Friday, November 30, 2012

Alhamdullilah

alhamdullilah..
mak ayah dah tiba dari Madinah semalam
walaupun delayed sejam..hujan lebat di madinah..
mereka sihat. cuma standard lah..batuk batuk..
mereka ialah jemaah haji terakhir sekali pulang ke Malaysia..
(berita Di sini )

 mak & ayah satu bas, satu kapal terbang, dan duduk di hotel yang sama dengan Shamsul Ghau Ghau..kehadiran beliau dalam pakej haji ini menceriakan suasana

Proses pengagihan ole ole dari Makkah & Madinah dimulakan semalam..
Mak ayah asing kan sejadah, tasbih, air zam zam, jubah, kopiah, pelbagai jenis kurma, kismis, kekacang utk saudara mara & sahabat handai..Sebahagian besar ole ole dah tiba lebih awal di Malaysia, sebab di pos awal.

ustaz Don pun ada di jemput oleh TH Travel ke tanah suci..Beliau ada memberi kuliah untuk para jemaah..Kecik aja orangnya Ust Don ni..sebab mak aku pun petite aja orang nya, so tengok gambar ni, dah boleh agak saiz ustaz..:)

ayah di masjidil haram...seronok nya tengok gambar gambar ayah & mak semasa mereka di dalam masjidil haram..di dalam masjid nabawi..semasa di masjid quba...membuak buak perasaan nak solat dan beribadat di sana.

mak bergambar dengan jemaah istimewa dari Indonesia...lelaki kerdil berusia 55 tahun ini menjadi 'popular' di sana..Ramai jemaah lain ambil kesempatan bergambar dengan beliau. Oh ya, jemaah haji Indonesia ialah jemaah haji paling ramai bilangannya.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan buat mak ayah..
Cepat sembuh batuk batuk mereka..
Petang ini, Insha Allah kami akan bertolak pulang ke JB..
Mak ayah pasti dah rindu dengan rumah mereka...

Oh ya, sementelah aku pulang ke JB ni..
Insha Allah esok, andai ada kesempatan...akan join beberapa kawan blogger dalam siri ziarah blogger selatan...antara destinasi yang dirancang ialah ke kediaman Kak Zakie, ke Citarasa Rinduan....dan juga ke kediaman Chef Mat Gebu.

Moga moga Allah permudahkan urusan kami..

Thursday, November 29, 2012

Selamat Pulang Ke Tanahair

masa anda baca entri ni, aku dan keluarga insha allah dalam perjalanan menuju KLIA...menjemput kepulangan mak & ayah yang selesai sudah menjalani ibadah haji..sedar tak sedar, hampir 45 hari mereka berada di mekah & madinah..kejap aja masa berlalu..penerbangan dijangka tiba jam 12.25pm, hari ini.

Jujurnya, aku dah lama 'berpisah' dengan ibubapa aku..Yang betul betul tinggal dengan mereka ialah dari aku lahir, hingga ke usia 12 tahun sahaja. Masuk form 1, aku dah duduk asrama. Sejak tanggal itu, aku 'berpisah' dengan mereka. Duduk rumah hanya ketika cuti sekolah. Dari zaman aku form1, bawak ke peringkat universiti, bawak ke kehidupan bujang, dan hingga zaman dah kawin..'berpisah'..dan hanya bertemu bila balik ke hometown ketika cuti sahaja. Pun begitu, aku tak lah merasa miss nya/rindu nya pada mereka, sebagaimana aku rindukan mereka, masa mereka di Mekah & Madinah ! Ya, itulah penangan ibadah haji. Masa ada siaran langsung dari Masjidil Haram di TV tengah2 malam, aku memang ternanti nanti..kot kot nampak kelibat mak ayah tengah tawaf ke, tengah solat ke, tengah baca Quran ke..  Aku pun tak boleh explain kenapa, tapi memang aku benar benar rindukan mak & ayah sepanjang mereka di sana. Semoga mak & ayah pulang hari ini dengan haji yang mabrur, dan sihat tubuh badan..Amin.

Wednesday, November 28, 2012

WW: Colorful Fountain




Tuesday, November 27, 2012

Animal Planet at Macam Macam Ada

Bird watching adalah satu hobi. Walaubagaimanapun, ianya bukan lah hobi aku.
Mungkin akan jadi hobi, kalau dah beli telephoto lens. :)

Di sini, aku jarang ambil peduli pasal burung, ye la..dah nama pun bukan hobi tengok burung.
Tapi masa berkelana ke tempat orang, ianya menjadi satu 'temporary hobby'.
Sebab memang banyak sangat burung jenis ini, especially di kawasan pantai.

So, mari lah berkenalan dengan burung Seagulls.

a resting seagull ,at the old port town, Albany, Western Australia

Seagulls adalah burung dari spesis Laridae.
Ada bermacam macam species seagulls.
Seagulls boleh ditemui hampir di semua benua di dunia ini, termasuklah di Antartika. Walaubagaimanapun, ianya tidak banyak ditemui di kawasan kepulauan tropika.

A seagull flying low at the Green Pool, William Bay National Park in Denmark, Western Australia

Seagull memang suka terbang rendah, dekat dengan permukaan air..untuk mencari makanan.
Terbang rendah sebegini turut memberi kelebihan aerodinamik, dipanggil "Ground Effect".
Ground Effect memberikan satu bentuk apungan angin( cushion of air ), melancarkan penerbangan seagull.

Senang ditemui di kawasan pantai, adakah seagulls minum air laut/masin?  Jawapannya, YA. Seagull mempunyai kelenjar istimewa di atas matanya, yang mana kelenjar ini akan membuang lebihan garam yang diminum. Jadi, seagulls tak perlu kembali ke sarangnya semata mata untuk mencari air tawar untuk diminum, tatkala ia sibuk berterbangan seharian di tengah lautan.

A warning sign at the Kailis Fish Market, Fremantle, Western Australia

Seagulls boleh makan apa sahaja.
Ikan, binatang bercengkerang, serangga, berries, telur kecil, dan seagull bersaiz besar boleh juga menyerang dan makan burung kecil yang lain / haiwan mamalia kecil.
Perangai seagulls juga suka menyelongkar tong sampah mencari makanan.
Seagulls yang desperate juga boleh mencuri makanan anda, especially kalau anda sedang menikmati fish & chips yang sedap di restoren di tepi pelabuhan!

This is not handicapped seagull ya! This is their normal resting position

Seagull berupaya berdiri dengan stabil ketika berehat, dengan sebelah kaki nya sahaja.
Kenapa sebelah kaki? Berlagak poyo?
Ianya ada kaitan dengan sistem saluran darah di kaki seagull, dipanggil sistem rete mirabile.
Dengan berdiri sebelah kaki, seagull mampu me-minima kan kadar haba yang hilang dari tubuhnya.

* susah aku nak translate benda saintifik ni, nanti jadi lain, so kalau nak tahu lebih lanjut tentang sistem rete mirabile ni, baca ini,ringkas aja:
 
 An afternoon view of Rockingham beach, Rockingham, Western Australia. There is a small island of the coast of Rockingham, called Seal Island. You can found a lot of seagulls colony in this island.


 
~ sekian..semoga  kelas Animal Planet di Macam Macam Ada ini memberi manfaat ~



Monday, November 26, 2012

Ni Semua Salah Google ( bajet cover kesalahan diri sendiri sebenarnya..ha ha ha)

Tengah driving pagi semalam...nak gi gym.
" pls buy daun sup & daun bawang ya, nak buat sup ayam for lunch ", mommyZZ kata.
Letak hp, terus terbayang...mana satu daun sup, mana satu daun bawang..
Ya, aku selalu confuse..dan dah pernah tersalah beli masa mak aku pesan dulu.

Sambil warm down atas treadmill, aku gugel.
Oh..ini rupanya daun sup..ni daun bawang. Kacang!!!

Kaki melangkah laju menapak ke Urban Fresh di tingkat bawah..

longgokan Spring Onion. Onion is bawang. So ini lah daun bawang. Beres.  Ambik, letak dalam bakul

Di tulis di label : chinese parsley. Hasil gugel masa kat gym katanya parsley is daun sup. Rupa macam daun sup. So aku confident gila ambik, letak dalam troli. Done. Mudah.

Sampai rumah, bagi dua benda ni pada wife sambil cakap  " I will not make any mistake yang..dah gugel, and siap berlabel lagi "

Tak sampai 5 minit, mommyZZ terbahak bahak gelak.
Ini DAUN KETUMBAR la yang...bukan daun sup!
Nak campur dlm sup ayam boleh, tapi nanti rasa dia ala ala tomyam!
 
 Reaksi aku..hmmm..takkpe lah..kita gunakan aja lah spring onion tu..cukup kan nak bagi rasa sup?
So, semalam kami lunch lauk sup ayam, wihout daun sup.
 
Penyudahnya, kat rumah, aku gugel lagi... bila baca, ada pulak yang kata parsley ni daun ketumbar ?
Rujuk Kuali.com ni, chinese parsley ialah coriander, also know as cilantro, ialah daun ketumbar!
Tengok pula Di Sini, daun sup dipanggil celery leaves !
Nasib baik daun bawang tu in English lebih kurang aja direct translation -nya, dan hasil gugel masa kat gym semua bersetuju ianya ialah spring onion! So mudah la aku beli spring onion( cari daun berlabel spring onion..kah kah kah). At least, daun bawang aku berjaya beli dengan betul!

Dan..kali kedua...aku tersalah beli...nak beli daun sup, terbeli daun ketumbar.

Moralnya, lain kali suruh wife aku aja lah beli barang2 berkaitan daun ni..ha ha ha
 

Thursday, November 22, 2012

Tentang Blog Ep 1: Jenis Jenis Blogger

Jenis jenis blogger:

1- Ada blogger yang rajin update blog hari hari, dan rajin jalan jalan blog orang lain, beri komen seikhlas hati, lepas baca entri orang lain.Blogger macam ni kita boleh kenal selepas beberapa sesi perkenalan, selepas saling kunjung mengunjungi.Komen komen mereka terasa dekat dihati kita. Walaupun kadangkala mereka buat komen yang kasar, kita boleh faham dah, itu memang gurauan manja mereka. In fact, setiap hari selepas update blog, kita ternanti nanti apakah komen mereka ini..hi hi hi..

2- Ada blogger yang rajin update blog hari hari, dan rajin jalan jalan blog orang lain, beri komen, tapi tak baca pun entri/atau baca tajuk sahaja/baca sekilas pandang.Blogger macam ni kita boleh kenal bila kita baca setiap komen dia, sepesen sahaja, tak kiralah apa jua entri kita. Pesen macam mana? Kita semua faham faham sendiri lah kan..:)  Paling parah, kita cerita pasal korban lembu, dia komen pasal suruh klik klik support dia! Padahal itu lah pertama kali dia kunjungi blog kita !bahahaha

3- Ada blogger yang tak rajin update blog, dan tak rajin jalan jalan blog orang lain. Komennya pun jarang jarang boleh dibaca. Mungkin blogger jenis ini lebih suka menjadi pembaca senyap. Mungkin juga blogger begini jenis yang amat busy. Mungkin juga blogger sebegini menulis blog sebab nak ikut trend/kena paksa. Blogger sebegini selalunya sukar untuk kita fahami diri mereka, sebab jarang jarang mereka menulis.

4- Ada blogger yang tak rajin update blog, tapi rajin jalan jalan blog orang lain, dan beri komen. Blogger macam ni, selalunya kita( or aku sebenarnya), rasa serba salah, sebab kita nak balas kunjungan nya sebagai tanda terima kasih, tapi setiap kali buka blog nya, asyik lah entri 3 minggu lepas tu di paparan utama! ha ha ha. Walaubagaimanapun, blogger sebegini, lebih bagus dari blogger jenis ke-2.

5- Ada blogger yang jenis copy paste. Kita buka blog mereka, rasa macam baca akhbar online, tak pun rasa macam baca majalah Manggis. Ada blogger yang memanjang asyik marah/komplen aja dalam blog mereka. Semua orang salah, semua benda yang orang lain usahakan/buat, adalah salah, tak pernah pun benda yang bagus, di beri kredit.Oh, blogger sebegini selalunya blogger politik, tak kisah lah pro dacing ke atau pro bulan. Hihihi.. Ada blogger yang suka tepek gambar makanan.kadang kadang kita pun naik pelik dan cemburu, asyik jalan jalan cari makan aja mereka ini..Oh, mereka food blogger rupa rupanya! Ada blogger yang suka tepek gambar sebesar besar alam, sedikit sahaja menulis. Kita suka lihat gambar gambar mabeles mereka. Oh, itu photoblog rupa rupanya! Ada blogger yang buat entri 6-7 entri dalam satu hari. Kita pun naik pelik, apa yang nak direpek kan. Banyak betul 'idea' mereka kan. Kadangkala, rasanya macam terlalu merepek benda yang di repek kan. hahah.


Apa apa pun, selagi hasil penulisan di blog itu tak menggangu privasi orang lain, tak menyebarkan fitnah, tidak menghina agama & kepercayaan orang lain, jujurnya, biarkan lah. Hak penulis blog itu nak menulis apa yang dia mahu.Itu lah fungsi blog. Sebagai luahan hati si penulis. Benda yang penulis rasa syiok, mungkin meloyakan bagi pembaca, ha ha ha..and vice versa. Penulis blog tak pernah acu pistol di kepala kita suruh kita mesti masuk setiap hari dan baca dengan tekun blog mereka. Pilihan di tangan kita. Mana mana blog yang kita tak suka, tak payah masuk. Mudah kan?

Sekian.


ps: Episod 'Tentang Blog' akan datang(kalau aku rajin la)- " Fesyen komen blogger & adab adab mengomen"

Wednesday, November 21, 2012

WW: As Sodakatul-jariah To Police, again!



Tuesday, November 20, 2012

Rainbow Cake with Italian buttercream

Hari Rabu lepas, ada buat contest sempena WW. Ini LINK nya
Malangnya, tiada yang jawap TEPAT..
Yang sipi sipi punya jawapan, "icing cake".
Yang bagi jawapan muruku colorful pun ada! Weh, tahu la masa tu mood Deepavali, amma! ha ha
Yang jawap bubur cacar pun ada! ha ha.

Inilah benda nya...
 Skema jawapan ialah: Rainbow Cake with Italian buttercream

Rainbow cake ni menjadi famous setelah Martha Stewart mempopular kan nya. Maka sana sini umat manusia sedunia mengejar kek pelangi ini. Sebenarnya masa cuti Deepavali hari tu, aku buat photoshoot kek untuk our bakery website yang tak siap siap lagi tu.  So, nak kongsi la sikit hasil photoshoot amatur  :)

A 1.5kg + rainbow cake with Italian buttercream.


Hari tu, mommyZZ buat dua kek sebenarnya. Ye la, lepas photoshoot, kek ni boleh di makan dan di beri pada kawan yang sambut Deepavali. Kek kedua yang aku ambik gambar ialah Red Velvet.





alang alang dah promote ni, nak promote sekali la red velvet in jar yang wife aku buat..ha ha..
ni masa wedding last month..
red velvet in jar for VIP guests.

Red velvet with pink & purple cream cheese

Yang kat belakang red velvet in jar tu ialah homemade choc in box..pun hasil buatan mommyZZ jugakkkkk  :P

Sekian, wassalam.

Monday, November 19, 2012

Gathering Blogger 18 Nov 2012

Semalam, 18 November 2012, berlangsung gathering blogger di rumah uncle Hamzah / Pakngah / al Lavendari. Jumlah kehadiran adalah kecil berbanding gathering sebelum sebelum ini..Ramai yang tak dapat hadir sebab sekarang musim cuti sekolah kan, so ada yang pergi melancong, ada yang pergi kenduri kawin. Apa apa pun, gathering kali ni tetap meriah.

Tuan rumah gathering kali ini, uncle Hamzah. Masa ni kami semua berkumpul dalam rumah untuk acara kuiz yang dianjurkan. Hadiahnya lumayan, semua import dari oversea seperti dari Mesir, Vietnam, London, dan lain lain. Soalan soalan kuiz nya agak mencabar juga, namun Alhamdullilah, semua peserta berjaya menjawab tepat. Ini contoh soalannya:

" Makngah(isteri Pakngah) berasal dari mana?"
A) Perlis
b) Zimbabwe

antara makanan yang di bawa semalam, konsep nya macam biasa, Pot Luck. Terlupa nak ambik gambar2 makanan lain..Sibuk sangat berborak bergossip!

Orang kuat setiap kali ada gathering blogger, kak Azie. Dasar blogger, pantang ada makanan, gambar harus diambil dahulu!

Dari kiri, Dato' Abdullah, Bujal dan Abah Zino.  Ini merupakan kali pertama aku & lain lain ahli blogger berjumpa dengan Abah Zino. Walaupun selama ni aku selalu pergi ke blog sepupu Abah Zino, iatu blog Acik Erna. Baru tahu mereka ni sepupu.Dan semalam juga buat pertama kali dapat bertemu dengan blogger Mama Ju.

Group photo time...Macam biasa, bila dah berkumpul, mesti nak ber-group photo. Ni selepas acara kuiz, masing masing seronok dapat hadiah overseas mari.

Group photo jugak. Tapi versi freestyles. Kata beberapa blogger veteran " ini lah payahnya bila kita nak bergambar dengan yang muda muda!". Ahahahahah...Takpe, layankan aja...Cuba tengok akak Azie tu, ceria!!!  ~bahahaha

Zayyan dengan akak Iyra. Zayyan punya pesanan " akak rajin rajin lah update blog tauuu"  & " jangan lupa ajak makan nasik minyak nanti"  ~hahaha

Group photo lagi sekali..Kali ni kat luar rumah pulak. Masa ni Bujal dah balik, ada urusan..Dan ini juga kali pertama aku bertemu dengan blogger Abil( duduk no 2 dari kiri, di apit oleh suami Ayu & tuan rumah, uncle Hamzah).

Rumusan gathering kali ini:

- alhamdullilah, dapat menambah kenalan blogger yang tak pernah ketemu sebelum ini ( Abil, AbahZino & MamaJu)

- kali ni terasa dikelilingi blogger yang veteran. Aku segan & hormati dengan mereka, yang mana ada yang sebaya & lebih tua dari ayah aku sendiri. Tapi mereka sempoi, dan terbuka. Seronok berkawan dengan mereka yang banyak pengalaman ni, boleh belajar banyak tentang kehidupan. Uncle Hamzah pula berkata " kita yang veteran ni pula malu dengan yang muda, sebab sibuk ber-blog!". Tapi jawapannya uncle, - zaman dulu mana ada blog, internet pun takde.  ~ hihihih

Sunday, November 18, 2012

Solidariti Mengejar Beger Free




Sempena menyambut Breakfast Day katanya yang jatuh pada 19 November, esok...maka 200,000 biji beger akan diagihkan secara percuma, kepada 1000 pelanggan pertama di setiap cawangan, bermula seawal jam 7 pagi.
Itu kata pihak Mekdi. Kata warga netizen pula, ini ada kaitan dengan usaha boikot rangkaian Mekdi yang dikatakan menyokong Israel.



Maka, adakah dek kerana isu boikot ni, marketing strategis Mekdi ialah nak popularkan kembali beger nya, lantas membuat promosi beger free ini..? Berselindung di sebalik kata kata " mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi" ..?

Dan ini press statement pihak Mekdi Malaysia:



Ada beberapa isu yang aku suka komen dalam hal ini:

1) Kesungguhan rakyat Malaysia dalam memboikot sesuatu produk. Aku memang agak skeptikal, maaf cakap. Rakyat Malaysia memang hangat hangat tahi ayam. Ini bukan pertama kali seruan memboikot dilakukan. Tambahan pula, memboikot industri makanan segera yang menjadi kegilaan majoriti rakyat Malaysia.Umum sedar bahawa rakyat Malaysia, suka makan. Dan adalah mustahil makanan kegemaran, yang secara relatifnya agak murah, hendak di boikot. Lainlah kalau makanan itu memang tak sedap, dah la tak sedap, mahal pula, dah la mahal, servis lembab pula! Maka seruan memboikot tempat makan yang seteruk begini, mungkin akan berjaya.Cuba rujuk kes boikot restoren Sekinchan Ikan Bakar. Banyak cawangannya dah ditutup. Aku sendiri pernah cuba restoren ikan bakar ini, ceritanya DI SINI.

2) Samada benar atau tidak dakwaan Mekdi Malaysia ada menyumbang hasil bisnes kepada zionis Israel, kita tolak ke tepi dulu. Katakan lah boikot ini menjadi.Merudum bilangan orang datang ke Mekdi. Bisnes Mekdi melingkup di Malaysia. Apa akan jadi pada pekerja Mekdi? Tengok sahaja muka muka pekerja Mekdi, ada jumpa muka Cina? Muka India? Bukan tiada, ada..tapi terlalu sikit. Yang penuhnya, muka anak muda remaja Melayu yang sanggup bekerja di restoren segera untuk tempoh masa yang panjang, penat berdiri, risiko kena hamun dengan customer--dan itu semua untuk gaji yang kecil! Jangan salah tafsir ayat aku ini kononnya aku mengatakan kerja di sini hina. Bukan itu maksud aku, cuma itulah realiti yang kita perlu telan. Itu yang mampu anak muda Melayu kita yang kurang akademiknya( tolak ke tepi mereka yg kerja part time)buat, antaranya kerja di restoren makanan  segera. Mereka tak punya daya saing macam remaja Cina yang memang pandai berniaga sendiri. Nah, kalau Mekdi lingkup, apa akan jadi pada mereka ini? Dalam pada kita kononnya mahu membantu saudara seagama di Palestin, saudara seagama kita sendiri di bumi Malaysia, tersepit. Ini yang perlu kita fikir juga.
3) Solidariti rakyat Malaysia dalam mendapatkan benda yang free, akan terpancar esok pagi :)  Ya, sebut sahaja barang free, org Malaysia memang nombor satu. Sanggup bersesak sesak berasak asak. Lihat sahaja promosi " Beli satu percuma satu" di Subway baru baru ini, bagaiamana penangannya. Maka perkara yang serupa juga, aku jangka akan berlaku esok pagi. Jem di Mekdi serata negara. Beger telor ni, bukannya susah nak di buat sendiri pun. Cuma mungkin ramai yang terbayang bayang akan " burger 'Egg McMuffin' yang diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar."  ~ ha ha ha.

Friday, November 16, 2012

Maging

Malam semalam, kami jadi maging.
Teringin nak try me-maging kat sini, setelah di promot oleh kawan aku yg dah bersawang blog nya tu..haha

Islamic Steakhouse, Bangi. Yang Wadihana tu pebenda, ah? sebab belakang kedai ni pun, ada jugak kedai nama Wadihana Islamic Kitchen..aku assumed adik beradik la depa ni..Senang aja jumpa kedai ni, sebab aku bawak adik & adik ipar aku yang memang duduk kat Kajang hahaha... Sorry la, aku memang failed jalan2 kat Bangi ni, banyak sangat simpang & roundabout..Kat keliling kedai ni, ada few eateries yang aku rasa nak try jugak ( Yati Ayam Percik, etc)..Memang betul la, Bangi ni food heaven..

The menu. Selera pemaging telah meningkat setelah menatap menu ni..haha

Dua pemaging utama. :)

 Seafood Chowder.  Ini menu buat anak pemaging yang belum bersedia menerima menu daging. Sodap. Boleh try buat sendiri lepas ni kat rumah..kah kah kah

Grilled Rib Eye Steak.  Ok la, boleh tahan. Tapi sedap lagi la kalau kat TGI Friday or Tony Romas. Jujurnya, rib eye steak nya a bit liat. Seriously, aku selalu beli stok daging di Kg Attap, KL tu( major supplier for hotels in KL), dan selalu buat rib eye steak. Rib Eye steak yang wife aku buat lagi lembut, tak penat rahang bila mengunyah.

Grilled Tenderloin Steak. Sedap! Kalau TGI Friday aku bagi markah 10/10, yang ni aku boleh bagi 9.5/10. Melt in mouth. So, nak makan tenderloin yang murah, boleh gi sini.

BBQ Beef Rack. Sedap. Berbaloi. Cuma rack nya terlebih sikit lelemak..harap mereka pilih rack yang lebih bagus.


Final verdict:

- If u want a cheap & quite a good quality steak, sila ke sini.
- Grilled potatoes nya agak dry.


ps: kepada yang nak tahu apa itu:  Maging

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah..

Pagi maal hijrah ni..
Dapat berita yang mengejutkan..
Tak tahu nak kata macam mana..

Nak dapatkan kepastian..
Kalau dah pasti..
Next week share lah ya :)

Selamat bercuti..

Wednesday, November 14, 2012

WW: Edisi Contest, Teka Dengan TEPAT, hadiah macaron menanti anda. Apakah benda ini??


Tuesday, November 13, 2012

Ayam Duduk

Minggu lepas aku baca pasal ayam duduk, kat blog Makcik
Maka aku cakap dengan mommyZZ pasal ayam tu..

Malam tadi, mommyZZ sudah bikin itu ayam duduk la..thanks for the recipe ya makcik :)

Our version of ayam duduk...well, not properly duduk la, maybe ayam ni obese kot, so that tak tertampung untuk di duduk-kan oleh tin Coke tu..haha

Potong ayam duduk, hidang dengan grilled potatoes, berulamkan tomato & timun..wallah!

Final verdict:
Sedap, rasa lebih kepada ala ala sate? ayam percik? MommyZZ kata pasal ada serai tu..So next projek, buat ayam duduk ala BBQ..

Monday, November 12, 2012

நான் ஒரு murukku வேண்டும்

நான் விளக்குகள் திருவிழா கொண்டாட என் அன்பு நண்பர்களுக்கு இனிய தீபாவளி கூற விரும்புகிறேன்.


 என் muruku மறக்க வேண்டாம்   :)

Friday, November 9, 2012

Jahiliyah

Saja saja selak arkib akhbar online...
Ada banyak berita bayi di temui mati dalam lombong la..
Bayi ditemui mati dalam lubang tandas la...dibaling dari flet la..

Memang kita dah kembali ke zaman jahiliyah..
Perangai zaman jahiliyah terpancar di sana sini.
Bunuh bayi..
Fitnah sana sini..
Adu domba..
Putar belit fakta..

Malam tadi aku tengok berita jam 8 ( setelah agak lama tak tengok)
Serba tak kena..serba tak selesa..
Rasa macam bukan berita..
Dah la sedih dengan berita jenayah..berita bayi kena buang..
Bertambah sedih bila tengok aksi hipokrit manusia.
Bertambah sedih bila tengok manusia menolak hak manusia lain untuk membela diri..
Habis segala upaya yang ada digunakan untuk hentam, hentam dan hentam..
Mike Tyson kata " kau tinju petinju yang di ikat tangan depan khalayak ramai, maka kau jaguh la"
Last last 8.18pm, aku tengok HBO. 

zayyan - day one of life...aku sayang zuriat aku..aku tak faham macam mana bayi boleh di buang...dan aku harap, kalau bukan zaman aku, semoga zaman zuriat keturunan aku dapat hidup di bawah kepimpinan yang adil dan telus
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...