Jumaat 19 Oktober 2012:
Pukul 9.15am kami bertolak dari rumah, pi Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Jam 9.40am, parking kat luaq kompleks, sambil mak pak buat urusan yang perlu.
Final check segala macam barang. Borak borak dengan makpak..
Jam 11.15am, mak pak masuk dah dewan taklimat. Lambai lambai.
Moga mak pak kami beroleh haji yang mabrur, dan dipermudahkan urusan ibadat semasa di sana.
12.10pm, dengan kuasa yang diberi oleh pak, maka kami adik beradik pun gunalah mpv beliau untuk sesi jalan jalan cari makan: Edisi Penang :P
5.30pm, kami tiba di pulau, check in..rehat..Penang hujan nooo petang ni..
8.00pm, kami dah terpacak di Kapitan, branch Queensbay. Orang kata tandoori ayam nya terbaik, makan dengan cis-nan..Kami try jugak bariani claypot nya.
Restoren Kapitan signature dish: Cheese nan makan dengan tandoori ayam. Memang sedap tandoori nya. Highly recommended. Cheese nan nya sedap juga, tapi tak sesedap yang aku selalu makan di seksyen 28 Shah Alam.
Nasi briyani claypot. OK lah..Ikut tekak aku, aku lebih suka briyani melayu, semestinya bariani gam Batu Pahat.
9.30pm, kami ronda ronda nikmati panorama Penang di malam hari, ditemani hujan rintik rintik :P
10.45pm, singgah port charkoeytiau(CKT) feveret kat flat hujung jalan di Bayan Baru ni, tapau CKT..kesiannnn, tak dan perut kami nak rehat, asyik kena tuba dengan makanan saja..haha..
Sabtu 20 Oktober 2012:
Bagai dijanji, ~ jam 9.45am jumpa kawan blogger Penang,
makcik kantin kat astaka,dekat dengan hotel Vistana. Pakcik pun ada. 1st time jumpa ni. Makcik & pakcik very the nice person. Sempoi org penang kata :). Makcik belanja kami CKT jugak pagi ni, chinese style, banyak sikit taugeh nya, tapi aku tetap suka.
Teruskan lagi borak2 dgn makcik & pakcik di rumah mereka.
Walauwehhhh!
Cool kan wall di rumah makcikkantin. Pakcik memang peminat fotografi, dan minat lebih black & white. Gambaq semua dia print sendiri. Kalau duduk Penang, dah lama aku join pakcik punya geng menembak.
Big boy toys..:) Selain photography & melukis, pakcik suka kumpul action figure. Model Ghost Rider ni memang cool lah! Apinya tu siap ada lampu wehhh..Pakcik kata dia keep 8 biji model Iron Man kat opis dia, pasai opis dia ada CCTV..~bahaha..
Makcikkantin kata dia tak terror melukis, tak macam pakcik..Tapi hobi makcik ni pun cool jugak! Suka jahit beg. Memang boleh buat duit kalau dijual. Cantik & smooth hasil kerjatangan makcik.
Group photo. From left is pakcik, next to him is makcik. The rest is our rombongan cik kiah :)
Terima kasih banyak makcik & pakcik. Thanks for the belanja...thanks for the time spent melayan kami di rumah.. Mai Shah Alam nanti call lah saya noooo..saya layan makcik pakcik pulak..:)
To kill the time orang kata ( sebab perut dah kenyang makan CKT + makan ciskek kat rumah makcik), kami merempit ke Tanjung Bungah, nak pi Toys Museum tu. Sekali dah pindah daaaa! Setelah ber-waze, kami jumpa jugak lokasi baru muzium ni. Dekat penghujung Batu Feringgi dah lokasi baru dia.
2.30pm..Habis lawatan kanak kanak ribena di museum, kami menerima panggilan rakan blogger Penang yang sorang lagi ni..sempoi jugak orangnya..Namanya
Najwa. Kami plan sama sama nak pi makan mee udang Stadium Batu Kawan..Najwa sekeluarga tunggu kami di R&R Juru dah lama kot..sorry naaaa....pasai kami boleh pusing2 dalam town nak carik jambatan pi tanah besar! Waze bawak kami lalu celah kedai sapa ntah..bahahaha..Tapi sampai jugak kat jambatan..:)
~ 3.20pm kot, aku ketuk tingkap kereta suami si Najwa..lepas tu kami sama sama pi Batu Kawan..kedai nya betoi betoi depan stadium bola tu.
Ni la mee udang nya..
Final verdict. Sedap! Aku dah makan dan review (ikut tekak aku la) Mee Udang Mak Jah. Yang mee udang Stadium Batu Kawan ni kuahnya lagi sedap, pekat..dan udangnya lebih fresh.
Najwa order kan sekali udang goreng sambal. Serius sedap wehhh udang ni. Dah tak hirau uric acid dah masa membaham udang ni..~bahahah
Ni la dia blogger Najwa tu...hat belah kanan, yang kiri tu bini aku..:) Baru aku perasan, depa berdua ni punya pesen spek sama aja. Lahir pun tahun yang sama.
Group photo wajib ada..Baju hitam dukung anak tu suami Najwa. Nampak banner kedai tu? Haaa..hangpa mai Batu Kawan, try lah mee udang Siti Salmiah ni.
Terima kasih banyak noooo Najwa & suami pasai belanja kami yang ramai ni makan mee udang sedap ni..Lain episode kami mai Penang, kami belanja korang pulak..Oh lupa plak, belum try lagi rempah kari yang Najwa beri tu..tapi aku rasa mesti sedap, original Penang mai tu...:P
Habis urusan makan makan di taja oleh kawan kawan blogger yang sempoi lagi pemurah, kami balik semula ke pulau. Plan nak naik feri, sekali dah masuk simpang naik jambatan baru tersedar " eh, ni nak naik jambatan! ". Melepas sudahhh nak naik feri (poyo)..~bahaha..
Malam last kami di Penang,kena carik jugak nasik kandaq..memang tak sah tak makan nasi kandaq kalau mai Penang kan..Lepas ronda ronda Queensbay Mall ( pasai plan asal nak ber hu ha hu ha kat funfair Queensbay tuh, sekali hujan on off pulakkk),kami terjah kedai Kayu Original ni..Kalau aku sorang or berdua dengan ipar aku tuh, maybe lah aku gigih nak beratuq kat Nasi Kandaq Beratur...Ni dengan anak bini bagai, Kayu pun, Kayu lah...
Tu diaaa roti tissue. Kami makan order jugak roti tissue ni, walaupun dah melantak sepinggan penuh nasi kandaq. Nampak sangat ikut nafsu makan..~bahaha..
Sekian sudah karangan kami pasai jalan jalan pi Penang.
Ada masa, kami mai lagi naaa...