Wednesday, January 2, 2013

Kisah Kami Di Hari Pertama Tahun Baru 2013

Aktivi kami anak beranak pada tahun baru 1-1-2013 (ingat nak gi camping +picnic kat pantai macam tahun lepas, 1-1-2012)..adalah berkisar tentang Ziyyad..

Pagi pagi lagi dah ke Genius Aulad, semalam ialah hari 'parents induction'. Jumpa cikgu kelas Ziyyad (yg tudung biru tu), explanation tentang silibus, ambik buku & uniform.

Ziyyad posing depan kelas nya..nama teacher nya Teacher Syariah. 

Lepas habis urusan di Genius Aulad, kami ke Harvey Norman, melunaskan hadiah harijadi Ziyyad yang tertangguh..hahaha...Ya, tertangguh..sebab birthday dia ialah 30 Oktober, 1 Januari baru dapat...:)

Inilah hadiah yang diminta, sebijik camera. Ziyyad suka ambik gambar, suka ikut aku gi menembak, dan selalu tanya bila dia nak ada camera sendiri. Belikan dia Nikon aja..dah besar sikit nanti aku upgrade dan tarik Ziyyad masuk team Canon..hehehe...Yang kelakar tu, siap boleh request nak 'kaki kamera', sebab dia selalu tengok aku pacak kamera gabak aku tu atas tripod.

Lepas beli hadiah Ziyyad, kami bertolak ke Concorde Shah Alam..makan makan buffet tahun baru gitu...Bagus kan, dah burn 600kcal+ kat gym pagi tadi, gi tambah balik ribuan kcal kat buffet lunch..:)

Gambar-gambar di bawah ni hasil bidikan guna camera baru Ziyyad, ada banyak gambar yang dia shoot..



Punya lah sayang camera baru..hadiah la katakan..sebelum guna, siap Ziyyad lap tangan bersih2..dah tak nak shoot, masukkan camera dalam casing, takut calar katanya..hahahah...Siap puji2 camera dia canggih, mahal sebab ada macam2 bunyi yang camera aku takda...kikikiki...Ye la Ziyyad...kamera Ziyyad memang lagi canggih & mahal dari kamera daddy  :)

Sebab dah rasa bersalah pada hari pertama tahun baru melantak banyak kat buffet, maka lewat petangnya aku gigihkan diri jugak gi gym lagi, buat kali kedua untuk hari tersebut, dapatlah bakar 300+ kcal..Kalau la hari hari aku gigih gi gym 2x sehari macam ni, tercapai la azam tahun baru yang dah banyak kali di carry foward tu..~bahahahaha..

52 comments:

  1. Replies
    1. eh kat sini pun nak berebut utk first jugak ke? Ingatkan kat tempat anak dara mcm GB aje yg berebut .... hahaha

      Delete
  2. okay~sekarang baru boleh komen..ayam belanda apa rasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ayam belanda rasa ayam holland la bujal..takkan rasa ayam kampong..takkan ko tak pernah makan?

      Delete
  3. Semalam kakcik balik menziarahi MIL di Teluk Intan berdua sahaja dengan AbgBob...

    Tahniah Ziyyad. Dah pandai ambil gambo, nanti boleh jadi fotografer jutawan...

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan hasil tangkapan Ziyyad tu. Ada bakat budak ni. Kalau mcm ni cepatlah dia graduate ke team canon..... hehehe

    ReplyDelete
  5. fuh.. best.. best..
    ai pulak teruja baca entry ni..

    ReplyDelete
  6. waaa..seb baik dapat hadiah mengancam kan ziyyad..takpe la lambat sikit pun.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Bgs galakkan anak dgn hobi mcm ni. Somemore, hobi yg bwk byk keuntungan. Heee~ Buffet? Ok. Ini yg dikatakan guilty pleasure. Tapi, sekala-sekali. Apa salahnya tak? Toksah susah ati. Poning palo jo. Hahahaha~

    ReplyDelete
  8. wah...kecik2 dah pandai snap gambar...ikut daddy dia la ni...^_^

    ReplyDelete
  9. puiyooohhh pasni ziyyad lagi terer la dr daddy! tunggu dapat kaki je lagi :p

    ReplyDelete
  10. Genius kan Ziyyad...jaga kamera dengan extra care. Memang sesuai ke Genius Aulad. Gambar yang genius tu, ikut gen siapaaa lah agaknya kan..?

    ReplyDelete
  11. amboi ziyyad...lepas ni ble ikut amik gambar sunset kat pantai ya... hehehe

    ReplyDelete
  12. Amboiiii, kemain lagi Ziyyad. Cik Sari dulu, umur 17 tahun barulah merasa pegang kamera tau, kalah teruk dgn Ziyyad ni.. hehehe..

    Teringat dulu ada kawan namanya Azrul Ziad, ejaan lain, sebutan sama.. ;-)))

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Glamournya kamera Z...
    Seronoknya sambut th baru kat hotel!
    Moga zz jadi anak soleh dan mengembirakan i/b.

    ReplyDelete
  14. jeles nih..kecik2 dpt hadiah kamera. Makcik ni dulu beli sendiri tau..lps spm kerja sbb nak beli kamera.

    ReplyDelete
  15. Bestnya ziyyad dpt hadiah camera.

    ReplyDelete
  16. Ala Ziyyad... auntie punya camera pun sama tak ada tripod. Nak yg macam daddy tu auntie pun tak pandai guna.

    ReplyDelete
  17. lahaiii tadika dah dapat hadiah nikon...nekcik sampai pencen tak dapat lagi nak beli camera!!!

    ReplyDelete
  18. Bagusnya ziyyad minta camera..kalo bdk lain minta ipad, PSP, PS3 bagai....

    ReplyDelete
  19. hensem nyer kamuuuuuuuu ziyyad!!!suka auntie tgk tau :)

    ReplyDelete
  20. Amboiiiii kecik kecik dah dapat kamera......lepas ni......heh gerenti dia akan dapat 'hand-me-down' yang dedi punya...bila bapa upgrade laaa......

    ReplyDelete
  21. lepas ni boleh camwhore macam atok uncle gedek :p kah kah kah.. jgn uncle baca komen ni sudah la..

    ReplyDelete
  22. Kemana lagi kuah nak tumpah ya, nanti ada ke yang pandai masak cam ibunya ;)

    ReplyDelete
  23. aktiviti thn baru munna cuma kat rumah je... anak mula tadika pasti 7/1/2013 nanti

    ReplyDelete
  24. Slmt tahun baru 2013 doc, Genius Aulad utk starting pembelajaran anak, moga dia jd kalangan org2 yg genius nanti...

    azam berazam jgk ke doc pasal diet tu...teruskn.

    ReplyDelete
  25. Amboi.. 4 tahun dah dapat hadiah kamera... pelaburan tu..
    Anak makchaq masa form 4, team Nikon offer join (depa tengok gambaq2 yg dia ambik untuk majalah sekolah) beribu jugak income..
    Ziyyad nanti entah2 darjah 4 dah boleh jadi pro..

    ReplyDelete
  26. perghhhh....

    kocik2 dah ada bakat

    besaq sok mesti ikot jejak daddy ye

    ReplyDelete
  27. Wah2 bestlaah ziyyad.. dpt hadiah kamera..curlast.. gitu..

    Dah ada bakat nak jadi photographer pro tuh.. kena asah jek lagik.. :)

    ReplyDelete
  28. Slmt thn baru.
    Hepi je ziyyad dah dpt hadiah yg dimintak,lps nie kalahlah daddy dia...

    ReplyDelete
  29. bagus ni bro...
    kecil2 dah tunjuk bakat...
    dah folo your footsteps....

    ReplyDelete
  30. wah.. ziyyad pun dah pandai nak snap ye... lepas ni mesti profesionallah...

    ReplyDelete
  31. wow daddy belikan camera utk ziyyad, aunty nak satu boleh. anyway cantikla mummy ziyyad. sweet

    ReplyDelete
  32. kecik2 dah dapat Nikon...syoklah Ziyyad...!!

    ReplyDelete
  33. bole jadi legend ni.....


    kecik-kecik ada bakat fotografi ;)

    ReplyDelete
  34. tahniah ziyad... layak dah join team Canon


    sure lepas ni pic tecer Syariah lak masuk blog papanya

    ReplyDelete
  35. amboiiii bestnye dia dpt camera. mstilaa kena jaga baik2 kan ziyyad. dah laa lama mintak baru dpt. appreciation tu namanya.

    tadika aulad ni owner nyaactive berblog jugakkan. kalau tk silap IBUNDO.

    Nk gi bekelah? jom bekok. owh ya, kereta tu okey je selepas diselamatkn oleh hero2 kami

    ReplyDelete
  36. Wah, untung ziyyad, gambar yang di snap pun cantik2...

    ReplyDelete
  37. Mlm thn baru...tak sempat nak tembak bunga api ,...kami semua dah pasang layar. Letih ....mencari barang sekolah. Last minit shopping ...

    ReplyDelete
  38. terbaiklah...

    macam anak dara ayu.. masa sblum ayu ambil dslr.. dia guna kamera kompak lama ayu.

    mmg sebiji mcm daddy dia.
    tahniah ziyad...

    ReplyDelete
  39. Wah Ziyyad dah sek ae... Best tu sebab dah ada kamera sendiri.. Diri sendiri dah kerja baru merasa ada kamera sendiri...

    Minat dia sama dengan ayahnya.. Pandai dia ambil gambar..Kalau Ziyyad dapat pupuk minat dari kecil, tentu dia boleh pergi jauh..

    ReplyDelete
  40. wah! Ziyyad pun dah ada bakat jadi photographer...pandai dia shoot.

    ReplyDelete
  41. wakakkakakak dah melantak tak ingat, tau lak ko cari gym ye wkakakakaka.......pandainya budak kenit tu request hadiah.....patut ko kena up sebab lambat belikan hadiah tau.....bagusla nanti ko ada geng pi menembak.....so kurang la tendency ko menembak awek2 sebab ada ziyyad wakkakakakakkaka berkurun tunggu ko add kat fb....gila ar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jangan lupa baca balance 60 percent lagi entry aku, ko tak baca mau cirit birit 3 hari weiii wakkakakakakakka

      Delete
  42. wahhhh... bole la ikot unty n d geng g nembak pasni..
    kamera kita sama tak serupa tapi..

    cantek gambar yg Ziyyad ambek...

    ReplyDelete
  43. Kecik2 dah kreatif. Sebagai ibu bapa kita menjadi pendorong kepada minat mereka.

    Tak lama lagi daddy ada pesaing...ahahaa...

    ReplyDelete
  44. jom ikut antie Singa dan antieCikPuan Kawa..
    tak payah bawak daddy tau!!

    ReplyDelete
  45. wah...cantik2 juga gambar yg ziyyad amik..berbakatlah..

    ReplyDelete
  46. pandai ziyyad jaga barang.. certain kids at this age masih tk tahu jaga barang.. tak sayang barang.

    ReplyDelete
  47. Berbakat si hensem ni.hehe..bab nursery memg kt pjya bikin pening kpla.DZ bukak ar nursery ktcni compom laku

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...