Datang dengan simptom 'pinggang tak selesa' + 'kencing tak bersih'.
Sakit batu karang ni, memang sakit..berdoa la kita tak kena batu karang..
Sekali bila buat urine test.....
ini dah bloody urine bang...merah dah macam ribena..takyah buat urine test pun, dengan mata kasar dah tau ada darah dalam urine..
Batu karang ni sebenarnya penyakit pengkristalan bahan dalam badan..
Bahan bahan tertentu ini, kalau dah melampau banyaknya, akan mula mengkristalkan dirinya, lantas menjadi batu karang...
Banyak jenis batu karang ni:
1- Batu karang kalsium. Ni bangsa paling biasa. Batu karang kalsium boleh combine dengan bahan lain, eg: fosfat, karbonat & oxalate. Batu bangsa kalsium ni paling biasa kat lelaki.
2- Batu karang struvite. Ni bangsa batu yang biasa ada kalau pompuan selalu kena jangkitan saluran kencing.
3- Batu karang uric acid. Ni bangsa batu karang yg biasa kat lelaki. Korang tak jaga pengambilan makan tinggi uric acid, merana la kena batu bangsa ni. Lagi malang kena gout sekali....
4- Batu karang cystine. Selalu bangsa ni jadik kat orang yang ada cystinuria. Cystinuria ni penyakit keturunan, yang mana ada jenis amino acid namanya cystine bertukar menjadi batu kat dalam buah pinggang/saluran kencing/pundi kencing. Cystine ni patutnya bila masuk sistem buah pinggang, dia akan terurai, tapi orang yg ada penyakit cystinuria ni, gen mereka bermutasi ala ala X-Men..so cystine tu tak terurai..lama lama makin banyak la cystine...tu yang jadi batu tu.
Faktor risiko paling tinggi nak kena batu karang ni kalau korang malas nak minum air. Maksudnya air kosong. Memang ada orang liat sangat nak minum air. Lepas tu kalau jenis yang suka tahan kencing..tu pasal drebar lori/bas, ramai kena batu karang..sebab malas nak berhenti kencing, nak kejar trip katanya..bahaha...Pompuan keja kilang pun ramai tahan kencing, sebab tak boleh keluar line production, jangankan nak gi kencing, nak minum air pun tak sempat..Tapi selalunya pompuan macam ni kena kencing kotor dulu la..
Simptom batu karang:
- sakit pinggang, selalunya sebelah.
- sakit kawasan ari ari, boleh turun ke bawah..ni especially kalau batu tu tengah berjalan turun dari pundi kencing ke saluran kencing
- kencing berdarah
-kencing tak tus/tak lawas
- tanda tanda jangkitan: demam/muntah/
Test yg kena buat:
- mesti la urine test. Boleh buat rapid test kat klinik..strip akan di celup dlm urine korang..
lepas celup, kita tengok perubahan kaler kat strip tu..Ni secara kasar la kan..bukan kuantitatif..Boleh la kesan ada darah ke tak, ada sel darah putih ke tak, ada gula ke (kencing manis), ada ketone ke (bahan kumuh..tinggi kalau dehydrated macam cirit teruk ka, mabuk mengandung teruk ka)..macam macam lagi la, ikut jenis strip..Yang aku guna ni boleh detect 7 benda..ada yg boleh detect sampai 13 benda..
- Boleh jugak hantar urine ke lab..Ni untuk proper punya pemeriksaan la..pun boleh la detect ada tak kristal dalam urine..
-Imaging:
Imaging ni maksudnya kita tangkap gambar batu..Nak scan ka, xray ka..sila sila kan..
ni contoh rupa batu karang dalam x ray..Bukan aku punya hak gambar ni, Google punya..
ni contoh batu karang dalam ultrasound scan..Pun bukan hak aku punya gambar..Google punya..
Rawatan:
- selalunya, patient malas nak properly check kat spital...So bila gi klinik, kita sah kan ada batu karang, kita bagi la dia ubat pemecah batu...kat Malaysia ni ada macam macam brand...yg biasa aku guna kan ialah Cystone & Rowatinex. Tengok juga nasib, kot batu dah besar gedabak, takde mana nya berkesan makan ubat..kena gak gi spital beb..
- Ubat makan berkesan jugak kalau batu karang jenis uric acid..So kena makan ubat kurangkan uric acid, namanya Allopurinol..Kalau batu karang jenis struvite tu, kena la jugak ambik antibiotik.
- Bila perlu pembedahan? Kalau batu besar sangat, kalau rupa batu tu pelik sampai block laluan saluran kencing, kalau dah ada komplikasi menyebabkan rupa anatomy buah pinggang bertukar...ni kiranya open surgery buah pinggang ..jarang jarang la buat..
- zaman dah moden kan...zaman minimally invasive or non invasive dah mula mengambil alih peranan surgery...so, rawatan macam ni antaranya:
a) ESWL ( extra corporeal shockwave lithotripsy) . Teknik ni guna shock wave kat belakang badan, area kidney...takyah potong/cucuk2. .so batu akan pecah berderai, dan keluar melalui urine..Tapi tak sesuai utk batu yang besar, selalunya ukuran >1 inci tak sesuai guna teknik ESWL.
b) Percutaneous nephrolithotomy ...dlm kes batu besar, surgeon akan buat lubang kecik kat kulit, pass kan tube endoscopic ke buah pinggang, dan bawak keluar batu..So luka/parut nya cinonet aja..kat kulit..
c) Uteroscopy...ni kalau batu bukan dlm buah pinggan, tapi kat dlm sistem kencing/saluran kencing..
..korang tengok gambar prosedur ni sudah...memang ngeri siot...aku setiap kali terangkan kat patient, aku pulak rasa ngilu...bahahahaha....patient2 aku yg dah buat prosedur ni mmg kata, 'ngilu doc'...hahaha..Tapi masa buat tak rasa la...sebab patient tak sedar kena bius...Tang nak remove stent tu nanti...
..korang tengok gambar prosedur ni sudah...memang ngeri siot...aku setiap kali terangkan kat patient, aku pulak rasa ngilu...bahahahaha....patient2 aku yg dah buat prosedur ni mmg kata, 'ngilu doc'...hahaha..Tapi masa buat tak rasa la...sebab patient tak sedar kena bius...Tang nak remove stent tu nanti...
lepas buat prosedur ni, selalunya tube kecik/stent akan ditinggalkan dlm saluran kencing utk beberapa hari utk promote urine flow...
ni prosedur uteroscopy kalau buat kat patient pompuan la...less ngilu nya...:P
- walaupun zaman dah canggih...aku letak jugak cara rawatan satu lagi ni...Sebab ramai jugak patient aku cuba cara ni...ada yang kata berkesan..batunya hilang, bila xray, mmg dah takde batu nya...Ada pulak yg sama aja...tak berkesan...Tapi ni aku tak endorsed lah ya sebagai standard treatment...Lu pikir la sendiri kalau nak buat rawatan ni...Tanggung sendiri kesannya ya kalau tak menjadi....:P Cara rawatan ni namanya ' teknik gosok gosok dgn minyak angin'..hahaha...Magic kan? wallahulam..femes tempat ni, kat Durian Tunggal..kot rajin nak baca, baca blog ni: Rawatan Batu Karang cara Alternatif
Apa apa pun, ingat la..batu karang boleh berulang...
So, banyakkan minum air kosong, jangan tahan kencing, jaga makanan high uric acid, jangan simply makan supplement calcium semberono ( banyak debate tentang ini, tapi to be safe, ambil dlm recomended dose la, together with Vit D for better absorption).
.jpg)






wahh...ralit membaca nyer sambil mkn ni doktor :)
ReplyDeleteharap dijauhkan lah daripada masalah batu karang nih...nice entry doc, seronok membacanya...:)
ReplyDeletemintak jauh la....
ReplyDeletearwah abah nurul pengidap batu karang num3 tuh DZ...sbbkan itu dia akhirnya dialisis buah pinggang dan memang penyakitnie adik beradik dia pun ada..
ReplyDeleteKalo kes ada batu dlm hempedu bhy x?
ReplyDeletesalam kenal2..follow sini..ish takutnya tengok..
ReplyDeletebaru saya tahu batu karang ada banyak jenis..dulu arwah abah saya pun ada batu karang...operate buang..saya ni jenis tak suka minum air masak..nampaknya saya kenalah minum air masak banyak..tapi camna nak minum...dok dalam ofis aircond..tak terasa haus pun..nak habiskan air 500ml tu pun bercinta huhu
ReplyDeletedr..kenapa mostly lelaki yg terkena penyakit ni...
ReplyDeletejiran saya baru buat operation buang batu karang kat KPJ,Seberang Jaya..kena RM50 K..
Wallahualam...Tapi mmg prevalence penyakit batu karang ini, lebih kepada lelaki. Kajian seluruh dunia rata rata tunjukkan bahawa kadarnya pada lelaki ialah 2 ke 4 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.
DeleteHari ini, baca catatan ni baru rassa macam baca catatan seorang Doktor!
ReplyDeleteDulu2 ada juga catatan tentang perubatan, entah kenapa baru hari ini nak terasa... :)
takutnya kn...adeh..tu la kdg2 sy pun ske sgt thn kncing....tp ble igt pnyakit ni, ha laju g toilet
ReplyDeleteincik doktor...camana erk nak contact dr???ada mende nak tanya ni...
ReplyDeleteemel ke...wassap ke...berasap ke..ekekekeke
emel cheqna alangfarina@yahoo.com
im waiting ni tq ye
check your email ya ..TQ
Deletex de...huhuhuhu
Deletemertua saya guna teknik B tu rasanya..
ReplyDeletebetul ke tak elok minum susu tepung, kalsium dia boleh jadi penyebab batu karang?
kena minum fresh milk?
Tak la...boleh aja minum susu tepung tu...takde increase risk pun...sama jugak dgn minum fresh milk...Masalahnya ialah apabila ada orang yg ambil high dose supplement pil Kalsium.
DeleteAssalamualaikum DZ
ReplyDeletebapa saya ada yg sakit batu karang ni
moga2 kita tak kena
Kakak ambil supplement calcium sekarang tau tapi tak ambil pun vit. D - takut juga nie. Kakak suka baca N3 macam ini sebab tambah ilmu. Auntie kakak di S'pore kena batu karang pun tak payah operation mungkin ESWL yg doc kata sebab batu hancur keluar ikut sewaktu buang air. Tapi kos lebih tinggi dari operation.
ReplyDeleteguling-guling sakit.. peluh-peluh..
ReplyDeletespot diagnosis: renal colic
ramai patient saya ngadu.. kat spital dia orang dah tak bagi rowatinex
kenapa ntah...
cost, maybe?
Deletebloody urine.. oh.. tenkiu sharing Doc.. :)
ReplyDeleteexeprience kakak:
ReplyDelete- check up di HUKM, cubaan buat laser, gagal sbb kakak tak tahan
- balik set another appointment for laser
- introduced by her fren, pegi durian tunggal, walaupun kakak mmg tk percaya rawatan alternative.
- lepas buat dia gi klinik biasa buat xray, tkder batu karang..
- appointment dgn HUKM, xray, batu karang hilang....
Wallahualam
takut benda alah ni, pinggang aku pun selalu sakit sebelah ni, kadang2 kencing pun kotor, kadang2 tak...risau la plak bila baca entry ko nih huhuhu
ReplyDeletebaru ni blood test & urine test ada gak doc kata sangat sikit je ada kencing kotor.. baru lah tersedar diri pi telan air kosong bergelen2..
ReplyDeleteps:- doc, mana address? nanti email ek to o-mulan@hotmail.com... kalo lambat gift kecik expired nanti huwa hahahaaa...
done..pls check your email...TQ.
DeleteAduhai...baca je pun dah terasa ngilu. Scary betul! Sy kena jadikan minum air masak byk2 sebagai azam 2013. Adehhh~
ReplyDeleteThx doc for info.
TQ doc for the info.. Sgt menarik.. Takut kalau kena batu karang nie..kan..
ReplyDeleteharap2 xde la dapat penyakit mcm ni...tp selalunya org lelaki yg senang dapat penyakit ni kan...
ReplyDeleteorang kata jangan banyak makan ikan masin atau udang.. nanti boleh kena batu karang..
ReplyDelete*taktau la knp, tgh mbaca ni tiba2 mata melirik ke mug sblh, amik n terus teguk air kosong.huhu..takuttttt*
ReplyDeletemasa ngandung ada penah kena kencing kotor
ReplyDeleteharap dijauhkanlah dari penyakit mcm ni
doc macamna nak kontrol uric acid?betul ke kurangkan makan seafood?en.suami di diagnose high uric acid tapi masih belum sampai tahap gout.risau gak.dah lama tak masak seafood.tapi kalau kat kedai dia bantai makan gak
ReplyDeletebetul kata mak juariah, baru terasa baca blog seorang doc:)
bapak akak kena dulu.. memang teruk sesangatler nampaknya..
ReplyDeleteharap tak kenalah nanti..
aishhhh....seram lak tengok prosedurnya tu......mintak ler dijauhkan....
ReplyDeleteinfo yg bagus sgt ni doc, tq share with us ye
ReplyDeletesuka entry yg mcm ni..berinformative..senang nk phm..byk sgt medical term pun buat org putus nafsu nak baca..hahaha..kencing tak tus tu..penyakit dee lah tu..sbb tak suka minum air masak..tadi masa baca entry doc..terus togok air sebotol..hahaha...
ReplyDeleteMak saya pernah ada batu karang, jenis apa tak sure pulak, mula-mula makan ubat klinik lambat sangat kesannya makan pulak ubat tradisional, bila kakak saya kena batu karang jugak mak suruh ambil uabt tradisional je, check semula kat klinik batu karang tu dah tak da
ReplyDeletep/s:jarang-jarang ada entry penuh berkaitan hal perubatan kat sini ya. Nanti banyak-banyak kan la entry camni info tuk yang tak tahu
Topik yang sangat menarik..
ReplyDeleteSaya ada dua orang bapak yang ada batu karang.
Bapak pertama (ayah sendiri) :
- Buat rawatan C. Yang paling sakit ialah masa nak removekan stent tu. Tapi after that, Alhamdulillah.
Bapak kedua (Father in-law)
- Sakit2 pinggang, x-ray, ada batu karang. Dia guna rawatan gosok2 pinggang pakai minyak..hehehehehe. Sebab, rumahnya 10 minit jer dari situ. Ulang 3 kali kat situ, batu karang clear. Tapi, few months after that, problem batu pula dalam hempedu. Dah tahap kritikal dah. Operation done in Pantai Ayer Keroh and the whole hempedu kena remove.
Share pasal cara gosok2 minyak tu, my uncle buat, tapi x jalan. Kena operate juga di KPJ. But hubby's colleague di former company, Japanese pergi buat treatment nie sebab takut nak gi spital. Succeed. Lepas tu ramailah Japanese geng dia pegi juga.
One more rumours, one of the doctors kat salah satu private hospital di Melaka remove batu karang salah sorang patient dia. Tapi patient mengadu masih sakit lagi. Nak saman hospital sebab buat tak proper. So, quietly bawa pakcik gosok2 ke hospital and gosokkan patient masa patient di bius. Takut hospital kena saman. So, bila x-ray, ternyata kidney dah clear dari stone.
All in-all, Allahu A'lam.
Yang penting, everyday saya make sure minum 4 litres plain water without fail.
Bagus info ni, tq Doc. Mak akak pernah ada batu karang ni. Hospital pi, rawatan tradisional pun buat jugak. Tapi rawatan tradisional yg menjadi, minum air rebusan pokok jelai. Dengan izin Allah, lepas 8 hari keluar sendiri batu karang tu melalui air kencing. Lepas tu pi buat scan, alhamdulillah dah takda batu karang lagi.
ReplyDeletetetiba kita senakkk peruttt....
ReplyDeleteaduhhh.....
ishhh takutnya kalo terkena penyakit camni..tengok gambar pun dah rasa ngilunya..sama2 lah kita menjaga kesihatan..
ReplyDeletethanks 4 sharing...kalau rajin leh buat n3 ttg protein dlm urin atau urin berbuih?heee
ReplyDeleteassalam dr.terima kasih .
ReplyDeletesy dah berdepan dgn situasi ni DR.
ReplyDeletemak sendiri yg kena setahun lepas..
mula pelik..ingatkan batu karang hanya kaum lelaki je dapat.
mmg derita tgk mak..
lama jugak nak detek apa sebenar sakit dia mulanya.
alhamdulillah skrg dah takde batu krang tu.
dan harap mak terus sembuh..
dan kita semua dijauhkan penyakit batu karang ni.
moga-moga kita boleh sama-sama prevent sebelum dirawat.
ReplyDeleteWahhhhh.....temi kasih tuan doktor.....
ReplyDeleteteringat dul penah kene kencing kotor aduh sakit nyer... seksa betul... sampai sakit berguling2...
ReplyDeleteTQ doc...very informative. makcik ada batu gak...kat hempedu(gal)...tak pernah sakit cuma masa doc nak scan perut satu waktu dulu...perut makcik lawa sgt kot, tangan dia menggeletar terus bendalah tu ternaik atas sikit...maka nampak laaa batu batan tu....katanya banyak........ingat kalu di keluarkan, boleh pa buat satu set rantai, gelang n cincin.....takut juga...tapi tak sakit.....
ReplyDeleteThanks for sharing Dr. Saya pernah kena kencing kotor masa pregnant...perghhh...sakit tu.
ReplyDeleteCam tau2 jek tuan doktor ni kan. My FIL baru-baru ni kencing berdarah. Bila pi spital, depa bagilah antibiotik segala. Tup-tup semalam tak boleh kencing pulak. Pergi spital lagi, dpt ubat lawas kencing. Bila kencing macam keluar batu, katanya. Dalam air kencing tu pun ada cm blood clot, tp kecik-kecik jela. Lagi satu kan, mcm mana nak tau batu karang kita tu jenis yang mana?
ReplyDeleteBatu yg keluar masa kencing/masa prosedur tu, dihantar ke makmal utk analisis..
DeleteInfo yang bagus.. Family saya ramai yg kena..Kebanyakannya kena operate baru sembuh..
ReplyDeletehusband saya pernah kena batu karang ni.. yg tak bestnya bila sekali dah kena mudah jadi balik. bila da ok. berenti makan ubat, kurang minum air sikiy pun da nak kena semula.
ReplyDeletecuma lepas saya bagi dia home remedy - lemon juice+olive oil keluar seketul besar jari kelingking budak. lepas tu saya continuously bg dia makan vit c. sbb yg saya baca nak elak kena batu karang environment kencing tu kena berasid. tp tak bagi la overdose. just 250mg /tab. sebiji atau dua biji sehari. tgk pada condition. biasanya kalau kencing kotor, mlm tu makan pagi esoknya da mmg clear.
since hari tu, da takde kena makan ubat da..legaa sungguh..
Hurmmmm seramnya. Tkmolaaa, minta d jauhkan penyakit ni dlm family.
ReplyDeletePerghhhhhh! ngilu2 aku nengok nye.. btw sgt2 bgus info ni. byk pahala dapat..
ReplyDeletepnh jgk kne kncg kotor lepas buat d&c. itu pon dah rse nk nangis. rase 1 nikmat hidup yang ade ni diuji kejap oleh ALLAH. tp x lama. mkn ubat setle!
seram juga...kene buat test..
ReplyDeleteTerima kaseh sebab tulis tentang penyakit ni.. 2 3 bulan lepas suami saya susah nak kencing dan sakit belakang pinggang, dia pergi berurut pun tak baik pastu agak nya dah tak tahan sakit terus ke kelinik....rupa rupa nya dia kena kencing kotor, doktor suruh minum banyak air kosong dan doktor tu cakap dari kencing kotor boleh kena batu karang kalau tak di jaga.
ReplyDeleteHubby kak Nurul guna kaedah Percutaneous nephrolithotomy nie,tp sblm tu selalu jugak pegi kat Gangsa tu kaedah gosok2.last2 kena juga operate.
ReplyDeleteDZ,
ReplyDeletethanks for the info
terlambat saya masuk sini
sangat bermanfaat untuk saya ini...
tq yq.
salam doc saya ada batu karang di right kidney saiz 8mm ..doc setkan 2hb ni buat rawatan laser.. saya nak tanya doc kenapa saya ada baca setengah org xtahan sampai muntah.. sakit ke doc? saya ni takut first time kena benda2 mcm2 ni? apa pendapat doc ada cara lain x rawatan yg mkn ubat..dr bole emel ke asma.2506@gmail.com.tq
ReplyDeletesalam..sy ada batu dlm salur n anggaran saiz dlm 10mm...apa cdgn rawatan? saya ni mmg takut nie...adoi, serabut la.... kalau ada jwpan tlg email ke sy... mdzam03@yahoo.com , lg satu kalau nak buat kat mn doc cdgkan? tawakal ok ke?
ReplyDeletesaya dah kena batu karang ni dah 9 kali kali pertama hilang sendiri kali ke 2 pergi ke permata med cent klang , sekarang dah x der , kali ke 3 masuk sjmc kena 13 ribu rawatan berterusan selama 6 bulan kos tinggi,kali ke 4 pergi kampung gangsa durian tunggal kat situ je dah 6 kali ,terbaru pada24-04-13, tapi hari ini kena lagi 27-04-13,cadang esok nak pergi lagi,kali ini kurang sikit sakitnyer,..
ReplyDeletekeren
ReplyDeletebagus
ReplyDeletemantap
ReplyDeletesalam kenal
ReplyDeletesemoga bermanfaat
ReplyDeletetips yang bagus
ReplyDeletemantaf gan
ReplyDeleteartikel yang bagus
ReplyDeletesemoga berhasil
ReplyDeleteterima kasih atas infonya
ReplyDeleteinfo sgt berguna dan mudah faham
ReplyDeletenk tnya skit, sy ada d sahkan batu karang, lps buat ct scan doc bgtau saiz 7mm....dia bgtau uric asid dlm bdn tinggi. jd d cdg psg stent n buat eswl lps smnggu psg stent.....ada kmngkinan x bt tu boleh kuar sndri? doc bg ubat allopurinol n serbuk urinary alkalinizer utk bncuh minum.....tlg bg cdgn klau ada....email sy mdzam03@yahoo.com....tq
ReplyDeletesaya pernah kencing berdarah ni. bulan 2 2011, then bulan 2, 7 dan 11 2012. waktu bulan 7 tu doktor buatlah xtray and scan.resultnye kate takde xde stone kt kidney. tapi dalam awal Mei ni saya kencing balik.doktor just bgi pottasium citrate dgn ubat tahan sakit.then kencing back to normal..risaulah klau lepas ni kencing berdarah lgi..sakit amat!
ReplyDeleteMinta add bkt tunggal anak sy 4 thn ada batu krg
ReplyDeleteSaya sekarang sedang menanti keluarnya batu karang dari pundi kencing..ngilunya jgn cakap lee..semalam pergi kecemasan ambil suntikan tahan sakit cucuk kat pinggung lepas tu masuk air dua botol..
ReplyDelete