Wednesday, February 20, 2013

Five Stages of Grief

Semalam, seorang rakan FB aku ada meminta pendapat tentang bagaimana nak menasihati /membantu kawannya yang baru disahkan menghidap breast cancer stage 1. Rakan FB aku itu menerangkan bahawa rakannya itu merasa sangat tertekan/tak tahu nak buat apa/rasa 'down'.

Aku rasa, baik aku berkongsi secebis ilmu yang aku ada ini, di blog..supaya lebih ramai yang boleh berkongsi baca, dan tambah apa yang patut..mungkin melalui pengalaman masing-masing..Afterall, bagi aku, itulah fungsi terbaik medium blog ini, berkongsi pengalaman & ilmu..

Bila kita menghadapi ujian besar seperti penyakit yang bakal membawa maut(menunggu masa utk mati) atau kehilangan orang tersayang, kita akan bersedih, mungkin amat amat sedih. Seorang ahli psikiatri Swiss bernama Elisabeth Kübler-Ross mempopularkan teori beliau tentang apa yang dipanggil sebagai The Five Stages of Grief ( 5 Peringkat Kesedihan).The Five Stages of Grief ini juga dikenali sebagai the Kübler-Ross model. Senang sahaja nak ingat fasa/stages ini, hafal akronim DABDA( Denial, Anger, Bargaining, Depression, Acceptance)

 Elisabeth Kübler, dilahirkan pada 8 July 1926, meninggal pada 24 Ogos 2004..lahir sebagai baby kembar 3. Dibesarkan di Switzerland, beliau kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat dan membina karier di US.  ~ sumber: pakcik Wiki.

The Five Stages of Grief

1) Denial.
Kita akan menidakkan apa yang berlaku. Tak percaya. Mungkin dalam kes rakan FB aku itu, tahap denial nya tidak sebegitu teruk, kerana kanser payudaranya baru di tahap 1. Tapi aku pernah hadapi situasi di mana pesakit aku memang sukar terima hakikat beliau hadapi kanser stage akhir. Menidakkan diagnosis doktor. Cuba mencari penjelasan lain. Berapa lama kita terkongkong dalam stage Denial ini, bergantung kepada individu, bergantung lepada situasi. Malang kerana ada insan yang terperangkap dalam denial nya.

Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Bagi aku, kalau sahabat kepada sahabat FB aku itu ada rasa denial ini, yang terbaik ialah kita nasihati rakan itu untuk terima hakikat penyakitnya. Kita boleh sarankan kawan ini untuk dapatkan pendapat kedua, mungkin ketiga dari pakar pakar lain. Kita boleh juga bantu dengan kita sendiri membaca tentang breast cancer, dan beri penjelasan- dari kawan kepada kawan, tentang breast cancer. Dengan ilmu dan fakta, Insya Allah kita boleh buang perasaan denial/menolak hakikat ini. Jangan pula kita menambah tahap denial kawan kita ini! Kita pula yang melebih lebih menyokong 'denial' kawan kita, ajak dia pergi jumpa bomoh yang mana kelas sains pun tak pernah masuk!

2) Anger
Melepasi fasa Denial, setelah kita menerima akan hakikat kita sakit/kehilangan org tersayang, kita akan melalui fasa anger, fasa kita marah. Rasa marah ketika ini adalah normal, fitrah kita sebagai manusia. Kita mungkin akan marah diri kita sendiri, atau kita mula marah dan salahkan orang lain, kita marahkan kerajaan, kita marahkan bumi..apa saja yang boleh kita marah, kita marah. Contohnya, kita kehilangan orang tersayang akibat kemalangan..kita mungkin akan marah diri kita sendiri.." kenapa aku tak hantar dia sendiri..kenapa aku biarkan dia memandu??" 

Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Jujurnya, kalau aku, kita biarkan dahulu rakan kita tu lampiaskan kemarahan nya. Jangan dihalang. Kemarahan yang di tahan, lebih buruk padahnya. Cuma janganlah kemarahan itu melampaui batas. Rakan FB aku itu mungkin akan marahkan tuhan " kenapa aku pulak yg kena kanser? bukan perokok tegar??". Kita sebagai kawan kena lebih bersabar, sabar dengan perangai rakan kita yang sedang marah ini. Jangan pula kita yang naik marah, marahkan dia sebab kita tak tahan asyik tengok dia marah! Api tak boleh dilawan dengan api.

3) Bargaining
Fasa ni ialah fasa kita 'berurus niaga' dengan tuhan, selalunya. Kita ber-bargain dengan tuhan..Kita katakan " kalau lah dia hidup lebih lama, aku akan layan dia dengan lebih baik"...ataupun " andai aku diberikan lebih masa untuk hidup, aku akan rajin bersedekah wahai tuhan"...

 Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Dalam kes rakan FB aku ni, kesan ' bargaining' itu mungkin minimal, atau tiada..sementelah rakannya cuma hadapi breast cancer stage 1, yang mana ianya completely treatable. Tapi mungkin juga effect bargaining di sini boleh merubah cara hidup, ke arah yang lebih sihat, lebih produktif. Tuhan uji beliau dengan kanser, tapi tak mengancam nyawa. Majoriti dari kita akan tersedar dari lamunan, lepas di uji sebegini rupa. Kita akan mula hargai kehidupan, hargai masa kita, hargai orang di sekeliling kita.

4) Depression
Fasa kemurungan ini yang pada aku, merbahaya. Merbahaya kerana ada antara manusia yang gagal mengurus kemurungannya, dan kerana itu lah timbulnya kes bunuh diri. Bunuh diri tak tahan di uji sakit, bunuh diri tak tahan hidup keseorangan setelah pasangan meninggal dunia. Mereka mungkin rasakan " alahhhh, aku memang dah nak mati pun, so buat apa nak buat macam macam"..

Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Di saat fasa Depression inilah seorang sahabat boleh main peranan yang amat, amat besar. Rujuk kawan yang hadapi masalah/penyakit/kehilangan org tersayang ini kepada kaunselor, kepada psikiatrist(jika teruk sangat)..dan ikhtiar juga secara spiritual/agama. Jangan biarkan sahabat ini keseorangan, kerana bila seorang diri, yang menjadi sahabat yang sentiasa bisikkan 'nasihat' ialah syaitan.

5) Acceptance
Fasa terakhir ini ialah fasa penerimaan. Menerima ketentuan Ilahi. Pasrah. Redha. Fasa ini ialah 'ultimate goal' kita sebagai umat Islam, sebenarnya. Tuhan uji kita supaya kita sabar & redha.

Bagaimana untuk menolong sahabat FB itu? :
Yang penting setelah sahabat FB kita tu menerima keadaan penyakit nya, ialah beliau harus tahu hala tuju berikutnya. Kena betul2 faham rawatannya, supaya tak miss rawatan. Kena faham modifikasi gaya hidup yang perlu di lalui.



Asalnya, fasa -fasa ini di cetuskan sebagai penjelasan fasa kesedihan kepada pesakit2 yang hadapi saat saat kematian ( terminal ilness). Namun kemudianm ianya boleh dikembangkan dan digunapakai untuk keadaan keadaan 'major loss' seperti kehilangan kerja, kehilangan org tersayang, cinta ditolak, perceraian, kegagalan mendapatkan zuriat, dan macam macam lagi.

Perlu difahami bahawa model Stages of Grief ini tidaklah disandarkan kepada scientific evidence, dan ianya sendiri ditemplak oleh segolongan professional dalam bidang psychiatry itu sendiri..contohnya oleh psychologist bernama Vaughan Bell. Boleh baca secara ringkas laporannya di SINI. Vaughan berpendapat bahawa kita semua bersedih dalam cara kita tersendiri bila hadapi ujian & musibah, dan tak semestinya mengikuti step by step stages yang di perkenalkan oleh Elizabeth Kubler ini.

Pendapat aku? Aku menerima pakai pandangan kedua duanya secara terbuka, bahawa aku percaya ada asasnya apa yang Elizabeth Kubler katakan, dan aku juga percaya apa yang Vaughan Bell nyatakan. Kena ikut situasi, ikut individu. Ada ketikanya kita terus lompat ke stage "acceptance"..ada pula ketikanya kita terperangkap di stage pertama" Denial" untuk tempoh masa yang panjang.

Dan pendapat peribadi aku, untuk kita capai/melompat pantas ke fasa terakhir 'Acceptance' itu dalam apa jua ujian hidup ini, kita kena kembali kepada tuhan..faham matlamat kenapa kita dihidupkan, iaitu untuk diuji. Di situ lah tuhan nak anugerahkan rahmat & pahalaNya kepada kita yang berjaya berada di fasa Acceptance, lebih lebih lagi yang tak terperangkap lama antara stage 1 hingga ke 4.
 



50 comments:

  1. sangat bagus !!

    bagai satu esei Psikoligi final..
    :)

    akan saya kongsikan entri ini bila-bila perlu nanti

    ReplyDelete
  2. Saya suka dengan entry ini..Boleh dijadikan panduan tak kiralah sekiranya kita diuji bagaimana pun..

    ReplyDelete
  3. wak pon tumpang sodeyy jugkakk., UHuuu

    ReplyDelete
  4. info yg sangat2 bermanafaat...thanks doc..
    utk melalui dan melepasi fasa2 itu...bkn senang..bkn mudah...hanya ketabahan dan ketakwaan yg boleh membantu...

    ReplyDelete
  5. yep..lebih yakin kita dengan Qadar dan Qada` Allah.. lebih cepat kita sampai peringat acceptance.. kawan keliling, famili, pasangan memainkan peranan yang amat penting..

    ReplyDelete
  6. terima kasih info yg berguna ini

    ReplyDelete
  7. sy paling takut nk hadap bnda2 mcm ni...pokok pgkalnya, semua yg blaku qada n qadar Allah swt..semua ada hikmah spy kita jd lg kuat. kot2 la nnti bila dh smbuh, kita tbuka hati nk tlg lebih rmai org...pdhal sebelum ni kita tak pernah alert psl penyakit org..sapa tau kan...

    ReplyDelete
  8. Salam..

    Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian yg sgt baik ini..

    ReplyDelete
  9. Knp sy tibe2 rs seram bile baca entri ni...fuhhhh! Menakutkan. Moga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik.

    =(

    ReplyDelete
  10. nak terima kenyataan tu memang susah tapi dengan bantuan orang terdekat mungkin semuanya akan dihadapi dengan mudah..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. penjelasan yg panjang dan baik.....boleh digunapakai di kemudian hari.. :)

    ReplyDelete
  12. tq share this ye. KA suka sgt & rasa sgt bermanafaat utk semua

    ReplyDelete
  13. perlu sokongan keluarga terdekat.Life must go on. Think positive selalu. terima hakikat dgn redha. In sya allah hati dpt menerimanya.

    ReplyDelete
  14. moga bermanfaat untuk semua..

    kalo saya kt tempat pesakit tuh pon mungkin amik masa utk terima semua nih..
    syukur masih di tahap 1.

    tetiba rasa nak buat medical check up..huhuhu

    ReplyDelete
  15. ilmu kena ada yerk doktor.. kalau idak orang sakit bertambah sakitnyer...
    terima kasih kongsi dengan kamini... kadang2 ilmu diblog ini amat berharga untuk akak,,,,

    ReplyDelete
  16. nak pinjam entry neh.. sgt sesuai dgn situasi saya alami jugak walaupon bukan hal kesihatan.. :(

    ReplyDelete
  17. Hai.. done singgah n follow d sini.. sudi2 lea follow mine back yea.. =) tQ.. senyum selalu.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  18. baru tau dia ada stages macam tu...semua orang akan lalui semua stage ni secara sedar dengan tidak...mungkin betul kata doc ada yang lompat2 stage...info bagus ni..

    ReplyDelete
  19. Akak selalu skip bahagian bargaining tu. Bahagian2 lain tu lama atau sat akan ikut situasi masalah yg dihadapi. Terima kasih atas perkongsian ni, Doc :)

    ReplyDelete
  20. Cam baca artikel utk exam esok. Nice sharing!

    ReplyDelete
  21. *doc, sy dah jwb kat entri. paste kat cni jgk

    mcm sy tulis kat entri, sy pun tak pasti legal ke tak. dan sbnrnya bkn skybox je ada...byk lg provider lain cth ibox, openbox,dreambox n lain2..doc google pun boleh, byk info ada kt google psl skybox ni sbnrnya. lg 1,channel dia bgantung pd satelite yg dish kita tmbk..yg astro sy pun xbleh nk jelaskan kebetulan dpt @ x.lgpun channel yg bkn astro pun bleh dpt (bgantung pd satelite yg ditembaklah). lain2 mmg xdapek den nak jwb doc. kena tny details kt provider lah..haha

    ReplyDelete
  22. TQ share info yang berguna ini.. :)

    ReplyDelete
  23. Sangat berinformasi N3 ini. Kakak suka:)

    Ada kakak di taman perumahan kakak masa dapat tahu kena stage1 tapi dia nekad terus buang sebelah breast dia. Waktu itu dia baru lepas bersalin. Dari mula kena chemotherapy seminggu sekali, sebulan sekali, 6 bulan dan setahun kini dia perlu pergi 2 tahun sekali tapi sudah 20++ lebih dah ada cucu satu dari satu-satunya anak yg dia ada.

    ReplyDelete
  24. semua pun betul doc..suka ngan entry nie..betul kalau sedih sangat akan memudaratkan diri.dr semua musibah kita kena redha atas ketentuan Allah.kena ada peneman bagi org yang tengah depressi sbb mmg boleh buat di luar jangkaan..

    ReplyDelete
  25. Psychology input yang sangat informative dan valueable. Saya akan take note DABDA. Terima kasih banyak2 Doc.

    P/S : Possible tak bila dah sampai ke final stage, dia turun ke 2nd stage misalnya?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum DZ

    terima kasih

    ReplyDelete
  27. Info yang sangat bagus. Mekasih DZ. Scaru plak bila baca pasal kanser ni.

    ReplyDelete
  28. good info doc..andai saya ditimpa musibah atau kawan2 saya ditimpa musibah..insyaallah saya tahu serba sedikit cara2 nak tolong dia..

    ReplyDelete
  29. Salam doc,

    Pagi tadi try komen x leh...
    Adik ipar meninggal kanser, ramai kenalan juga kena. Kawan sekolah jadi Dr Pakar bidang ni kat Hospital besar, ibunya juga meninggal kanser juga.
    Tkasih kerana info ini.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih atas perkongsian yg amat berguna ni....

    ReplyDelete
  31. Terima Kasih!

    Saya copy ya? dan simpan sebagai panduan untuk diri...

    ReplyDelete
  32. Den baru suspect denggi...udah tidak lalu minum n makan...mcm ne plak dgn kanser...pehhh...makan dlm bro

    ReplyDelete
  33. Thanks for the share...rietta pernah ada kenalan yg mengidap kanser...dua jenis kes....sorg detect trus stage three....dia piwn down, kjap jerr dh stage four...dan telah kembali kepada yg mencipta....kes kedua, akk nie kuat semangat...doc estimate 6 months...tpi dia dgr ckp doc..ikut segala nasihat doc....and dia survive longger....diharap perkongsian ilmu nie, dpt memanfaatkan rietta, sbb ada sorg kwn, he's figthing for it...and i know he is strong....

    ReplyDelete
  34. bagi orang yang beriman, kalau kuat pegang pada tunjang rukun tu insyaALLAH..

    hidup ini pun satu ujian..sihat, kaya, senang, bukan bermaksud kita terlepas dari ujian..

    ReplyDelete
  35. sangat2 membantu pada yang memerlukan......

    ReplyDelete
  36. rasanya setiap stage tu saya dah pernah rasa..menjelang 4 tahun ni saya sgt yakin sy sudah berada di stage 5..redha dan pasrah tanpa berputus asa ewah3 hehehe no more DABD :)

    ReplyDelete
  37. Info ni mmg sgt2 berguna dan harap dpt membantu pd yg memerlukan..apapun, mak setuju dgn doc. Penghujung sekali untuk capai stage yg kelima tu adalah kembali kepadaNYA..

    ReplyDelete
  38. tqs a lot doc... mu fren 2 org, sorang tu hubby's diagnosed wth liver cancer stage 4 & another pulak hubby's wth cancer tulang stage 3... tak tau nak tolong camna.. doa je dari jauh..

    ReplyDelete
  39. harap2 kita semua dijauhkan penyakit2 berat mcm ni...

    tengs sharing...very nice sharing nok...aku tambah ilmu lg hari ni...

    ReplyDelete
  40. Saya rasa saya juga pernah melalui semua fasa2 yg disebutkan kat atas tu bila ditimpa musibah! Normal psikologi rasanya, especially semasa kakak saya di diagnose cancer stage 2 advance... Kakak saya pun saya lihat mcm tu jugak... w/pun dia yg sakit saya sebagai adik terasa juga sakitnya... Tapi akhirnya saya terima dgn hati yg redha... Kakak saya, she's in long-term denial stage... Tambah lagi arwah ayah meninggal masa dia tgh sakit... Mmg dia down sgt! Cancer is the real assassin!

    ReplyDelete
  41. thanks..

    sangat-sangat berguna dan bagus.. ^_~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...