Friday, January 4, 2013

Islam AgamaKu

Setiap petang Khamis jam 5.15pm, aku akan dengar radio Ikim FM, kalau tiada aral melintang..
Slot Islam AgamaKu..
Setiap minggu di bawa seorang saudara baru kita..berkongsi pengalaman, pahit manis bagaimana mendapat hidayah hingga kembali ke agama fitrah, berkongsi cabaran cabaran yang dihadapi..

Slot petang semalam, bagi aku..memang menarik.
So aku suka nak kongsi ceritanya kat sini..buat yang nak baca...
Aku tulis dalam bentuk point form..mudah nak baca..
Karangan ni panjang....

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

- seorang anak gadis bangsa Cina, kita panggil D cukuplah..dibawa ke studio semalam..
- kini umurnya 20 tahun, mula memeluk Islam pada usia 17 tahun.
- lafaz kalimah syahadah di library sekolah, dihadapan ustaz , bersaksikan rakan rakan rapat..
- parents & adik beradiknya masih tidak tahu pengislamannya.

- mula minat dengan Islam seawal 12 tahun..suka tengok Jejak Rasul..
- setiap kali azan di TV, asalnya dia akan mute kan suara..tak suka azan..tapi baca makna azan.
- makna azan " Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah ", benar-benar menyentuh hatinya..
- sejak itu, dia mula mencari betul ke tiada tuhan lain..selama ini dia sangkakan ada tuhan cina, ada tuhan india, ada tuhan melayu..

- hidayah Allah itu datang dan menolongnya bila masuk form 1, dia ditawarkan ke sekolah asrama..
- asrama yg majoritinya pelajar Melayu, Islam..
- banyak belajar, banyak melihat melalui pelajar-pelajar Melayu Islam di asrama..
- dari form 1, hingga ke form 5, dia makin suka dan faham tentang Islam..hingga ke tahap hati meronta ronta..menangis..risau..kalau kalau tak sempay memeluk Islam, dan dia mati..akan masuk ke dalam neraka..
- terpaksa rahsiakan pengislaman di sekolah, risau kalau ramai yg tahu..berita akan bocor ke pengetahuan mak/ayah nya..
- gigih solat di dlm stor, atau sickbay, atau blok akademik..tak boleh solat di surau sekolah..takut kantoi dia dah masuk Islam..hanya few rakan & warden/cikgu sahaja yg tahu pengislamannya..

- bila bercuti, balik ke rumah..memang cabaran terbesar..dugaan terhebat..
- cuba stop makan babi...parents bertanya kenapa tak makan babi...cuba cover line dgn mengatakan " cikgu sekolah kata daging babi banyak kuman..bahaya"
- si ayah menentang dgn mengatakan " ahhh..org2 di China beratus tahun makan babi..sihat aja"
-akhirnya..di rumah..terpaksa makan babi..apabila di sua kan ke mulut daging itu..menangis dalam hati kerana terpaksa makan babi..
- kena berlakon..ada dua personaliti bila di rumah...kejap jadi amoi...kejap jadi muslimah..nak solat di rumah pun sembunyi sembunyi...pernah hampir kantoi dengan ibunya..

- bila kena gi PLKN, itu cabaran hebat juga buatnya..
- dia menangis, dia resah..sebab tak dapat solat selama 3 bulan di PLKN..dia takut kemurkaan Allah..
- dia tak boleh nak solat sebab dia masih rahsiakan pengislamannya..
- dia sedih tengok...dlm dorm nya yg ada 20 orang budak Melayu Islam..2 orang sahaja yg solat..yg selebihnya, bila ditegur oleh pegawai/warden PLKN utk solat...lepas tu mencebik kata " kau nak solat, solat lah" ...dia sedih sebab Melayu Islam yg boleh solat, tak mahu solat..Tapi dia, menangis & takut kpd Allah sebab tak dpt tunaikan solat kat sana..

-kini D berhijrah ke KL..utk sambung belajar..
-dan yg paling pentingnya..utk selamatkan akidahnya...sebab di tempat asalnya, ramai kenal dia..nak bertudung pun tak boleh...nak gi belajar kat pusat islam/pejabat agama/masjid pun ramai yg cam...takut direport kepada parents nya..

-hingga ke saat ini...dia masih rahsiakan pengislamannya..
-kata D, dia akan inform parents nya bila habis pengajian..
-kita doakan sama sama, dipermudahkan urusan D dlm mempelajari Islam..dipermudahkan utk menjelaskan kpd parents nya nanti..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Banyak iktibar yang aku sendiri pelajari, especially part yang aku bold kan tu..
Kita lahir sebagai Islam..Islam keturunan..
Kadangkala(or selalunya)..kita tak hargai..kita tak rasai nikmat hidayah..nikmat beragama itu..

61 comments:

  1. Utk diri sendiri.. hargailah 2 perkara yg anda dpt secara turun temurun dr keluarga kita.. tak perlu dicari-cari.. Islam dan Iman.. tp sangat perlu dihayati..

    ReplyDelete
  2. nama dia - Tian ...


    dengar tapi dah nak akhir ...
    rugi tul

    ReplyDelete
  3. bagus perkongsian doc nih, mmg tak dinafikan ramai yg islamnya keturunan saja...sbg ketua keluarga adlah satu cabaran dlm hidupnya utk menjadikan org terdekat dgnnya mahu mendengar kata iaitu mengerjakan syariat islam itu sendiri.

    syukur..ini sbg renugan buat mereka yg sering memperlecehkn agama.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan segala urusannya. MIL pun convert. So share juga cerita rakan2nya yang convert. Susah sangat. Anak2 dan suami masih Cina..ada yang anak suami masih orang Asli dan dia kena menahan segala macam cemuhan hingga diabaikan keluarga. All in all, umat Islam adalah saudara sebenar. Muslims are those yang memahami apa itu Islam, di mana Islam dalam diri masing2. Thanx for the sharing Doc.

    ReplyDelete
  5. besarnya cabaran dia kan..
    gamaknya tu pasal ade mualaf yg masih belum bertudung bagaikan sebab masih dok rahsiakan agama dorang..
    paling risau kalau dia meninggal abislah berebut jenazah plak.

    ReplyDelete
  6. umur berapa ya .. legally .. mereka boleh buat pilihan sendiri?

    ReplyDelete
  7. Hidayah yang datang padanya, ada nikmat yang tak terucap. Selalunya macam tulah kita yang Islam keturunan mempermudahkan segalanya konon macam pandai sangat dah. Tengok ustaz2 terkemuka dari golongan mualaf kadang2 rasa malu dengan ilmu yang mereka ada.

    ReplyDelete
  8. Semoga Allah permudahkan segala urusannya dan beri hidayah jugak pada keluarga dia..

    ReplyDelete
  9. tersentuh dan terus rasa insaf! huhu.. kenapala kita x appreciate agama sendiri..

    ReplyDelete
  10. sebak baca..muhasabah diri terus..

    ReplyDelete
  11. Semoga Allah memelihara dan mempermudahkan urusannya.

    Banyak terjadi yang 'memeluk' Islam, pelukannya sangat kemas.
    Sayangnya yang lahir dalam Islam...

    ReplyDelete
  12. semoga die senantiasa tabah...semoga Allah permudahkan jalannya...

    ReplyDelete
  13. maknanya smpai skrg dia masih merahsiakan? kuatnya hati dia.....btul la doc, kita ni yg bleh solat terang2 pun main tggal2...insaf :(

    ReplyDelete
  14. kami yang convert...melalui pelbagai cabaran....terlalu banyak perlu dipelajari...kami bagai bertatih untuk mengetahui dan mendalami apa itu Islam...tapi maaf....kadang terfikir mereka yang lahir sebagai seorang Islam tidak segigih seperti kami...kalau melihat kehidupan mereka yang secara azalinya memang Islam rasanya kami tidak tertarik dengan Islam...tapi kerana hidayahNya...kami yakin dengan kebenaran yang dibawa oleh Islam...doakan kami yang convert ini supaya sentiasa kuat dan tabah menghadapi segala dugaan...

    ReplyDelete
  15. Allahuakbar terasa hina diri ini nak dibandingkan dengan dia :(

    ReplyDelete
  16. tersentuh hati saya..
    tinggi sungguh tahap imannya.

    moga Allah bantu dia, beri kekuatan padanya.

    ReplyDelete
  17. Salam

    semalam pun saya dengar jugak..
    paling sayu bila dia cakap 3 bulan saya tak sembahyang rasa nak terjun bangunan..huhuhu..yang budak melayu 30 org (maaf, saya dengar dia sebut 30) dalam tue 2 orang je sembahyang..alahai...

    ReplyDelete
  18. Hamboih....

    Melayu tak semestinya ISLAM.....kan? Bukan itu yg rakyat Msia dambakan ke? Apa-apa bangsa bebas memilih agama. Apa-apa agama tidak boleh mensyaratkan bangsa apa yang wajib utk menganutinya.

    Daaa~

    ReplyDelete
  19. Ya Allah. macam2 cabaran utk dia. semoga dia tabah dan tak beralih arah. ada sorang kawan eliss pun mcm ni, Alhamdulillah,skang ni satu family dah peluk agama islam lepas nenek dia meninggal. rupanya selama ni nenek dia yg menghalang mereka.

    ReplyDelete
  20. teringat dalam paper BH kelmarin,student cina darjah 11 bertudung kesekolah...meskipun dia mungkin tak tau apa makna menutup aurat...tp ramai pelajar melayu sendiri,tak dipakaikan tudung oleh ibubapa..alasannya masih kecik,baru darjah 1

    ReplyDelete
  21. moga dipermudahkan urusan D..dan betul tu..anak2 yang lahir Islam kadang-kadang tak mau mendalami islam

    ReplyDelete
  22. Salam jUMAAT Tuan!

    Suka tgk doc selalu menjadi pemerhati/ pengkritk yg peka!Moga D iagi insan soleh.

    ReplyDelete
  23. semoga dipermudahkan segalanya untuk dia..suka perkongsian ini..yg dah islam tak menghayati dan menghargai islam yg dianuti.

    ReplyDelete
  24. Sama-sama kita menghayati dan mengambil iktibar dari kisah itu. Kita sepatutnya lebih bersyukur.

    ReplyDelete
  25. Moga gadis tu tak menghadapi masalah bila tiba waktunya nanti......aaminn. salam Jumaat

    ReplyDelete
  26. Tak semua org diberikan hidayah tapi sebagai org yang dilahirkan dalam islam tak patut nak kena tunggu hidayah baru nak berubah,

    ReplyDelete
  27. terus muhasabah diri bila baca kisah mualaf tuh~
    harap2 lepas nih boleh jadik hamba Allah yang lebih baik..amin~

    Dan.. semoga Allah permudahkan semua urusan gadis mualaf tuh..:)

    ReplyDelete
  28. semoga cerita in jadi iktibar pada saya juga... yang selalu leka ini...

    ReplyDelete
  29. sebak SA baca...harap menjadi iktibar utk semua buat SA jugak..

    ReplyDelete
  30. alhamdulillah sama2 kita doakan ye

    ReplyDelete
  31. Tq, doc. Mohon share..

    ReplyDelete
  32. Alangkah ruginya kitani kalau tak ambil peduli...
    Islam itu memang indah kalau kita hayati...
    Islam bukan hanya dimulut... memang sedih tengok ramai
    orang melayu yang Islam yang menyedihkan...

    ReplyDelete
  33. kita yang islam belom tentu sekuat dia!

    ReplyDelete
  34. Semuga Allah permudahkan perjalanan hidupnya!!

    ReplyDelete
  35. Kakak pun dengar semalam. Yg kesian mula dia tak faham apa itu syahadah, kalimah dsb dari buku yg ustaz dia bagi tapi gigih cari dictionary. Sedih dan malu bila dia bandingkan dgn yg dah original Islam tapi tak sepertinya.

    Org Johor tu. Kat taman kakak pun ada satu, sekarang tengah tunggu result SPM (lelaki) keluarga pun tak tahu. Kakak pernah buat N3 tentang dia.

    ReplyDelete
  36. semoga D tabah selalu dan sentiasa istiqamah... Insya Allah, Allah akan sentiasa ada untuk membantu..

    ReplyDelete
  37. kita yg lahir2 islam ni jarang sekali nak bersyukur..
    em..

    ReplyDelete
  38. kat sebelah umah saya ni india baru pindah..dulu masuk islam.sekarang dia balik semula ke agama asal dia.tapi masih pakai nama islam.

    ReplyDelete
  39. Ya Allah, moga dimudahkan perjalanan hamba Mu ini yang ingin mendekatkan diri kepada Mu..
    kita yang sememangnya dilahirkan Islam pun sangat2 memerlukan taufik dan hidayah dari Allah sentiasa..sebab masih ramai yang lalai dan leka dengan perintah Allah...nice sharing :)

    ReplyDelete
  40. ya Allah...

    dia sedar tak dia sedang berjihad?

    saya teringin nak jumpa dia. buat kawan..

    ReplyDelete
  41. menarik sekali cerita DZ hari ini.
    Bersyukur dilahirkan dalam Islam.

    ReplyDelete
  42. ya Allah..tersentuh hati baca entry ni. thanks atas perkongsian.
    semoga dipermudahkan urusan D dalam terus mempelajari dan mengamalkan cara hidup islam..mudah-mudahan..amin.

    ReplyDelete
  43. Ya Allah maha bkuasa memberi hidayah pdnya..sedih nurul bab org yg sdia islam keturunannya tp xsolat sdgkn dia meronta2 nk solat tp xbleh..sdgkn solat itu wajib dan tiang agama

    ReplyDelete
  44. pengalaman D sebijik pengalaman yg pernah suami sy alami.
    rahsiakan pernghijrahan dia sgtlah memeritkan.
    bertahun tahan..syukur iman dia teguh.
    apa yg sy nampak walau suami seorg muaalaf..
    dia sgt menjaga agama yg dia pilih skrg ni.

    .Alhamdulillah.

    Dan sy bersyukur dipertemukan dgn seorang muaalaf :)

    ReplyDelete
  45. bersyukur dilahirkan islam kan..semoga citer ni jadi pengajaran buat kite semua

    ReplyDelete
  46. sy pun dengar juga... memang mengharukan, moga Allah memudahkan jalannya dan menemukan jodohnya dgn seorang lelaki Muslim yang baik dan dapat terus membimbingnya

    ReplyDelete
  47. Peringatan yg sangat baik untuk diri saya :)

    ReplyDelete
  48. ni pun rancangan kegemaran saya selalu dengar waktu on the way balik kerja, dah lama x dengar bila bercuti ni...hihi, moga D terus istiqamah..teringin juga nak dengar, boleh download kat IKIM.FM website kan...

    ReplyDelete
  49. allahuakbar... sebak saya membacanya...

    ReplyDelete
  50. harap keluarga dia faham lah kan...tentangan keluarga pada mulanya pasti ada, tapi harap sekejap jer lah...

    ReplyDelete
  51. Cerita ni betul2 menyentuh hati.. Q seorang yang kuat semangat dan cekal... Kita doakan agar dia tidak mendapat tentangan dari keluarganya... Semoga Allah permudahkan segala urusannya..

    ReplyDelete
  52. Allahhuakhbar.

    besarnya jihadnya.


    moga dipermudahkan urusannya.

    Ya.. saya pun malu bila rata2 y islam pd nama dan icnya

    ReplyDelete
  53. ALLAH....mcm tu sekali pengorbanan nya terhadap islam....den ni yg senang2 leh solat...sokmo lalai....moga terbit lah keinsafan dari diri den yg hina ini....

    ReplyDelete
  54. semoga perjalan D mnjadi muslimah yg trbaik terus dipermudahkan Allah,amin :)

    ReplyDelete
  55. subhanallah...tersentuh sangat kisah D...moga akidahnya selamat...

    ReplyDelete
  56. assalam r.acik pun dengar ni..masa dipaksa makan daging haram tu..tersentuh betul hati..sedih..ngeri pun ada sebab dia dah islam..lepas tu dia tak berdaya..

    ReplyDelete
  57. moga keluarga D menerima dengan hati terbuka..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...