Jadinya, kena ubah persepsi bahawa lepas kahwin, it is OK to be boroi/PJK. No, it is not OK. Dan umur pun makin meningkat. So kena jaga fitness level, kena jaga ukuran lilitan pinggang. 

Tape ini juga boleh digunakan utk mengukur tinggi rahim ibu2 mengandung. 1 cm mewakli 1 minggu usia kandungan. So utk kandungan berumur 5 bulan, sepatutnya ukuran tinggi rahim bila diukur mestilah beri bacaan sekitar 20cm. Mitosnya ialah, dengan melihat saiz perut, dah boleh tahu jantan atau betina nya. hahaha. Well, mitos ini terkena pada wife aku sendiri, masa mengandungkan anak kedua kami, Zayyan. Ditakdirkan saiz perut wife aku agak besar, dan rata2 semua org2 tua yang kami jumpa masa balik kampung, dengan confident nya kata ianya anak perempuan, padahal kami dah siap scan 3d/4d, dah tahu ianya baby boy. Paling tak boleh blah, aku ingat lagi seorang akak di kedai runcit ni boleh beria ia nak bertekak dgn wife aku beritahu 'dia tahu itu baby girl'  yg wife aku kandungkan...dan dengan yakin kata " 3d/4d scan yang nampak baby boy itu, salah!"...hadoiii...

Dan kena buang juga mitos bahawa kalau perut besar = baby besar. Not necessarily ok. Boleh juga saiz rahim besar sebab kandungan air ketuban lebih banyak dari biasa(polyhydramnios). Contohnya dalam kes kencing manis masa pregnant, ia boleh terjadi. Saiz rahim yg kecil ukuran nya juga tak bermakna baby kecik. Boleh juga sebab air ketuban kurang(oligohydramnios). Kena faham fakta bahawa air ketuban terhasil dari air kencing bayi dlm kandungan, dan air itu 'di recycle' dengan baby menelannya kembali. Bila faham fakta ini, maka apa apa abnormality pada kandungan air ketuban, mudah dicari punca nya. Selain dari faktor kecacatan baby, polyhdramnios atau oligohydramnios boleh terjadi atas sebab sebab lain, yang mana aku rasa terlalu kompleks nak cerita di sini.

Ini namanya Otoscope. Utk memeriksa ke dalam lubang telinga. Nak tengok ada tak tahi telinga keras tersumbat( impacted wax), atau ada ke tidak jangkitan dalam telinga. Boleh juga tengok ada tak manik/getah pemadam/guli/kertas/anak lipas dalam telinga..ya, itu semua aku dah pernah jumpa dalam telinga pesakit. 

Mitosnya ialah telinga itu perlu dikorek hari hari, kononnya nak bagi bersih. Bukan, telingan jgn di korek hari2. Nanti ia terlalu bersih. Tuhan ciptakan tahi telinga( ear wax) itu tidaklah sia sia. Ada gunanya.Utk memerangkap habuk/kotoran/etc. Jadi kalau dah obses sangat hari2 korek telinga, maka apa yang tinggal dlm telinga utk trap benda2 tersebut? Ear wax juga bersifat sedikit asid. Jadi sifat asid ini penting dalam menghalang pembiakan bakteria & fungus, sementelah dalam telinga itu gelap dan agak lembab keadaanya. Kalau dah takde ear wax, maka senang lah dpt ear infection. 

So, berapa kerap kena korek telinga sebenarnya? Jawapannya, bergantung kepada anda jenis yg mana. Ada orang yg memang telinganya jenis hasilkan ear wax yg banyak, ada yg sedikit. Jenis yg banyak ear wax ini lah yang terdedah kepada risiko impacted wax & jangkitan dlm telinga kalau kerap sangat bersihkan telinga. Penggunaan cotton bud itu hanya akan mengeluarkan sebahagian kecil sahaja ear wax, manakala majoritinya tertolak ke dalam telinga. Diulang banyak kali, ear wax yang tertolak ke dalam tu akan mengeras. So, petua nak korek telinga dgn cotton bud ialah korek hanya di bahagian luaran/opening of the ear.. jangan terlalu syiok korek sampai ke dalam. Ear wax itu memang akan sampai juga di kawasan ear opening/bahagian luar, awal lubang telinga.

55 comments:

  1. oh..ok, takleh korek telinga hari2 ya. hehe..tak tau psl ni. thanks doc.

    ReplyDelete
  2. no. 1 tu ramai sgtttt ckp ubat tu bahaya utk buah pinggang anak?hellooo kalo boleh rosak buah pinggang takkan la doktor bagii...aduhaiii...

    no.2 tu : dulu ramai ckp perut ku anak perempuan yg keluar lelaki, 2nd time org ckp perut ku lelaki yg keluar perempuan...dan perut ku kecil giler ramai ckp "kesian anak mesti kecik nie" kuasa Allah SWT anak dua-dua 3.2kg & 3kg utk ku yg setinggi 149cm jek!

    no.3 : now anak mmg tgh sakit telinga..taik telinga dah keras & busuk dan dia tetaplah tak nak bagi kami tgk!kami syak sebab air masuk dlm telinga dan nak ke ENT hjg minggu ni utk setelkan problem nie...btw..alhamdulillah dia tak sakit, tak demam..

    doktor help me! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ear wax mengeras, boleh cuba gunakan ubat utk cairkan, dipanggil Soluwax. Pakai utk 2-3 hari,titiskan 5-10 titis, sengetkan kepala utk 5- 10min. Lepas 2-3 hari, try korek. Dlm kes yg extreme, memang kena dikorek keluar oleh doktor, setelah awak lembutkan wax tersebut guna Soluwax. Air yg agak suam akan dipancut ke dalam telinga, dan suction akan dilakukan. Normal GP( doctor di klinik biasa) boleh buat, tak perlu ke ENT.

      Delete
  3. oooo..macam tu yer doc? tambah lagi pengetahuan.

    ReplyDelete
  4. haih.. itu bad habbit incik suami saya.. asal lepas mandi korek telinga... dah jadi benda wajib. letih dah nasihat.. tp dia pakai baby nya cotton bud. tk suka yg dewasa punya..

    ReplyDelete
  5. okey..doktor, jawab nyer saya tetap kene bwk ke klinik biase jugak sebab dia langsung tak bagi kami usik telinga dia..yg merisaukan saya ialah telinga dia dah berbau..huhuu...takut kang anak tak dengar!

    ReplyDelete
  6. bab perut boroi tu memang setuju..ada jugak yang kata 'bahagia'..

    cam aku, sebenarnya susah sikit nak elak..anak tak abis makan, isteri tak abis makan, aku la yang abiskan..hahaha..sekarang ni menyibuk balik nak kasi sixpack..hehehe

    ReplyDelete
  7. Supp PCM ialah penyelamat di waktu suhu badan tinggi sampai mak ayah pun rasa risau pegang badan anak yg panas sangat...kenapala ada yg boleh fikir ia bahaya...

    ReplyDelete
  8. oh,...saya suka siri mythbuster nih!

    ReplyDelete
  9. thank DZ..
    banyak ilmu yang dapat dari n3 semalam n hari nih..
    bab korek telinga pakai cotton bud tuh memang susah lah nak tinggal..
    selalu sangat rasa gatal telinga.. bila dapat cotton bud mmg syok abes..:)

    ReplyDelete
  10. belum kawen perut dah muncit.....lagi la tak bahagia..haih!

    ReplyDelete
  11. sukaaaa.... (nak komen byksikit...sebab suka entry ni)

    1.Koo dah bawa zayyan jumpa ngan mak cik tu tak .... tunjuk butkti ... hahahahaah

    2. Baru tau ...air mentuban tu ..air kencing. tapi kenapa dia boleh bertukar warna hijau.... sila jawab ....dlm entry ....... apa effectnya pada baby ....

    3. Cerita telinga ni best ..... adik abag leman ... telinganya pernah masuk anak lipas ... hahahaha ... Anak lipas car ibu tak jumpa.... dia jumpa serombong kapal hahahhah
    3 org dewasa ... boleh bergumpal ngan dia... akhirnya lipas tu boleh di bawa keluar dgn cepit bulu ketiak .

    Ashraff ...... masukkan plastisin dlm lubang telinga tahun lepas... aku kena charge dgn speciallist hampir rm300 ...semata-mata nak bawa keluar plastisin bodoh tu. Alasan Ashraff .... benda tisin tu lembut ...sejuk .... Ashraff gatai telinga ... Ashraff masukkan je lah ...

    Dan akhirnya ..... CA memang suka ... godek telinga guna cotton bud...selepas mandi .... huhhhh nyaman sekali ...

    Sekian terima kasih ...


    ReplyDelete
  12. Oooo... aku ingatkan PCM supp tu PCM Submarine
    sebab bentuknya macam submarine..

    ReplyDelete
  13. Terima kasih untuk pencerahan. :)

    ReplyDelete
  14. Best! Baca mitos2 ni mmg best! Teringat kisah ayah sy. Pernah ada mslh telinga. Bila doktor tny sekian-sekian, dia pun jwb sekian-sekian. Sudahnya, kena shoot dgn doktor. Mna taknya, hari-hari dok korek tinge dgn cotton bud. Mmg dilarang sama sekali. Sejak dr tu, lgsg die benti korek. Taik tinge terjadi bukan suka-suka. Agpun klu dah overload, dia akan kua sendiri. Tol tak doc? Huuuuuuuu~

    ReplyDelete
  15. siyes pernah jumpa guli dalam lubang telinga????

    ReplyDelete
  16. Nak tergelak PCM diguna pada anak 12 tahun!! Bayangkan... anak kakak yg 9 tahun tu pun kakak rasa dah tak nak...

    ReplyDelete
  17. kalau taik telinga jenis keping2 tu canne eyhh....

    mekaseh info berguna nih...

    errmm.. masa kita preggy... naluri kita cakap anak dalam perut adalah lelaki... dan Alhamdulillah.. bila scan pon lelaki.... k sekian...

    ReplyDelete
  18. tengs banyak tips..nak lagi nak lagi

    ReplyDelete
  19. tq bayk ilmu KA dapat ari ni, PCM atas tu memang KA simpan waktu anak2 masih kecil dulu. Dah besar sikit masing2 dah suka pulak makan ubat demam jenis sirap tu, sampai kena sorokkan , kalau tidak dibedalnyer sampai habis hehehe

    ReplyDelete
  20. Menarik.. TQ share info gini doc.. :)

    ReplyDelete
  21. Alat no. 2 tu penting sebenarnya tu...

    ReplyDelete
  22. Umoq 12 tahun pun nak kena sumbat ubat kat bontot lagi ka, adoyai. Kena slow talk la dengan anak tu pasai hal makan ubat ni.

    ReplyDelete
  23. hahaha lawak baca komen gb! guli?? hahahha

    rmai dh tegur ni, perut sy besar n kata baby mesti besar.ntah sy pun taktau la, masa scan awal bln ritu baby xsmp skilo pun lg.kecik je pun.maybe la air ketuban byk. oh ha! tengkiu for the info pasal air ketuban tu.tau x sy n fendy pnh berdiskusi (eceh) pasal baby dlm perut tak kencing ke? tgk video tumbesaran baby katanya baby dh pandai telan air ketuban...so nye tak kembung perut ke? heheeeee~

    ReplyDelete
  24. kalau masa mula-mula kawin husband berisi, tapi lepas 6 tahun dia mula mengurus/tidak boroi adakah ianya penyakit?

    ReplyDelete
  25. kat umah tu , ubat bontot ni memang stand-by .
    Mesti ada

    kalau Adam demam lebih dari 38 C , terus masukan ....

    ReplyDelete
  26. tak faham kenapa kata tak boleh.. bila tanya kenapa.. tak boleh jawab pulak.. aduh.. memang tak faham..

    info yang berguna untuk mereka yang masih tak faham..

    ReplyDelete
  27. Ubat vontot ni memang standby kat umah.

    "manik/getah pemadam/guli/kertas/anak lipas dalam telinga..ya, itu semua aku dah pernah jumpa dalam telinga pesakit" - Scarynya.

    Suami saya suka korek tinga hari2. Dah pernah tegur, tapi buat bodo jer. Katanya tak bley klo tak korek sehari...haishhhh...

    ReplyDelete
  28. dulu suka korek telinga dalam
    tapi lepas dah tau kesan nya
    tak berani nak buat macam tu dah :)

    ReplyDelete
  29. wahahaa..terima kasih lah DDZ atas pencerahan tentang mitos2 ni..
    selama ni saya ingat paracetamol tu dosagenya lebih tinggi dan lebih efektif kalau melalui anus..maklumlah badan dah panas sangat, nak cepat reda, kalau telan nanti lambat efek pulak kan.. tapi pernah gak terpikir, budak besar dan orang dewasa takde pulak consume cara tu kan.. ahahaha :D

    mitos tengok perut boleh tau jantina tu mmg dah busted dah.. wife saya pun dulu ramai org teka dan kata baby boy.. last2.. semua powerpuff girl..

    yang otoscope tu, saya tengok anak saya punya pediatrician akan guna jugak bila check anak saya demam, ada kena mengena keadaan telinga dengan demam ke Doc?

    ReplyDelete
  30. perut boroi maknanya bahagia??heheh..suami saya kalau dia rasa perut dia macam nak boroi tak pernah lak dia seronok..susah hati adala..saya sendiri pun macam tu..bila badan naik tak bestnya..tak seronok.bila tak seronok kat mana bahagia nye.??heheheh

    ReplyDelete
  31. Salam doc,

    Terimakasih atas info.

    masa bawa anak ke UKM check telinga .tiba2 doc kata " belajar tinggi2, tgk tahi telinga!'hehe may be dia stress?/belawak?

    ReplyDelete
  32. saya suka korek telinga walaupun tahu takble korek selalu...degil kan? pasal pjk tu memang mencabar nak ajak mr hubby eksesais..dia kata tu bukan boroi tu taf..huhuhu...

    ReplyDelete
  33. wah..ari ni dah belajar ilmu doctor...thanks sharing

    ReplyDelete
  34. tang measurement tape tu takut.....
    sbb memang tau diri sendiri dah ter'over happy' ni hehehehehehehe...
    tapi masyaAllah, akak memang takde disiplin diri yg kuat utk senaman & diet....
    aduhhhh memang kena berubah tapi ntah bila nak start huhuhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  35. bagi PCM supp ni, cepat je baik... dgn izin Allah.

    masa sakit telinga, doc ENT cakap, sebenarnya kita tak perlu korek utk keluarkan ear wax sbb ia akan hancur sendiri. Mungkin bergantung pd sesetengah org jugak kot mcm doc cakap tadi.

    ReplyDelete
  36. cukup lengkap semua info ..
    akak dari x tahu jadi tahu
    TQ dear !
    hebat lah dik ..
    suke2 ;))

    ReplyDelete
  37. biasanya patient kat sini akan mula ayt dgn ."'depa kata ......." bila nak bg fakta2 yg pelik.
    akak tanya balik "depa tu sapa?"
    nanti dia jawab.."org dekat2 rumah".
    jenuh jg sebenarnya nk menerangkan fakta kpd patient...kena sabar banyak.

    lagi satu yg kerap jumpa kat sini..kalau asthma tak boleh bagi nebuliser sebab nanti asyik nak kena nab ja..

    ReplyDelete
  38. menarek lah dr... info yang sangat baik. bila tgok Ukur lilit tape tu ingatkan nak UKUR baju kan hehehehe...banyak yang tersirat dalam tali tape tu.

    ReplyDelete
  39. Mitos ttg perut besar itu adalah nk dpt baby girl-adalah terkena btg hidung sndr.sy masa mgdg dulu mmg perut besar!!

    ReplyDelete
  40. my hubby suka korek tinga dia..1 aritu tu,kalo 5x mandi,5x a jgk dia kore tinga. Haiyaaa..kita yg bising2 kata x elok ni pun dia buat x eran jep

    ReplyDelete
  41. a good one doc..teringat dulu dee pregnant org ckp lelaki sbb perut tajam..tp keluar perempuan jugak..xpelah kan..asal sihat..kdg2 orang lagi percaya cakap orang lain dari doktor..sbb tu gynae dee dulu cakap kawan2 u doktor ke i doktor? hahaha..

    ReplyDelete
  42. klu g klinik/hospital kat jepun, deme bagi PCM supp ni even kat org dewasa, even mak pak budak pon...tak pasan plak dosage bape..and ubat sebuk...dorang tak bagi ubat biji (paracetamol/panadol)...

    ReplyDelete
  43. otoscope tu biasa doc masukkkkan dalam telinga akak..time sakit telinga,merah,bengkak..ya Allah sakitnya telinga ditarik2...

    ReplyDelete
  44. teringin nak guna otoscope, nak tgk dalam telinga camana gaya ngupanya

    ReplyDelete
  45. thanks for the info...banyak rietta bajar hr nie....xpernah tahu tape bleh ukur usia kandungan, xpernah tahu obat yang kitorg panggil obat ***tot itu sebanarnya adik bradik panadol...tpi rietta pernah juga kena tegur ngn doktor cuci telinga hari hari...katanya dua minggu sekali...tapi rietta kdg kdg tiap tiap minggu juga cucinya...hehehe...

    ReplyDelete
  46. Ubat yg first tu ada jugak dalam simpanan guna bila rasa suhu demam tinggi je, budak2 ni tak suka tak kira la jenis masuk bontot ke jenis cecair ke, lagi sanggup minum air banyak dari kena paksa makan ubat

    ReplyDelete
  47. Tapikan, tuan doctor Daddy ZZ, PCM supp 2 tak blh suka-suka jek bagi, kan? Ke camne? Ada misi yg kata, jgn biasakan bagi supp kalau anak demam. Konpius dah.

    ReplyDelete
  48. aku dulu antara salah sorang yg suka korek telinga hari2...tapi tu dulu la...dah pernah kena marah ngan doktor dulu, sumpah tak buat lagi...muka doktor yg bebel kat aku tu pun terbayang2 lagi ni ha...hahaha...

    ReplyDelete
  49. ubat ikut bontot tu memang cepat surutkan demam panas...alamak, saya paling suka korek telinga ni..

    ReplyDelete
  50. part korek telinga ni mmg masih masih ramai yg buat termasuk saya...hehe..

    ReplyDelete
  51. Nilah untungnya kawan dgn doc! Bukan je dpt ilmu, boleh tnya direct...esok2 mintak mc pulok! kikikiii ;))

    Hubby suka benor korek telinga, nnt nak pesan dgn dia... skrg ni perut dia pun dh tak berapa nak boroi tp la ni sy pulak yg boroi...hahaha... Thank you for sharing! Best baca tak miss satu ayat pun :))

    ReplyDelete
  52. bab ni y berminat nk tny ni. macamana plak ngan vaksin utk baby tu? ade byk gak isu psl tu. lau pernah bc la. leh bg pendapat? sbb rsnye tak rmai doktor tau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...