Kekadang, aku rasa sedih & marah...sebab mitos mitos itu, dah la tak betul, berisiko datangkan kesan buruk pula..Yang sedihnya, bila sudah diberitahu, bodoh sombong ego pula nak menafikan penjelasan aku...Tak apa lah, aku dah jalankan tanggungjawab, yang menanggungnya, bukan aku.
Kali ni, aku tengah rajin nak share mitos mitos yang ada..
Dan aku nak debunk the myths..
" doctor, darah saya kotor ya? "...tanya patient aku lepas darah di sedut...Sebab darahnya warna hitam pekat, tak 'bersih' dan bewarna fresh blood, merah menyala.. Aku jelaskan padanya bahawa darah yg disedut keluar itu warnanya gelap sebab ianya dah takde oksigen, ianya darah yang disedut dari saluran darah bernama vein. Darah yang penuh oksigen di bawa oleh saluran darah yang dipanggil, artery...darah ini warna merah menyala. Dan doktor tak punya mata Superman, sekali imbas tengok darah, doktor tak boleh bagitahu pesakit ' darahnya penuh cholesterol ya', atau ' darahnya banyak kuman'. Tetap kena hantar ke makmal. Faham ya? :)
Ini namanya Glucometer set. Mesin ajaib yang boleh memberi bacaan gula dalam darah. Mitosnya ialah, ada pesakit kencing manis yang nak kelentong doktor, nak tunjukkan bahawa dia jaga kencing manisnya( makan ubat ikut schedule, jaga makan, exercise regularly). Makanya 24 jam sebelum darah di ambil di hujung jari utk di baca oleh mesin ini, pesakit ini pulun puasa dan tak makan. Bila di test, wallah! memang cantik bacaan gulanya...... Tapi pesakit ini tak tahu hakikat adanya test darah yang di panggil HbA1C. Ujian darah HbA1C ini akan memberi gambaran tentang kawalan gula dalam badan utk tempoh 3 bulan sebelum ini. Bacaan HbA1C ini ialah dalam bentuk peratusan( percentage). Bacaan lebih 7% menandakan poor glucose control, dan ianya sebagai indicator bahawa risiko utk develop komplikasi diabetes itu tinggi, kalau tetap tak kawal pemakanan.
Semua orang kenal alat ini kan. Menyukat tekanan darah kita. Mitos tentang tekanan darah ini ialah " kita boleh suka suki makan ubat darah tinggi macam makan gula gula". Ramai patient yang buat peel macam ni, Bila dia rasa dia OK( tak pening, tak sakit tengkuk), dia stop makan. Ataupun bila dia check BP dia normal dah, dia stop makan (padahal BP nya normal sebab effect ubat darah tinggi). Kalau memang komited tak mahu makan ubat, boleh. Cuma kena faham caranya bagaimana, Bukan suka suka buat keputusan on -off makan ubat. Sepanjang tempoh tak makan ubat, anda perlu ubah gaya hidup( jaga makan, regular exercise, kawal stress), dan sentiasa monitor tekanan darah. Masalahnya, org Malaysia ni, susah nak exercise, susah nak jaga makan, dan malas buat pemeriksaan BP berkala. Lebih percaya makan produk MLM, terus stop ubat, tanpa check BP, tanpa rujuk doktor. Sendiri jadi doktor, sendiri kiok nanti.
......bersambung daaaaa
( dulu ~ 2 tahun lepas, aku ada menulis pasal Mythbuster ni..Di Sini...kali ni aku sambung dengan mitos mitos lain..yg part glucometer tu, ulangan..hahah )



ramai yang bersikap begitu sebenarnya.....aku tak pernah buat benda2 yang ko mention kat atas, tapi aku memang penakut makan ubat hahahhahahahha
ReplyDeletetapi kalau aku dah sakit teruk, perghhhh mmg aku makan ubat ikut arahan doktor tau
Kat Bolehland mmg ramai yg amik MBBS..baik yang ada ijazah dan jugak takde ijazah.tu sebab tokey farmasi cepat kayo:-D
ReplyDeleteoh patutlah semalam pi klinik cek gula guna ujian RBS ke apa tah tu bacaan gula saya 4.7 kebetulan memang puasa semalam tp sblm neh guna ujian yg sama dan dibuat ketika tak berpuasa pun bacaannya 5..
ReplyDeletebulan depan buat ujian HbA1C tu plak.sblm neh tahun sudah dah penah wat MGTT gula 10 dan doc kata sy diabetes maka kena lah makan metformin tu hari2..harapnya suatu hari nanti leh stop bergantung pd ubat..harap jelah kan..bukan senang nak kawal pemakanan neh..lgpun kena diabetes bkn sebab keturunan.
Bak kata mak sy-jgn hrplah nk tipu doktor!diorang pandai.mak sy penderita diabetis yg suker posa sblm g check up !!!
ReplyDeleteBagusla share gini..dpt tambah ilmu.
ReplyDeleteDan..jgn cuba menipu doc!
assalam doc..suami acik tiap kali cek..mesti darah cantik..tak de tanda2 darah tinggi..tapia teruskan ubat tak pernah berhenti..sekali doktor tak kata boleh berhenti katanya..
ReplyDeletetuan doktor,betulkah jika orang lelaki itu ibu jari kakinya besar maka err...aaa...itu...
ReplyDeleteIlmiahnya soalan bujal ni... saya pun nak tahu jawapannya.... he he he....harap jawap ya doc...
Deletesangat suka dgn info hari nie....
ReplyDeletenak tergelak pun ada sbb memang ada kejadian disekeliling sepertimana yg bro citerkan hahahahaha....
nak nak bab posa sblum check up tu hehehehehehehehe...
tapi malas lak i nak betulkan dorang tu bro..
sbb dorang tu my aunties & uncles...dah tua kan...
biorlah je lah....
asalkan dorang tetap gi checkup and maintain ubat & jaga pemakanan...
Assalam, tuan, darah hijau ada ka
ReplyDeleteSoalan bujal macam pernah dengar je entry kat mana errk
ReplyDeletesusah nak menipu doktor..banyak alatan ajaib yg ada..keh3
ReplyDeleteseronoknya baca..tq for the info doc!
ReplyDeletetq share info2 mcm ni.. peringatan untuk diri KA sendiri juga hehehe
ReplyDeletebagus! saya suker info pasal kesihatan sbb bila baca saya jadi takot dan terasa mcm taknak mkn dah lepas baca n3 ni dan nak ke gym balik. hahaha....
ReplyDeleteTQ. Tapikan, bab org yg pose sbb nak dpt bacaan ctk tu...peh! Menakutkan! Selalu bukan ke check 1 jam pas mkn? (Eh? Betul kan? Sy pun dah lupe. Dulu ms preggy, ade diabetes. Selalu kena check setiapkali pas mkn)
ReplyDeletehehehee...info baru ni thanx doctor!
ReplyDeletekalau yang selalu amik darah ka lengan tu, arteri ke vein? adakah ujian yang dibuat resultnya jadi beza?
ReplyDeleteThanks doc... ramai yg tak tahu sebenarnya..
ReplyDeleteAda yg lagi dahsyat doc. dia pergi perubatan tradisional katanya batu karangnya dah tak ada dah buang cara misteri (entah betul entah tak). Tup-tup pengsan, bawa hospital kerana dah serious - sekarang dah meninggal pun kesian sangat..
ReplyDeleteaku ada kawan yg mmg ada darah tinggi...tiap kali sebelum check up dia puasa dulu nok..hahaha...patut la bacaan dia cantik je...apapun, aku harap kawan aku tu sihat2 jer hendaknya...
ReplyDeleteesok aku nak pi buat fully body check up...dah lama tak buat kekdahnya...harap takde apa2 membimbangkan...
jgn nak kelentong dgn doktor hehe...:)
ReplyDeletegambar bp set tu nampak bergaya. hehe
ReplyDeleteMakchaq memang takut makan ubat, tapi mesin cek darah dan kencing manis tu ada beli.. selalu check sendiri.. takut jugak sebab makchaq ada keturunan kencing manis... tapi setakat ni ok lagi la bacaan2nya..
ReplyDeletex suka check darah....heheheh....satu keturunan SA darah tinggi...
ReplyDeleteklinik doc kat mano yer..???
ReplyDeletealat yang terakhir tu ditakuti masa akak mengandung.. sebab der darah tinggiler...
ReplyDeletesekarangni masih terkawal tapi takut2 gakler..
betoiler orang kita percaya ubat MLM lagi.. mak mertua akaktu susah betoi nak tukar
pemikirann dia...
Hehehhehehe...suka doktor naikk anginnn ....
ReplyDeleteMitos itu salah satu cabang sastera lama tau doktor hahahahahaah
mitos no. 2.... teringat masa mengandung dulu... sebab ada kencing manis... 2 minggu sekali ambil darah 4 x sehari
ReplyDeletemasa MENGANDUNG sihat walafiat tapi darah tinggi selepas bersalin ...camno tu ? apa kata Doc bg masalah ni?
ReplyDeleteFoto no.1 tu... ko tunjuk DARAH???
ReplyDelete*tetiba mata berpinar, matahari berganti bulan, badan pun ringan.. dan sekeliling jadi gelap*
hihihi ada ya yang macam tu
ReplyDeleteglucometer tu leh detect paras gula 3bulan lepas? wow!
ReplyDeletesaya tak suka alat terakhir itu sebab bacaan dia asyik rendah sahaja:(
ReplyDeleteitulah..ramai yg salah pemahaman bab bab ni
ReplyDeleteDARAH KOTOR KLAU BOLEH TENGOK MACASM TU JE MEMNAG HEBAT LA..DARAH KOTOR NI YANG SAYA TAU DATANG BULAN JE..EHHEHE
ReplyDeleteBagus lah bagi info ni....errr...mcm ne nak tipu doktor utk dpt mc...ada ilmu tak...? Ahakz
ReplyDeleteAkak pun beli sebijik glucometer tu beberapa tahun lepaih bila mak akak asyik hypoglycaemic & 2 kali kena naik embulen pi hospitel. Lepas beli & check regularly, alhamdulillah dapat elakkan hypo.
ReplyDeleteassalam, mcmne pulak yg dikatakan suka mandi malam tu akan mendapat penyakit paru2 berair...adakah benar atau mitos jgk doc..?
ReplyDeleteSangat sinis tapi sedihnya org Malaysia mmg begitu. Enjoy reading this doc.
ReplyDeletetetiba saya teringat chechup dengan kakak Dr.Singa...
ReplyDeletememula ngeri tengok ade lelemak dalam darah...
kot kolestrol tinggi..
Alhamdulillah... sihat
cuma tak rajin senam2an ... haishhh...
hehehe........ kan dah kena bebel ngan doktor.... tipu lagi
ReplyDeleteheheheheeee.....
ReplyDeleteterapung-apung lelemak CPL masa tu!!
yg pasal glucometer set...teringat kat pakjang si fendy...ada darah tinggi kencing manis..bacaan turun naik slalu kuar masuk hosp.tp degilnya lah..xmo jaga makan. bila lmbt lg check up dia pulun lah segala kuih muih air kopi yg manis2 tu. bila tetiba dia ckp 'yg ni pakjang xboleh mkan..manis" ha tu maksudnya esok nk g check up la tu! hehe
ReplyDeletenak tipu doc kononnyalah..
ReplyDeleteMacam2 mitos yer.
ReplyDeletebanyak juga kekeliruan yea...rietta lately nie suka amek bacaan drah kt bilik bawah...selalu nak yang perfect jerr...risau klu tiba tiba tinggi...pernah juga gula sangat rendah...tkut...
ReplyDeleteBila baca catatan doc ni saya terus teringat kat mak saya... dia seorang yg sangat prihatin akan ubat-ubatannya... saya juga selalu bising klau dia terpedaya dgn ubat tradisional/direct selling/MLM ni... kalau dia beli pun saya akan tetap nasihatkan dia spy makan ubat yg dibekalkan hospital... Alhamdullillah, tiap kali call saya akan tanya mcmana check up aritu? Doc ckp apa2 tak? Biasanya doc mmg puji mak saya sb dia mmg tak culas makan ubat secara berkala & jaga makan juga... Ya Allah moga mak saya dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa :))
ReplyDelete