Friday, February 1, 2013

Berak, Kencing, Kentut, Kahak dan Bau Bangla

Salam Jumaat...
Tazkirah Jumaat hari ni pasal " benda menjijik kan/remeh yang sebenarnya, nikmat tuhan "

Sebelum tu, aku ulang lagi ayat dari Surah Ar Rahman ni( aku dah tulis tentangnya 2 minggu yang lepas) , yang di ulang ulang 31 kali dalam surah tersebut:

" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


1) Berak itu jijik, kotor, menggelikan. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik sementara nikmat berak, kita menggelupur. Senak perut, pening kepala, angin toxic masuk dalam badan... bila kita sembelit...berpeluh peluh meneran di jamban. Letih lari ulang alik ke jamban bila kita cirit birit.

2) Kencing itu kotor, jijik. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik sementara nikmat kencing, kita ulang alik gi jamban asyik nak kencing, tapi tak lawas, tak tus..kencing pedih...Ni bila kena batu karang atau jangkitan saluran kencing. Tahu tak siksa nya kalau sistem autonomik yang control pundi kencing kita gagal berfungsi, apa jadi pada kita? Aku pernah dapat kes mat rempit berlumba di malam raya masa kerja spital dulu...eksiden..Pundi kencing jem, tak boleh nak kencing, walaupun air kencing makin bertambah dlm pundi kencing. Menahan2 peluh, senak mat rempit ni menahan rasa nak kencing..Aku masukkan tiub kat kemaluannya, penuh sebekas urine bag tu kencing dia keluar!  " arrgghhhh...legaaaaaa...terima kasih doktor", kata mat rempit tu kepuasan... 

3) Kentut itu kotor, menggelikan, berbau. Tahu tak  ianya nikmat tuhan? Bila tuhan tarik nikmat kentut, perut senak mencari Eno, mencari pil charcoal, mencari teh halia. Tong tong tong bunyi perut bila di ketuk..penuh dengan angin.

4) Kahak, hingus itu menjijik kan, tengok orang buang kahak/hingus pun kita rasa nak muntah, kan? Tahu tak ianya nikmat tuhan? Tahu tak bahawa lapisan dalam sistem pernafasan kita yang dipanggil mucosa lining sepanjang panjang dari hidung, pangkal tekak & saluran paru paru( bronchus & bronchioles) sentiasa hasilkan mucus(lendir), yang berfungsi memerangkap segala macam habuk, benda asing dan kuman kuman daripada terus jatuh masuk ke dalam paru paru kita? Mucus(lendir) ni juga yang melembapkan udara yang kita hirup menerusi hidung & mulut. Lendir ini menjadi banyak yang kita panggil hingus, kahak & macam macam nama yang menggelikan bila kita kena jangkitan selsema & batuk. Makin banyak lendir2 ini terhasil masa kita flu batuk itulah yang sebenarnya nak protect paru paru kita.  

5) Bau badan/body odour (BO) itu menjijikkan...kita rasa nak pengsan kalau naik satu lif dengan Bangla. Tahu tak ianya nikmat tuhan? Bau badan itu bukti sistem perpeluhan kita aktif dan normal. Tahu tak kita ada 2 jenis kelenjar peluh, dipanggil eccrine & apocrine glands ?

- eccrine glands hasilkan air peluh bila termostat badan kita kesan body kita panas. Air peluh ini hanyalah pure water + garam sahaja, tiada bau. Peluh inilah menyejukkan badan kita kembali, menyejat haba panas dalam badan, dibuang keluar.
- aprocrine glands hasilkan rembesan peluh yang terdiri dari bahan lemak & berminyak( fatty oily substances). Peluh jenis ini dimakan oleh bakteria yang ada di kulit kita, dan kesan tindak balas inilah hasilkan bau badan(BO). 

Tahu tak kenapa Bangla bau busuk? Sebab mereka kuat makan bawang. Makanan ( seperti bawang, kari, rempah ratus), sesetengah ubat ubatan & bahan kimia boleh mempengaruhi BO kita.


Jadi, sebelum kita mencebik muka menahan hidung ke atas benda benda yang menjijikkan & meloyakan ini, berfikir lah sejenak, bahawa semua itu pun, bukti kekuasaan Allah..dan hanya orang yang mahu berfikir sahaja akan nampak kebesaran nikmatNya.

Sedikit motivasi utk kita berusaha tambah amalan sementara masih ada nyawa ni:

" Manusia dalam syurga tidak mengalami haid, tidak pernah buang air kecil/air besar, tidak keluar kotoran baik dengan jalan atas(mulut, hidung, mata, telinga), tidak pula dengan jalan bawah. Semua makanan dan minuman yang mereka makan minum menjadi angin atau peluh, bukan angin atau peluh busuk, tetapi angin dan peluh yang wangi baunya"  - tulisan Bey Arifin di buku beliau Hidup Sesudah Mati, edisi Melayu 1984, m/s 233.

53 comments:

  1. alhamdulillah bagusnya entry ni..membuka mata hati..
    sebut bangla, teringat next week saya kena singgah bangladesh.. :)

    ReplyDelete
  2. bila diingatkan begini baru terasa kerdilnya kita...nak maintain diri sendiri pun Allah tolong jaga...tapi..tak mau duk dekat bangla..boleh sesak nafas..tapi ada juga bangla yang bersih..tau makan bawang tapi mandi dan wangi..haha

    ReplyDelete
  3. TERBAEK post ni.. saya suka baca entry seperti entry ini ditulis - SH

    ReplyDelete
  4. terima kasih byk2 atas tazkirah pagi ni doc! moga kita sentiasa jadi hamba Allah yg bersyukur...

    ReplyDelete
  5. suka entry ni.

    kadang2 kita tak sedar kan...

    ReplyDelete
  6. apocrine gland boleh di block dengan ubat sapu ketiak..

    mengapakah masih ada yang tak tau..
    dan tak boleh bau , bau badan sendiri...

    ReplyDelete
  7. Tapi janganlah pulak nak menunjuk nunjuk yang kita ni sihat, boleh berak boleh kencing dengan tinggalkan tandas tak dipam.. cukuplah sekadar rasa syukur tu kita niatkan dalam hati..

    bangla makan bawang macam makan epal..rongges camtu je kan..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih saling ingat mengingati..kadang2 terlupa asyik ingat benda tu kotor saje...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, belum hilang nikmat itu... cuma baunya saja kurang nikmat, hehe

    ReplyDelete
  10. Terima kasih DZ..
    bab lain saya ok.. tapi bila bab bau badan mmg hidung saya sensetif.. harap lepas nih lebih cekal menahan bau badan bila berada di dalam bas..huhuhu

    suka sangat dengan ayat motivasi di hujung n3 tuh.. thanks yer~

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah semua masih berfungsi dengan baik...syukur padaNya!

    ReplyDelete
  12. woooww... banyaknya info berguna... itu la kepakaran doktor... boleh buat kelas nih, biar semua tahu... jangan sesuka hati mencebik kat org lain

    ReplyDelete
  13. Entri yang penuh pengisian dan bagus untuk dijadikan renungan bersama... Teruskan menulis Doc.

    ReplyDelete
  14. perkongsian yg penuh makna...sellaunya kita melihat sisi negatif ja terhadap benda2 mcm tu..

    ReplyDelete
  15. tazkirah yg sgt hebat! ternyata tiap hal tu ada sbb Allah jadikan.

    ReplyDelete
  16. Saya rasa bersetuju dgn entri ni.
    Membuka minda kita yg selama ni tak perasan nikmat2 spt ni.
    Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  17. banyak info dalm tazkirah hebat ni..tapi tang bo memang tak tahan.saya sanggup naik tangga kalau dalam lif penuh bangla.bukan menghina tapi itulah hakikatnya

    ReplyDelete
  18. Syukur alhamdulillah badan masih
    boleh berfungsi dengan baik :)

    ReplyDelete
  19. Nak tanya sikitlah Doc, kalau kanak2 12 thn asyik terbersin keluar hingus pagi-pagi kena resdungkah dia?
    boleh syorkan ubat yang sesuai.
    tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 'on most days', yakni boleh kata almost setiap pagi ada simptom flu/bersin/gatal hidung mata tu, tu mmg resdung(allergic rhinitis). Tiada ubat utk sembuhkan, sebab penyakit allergic ni mmg tak boleh sembuh, kita hanya boleh kawal dgn ambil ubat antihistamine yg kurangkan penghasilan mucus tu...Ada antihistamine yg mengantuk, ada yg tak mengantuk.
      Kalau teruk sgt resdungnya, mungkin perlu ambil ubat nasal spray setiap hari.
      Yg paling penting ialah kena elakkan benda yg dia alah(allergen)..contoh allergen ialah habuk/debu/asap/makanan macam seafood, kacang, telur, etc..

      Delete
    2. tq for the info.
      masa kecik2 dulu suka cium selimut busuk.

      Delete
  20. terhibar baca entry awk DR.
    ya..kadang terleka dan merungut..
    padahal itu semua nikmat yg Allah berikan..

    ReplyDelete
  21. setuju sgt tu..... semoga Allah tak tarik lagi nikmat tu semua dari kita

    ReplyDelete
  22. Betul tapi kakak baca pun macam loya-loya walau itulah hakikat sebenarnya
    Allah jadikan pasti ada hikmah kan..

    ReplyDelete
  23. fuhhh dasat entry doc harini. sy paling stuju bab berak ngan kencing. kalau lah sembelit/kncing tak lawas..ya Allah seksanya rasa...zmn kanak2 sy pnh kena penyakit tak boleh buang cmtu, yg serius punya.mak sy smpai xpergi kebun menoreh nk jaga sy. tiap kali sakit perut dtg, bguling2 sy nak mak..mak bwk pi toilet tp apa pun tak kuar..smpai mak urut2, tekan2 ke bwh.. (eh perlu ke bg details...haha syahdu doc. sebak teringat balik). last2 bwk pi klinik, doc bg ubat yg melembutkan najis tu. (dlu, bkn kebiasaan kitorang sakit pg klinik...ssh katakan)

    bab kntut, ok. tp kentut merata..maaf, sy xleh...sy rasa org kentut merata ni sgt tak sopan n xhormat org.

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah..entry yg sgt bagus...kena senantiasa mensyukuri nikmat yg Allah SWT berkian pd kita..:-)

    ReplyDelete
  25. Terimakasih. Mama jarang berfikir mcm tu.
    Ingat nikmat Allah.

    ReplyDelete
  26. tq for info...
    sedang berusaha memuhasabah kan diri...

    ReplyDelete
  27. terbaik entry nih doc...menyedarkan...menginsafkan...

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah syukur padaNya..

    ReplyDelete
  29. doc termasuk dalam golongan ulul albab

    Tahniah!

    ReplyDelete
  30. tulah jangan lah hina maki2 orang semua yang ajaib tu kuasaNya..kita tak sempurna juga , tak boleh lah sesuka hati mengata orang, harap kita semua sedar ya..tq infor2 ini..the best

    ReplyDelete
  31. UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI JUGAK..NICE ENTRY..

    ReplyDelete
  32. terkesima sekejap membaca n3 doc ni..benda2 macam ni akan menginsafkan diri kita jika kita selalu ambil tahu dan beringat2..

    ReplyDelete
  33. Saya berani kata, golongan doktor adalah antara kerja yang menginsafkan mereka. Para doktor melihat lebih dekat lagi kejadian Tuhan. Mereka merasakan kekaguman tentang bagaimana manusia diciptakan. Takjub tentang banyak perkara tentang tubuh badan manusia.

    Saya kenal ramai doktor, dan mereka menjadi insan yang positif, redha, tenang dan sering insaf.

    Setuju Doc?

    ReplyDelete
  34. Wah entry ni masuk bab ilmu kesihatan; fungsi2 organ dan bahan2 buangan "tu". Informative, tq

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum DZ

    kadang2 kita perasan benda macam ni

    ReplyDelete
  36. oh siksa Doc..klau tak bleh berak dan kentut!!

    ReplyDelete
  37. Benar sekali pak doktor....kalau nak terBERAK....nak tido pun tak leh...pendek kata...semua tak leh....bila dah berak dengan NIKMAT nya...semuanya berjalan lancar....ahakz

    ReplyDelete
  38. lain kali nampak banla yan ada bau2 asyam ni nak tunjuk jari good je kat dia..hheh

    ReplyDelete
  39. moga dapat pengajaran untuk akakni...
    kadang2 lupa tuler nasib ada orang mengingatkan..

    ReplyDelete
  40. Nak gelak, tapi kesian dengan kisah mat rempit tu. Masa nak masukkan salur tu, mesti sakitt.. adoiiii.

    ReplyDelete
  41. good entri doc..dee pernah kencing tak lawas..mmg sakit..dan kalau perut dee gastrik..dee mmg harap dee terkentut..sbb perut dee akan lebih selesa..hehehe..

    ReplyDelete
  42. tqs doc for sharing... kalo lepas operation, doctor mesti sutuh kentut kan... rasa jugak sakit & stress nya...

    ReplyDelete
  43. kekadang, perkara yang kecik macam ni mudah terlupa..

    ReplyDelete
  44. Bagus entry ni... biasanya ayat ni digunakan untuk orang yang ingin menunjukkan nikmat hidup yang diperolehinya cam kaya, untung, berjaya dll. TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...