Monday, February 18, 2013

Developmental Milestones: Talking

Hari ini, Zayyan berumur satu tahun sembilan bulan.
Jika dibandingkan dengan abangnya Ziyyad, perkembangan pertuturan nya aku rasa a bit lambat.
Di kala umur sebegini, seingat aku Ziyyad dah mampu bertutur 5- 6 perkataan mudah.
 Mungkinkah masuk sahaja umur 2 tahun, Zayyan akan petah pot pet pot pet bercakap sampai org tak larat nak layan macam abangnya?  :P

Secara kasarnya, ini 'developmental milestones' dari aspek bertutur:

- usia 12- 17 bulan: Kebanyakkan bayi akan gunakan 1 atau 2 perkataan, paling biasa panggilan ke atas ibu bapanya ( mak/ayah/mommy/daddy/abah/etc). Simple instruction dari kita seperti " come here Zayyan" atau " give daddy the remote control( aku selalu mintak yeyen ambikan remote Astro..hahahah)" , adalah boleh difahami dan dituruti oleh mereka.

-usia 18- 24 bulan: On average, patutnya baby dah mahir gunakan antara 6- 20 patah perkataan yang mudah. Pada range umur ini, mereka akan mudah mengikuti irama lagu, selalunya nursery rhyme.. Zayyan memang expert part ikut nursery rhyme. Tiap2 hari nyanyi rhyme " A, B, C...."

-usia 2 - 3 tahun: Vocabulary kanak kanak usia sebegini boleh mencapai penguasaan hingga 300 perkataan. Dan mereka bersifat curious/ingin tahu, jadi mereka akan guna banyak perkataan pertanyaan W ( why? who? what? )

Macam mana nak galakkan anak anak bercakap?

-Anak anak belajar bercakap, dengan mendengar. Jadi, selalu lah bertutur dengan mereka. Bercakap dengan adanya 'eye contact', itu yang penting. Dan gunakan perkataan yang mudah/single words, tak perlu ayat bombastik tahap sasterawan negara. 

- Tingkatkan vocab mereka dengan memberi mereka pilihan..contohnya " Yeyen nak ball or train?", sambil kita tunjukkan mainan bola & keretapi nya..Jadi mereka akan gunakan akal, visualize imej, dan faham 'ohhh..ini ball'...'ohhhh..ini train'

- Perkembangan bahasa juga boleh di ajar berperingkat sejak peringkat baby. Biasakan mereka dengan bahasa yang anda mahu mereka mahir. Kami gunakan bahasa Melayu & Inggeris. Kalau nak anak anda mahir Hindustan, ajak mereka tonton filem Hindustan berulang ulang setiap petang Ahad, mungkin berkesan kot? hahahaha.

 Perkataan yang Zayyan fasih sekarang ialah CARS. Iya, pantang nampak kereta, akan ditunjuk dan berkata ' cars ". Masih tak mahu bercakap 'mommy' or ' daddy'. Tidak menghairakan 'cars' ialah perkataan pertama yang Zayyan pick up ( berbanding Ziyyad dulu, mula2 cakap 'daddy'), kerana sejak awal baby lagi, Zayyan rajin ikut abangnya menonton filem Cars berulang ulang kali! Sampai kan ada bantal Cars, soft toy bentuk Cars, pensil box Cars, baju Cars, beg Cars...cuma kereta Cars yg sporty macam tu aja daddy tak mampu nak belikan lagi!


64 comments:

  1. lain lain anak lain perkembangan mengikut kecekapan dia berfikir, situasi dan persekitaran.

    tahniah..

    ReplyDelete
  2. agak-agak umur aku 480 months ni, adalah lebih kurang 2400 patah perkataan kut... hahaha

    ReplyDelete
  3. Salam.Cantiknya header gambat anak bujang kecik tu (^_^)
    Betul tu,perkembangan anak2 mmg sgt berbeza..tambah2 klu ada anak llaki & anak pompuan..lg sgt berbeza.Semoga ziyyad cpt bertutur spt abgnya..masa tu dah tak larat nk layan.hihi

    ReplyDelete
  4. raissa baru pandai sebut 1 sukukata. 1 sukukata dgn berulang sebutan - mama, baba, tata, papa.
    paling syiok.. nana. maksudnya nak nenen hihihi!! dia akan sebut nana sambil jari telunjuk kat dada dia. comel!

    ReplyDelete
  5. Peminat tegar cars rupanya Zayyan ni.

    Van ustaz tak nak ke? .... hehehe

    ReplyDelete
  6. nanti bila dah pandai berckap..mau tak berhenti bercakap dan bertanya..comel je nanti bila tengok mulut comel dia tak berhenti bercakap

    ReplyDelete
  7. lain anak lain perkembangan..biase kiter asyik perhatikan yg major je kat anak yg minor punyer perkembangan kiter tak berapa nak nampak kan...biase la kan :) ape pun anak kamu tetap hensem & comel :)

    ReplyDelete
  8. Peminat tegar cars yer. Tak per lah, nanti banyak lah vocab zayyan tu ☺☺

    ReplyDelete
  9. till now, riffa still tak bole nak sebut "mommy",
    perkataan lain macam papa, abam (abang), wiwi (tv), emot (remote) dan lain-lain dia dah bole.

    ReplyDelete
  10. ajar anak cakap sesuatu perkataan dgn betul...contohnya tidur..jgn dicakap padanya bommm...makan...mai auummm..

    ReplyDelete
  11. tips-tips yg berguna doc..terima kasih atas ilmu yg sgt bermanfaat ini

    ReplyDelete
  12. ainul.2 tahun 7 bulan.sampai aku kena cakap "tolong la nak..tolong diam"

    ReplyDelete
  13. Ya Allah geramnya tengok hero2 ni..siyess comel gilaaaa..zayyan tu nampak manja sesangat.comel

    ReplyDelete
  14. lain anak lain pencapaian mereka kannnn...
    sblum anak pandai cakap kita nak dorang bercakap...
    bila dah pandai cakap, kkdg tu rasa nak soh dorang diammmmmm je hehehehehe

    ReplyDelete
  15. tiga2 anak saya perkataan pertama yang diaorang boleh sebut dulu, 'abah'..jeles betul..

    ReplyDelete
  16. errr...hindustan hari sabtu sebenarnye...hhehehhe......

    ReplyDelete
  17. Yes, nanti sampai masa dia macam bertih meletop bila bercakap, kita akan minta time-off dengan dia. Hahahhaha. Masa Adam umur 2-3 tahun tu, bila kita drive, kita akan pujuk2 dia suruh tidur sebab penat nak melayan dia punya soklan yang tak boleh dijawab. Contohnya : Mama, dalam hutan kat sebelah kita nie, ada hantu apa? Hantu tu pakai baju apa? Kenapa rambut dia panjang? Eh, tak ada hantu? XYZ kata kalau malam2 mesti ada hantu..dan semua yang bertopikkan hantu lagi dan lagi. Bayangkan kalau topiknya melarat ke tayar kereta, ikan dan burung?

    ReplyDelete
  18. thanks doc!!! info yg sgt2 best..ye la sebab dayyan ngan zayyan kan beza tak jauh...so boleh lieya tgk2 sekali heheheeh...

    oo zayyan obses cars yeak....comel2...baru boys minat cars kan...dayyan plak obses otomen....patung superman, patung power ranggers, patung2 robot2 lain semua die panggil otomen hahaahahahaah

    ReplyDelete
  19. Betul pendapat lain anak lain perkembangannya. Macam si kembar ni, sebab kembar lagi senang nak beza...bab bercakap dapat kat kakak..dia dah boleh buat simple ayat guna 4-5 perkataan macam "adik..jangan lari nanti jatuh" tapi adik masih lagi pelat..boleh sambung dua perkataan "adik ...jatuh" (seronok tengok perkembangan mereka ^_^)

    ReplyDelete
  20. anak kita yang no 2 tu 4 tahun baru boleh cakap...kalau nak mintak barang.. tunjuk jaa... dah dapat bercakap pon .. benda2 penting ja bercakap...

    beza dengan kakak.. cepat cakap ...pendiam la jugak tapi...

    tapi yang no tiga dan empat pon cepat cakap... dan bila dah dapat cakap.. kita pulak yang kalah...

    hehe.. sekian

    ReplyDelete
  21. lain anak, lain perkembangannya...anak aku dulu si abang tu lambat sikit berckp...berbanding si adik...adik lagi cepat dan tak pelat....

    anak2 aku pun ada bantal cars tu nok..beli kat ayer itam...heheh..

    ReplyDelete
  22. betoiler doktor.. anak kita baru dua orang dah nampak lain2kan..
    kalau anak sepuluh lagiler macam2 yerk...

    ReplyDelete
  23. ok tengs for tips..muka si adik mirip banget dengan muka mommy nya huhu sebijik tau

    ReplyDelete
  24. Betul juga beli cars tak kanlah lelaki nak belikan masak-masak bimbang juga kan... development kena +ve dan pilihan yg betul. Ziyyad lebih pandai posing, tapi adik manja...

    ReplyDelete
  25. Alolo..tomeinyaa..tak per plan2 kayuh nanti lama2 laju laa cakapnyaa tuh.. :)

    ReplyDelete
  26. rasanyer doc lebih arif tentang ini. Anak2 KA 1st & 2nd perkembangannyer swgt superb duduk berlari bercakap smpai yang ke 3 bila agak lambat specially tang bercakap KA jd sangat2 risau. Sebagai parents apa yg doc listkan kat atas tu KA pratikkan. Memang setiap anak2 tu berbeza perkembangannyer tapi sebagai ibu bapa kita kena berusaha jugakan. Tapi skang Adik cakap sampai tak larat nak layan hehehe

    ReplyDelete
  27. Anak2 makchaq pulak bercakap memang cepat tapi jalan lambat.. yang sulung 9-10 bulan dah boleh cakap 'mak nak air' tapi jalan sendiri dekat setahun 5 bulan.. padahal kalau kita pegang 1 jari dia pun dia boleh jalan, yg kelakar masa mula2 dia jalan sendiri tu dia tak sedar dia berjalan dari pintu sampai kat makchaq yang tengah tengok tv.. lepas tu siap cakap kat makchaq..
    'eh upanya adi dah boleh jalan.. ingatkan tak boleh..'

    ReplyDelete
  28. seronok kan tengok perkembangan anak membesar...

    mcm Mifz sebutan2 perkataannya dah semakin jelas...juga suka menyanyi...hehe

    ReplyDelete
  29. comelnya zayyan dan ziyyad...

    ReplyDelete
  30. Zayyan sama umur ngan My Delisha.. My Delisha dah tau sebut mama, papa dan kakak.. rasanya dah agak banyak perkataan yg dia tau sebut lah.. cuma kadang2 pelat jer.. hehehe

    ReplyDelete
  31. Experience aku lk, anak lelaki mmg lambat sket dibandingkan ngan anak pompuan. Sat gi pandai la ckp, kang dh ckp ko lk xlarat lyn

    ReplyDelete
  32. Tak seme anak-anak sama tahap pembelajarannya....aydin tak merangkak, cpt jln tp lmbt duduk. Heeee~

    Tp klu bab ckp, skg die da becok...

    ReplyDelete
  33. Bila anak2 lambat bercakap mak bapak risau macam macam.. Tapi bila diorang banyak cakap dan banyak bertanya.. Mak bapak pulak malas nak layan atau tak larat nak layan.. Haha..

    ReplyDelete
  34. seronokkkan tengok anak anak pandai bercakap..:)
    tang suruh ambil remote control tu saya pun sama gak, bukan saja remote control, barang lain yg dia tahu pun suruh gak, hihi

    ReplyDelete
  35. tiap budak lain DZ.. anak akak yg first tu dulu lambat sangat cakap. naik risau.. nak dekat 3 tahun. tp no dua, kejap je dah boleh cakap..tak sama.

    ReplyDelete
  36. anak dee yg sulung tu pun sama..lebih cepat bercakap dan lebih cepat mempelajari sesuatu..yg no 2 tu dulu pelat..tp skrg dah tak pelat..cuma penerimaan pelajaran tu agak slow..cuma kita sebagai parents kena teruskan usahalah kan..jgn putus asa..tiap anak berbeza..kita pun kena adapt dgn dorang..apapun hero 2 orang tu cutelah..

    ReplyDelete
  37. my 2nd daughter 2 yrs old tengah ligat bercakap.. macam2 vocab keluar.. jenuh gak nak paham apa yg dia sebut :)

    ReplyDelete
  38. Doc, dengaq la kata makcik yg bukan dokter niHAHAHA apa cer merayu nih?? :))) ....budak2 kalau dia lambat cakap ni....(yg mmg tak ada problem lain laaa), dia akan dengaq/tangkap apa kita cakap. kita cakap kasi terus, misalnya busuk and bukan bucuk....nanti bila tiba time dia boleh cakap..haaa macam mesigan semua perkataan nanti keluaq....

    ReplyDelete
  39. teringat kat anak warden (umur dalam 3-4 thn) masa kat matrik dulu...suka sangat bercakap...semua ayat dia akan mula dengan perkataan "awat?"...last2 jawapan kami adalah.."awat adik suka tanya?"...boleh plk dia diam..hehe

    ReplyDelete
  40. Smart like daddy, sweet like mommy tu, hehe :)

    ReplyDelete
  41. Seronok bila bercakap2 dgn anak2 kecil yg keletah bercakapkan? hehehee

    ReplyDelete
  42. zayyan jenis pendiam kot... biasalah tu anak2 berbeza tahap perkembangannya terutama antara anak no satu dan no dua... memang nampak sangat perbezaannya

    ReplyDelete
  43. Best la baca N3 Doc yang ni........ macam pergi kelas psikologi la...

    Kawan saya, anak dia nak masuk lima tahun tapi tak pandai bercakap, pastu tengok atau dengar apa2 semua takut.. budak tu lebih cenderung dengan bahasa lain selain bahasa melayu. Last dia pergi jumpa doktor, dan ikut jadual rawatan yg doktor bagi......... selepas beberapa bulan kelas terapi, akhirnya doktor pakar cakap anak dia ada satu penyakit "terlebih cerdik" . Ayat last doktor :U jangan sedap hati dengan penyakit TERLEBIH CERDIK, sebab ia adalah satu penyakit"

    ReplyDelete
  44. anak akak 5 org..masing2 ada perlkembangan istimewa yg tersendiri..

    ReplyDelete
  45. ada dua ank boleh buat perbandingan kan doc.
    kalau ank sorang ni selalu terlepas gak kengkadang perkembangan dia hihi..

    tp yg sy nampak ank sy obses dgn benda mainan robot..
    pastu suka hempok bg jahanam ohhhmy! sobs sobs

    ReplyDelete
  46. lepas ni bleh bawa cars ...or buka kedai cars...

    ReplyDelete
  47. tengs utk entry ni. apa yg sy fhm stkt ni mmg pkembangan tiap kanak2 tu bbeza kan? tp sy ttp jgk bfikir camana ek caranya nk didik budak2 ni jd pick up n cpt ingat tiap pkataan yg kita sebut? so kat entry ni ada serba ckit jwpnnya..tengkiu!

    my niece n nephew (ank abg ngan kakak) dorg sebaya, beza lahir sbln je. tp yg pmpn pkembangannya lg cpt dan fasih dh bcakap bbanding yg lelaki.kdg2 sy tgk die mcm tercepat matang pulak..hehe..skrg bru masuk 4tahun, tp die xnk pg tadika dia ckp bosanlah semua org menangis! haha..so skrg dia masuk pra skolah utk 6 thn.maknye pun la cikgu pra tu.dia pulak yg mengajar abg2 akak2 umo 6thn kat situ..yg ank buah lelaki tu, umo 4 thun still blum bleh bcakap dgn lncar..dan xbleh nk program bila org ckp 'jgn' @ tak boleh..mmg sgt bbeza..

    ReplyDelete
  48. sama dgn anak munna yg kakak lebih cepat dan banyak mulut dari adiknya

    ReplyDelete
  49. wahhh.... zayyan dah 1 thn 9 bulan ye doc. tiap anak tak sama perkembangannya kan. teringat dulu2 naufal dgn umur sebaya 1y4m dah dpt adik kembar. terbayang2 lagi betapa dia 'blur' bila bawak 2 baby kecik balik umah. masa tu mlm2 tido dgn nenek dia. how time flies... dah sekolah pun mereka ber3...

    ReplyDelete
  50. ilmu berguna utk masa depan acu..hehehee

    ReplyDelete
  51. anak saya (tasneem) dah pandai sebut 'duit' ....
    ohohoho....

    ReplyDelete
  52. Salam,
    Masa anak kecik2 kita sentiasa ternanti2 apa yg akan dibuat seterusnya. Sentiasa check buku kalau perlakuannya berbeza.Bestkan.
    Anak mama yg sulung pun lambat bercakap, tapi bila genap 2 th terus bercakap tak henti!

    ReplyDelete
  53. Kak Azie dah lupa apa perkataan pertama anak anak.. hehehe maklum ramai sangat!

    ReplyDelete
  54. perkataan pertama my daughter dulu ATOK...heheheh....pasal tu dia rapat ngan atoknya...Uwan dia panggil Mak...tp ajar jugak panggil Uwan...x nak dia keliru...kang mana plak anak...mana plak cucu kan?

    ReplyDelete
  55. mek merah nurul ok jer semua tapi sofia mcm lambat sikit bercakat.berat mulut ker apa tak tahu..patutnya banyak dah patah perkataan..nie tak banyak dia bercakap dalam 4 patah jer kot..patut dah 6-20 ikut entri daddy zz

    ReplyDelete
  56. First word daddy?cemburu nie....hehehe....biasa anak anak kecil suka sgt tgk kartun....kan dh jd cars first word si adk.....xpe....dia sure kenal parents dia....

    Psss...rietta sndiri pown dh jrg sgt trun Komtar...rmai PATI....rasa kurang selamat dankurang selesa....tpi klu nk servis camera...hmmm...xde pilihan la....otai nikon yg rietta senang berurusan ada kt sna....

    ReplyDelete
  57. gerammm btol dgn Zayyan nih.ya hamat putih melepaks!
    cikmat dulu mula bertutur umur 3tahun.lps tu,baru boleh start free drypers..lama doc!

    ReplyDelete
  58. Currently it sounds like Wordpress is the best blogging platform out there right now.
    (from what I've read) Is that what you're using on your blog?


    Feel free to surf to my site :: remote control hobbies

    ReplyDelete
  59. Fastidious replies in return of this question with real arguments and describing all concerning that.


    Also visit my web page ... Seo Company In Chennai

    ReplyDelete
  60. Hi my friend! I wish to say that this article is amazing, nice written and include almost all significant infos.
    I would like to see more posts like this .

    Feel free to surf to my webpage :: armitron watches

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...