Monday, December 31, 2012

Koleksi Gambar Sepanjang Tahun 2012

31 Disember 2012.
Hari terakhir tahun 2012..

Sebagai rekod utk kenang kenangan diri sendiri, aku re-publish gambar gambar pilihan tentang anak anak aku sepanjang tahun ni..Ye lah, aku rasa blog aku ni bernyawa salah satu sebabnya kerana ianya platform aku coretkan perkembangan anak anak aku, dah tua tua esok( kalau umur panjang), aku boleh la belek belek balik..

Post Januari 2012: 3 Jantan.  Zayyan 7 bulan. Memang kenangan kelakar la tengok lengan & peha Michelin dia  ;P

Post Februari 2012: Hard Decision. Tentang dilema kami samada nak tambah anak lagi atau tidak. Dilema itu telah terlerai sekarang, sebab adik Zayyan sedang dikandungkan.

Post March 2012: Pengumuman: Mencari Nanny. Tentang usaha kami mencari nanny utk menjaga Ziyyad & Zayyan sebentar, semasa kami work out di gym. Kami tak ambik maid sebab kami tak suka maid, tak percaya maid, dan tak suka privasi di dlm rumah diganggu.  Masih belum ada nanny, dan buat masa sekarang, hanya aku yg ke gym, sebab mommyZZ freeze kan akaun gym nya, kerana pregnant.

Post April 2012: WW: Ganu Kite.  Ziyyad posing di infinity pool di Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu.

Post Mei 2012: Perhimpunan Suci 3.0.  Zayyan di dukung oleh Abg Bob, suami kepada Kakcik Seroja. Masa ni kitaorang buat gathering picnic pagi pagi, bentang tikar, makanan pot luck. Best wehhh..

Post Jun 2012: Raja Buah. Bulan 6 tahun ni pesta durian di rumah mak mommyZZ. Cumanya hujung2 tahun 2012 ni, pokoknya tak berbuah langsung, maka tak sempat la nak buat durian crepe.

 Post Julai 2012: PaulTan Wannabe. Komen Ziyyad masa gi test drive kereta untuk mommyZZ. bahahaha..

Post Ogos 2012: Raya ke-3. Hikmat Tangan Tanpa Dosa. Ziyyad & Zayyan turun ke Segamat berhari raya di rumah nenek saudara. Lajunya tangan Zayyan mencapai kerepek sampai tak ter-record oleh kamera..hahaha.

Post September 2012: Araluen Botanic Park. Zayyan menjadi mat bunga di taman bunga tulip di Roleystone, Perth, W.Australia.



 Post Oktober 2012: Cerita Raya Haji Saya - Ziyyad & Zayyan bertemu blogger Wahida sekeluarga di Seremban.  Jumpa Blogger Penang - Ziyyad & Zayyan bertemu blogger MakcikKantin sekeluarga & blogger Najwa sekeluarga di Penang.

Post November 2012: Gathering Blogger 18 Nov 2012. Zayyan bersama blogger Iyra. Ziyyad & Zayyan jumpa ramai blogger lain juga masa ni..blogger Seremban + Klang Valley.

Post Disember 2012: Gathering Blogger Selatan( Johor) . Zayyan with GB di rumah Chef Mat Gebu.


Selamat tahun baru 2013.
:)

Sunday, December 30, 2012

My Sunday in Bolehland

Today is Sunday.
Sunday in Malaysia, for us, occasionally is a boring day..


We have no place to go..
Beaches is crowded..if it is not crowded, it is damn hot, if it is not hot, it is always dirty..
Our park is terrible..it is always dirty, poorly maintained, with youngsters and  tua bangka sometimes without hesitation showing their lust to the public..albeit this country is so called islamic country.

So, people opt to go to hypermarket as the signboard said..
It is cold, people tend to walk lazily adding extra calories with their visit to their favourite diners..
But hey, this favourite places during the weekend also bring unnecessary stress.
Stress to find parking places, stress while queuing when some moron cut the line, stress when the cashier attend to us with their sour face...stress when u have to go to the dirty & disgusting loo...

This is Bolehland  :)

Friday, December 28, 2012

Dividen ASB tahun 2012

Dah announced..
Kat SINI

Ramai yg teriak "pakcik kayo/makcik kayo"
Keh keh keh..

Takmau berpolemik lagi( macam tahun tahun sudah)
ASB haram..
ASB tak patuh syariah..
Gi serang maki hamun orang yg buat pelaburan ASB..

Fatwa Selangor ( 12 April 2011 ) sebulat suara : " Pelaburan ASB, ASN & seumpamanya tidak halal"

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ( kali ke 80,  Feb 2008): " Pelaburan ASB, ASN dan dividen yang diterima, adalah harus"

Bak kata UZAR , tepuk dada, tanya iman masing masing...

So tazkirah Jumaat hari ini ialah : Belajar menerima perbedaan pendapat dengan hati yang terbuka.

Yang pasti, sapo sapo nak belanjo den dengan duit dividen ASB tu, den amat alu alu kan..:)

 nak belanja budak dua orang ni naik eroplane lambang wau kat belakang tu pun okehhhh...:P


Thursday, December 27, 2012

Genius Aulad

Minggu lepas, uruskan pendaftaran + bayar yuran tadika Ziyyad + fitting uniform.
Macam nak masuk universiti mahalnya! Total bill RM1059.80  :)
Monthly fee RM268.
Buat kajiselidik, cikgu-cikgu kat sini semuanya ada degree ( walaupun non of them ada degree childhood/early childhood education...benda ni masih baru di sini, sedangkan ianya sesuatu yang common & compulsory di negara maju)

alahai..dah besar anak aku...acu uniform tu, geloboh besar, padahal saiz S dah tu..so ambik saiz XS..bila la daddy boleh pakai saiz S..kah kah kah

Daddy:  Ziyyad, daddy & mommy hantar Ziyyad kat tadika KEMAS aja la ya..ok?
Ziyyad: Tak nak.
Daddy: Kenapa pulak?
Ziyyad: Tadika KEMAS takde aircond, takde gelongsor ..( nasib baik tak cakap 'takde wifi' ! bahaha)

Padahal si Ziyyad tak pernah pun tengok tadika KEMAS tu macam mana..alahai kanak kanak zaman sekarang..

Sebab utama aku hantar Ziyyad ke tadika start tahun 2013 ni ( besday dia 30 Oktober 2008):

1- Supaya dia tak attached sangat dengan mommy dia. Makcik2 aku & makcik wife aku cakap, budak yg fully b/feeding (plus mak nya domestic engineer :P ) memang sangat attached dengan mak. Apa apa, "nak mommy". So, supaya Ziyyad berdikari, kami hantar ke tadika. Ikut hati aku, tunggu umur 6 tahun la..sebab aku dulu umur 6 tahun baru gi tadika.

2-  Supaya lebih tersusun pembelajarannya. Memang kami ajar Ziyyad & Zayyan di rumah. Tapi kanak kanak, bila ada orang luar(cikgu) yang mengajar, mereka akan lebih tumpu perhatian, lebih serius. Dan belajar beramai ramai dengan kawan kawan sebaya, menimbulkan suasana yang lebih seronok kan..


Aku tak expect tinggi sangat dengan hantar ke tadika ni, ye la...Bagi aku, zaman kanak kanak ni, mereka perlu enjoy. Let kids be kids. Jangan terlalu menekankan pasal akademik, padahal budak tu baru umur 4-5 tahun. Dan jangan letak semua tanggungjawab mengajar anak ni kat bahu cikgu, especially bab agama, kita sebagai parents punyai tanggungjawab besar, amanah tu.

Wednesday, December 26, 2012

Musim Tengkujuh & Banjir di Pantai Timur

Cuti hujung minggu lepas, bersambung dengan Krismas..so 4 hari cuti..
Dah plan last minute ..nak gi Terengganu..
Jabatan Meteriologi keluarkan amaran hujan peringkat Kuning pada Jumaat lepas..
Nak cancel kan percutian, nak gi Langkawi, full..nakgi Penang, baru aja pergi..
Tengok tiket last minute gi Bali, terkedu..

Sabtu..tak gi mana mana..
Bangun tido pagi2 Ahad..kita redah aja la..
Saja nak experience 'musim tengkujuh' kat sana katanya..:P

tengok ombak yang kuat..warna air laut pun dah keroh macam air sungai..

Zayyan merenung nasib nelayan masa musim tengkujuh ni..

Ahad, 23 Disember..tiba di Dungun sekitar jam 2.30pm..
On the way (masa di LPT) mommyZZ kata "optimis, semoga matahari bersinar kat Tganu"
Tiba kat Cherating, dah hujan!
Terus hujan..
Dan hujan..
Masa check in pun hujan..
Terus hujan..
Keluar dinner pun, dalam hujan!
Hujan sampai pukul 6 pagi esoknya, Isnin 24 Disember..
Ohhh..inilah musim tengkujuh di Pantai Timur..
Wonder juga..tak habis-habis air hujan ni...Itulah kuasa tuhan..
Sekarang baru faham...kenapa boleh banjir kat sini bila musim tengkujuh..

oleh sebab hujan manjang, laut bergelora, maka kita berendam dalam private pool sahaja...:)

Pool villa tiru konsep Bali. Not bad. But of course lagi best yang original kat Bali nun..



Ahad malam Isnin ni, Ziyyad berdoa " Ya Allah, bagi lah chance kejap Ziyyad nak main pasir, nak buat sand castle"
Tuhan tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..

Muka keriangan lepas breakfast..sebab langit cerah pagi Isnin 24 Disember tu..tak hujan..doa Ziyyad dimakbulkan tuhan...

Dapatlah buat mini sand castle..Pasir tak cantik sangat kat sini..Kalau kat area Merang dulu best, pasir halus macam tepung.

Capture the moment ..sebelum hujan start turun balik..

Dah habis buat sand castle, terus mencurah curah hujan mula turun..lari masuk bilik...Ziyyad doa lagi...lepas setengah jam, hujan stop kejap...Keluar bilik, tunggu Atuk & Nenek yang kebetulan ada di Kuala Terengganu...Atuk & Nenek turun ke Dungun nak jumpa cucu..

Cucu Atuk & Nenek. Tengah melahap kuih akok Nenek beli kat Kuala Terengganu..keh keh keh

Menjelang 1pm, Isnin 24 Disember..kena buat keputusan..
Kami perlu check out.
Banjir dah start menyerang Kuantan..
Kang tak pasal pasal stranded kat sini kalau jalan Kemaman-Cherating naik air.
Projek nak menyunrise menyunset jangan cerita lah..memang cancel..matahari pun tak nampak!

2013..
Sebelum Jun..
Kita ripit Terengganu ya.

Friday, December 21, 2012

21 December 2012: Doomsday

Hari ni 21 Disember 2012.
Kalau ikut kalendar kaum Mayan, hari ni hari kiamat mereka ( doomsday/apocalypse).
Punyalah glamour prophecies ni, sampai siap ada movie 2012..keh keh keh..

Dalam sebulan dua ni, ada pulak kawan kawan aku buat lawak tak kelakar..
Katanya 21 Disember tu jatuh hari Jumaat.
Dan katanya kiamat memang jatuh hari Jumaat..
Masing masing dah cuak...macam hampeh...kah kah kah..


Apa apa pun, kata syeikh kat radio IKIM pagi tadi..
Bila dah takde ahli zikir( yakni orang yang sentiasa mengingati & menyebut nama Allah), baru lah berlakunya kiamat..

Dan ingat la..
Kalau kita tak jumpa kiamat pun..
Kita pasti jumpa kiamat kecik.

So, prepare sentiasa la untuk kiamat kecik kita..
Yang ni anytime boleh datang.

Thursday, December 20, 2012

Keputusan PMR 2012

Semalam result PMR 2012 keluar.
Tahniah kepada yang berjaya.
Sepupu aku di MRSM Kuala Klawang berjaya 8A, tahniah..
Khabarnya, hampir 90% dari pelajar di situ berjaya mendapat 8A, wauuu!

Aku ialah batch pertama yang ambil peperiksaan PMR, 19 tahun dulu..menggantikan SRP.
Dulu, aku pergi sekolah dengan kawan kawan naik bas, lepas tu teksi..
Mak ayah takde hantar pun..
Seingat aku, memang takde pun mak bapak meriah berkumpul di sekolah masa keputusan dikeluarkan..
Dapat result, call mak ayah..lepas tu balik rumah. That's all..  Hihihi..
Bukan macam zaman sekarang..
Zaman dah berubah..
Bila keputusan peperiksaan keluar, meriah sekolah..mak ayah semua datang beri sokongan..
Hatta keputusan UPSR yang lepas pun, dah meriah..aku dulu UPSR, langsung tak ingat apa..ambik result macam tu aja, takde rasa apa apa..hihihih..

Cerita tentang pengalaman ambil result peperiksaan yang lebih kurang sama macam aku...di Blog Dr.Zul

PMR aku...hihihi...Bahasa Arab dapat B. Sekarang bila fikir fikir balik, menyesal tak terus belajar bahasa syurga ni...dah lama tinggalkan..dulu at least kalau baca Al Quran, boleh juga faham sikit sikit tanpa lihat terjemahan.....sekarang yang ingatnya.. jumjumatun, roksun, ainun...keh keh keh


Apa pun keputusan PMR anak anak anda..
Tak perlu risau..
Perjalanan masih jauh..
Pengalaman sendiri, aku tengok kawan aku yang cemerlang UPSR, tergolek dog di peringkat PMR..
Ada juga kawan aku yang cemerlang PMR, tapi hancus SPM..
Ada juga yang cemerlang SPM, tapi ...hmmmm..
Ada juga yang tak cemerlang zaman sekolah, tapi lagi berjaya dari aku sekarang..

Pokok pangkalnya..
Teruskan usaha..+ doa & tawakal..
Kalau bukan rezeki di bidang akademik..mungkin di bidang teknikal..mungkin di bidang lain..
Tuhan ciptakan manusia ni macam macam talent..bakat..
Aku pandai ambik darah, pandai rawat orang, tapi tak pandai repair kereta..kah kah kah..

Wednesday, December 19, 2012

Azam Tahun Baru 2013

Copy paste sahaja azam tahun baru 2012.
Sekian.


:)

Tuesday, December 18, 2012

Only in Bolehland

Only in Bolehland, rakyat di diskriminasi kan berdasarkan tahap kemampuan kewangan anda. Tak mampu tuang petrol RON 97? Jangan mimpi nak bersenang lenang cucuk kad di luar. Sila jalan kaki masuk ke dalam stesen!

Only in Bolehland, "uniknya jamban- part 1". Perlu di ajar dan di ingatkan supaya jangan mencangkong atas jamban duduk, tekan flush dgn jari tangan, bukan dengan muncung but dan buang sampah dalam tong sampah, bukan dalam lubang jamban! Oh God!

Only in Bolehland, "uniknya jamban- part 2". Perlu di ajar dan diingatkan supaya jangan merokok dalam jamban, sila konsentret dengan aktiviti perkumuhan sahaja. Oh God! Hinanya perokok...makan asap dalam jamban! bahahaha

Only in Bolehland, bas dah senget sebelah macam nak terbalik masih boleh berjalan. Itu lah gunanya pemeriksaan di Puspakom. Kalau tak diperiksa, nescaya bas ni terus tumbang menyembah jalanraya..Thanks to Puspakom officer yang komited bekerja memastikan bas ini tak terus tumbang dan boleh terus berjalan menabur bakti.  (abaikan retak panjang di cermin yang menanti masa nak ditukar, nak jumpa doktor cermin pun tak berbaloi repair).


Inilah 4 gambar yg sempat di ambil dengan kamera henfon kodi saya.
Bangga saya sebab di negara saya, semuanya Boleh!
Itu lah Bolehland!
:)

Monday, December 17, 2012

2 + 1 = Tutup Kilang.

Berita yang baik, wajar dikongsi, kan?

Alhamdullilah..mommyZZ pregnant...sekarang ~ 8 minggu usia kandungan..masih awal.

Kami tak merancang ke?
Merancang..of course merancang...
Betul betul punya merancang...
Yeyen lahir 23 May 2011..
Jadinya sekarang Yeyen baru setahun 7 bulan..
Lahirkan Yeyen menerusi Caesarean...
Ziyyad 30 October 2008...pun Caesarean..

Tapi..
Kuasa tuhan kan...
Berkat doa ibu bapa...
Dan keberkatan doa mereka di Tanah Suci..

 Yeyen masa dalam kandungan ( 28 minggu 5 hari)

Yeyen pada 26 September 2011 ( age 4 months ). Botak macam Kojak pasca akikah..Insya Allah bulan July 2013, bau baby lagi rumah kami..

Rupa rupanya mommyZZ kirim doa kat mak ayah aku masa mereka tunaikan haji tuhari..
" anugerahkan lah kami pasangan anak kembar perempuan"

Gulp..

Berkatnya doa kan..almost on the spot makbul !
Seminggu sebelum parents aku pulang ke Malaysia, dah sah mommyZZ pregnant..
Scan sudah..
Satu aja..
Pompuan atau lelaki..
Tak kisah..
Janji sihat..

 Ziyyad masa dalam kandungan ( 29 minggu ++ masa ni usia nya)
Ziyyad jadi kumbang kat Cameron Highlands..masa ni umur 11 bulan rasa rasanya

Kalau boy jugak...boleh la buat team sepaktakraw..
Kalau girl, mommyZZ cakap sah la nanti jadi " daddy's little girl" tu..    :P
Saja aja usik mommyZZ...cakap " nanti I nak belikan banyak-banyak gaun kat Lovely Lace"
MommyZZ replied " utk setiap pasang baju/gaun cantik u belikan for your lil girl, I akan belikan juga baju utk both my heroes..hahaha"

ps: Dilema nak tambah anak vs tutup kilang aku dah coretkan di ENTRI INI. So senang sekarang, takyah fikir nak tambah atau tidak. Memang kena tambah! Haha..Dan ini yang terakhir, tutup kilang lepas ni ( 3 kali Caesarean )

Saturday, December 15, 2012

The Difficult Patient

Dalam apa jua bidang kerja kita, pasti kita berhadapan dengan kesukaran/cabaran, bila tiba masanya, kan? Dalam bidang kerja aku, antara cabaran yang aku hadapi, ialah bila berhadapan dengan 'the difficult patients'.
 
Siapa 'the difficult patients' ni?
Antaranya...
 
1) Patient yang degil makan ubat, degil nak ubah life style, tiap tiap bulan datang komplen bacaan gula/tekanan darah dia tetap teruk. Berbakul bakul ubat & nasihat kita berikan, tapi kalau diri sendiri tak mahu berubah, camano?
 
2) Patient yang terlampau risau tentang simptom mereka. Kerisauan yang kadangkala sampai ke tahap anxiety disorder. Bukan sekali dua aku jumpa pesakit macam ni. Memang bila dirujuk ke doktor psychiatry, diagnosis nya ialah anxiety disorder. Risau sakitnya ialah sakit jantung, walaupun jenuh doktor klinik, doktor pakar, even doktor IJN dah jelaskan bahawa jantung OK, semua test yang relevan dah dibuat.
 
3) Patient yang berat mulut. Maksud aku, sangat berat mulut, susah nak bercakap. Puas kita tanya simptom-simptom mereka, sejarah mereka..semuanya untuk bantu mereka, tapi mereka tak mahu bantu diri mereka sendiri. Kadangkala, mereka acuh tak acuh dengan simptom yang mereka ada, kita yang bertanya pula naik risau. Patient sebegini, kalau jumpa dengan doktor yang pemalas, memang elok sangat la, buku bertemu dengan ruas.
 
4) Patient yang kaki MC/penipu. Dalam istilah perubatannya, kita panggil mereka ini 'malingering'. Kalau cirit birit, mereka tercirit 10 ke 20 kali sehari..kow kow punya..Tapi muka relax aja, takde sign dehydration..Kalau sakit senggugut, dia punya kiah propa macam nak bersalin punya sakit ..Kalau sakit mata, bila check bawah kelopak mata ada serbuk tembakau! bahaha..
 
5) Patient yang sibuk dengan gadget. Anak kau sakit ni, doktor sibuk check, tanya bagai...tapi kau sibuk dengan ipad. Time tu la sibuk nak tengok pasaran saham konon (padahal kau main Angry Bird)..Time tu la sibuk nak ber fesbuk. Patient sibuk dengan gadget ni pun ada jenis yang tak hormati orang lain. Sibuk sangat, manjang orang call. Aku tak kisah kau nak jawab call telefon, maybe urgent. Tapi kalau 2 -3 kali sibuk angkat fon masa di dalam bilik consultation, dan setiap kali jawab fon tu kau punya borak seolah olah aku kat depan ni tunggul kayu yang setia menunggu, apa kau expect aku rasa?
 
6)  Patient yang memandang rendah/underestimate doktor. Patient sebegini rasa mereka hebat. Dengan Google aja mereka tahu semuanya. Fine. In fact, aku lagi suka berurusan dengan patient yang ada asas ilmu medical/yg rajin membaca. Namun, patient jenis ni tak mahu nak percaya apa yang kita terangkan/jelaskan. Setiap butir fakta yang kita jelaskan, dipatahkan dan disangkal dengan 'info' yang dibaca di Google. Aku tak kisah, aku bersikap terbuka, dan aku memang mahu kesilapan aku ditegur..Namun kalau memang isu yang cuba di debat kan tu ternyata aku yang betul( yakni patient sebegini salah ambil info dari Google), dan mereka mati mati nak pertahankan pendirian mereka, maka aku cuma mampu cakap" terpulang lah kepada anda..saya dah beritahu apa yang patut saya beritahu". Aku sendiri tak faham kenapa mereka jumpa doktor in the 1st place. Adakah saja nak test power doktor? Kalau memang mereka betul, tak apa. Ni beria ia nak tegakkan 'fakta' yang salah. Adoi!.  Dan patient dalam kategori macam ni, hanya percaya pada doktor pakar sahaja. Ye lah, aku ni doktor cabuk aja, aku tak kisah, tak kecik hati pun bila kurap pun kau nak aku refer ke Dermatologist( cuba bayar sendiri, takde gigihnya nak panjat selalu private hospital..ni kategori abuse medical benefit). Tapi bila kata doktor pakar pun kau tak percaya lepas tu, dan kau gostan balik jumpa balik doktor cabuk ni, dan doktor cabuk ni la yang akhirnya beri penjelasan yang akhirnya kau faham..maka memang patut tak aku kelaskan patient sebegini as ' the difficult patient' ?  :)
 
Sebenarnya banyak lagi jenis 'the difficult patient' yang aku nak tulis. Tapi sebab aku nak makan lunch, maka aku stop di sini sahajalah. Tujuan aku menulis ni bukan nak kata bahawa 'doktor semuanya betul/tak boleh ditegur'. Doktor pun manusia, ada buat kesilapan..Ada juga 'the difficult doctor' ..hahaha..Cuma kali ni aku sekadar nak berkongsi pandangan mata pertama seorang doktor, terhadap pesakit pesakit sebegini. Tu saja. :)

Friday, December 14, 2012

The Hobbit


Semalam 13 December..hari pertama tayangan The Hobbit...kami pi tengok..gigih kan..:)
Kami penggila LOTR, memang ternanti nanti The Hobbit ni..
Tentang novel The Hobbit tu, memang tak berganjak dari muka surat 10 pun last aku baca..haha...so balik rumah lepas tgk movie ni, boleh study balik jalan cerita tanya wife aku yg dah lama khatam novelnya..

Filem ni sangat best.
Yang paling best, ending dia..
Semua orang terpinga pinga dalam wayang tengok ending dia..
Wakakakaka..

So, buat penggemar LOTR, go and get your ticket..:)

Wednesday, December 12, 2012

12 - 12 - 12

Hari ini 12 - 12 - 12.
Untuk sampai ke tarikh sebegini lagi, kita perlu menunggu lagi 100 tahun, iaitu tahun 2112.
100 tahun sebelum ini, 1912..macam macam telah berlaku..
Jom belajar sejarah sikit...

1 Januari 1912 - Negara Republik China ditubuhkan oleh Sun Yat Sen

6 April 1912 - Penggunaan 'electric starter' untuk kereta diperkenalkan

10 April 1912 - Kapal RMS Titanic memulakan perjalanan sulung, dan yang terakhir.

30 May 1912  - Pengasas penerbangan/kapal terbang, Wilbur Wright meninggal dunia

23 December 1912  - Empangan Aswan di Sungai Nil, memulakan operasi.

Pada 1912, apa yang berlaku di Malaysia ketika itu?

- Nestle bertapak di Malaysia, dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company di Penang.

-Sekolah St. Micheal, Ipoh ditubuhkan.

- Dato' Onn Jaafar pulang ke Johor setelah menuntut di MCKK

100 tahun akan datang, 12 Disember 2112, apa akan jadi?

- tablet/smartfon yang kita tergila gila kan sekarang dah masuk muzium?

- kereta nasional Proton akan menguasai dunia permotoran atau tetap di takuk itu juga?

- berucap terpekik terlolong di rostrum setiap tahun (walaupun ada mikrofon) adalah sesuatu yang sangat rendah moralnya, kerana pada zaman itu, integriti individu benar benar di nilai sebagai kriteria utama diangkat sebagai pemimpin? atau sama sahaja gayanya sampai ke hari kiamat?

Tuesday, December 11, 2012

Bagan Lalang Sunset

semalam petang cuaca cantik..tak hujan..tak mendung..
agak Monday blues semalam..bosan..
jadi, kita ambil kesempatan atas cuaca yang baik...


kita bawak hero 2 orang pergi pantai..
kids...they love beach..

 nak kena ajar ziyyad lompat bintang lagi tinggi...tak cukup tinggi dia lompat ni..

Yeyen merenung masa depan..mencongak formula atas pasir...by the way, kenapa ya baby suka makan pasir? Dulu masa Ziyyad sebesar Yeyen ni , bila di bawa ke pantai, pantang lepa, mesti cubit pasir masuk dalam mulut..

Aku suka ambik gambar pantai..
Seascape photography namanya..
Ketika matahari terbenam, atau ketika matahari terbit..
Jujurnya, pantai pantai di Pantai Barat Semenanjung Malaysia adalah lesu ombak nya..
Alahai...



Di sebalik tabir..my gears. Tripod yang stabil & berkualiti tinggi adalah penting kalau nak pacak kamera gabak di atas pantai ya. Tripod yang dah banyak berjasa meredah segala jenis pantai..


Sejurus selepas mengambil gambar matahari terbenam..
Kita makan seafood!!
Tu yang best kalau menyunset kat sini...bahahaha

Monday, December 10, 2012

My Public Transport Experience

Malaysia seri dengan Thailand malam tadi.
Takpe..
Semoga berjaya di Thailand nanti..

Cuma pengalaman ke stadium Bukit Jalil kali ni, memahat banyak memori.
Memang dah lama aku tak ke stadium Bkt Jalil..yg selalu pergi stadium Shah Alam..
Pengalaman naik public transport, sebab kalau ke stadium Shah Alam, mmg berkereta.

Semalam bertolak bersama sama adik ipar & biras dari rumah mertua di Nilai..
Parking di stesen ERL Salak Tinggi..
Naik ERL terus ke Bandar Tasik Selatan..sambung pula naik LRT ke Bukit Jalil.

- pengalaman pertama naik ERL, best, laju, selesa.
-pengalaman setelah hampir 8 tahun kot tak naik LRT, terperanjat, dah guna sistem coin
--pengalaman berhujan dari stesen LRT Bkt Jalil menuju ke pintu masuk stadium. Baju hujan plastik RM5 sehelai laku macam pisang goreng panas.

Pengalaman BALIK yang paling terpahat..

- gila punya sesak nak naik dari LRT Bukit Jalil. Terasa slow LRT bawak sesendat mungkin penyokong Harimau Malaya..bahahaha. Kalau penggila sex nak meraba, mmg time ni lah kot..

-tiba di Bandar Tasik Selatan, lega...tak ramai yang naik ERL..lapang, luas 

- habis game pukul 10pm, tiba rumah mertua di Nilai ~ jam 12 am. Bagus. haha

Moralnya, aku memang respect la orang yang hari hari bersesak sesak naik LRT nak gi kerja..Aku mmg tak selesa malam tadi dalam LRT, tak selesa dengan sesaknya manusia kat stesen tu..:)

posing dulu kat rumah..kat stadium tak posing pun..haha

Sunday, December 9, 2012

Malaysia Vs Thailand: Semifinal Piala AFF Suzuki 2012

~ aummmmmmmmm !! ~

Selamanya…selamanya…
Selamanya…Sokong Malaysia!!
Hey lelelelela
Ohh…ohhh
Hey lelelelela
Ahh…Ahhh
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
Harimau Malaya…
 
 
~ ya Allah..permudahkan lah urusan kami ke stadium petang ni, mudah dapat parking, mudah naik LRT,dapat port terbaik kat stadium~
 
~ ya Allah...anugerahkan lah kemenangan selesa buat skuad Harimau Malaya, supaya tak payah risau masa main timbal balik kat Siam nanti~
 
Ameeeennnnn

Saturday, December 8, 2012

iPhone 5 Gadjet Impian

Sana sini sibuk pasal kontes henfon impian..

Aku pun ingat nak upgrade la jadi blogger tegar...

Langkah permulaan....



"Jom sertai kontes henfon Cokia Edisi Terhad,  Gadjet Impian Anda di blog Macam Macam Ada"




ada tak yang berminat dengan cokia lama aku ni..
power woiii..
jatuh bersepai, assemble balik, ketuk2 sikit  ...boleh pakai balik.
kah kah kah

Friday, December 7, 2012

Aaron Aziz Hero Filem Tidurlah Intan

inilah novel yang aku sedang gigih baca sekarang..semoga aku berjaya khatamkan novel ini !

Aku tak suka baca novel.
Novel terakhir aku baca( dan habis baca) ialah Jibam. Tu pun zaman sekolah rendah!
Sekarang zaman filem adaptasi dari novel.
Hollywood dah lama buat..dan banyak yang meletup...antaranya Lord of The Rings, The Princess Diaries dan Twilight Saga.
Gigih baca peta dalam buku The Hobbit ni..hahaha..kalah masa belajar Geografi dulu!

Tapi, ramai pembaca novel komen bahawa hasil dalam movie tak sama/tak detail macam yang ditulis dalam novel. Contohnya LOTR, walaupun dah di bahagikan kepada 3 movies, tetap tak se-detail dalam novel katanya. Begitu juga The Twilight Saga. Dua dua novel ni, mommyZZ memang baca. Aku pegang aja bukunya, baca tak pernah ..haha..

Entah kenapa, keterujaan nak menanti tayangan The Hobbit pada 13 Disember ni, menyebabkan aku terminat pula nak baca novelnya. So far, aku dah sampai mukasurat 9..hahaha..

Siri Adam dan Hawa pun katanya dari novel..
Aku confirm lah tak baca novel nya, tengok cerita ni pun tidak..
So, adakah jalan cerita Adam dan Hawa ni banyak ikut apa yang ditulis?
Apa apa pun, kalau dah letak Aaron Aziz sebagai hero, cerita adaptasi dari novel budak sekolah rendah pun boleh meletup kannnnn...:P

 Bayangkan Aaron Aziz jadi hero based on siri siri dalam buku cerita Tidurlah Intan ni..sure meletup punya filem nya..wakakakaka

Tuesday, December 4, 2012

Oh Tudung Fareeda

Obsesi manusia ni, pelbagai.
Ada yang sanggup subuh sepi pukul bola kecik nak masuk dalam lubang sebesar lubang tikus.
Ada yang sanggup subuh sepi pacak tripod tunggu matahari naik.
Ada yang sanggup subuh sepi termangu depan kolam tunggu ikan gigit umpan.

Tapi..
Bila ada yang sanggup SEBELUM subuh sepi dah berkampung tepi kaki lima kedai..
Usung anak kecik, baring tido kat tikar mengkuang.
Semata mata nak beli tudung..

Maka..
Aku tertanya tanya keistimewaan tudung ini..
Sampai timbul obsession sedemikian rupa..

- material nya ringan kah, umpama body aluminium binaan Lamborghini , sampai tak terasa di sarung di kepala?

- material nya maha hebat kah, ventilasi bersepadu dapat dicapai, sampai terasa sejuk kepala walaupun tudung di sarung 24jam tanpa buka?

- kalis air kah ia..sampai kalau hujan tak perlu berpayung..hanya selamba melangkah dengan memakai tudung berkenaan?

- sangat tahan lama kah...sampaikan tak perlu beli tudung lain untuk 5 tahun berturut turut punya raya puasa?

Jangan salah anggap..
Aku tidak cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh si pencipta tudung..
Sekalung tahniah kepada beliau, sebab berjaya dalam bidang ini..

Dan jangan salah anggap..
Aku tidak menjuih bibir mengutuk obsession membeli tudung sebegini..
Sebab aku punya obsession tersendiri jua..
Terpacak di tepi pantai seawal jam 5.30pagi dalam kesejukan pagi 2 degree celcius, semata mata menunggu matahari naik..
Lagipun, anda beli tudung itu, duit ada...anda usung anak kecil anda, anak anda yang tak selesa, bukan anak saya...

Aku cuma wonder..
Apa hebatnya tudung ni..
Sampai timbul obsesi sedemikian rupa..
Sekadar ingin tahu..
Itu sahaja..

Bukan model tudung fareeda...dipaksa pakai tudung...bahahahaha

Monday, December 3, 2012

Ben Ashaari Pun Ada

Sabtu lepas, 1 Dec, ada mini gathering blogger KL/Selangor bertemu blogger Selatan(Johor)
3 blogger KL/Selangor turun ke Sedenak, bertemu di kediaman Cik Mat Gebu (CMG):
-aku sekeluarga ( aku dah balik JB sehari awal sebenarnya, jumpa mereka di exit tol Sedenak)
Iyra

Benda pertama CMG bagi pada kami selepas tiba ke rumah mereka, trademark beliau: tiffin biru

Masing masing dasar blogger, teruja ambik gambar tiffin biru Mat Gebu......
Dari kiri: Cikgu Nur, Rina Avail, GadisBunga, Iyra, dan Cikgu Ayu Akuzle.....Yang berdiri berlutut sambil gembira pegang tiffin biru  tu ialah Ayu CitarasaRinduan.

mommyZZ pun posing sama dengan tiffin biru

Semua orang posing dengan tiffin biru, aku pun nak jugak...bahahaha

Pengamatan aku, CMG ni gemar mengumpul koleksi pinggan mangkuk antik. Hobi yang menarik. Memang banyak koleksi beliau, yang nampak di ruang tamu ada 4 kabinet...di tempat-tempat lain dalam rumahnya? Fuhhhh....

Koleksi gelas bersejarah CMG yang buat aku sangat, sangat jeles ( gelas sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 1957 dan gelas harijadi Sultan Ibrahim pada 1955)

jam antik

Setelah lebih kurang setengah jam kami tiba di rumah CMG, blogger blogger selatan yang lain pun tiba..Ada 8 blogger selatan yang terlibat...List mereka, di blog Ayu CR ini. Kami berborak borak, dan mula la acara makan makan...Dua tukang masak hebat terlibat...of course CMG, dan juga Ayu CR yang bawa ikan asam pedas meletup nya, dan mee rebus marvelous nya.

ni dessert yang CMG buat..trifle. Walaupun dessert, kami semua makan trifle ni dulu..bahahaha...memang sedap, masing masing makan bertambah! CMG memang tak bagi wajah nya kelihatan di alam maya ya ( siapa yang bocorkan gambar beliau, kena cirit birit nanti, ugut CMG..hahaha)..Cukuplah sekadar gambar tangannya itu mencedok trifle buatannya  :)

 Perrrrghhhhh..sepotong trifle hasil tangan CMG.....makan dikala cuaca dah mendung nak hujan pulak masa tu..memang mahsyuk!

Sepinggan hidangan penuh nikmat: Urap, ikan asam pedas meletup, ayam goreng berempah & gulai ikan kurau masin ber-nenas. Kalau tak kerana nak makan makanan lain lagi, harus aku bertambah nasik..har har har

Mee bandung air tangan Ayu CR. ...Serious, memang sedap gila! Terus mintak resepi..kah kah kah...nanti Ayu bagi kat wife aku katanya...

Sambil makan makan, sambil borak borak...
Random photos :

 Yeayyy!! Dapat ole ole dari Ayu CR: kalendar tahun 2013. Selain Ayu CR, ucapan terima kasih juga kepada Cikgu Nur atas ole ole keychain & pencil case utk Ziyyad..dan terima kasih jugak pada kak zakie yang beri angpow..hahahaha..Oh ya, tak lupa juga thanks to GB sebab kasi coklat Russia yang sangat, sangat, sangat pahit...Terkebil kebil tau abe zam( husband Cikgu Ayu Akuzle) nak habiskan coklat cenonet tu! bahahaha

MommyZZ yang meriah berborak dgn ibu kepada CMG. Sekali bila di selidik, patutlah meriah. Waris rupa rupanya! ha ha..Ibu CMG asal dari Labu, Nismilan...So no wonder lah makcik suka yang amat berborak dengan mommyZZ..ada chemistry orang nismilan tau..:)

Boleh pulak sedondon si Zayyan dengan GB..bahahahaha...Nasib baik GB tak pakai kasut kaler merah! bahahaha...Kredit gambar ni kepada GB, dari kamera dia.


Borak punya borak...
Dari mendung ...bawaklah kepada hujan lebat kat Sedenak ni..
Tup tup datang blogger popular, Ben Ashaari ke rumah CMG..
Maka terperanjat la semua orang...rupa rupanya bini dia ada kursus kat JB katanya..so Ayu CR pun jemput la datang sekali.

Seronok betul Iyra ya dapat bergambo dgn Ben...hahahaha

Reda aja hujan..
Perut dah kenyang..
Hati dan gumbira jumpa teman teman blogger..
Mata pun otomatik jadi mengantuk ( sebab hujan + kekenyangan)..
Maka kami pun minta berundur dulu...

Kereta antik pun Mat Gebu collect tau...Kereta ayah beliau  :)


Terima kasih banyak buat keluarga Chef Mat Gebu atas layanan istimewa dan terbaik anda.
Terima kasih Ayu CR atas sokongan makanan tambahan :)
Terima kasih rakan rakan blogger lain yang menjayakan gathering ini.





ps: On the way balik dari rumah CMG, aku, Rina Avail, Cikgu Nur & GB terjah pulak rumah kakZakie..sambung mini gathering kat situ..makan trifle jugak..makan pisang kaki..makan cocktail...Terima kasih banyak kakZakie...jangan serik jemput kami lagi..~bahahahaha



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...