Friday, September 28, 2012

Belanjawan 2013 : Harapan dari rakyat marhein


Jujurnya..aku tak ambil kisah sangat setiap kali pembentangan Bajet..sebabnya, aku dah keluar dari perkhidmatan Kerajaan..jadi berita imbuhan kakitangan kerajaan ialah tidak relevan bagi aku.

Jujurnya, kalau tentang Bajet ini, aku impikan:

1- Cukai ROKOK dinaikkan beratus kali ganda, sebab perokok ialah orang kaya. Org miskin tidak akan bakar wang setiap hari. Hasil cukai yang banyak itu boleh menjana pendapatan yang bagus buat negara.

2- Cukai kereta import di kurangkan. Hal ini telah acap kali di terangkan di media politik. Sedia maklum bahawa kos pemilikan kereta di Malaysia adalah mengarut! Ya, bukan sekadar tinggi, tapi mengarut. Kalau alasan 'kurangnya pendapatan negara' kalau tax kereta dikurangkan, maka boleh counter balik dgn kutipan cukai dari tax rokok (yg di naikkan berkali kali ganda). Yang mana satu Kerajaan mahu bela ? Golongan perokok atau golongan majoriti rakyat yang perlukan kereta? Buat yang tak sedar tentang harga kereta di Malaysia, bawak bawak lah beli tiket kapalterbang Air Asia, selalu lah lawat negara maju, dan buat perbandingan. Dan jangan buta buta CONVERT nilai matawang, tetapi tengok dari aspek yg meluas. Contohnya, di Australia, kerja gaji Australian Dollar 3000 sebulan vs di Malaysia, kerja gaji RM3000 sebulan. Kereta Persona di Malaysia ialah RM50,000 dan kereta yg sama di Australia ialah AUD 16,000.

3- Allocation kepada sektor PENDIDIKAN & KESIHATAN diberi perhatian. Aku muak dengar pesakit & kawan kawan (yg masih berkhidmat di hospital Kerajaan) aku komplen bahawa 'tak cukup dana' nak beri ubat kepada pesakit/mesin CT scan tiada di sini/rawatan substandard. Kepada pegawai pegawai PTD yang membuat dasar, sila dengar rintihan colleague anda yang bekerja di sektor kesihatan ya, jangan buat dasar syiok sendiri. Ya, aku buat teguran terbuka ini, sebab aku tahu mereka di sektor PTD ada membaca blog ini. Begitu juga dgn bidang Pendidikan. Ibu aku seorang guru, adik aku seorang guru, kakak ipar aku seorang guru, jadi aku tahu masalah bajet dalam bidang perguruan.  After all, Pendidikan & Kesihatan ialah dua tunjang utama sesebuah negara.

4- Elakkan terus, atau sekurang kurangnya, kurangkan pemberian sesuatu yang bersifat 'one shot'..seperti memberi gula gula. Pemberian sebegini hanya bertahan utk tempoh masa 2-3 bulan sahaja, dan beri impak jangka masa panjang. Contoh contoh pemberian one shot itu, aku rasa anda semua faham. Kalau tak faham, tak mengapa, abaikan.

Sekian sahaja permintaan aku yang tidak belajar ilmu ekonomi. 
Terima kasih.

Thursday, September 27, 2012

Tadika ke, Tabika ?

Masa jalan jalan dgn Ziyyad kat park, ramai grandma & grandpa mat saleh tanya.."where's your kindergarten darling boy?" Nenek nenek & atuk atuk ni mati mati ingat Ziyyad gi tadika kat sini..hahaha...Oh ya, sebab dressing macam tu ialah antara cara dressing kanak kanak pre-school di sini.

30 Oktober nanti, Insya Allah genaplah 4 tahun usia Ziyyad..dah besar anak aku ya..dah makin tua aku ya :)

Tak sure lagi bila nak start kan Ziyyad ke tadika..tak kisah lah tadika apa pun, tu soal kedua...Soal pertamanya, bila? Usia 4 tahun, 5 tahun ? Wife aku berkira kira nak start kan Ziyyad ke tadika awal tahun 2013..hmmmm..

Silibus tadika pun macam macam dah sekarang ni..
Yang tahfiz nya, yang Islamik nya, yang English nya...
Aku kadang kala agak skeptikal dengan lambakan tadika macam ni, yang mana siapa yg pantau apa yang di ajar? Bagaimana kualiti silibus nya? Bagaimana kualiti pengajarnya? So, kena study betul betul..sebab pendidikan anak anak ialah antara investment terbesar yang kita lakukan.

Variasi nama kindergarten pun dah cukup buat aku pening :P
- Tadika : taman didikan kanak kanak
- Tabika:  taman bimbingan kanak kanak
- Taska :  taman asuhan kanak kanak
- Taski :  taman asuhan kanak kanak Islam

So, pls share your idea/pengalaman ya...Terima kasih  :)



ps: aku dulu relax aja masuk tadika Convent tau ..hahaha...umur 6 tahun baru gi tadika..tadika yg disediakan khas di sekolah menengah convent, tempat mak aku mengajar. Tadika sebelah gereja lagi...:p

Tuesday, September 25, 2012

Ralat


Bujal baru komen dalam entri aku semalam...dia suggest buat gathering sendiri, sebab ralat tak dapat datang..:)

Aku pun ralat sebenarnya...

Sapa yg nak join mini gathering ini?
Tarikh..tempat..waktu..belum bincang...hahaha..
Lempar lempar kanlah idea bagi yg nak join...YB, jom join! 
Yang lain lain kalau nak melepak, pun jom lahhhh..

Cakap pasal ralat ni, memang ralat la kalau lalu pekan Wagin, Western Australia, tak singgah tengok kambing biri biri giant ni. :)
Sesuai dengan jolokan sheep farming and wheat town , Wagin mendefinisikan industri utamanya dengan membuat patung ini dibandarnya, yang dipanggil Big Ram atau Giant Ram.

Giant Ram ini ialah the second largest in the southern hemisphere..hasil sumbangan penduduk Wagin itu sendiri.


ps: gathering dapat makan kambing golek pun sedap  :p

Monday, September 24, 2012

Mood Jeles

Mood malas nak buat entri hari ni..

Jeles tgk korang bergumbira semalam..sorry guys, cannot make it last minute, kena balik JB ada kenduri gi Haji mak ayah.

Yang menimbulkan kontroversi (hasil baca kat group FB blogger) ialah kehadiran insan misteri...cerita sikitlah korang kat FB..penat aku skodeng gambar tau..hahahaha..

Apa apa pun,tahniah..berjaya anjurkan gath raya kali ni..

Friday, September 21, 2012

Labbaik Allahumma Labbaik

Alhamdullilah...kedua dua ibu bapa aku Insya Allah bakal ke tanah suci pada 19 Oktober nanti..
Doakan semoga kedua duanya dipermudahkan urusan, di anugerahkan kesihatan, dan pulang dengan haji yang mabrur.

Hari ini akan pulang ke JB...
Esok malam ada kenduri pergi haji...

Pulangnya aku akan membawa sekali dua suntikan tambahan ini..
Suntikan vaksin Pneumococcal dan vaksin Influenza..Vaksin tambahan yang Insya Allah akan melindungi dari jangkitan paru2/radang paru(pneumonia) dan virus influenza, termasuk strain H1N1 & H3N2.

Berpesan pesanlah kepada kaum keluarga atau sahabat handai yang bakal menunaikan haji..
Dapatkan lah juga vaksin tambahan ini, bukan wajib, tapi berbaloi diambil..
Yang wajibnya vaksin meningitis.

Wednesday, September 19, 2012

Foreign Body

Hi ! Saya Papa Smurf...dan disebelah saya, Clumsy Smurf..Awak semua notice tak apa apa kelainan pada diri saya?  Tak nampak?

Kalau tak nampak kelainan pada diri saya, awak perhatikan dulu kawan saya ni, si Clumsy Smurf..

Nah..perhatikan diri saya pula...apa yang tak kena..

Saya menjadi OKU sebab budak ni..
Budak ini telah menggigit hidung saya sampai patah!


Ya..
Syukur pada tuhan..
Kami perasan Zayyan sedang leka mengulum hidung Papa Smurf yg di geget nya tu..hahaha..Tak pulak dia telan..

Moral cerita ni ialah..
Aku selalu dapat kes kanak kanak yang tersumbat benda asing (foreign bodies) kat dalam rongga badan..
-manik dalam hidung lah
-dadu dalam telinga lah..
-cebisan kertas dalam hidung pun ada..
Kes kes tercekik foreign body pun banyak, ni aku experienced masa kerja di hospital dulu..

So..
Kadang kala kita tak perasan..
Tapi tuhan tu maha adil..maha kuasa..Dia beri kita petunjuk..
Antara petunjuk nya:

- anak kita non stop selsema/hidung berair.
-telinga berair
-hidung/telingan berbau busuk
-anak kecil selalu pegang telinga(tanda sakit/tak selesa)

Jadinya, elakkan kanak kanak dari bermain permainan yg bersaiz kecil..Dan mudah tercabut/tertanggal komponen nya..Contohnya kereta kecil yang ada roda.Aku ban kereta kecil ni, sebab takut Zayyan tertelan roda nya/masukkan roda nya dalam hidung/telinga. Mainan Smurf tu mainan dia & Ziyyad...dan saiznya agak besar, dan keras..so aku tak sangka lah pulak begitu kuat kuasa gigitan gigi nan dua batang dia, sampai boleh patah hidung Papa Smurf tu!  :)

ps: Tapi kes2 yg aku dpt kat klinik, budak dah besar..umur 5- 6 tahun..masukkan dadu/manik/etc dalam lubang hidung!

Tuesday, September 18, 2012

Lancelin Sand Dunes

Bagi yang tak tahan sejuk kalau ke Perth..antara option yang boleh dibuat ialah a day trip to north..Yang selalu tourist buat ialah melawat ke Pinnacles Desert di Nambung National Park, berdekatan dengan pekan kecil Cervantes, ~ 200km ke utara Perth. Ini kerana makin ke utara dalam negeri Western Australia ini, makin panas sikit suhunya.

2 minggu lepas, kami pergi ke utara tu. On the way, anda boleh singgah di pekan kecil Lancelin ini..lebih kurang 127km dari Perth. Apa ada di sini? Di sini ada gumuk pasir(sand dunes). Sekali imbas, nampak macam gurun, tapi ianya hanyalah gumuk pasir.

nice beach at Lancelin..kami singgah sebentar di depan beach ni untuk picnic breakfast

Ini dia Lancelin Sand Dunes.

Pergi ke kawasan sand dunes ini, ada risiko nya. Kenderaan biasa (bukan 4WD) haruslah dipandu di laluan yang tersedia. Kalau off track, maka tanggung sahaja risiko kereta anda terbenam di dalam pasir. Dan pasir pasir pun boleh terbang ( ala ala sand storm) kalau angin kuat. Alhamdullilah, masa ke sana, angin nya sepoi sepoi bahasa sahaja, nyaman. Harus di ingatkan, kalau angin kuat, buat pemilik kamera DSLR, sila jaga lens anda. Lens boleh calar dengan pasir- pasir halus berterbangan.

Aktiviti utama kalau ke sini ialah sand boarding. Sebab kedudukan gumuk pasir nya yang tinggi, maka best bermain sand boarding di sini. Tu budak australia dua orang tu tengah main sandboarding. Kami tak bermain sebab malas nak naik turun gumuk pasir ni..hahaha..Lagipun, Ziyyad & Zayyan masih kecil. Tunggulah mereka dah besar sikit, aku bawa mereka ke sini lagi utk bermain.Pakcik makcik & cousin aku pun malas nak main.

 Ni kedai yang anda harus ingat kalau ke sini dan nak bermain sandboarding. Sandboard nya boleh di sewa di kedai ini, namanya Have A Chat General Store. Sewanya AUD10 utk dua jam, dan kena letak deposit AUD50. Kat kedai ni pun ada jual general items macam 7-11. 

Setelah gigih memanjat ke atas sand dunes ini, subhanallah ...pemandangan yang cantik. Nampak lautan Indian Ocean terbentang luas. Aku memang kena gigih daki pasir pasir lembut tu sambil dukung Zayyan..so kat sini, sesuai lah juga dipanggil tempat membakar kalori. Main sandboarding tu lagi banyak kalori terbakar tau  :)

Selain sandboarding, rakyat tempatan kat sini jadikan sand dunes ini sebagai kawasan riadah utk sukan ekstrem, seperti motorcross dan 4WD challenge naik dan turun gumuk pasir. Dalam gambar ni budak sekolah umur ~ 8tahun yang diberi early exposure..

Satu lagi peringatan kalau ke sini, sila pakai sunglasses kerana sinar UV di bumi Australia dan di kawasan terbuka macam ni adalah kuat. ( Australia has some of the highest level of UV radiation in the world) Sangat terik. Aku tak dapat pakai sunglasses masa kat sini sebab aku bijak sangat tinggalkan contact lens aku kat Malaysia. Kalau bajet nak bersantai lama kat sini, sila tepek juga sunblock cream.

Setelah habiskan masa ~ 2jam berjimba kat sand dunes ini, maka kami pun teruskan perjalanan ke The Pinnacles Desert. Nanti nanti lah aku cerita ya.

Monday, September 17, 2012

Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia..
49 tahun dah Malaysia wujud..

Yang tak best nya..
Lahir kat Malaysia..
Mak bapak orang Malaysia..
IC pun IC Malaysia..
Sekolah kat Malaysia..
Makan nasik lemak, belacan dan durian..

Tapi cakap Bahasa Malaysia, Bangla 2 tahun sampai sini lagi fasih..
Lepas tu ada hati kata tak dapat hak samarata....alahai..

1Malaysia! Datuk Najib, sila lantik Ziyyad sebagai Duta 1Malaysia ya. Terima kasih.

Friday, September 14, 2012

Masjid Katanning

Hari ni hari Jumaat..so jom cerita pasal masjid ..:)

Semasa bercuti ke WA baru baru ni, alhamdullilah..kami sempat juga singgah ke pekan kecil Katanning..terletak lebih kurang 270km dari Perth. Tahun 2011 dahulu, tak sempat masuk ke pekan ni sebab kesuntukan masa buat journey yang panjang..Memang perlu susun itinerary betul betul kalau buat long journey, sebab WA ni besar kawasannya..
Kenapa ke Katanning?
Selain mempunyai pemandangan padang ragut & padang canola flowers yang cantik, di sini lah terletaknya perkampungan orang Melayu Cocos yang besar..ada lebih kurang 400 orang Melayu Cocos di sini.Mereka asalnya dari Pulau Cocos( Keeling Island), yang mana kemudiannya berhijrah ke Australia Barat (WA), dan membuka perkampungan Melayu di Katanning ini. Asalnya dahulu mereka terlibat dalam aktiviti halal meat (penyembelihan lembu & kambing utk di eksport). Dan kerana ramainya komuniti Melayu Islam di disini, maka sebuah masjid telah dibina di sini.

Boleh baca ini utk tahu secara umum Sejarah Pulau Cocos

Jalan ke Katanning..lurus selurus lurusnya..kiri kanan lautan padang ragut & padang canola yang cantik..sesekali nampak gerombolan kambeng biri biri..

sampai sudah ke masjid Katanning ini. Masjid ni tak jauh dari bandar Katanning, ~ 4km aja..

 Pembukaannya di rasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1981.

Ruang dalam masjid. Cukup besar untuk komuniti Islam di sini. Selesa. Aku kalau sejuk, confirm selesa :P. Oh ya, masa ke sini, cuaca petang itu ialah sekitar 7 darjah celcius. Permulaan spring, so masih ada saki baki sejuk winter. Best nya lah kalau terawih kat masjid ni kan...nyamannnn...

Alhamdullilah..tuhan permudahkan urusan kami..tak sampai 5 minit kami tiba di masjid ini, tiba tiba datanglah dua orang tua ini..( kedua duanya yang berkain pelikat, yang belah kanan sekali tu pakcik aku). Mereka itu lah orang Melayu Cocos. Mereka gembira dengan kedatangan kami. Sempat berbual bual tentang hidup mereka..Dan dijemput pula kami ke perkampungan mereka, sementelah Haji ( sorry lupa nama beliau) yang berbaju putih janggut putih tu baru sahaja menyembelih seekor kambing biri biri. Namun kerana kesuntukan masa (kami perlu pulang ke Perth petang itu juga), maka terpaksalah menolak undangan mereka. Next time, Insya Allah  :)

Dan oleh kerana terdapat ramai komuniti umat Islam di sini, restoren makanan segera Chicken Treat (lebih kurang macam KFC) cawangan Katanning ini telah mendapatkan bekalan ayam halal, dan penyediaan halal yang diperakui oleh pihak berwajib Islam di WA. Alhamdullilah...petang tu kami makan di Chicken Treat..:)

Selesai solat dan eratkan silaturrahim di Katanning, kami bertolak pulang ke Perth. Sekitar 5.45pm sudah gelap..dan kami stop by the roadside untuk capture a nice sunset ciptaan Tuhan.



Thursday, September 13, 2012

Kita Bawa Masuk Masalah..Kemudian Kita Hairan Kenapa Kita Banyak Masalah

Masa ke Western Australia minggu lepas, aku bawa rombongan yg agak ramai, pakcik makcik dan cousin aku, yang mana ini merupakan trip pertama kali dalam hidup mereka ke negara omputeh. Mereka menyatakan kekaguman mereka bila melihat:
  • tukang sapu sampah ialah mat saleh
  • tukang bancuh simen & buat kerja kontrak ialah mat saleh
  • pekerja di stesen petrol ialah mat saleh
  • tukang kebun di Kings Park ialah mat saleh 
Dan mereka mereka ini..yg bekerja dalam sektor ini, kelihatan professional bila menjalankan tugas mereka. Yang kontraktor siap dengan jaket keselamatan dan helmet, yang tukang kebun & sapu sampah siap ber-vest reflective light & sarung tangan khusus..

Pakcik makcik & cousin aku kagum ..sebab di Malaysia, yang buat kerja kerja ni majoriti nya muka Bangla, Nepal, Myanmar, Indon, Pakistan ataupun entah warganegara apa lagi entah. Soal professionalisme dalam kerja, jangan cerita lah.

Maka bila aku balik ke Malaysia, keluarlah berita ini, baru baru ini..berita Isnin lepas, 10 September 2012..Orang Sabah & Sarawak Umur Bawah 35 Tak Boleh Kerja di Singapura

Aku tak salahkan kerajaan Singapura. Sebagaimana kerajaan Australia, kerajaan Singapura mengambil langkah terbaik demi menjaga keselamatan negaranya,menjaga hak rakyat nya...Hanya pekerja asing yang berkualiti( ada skill, tak bawa masalah, tak merompak, membunuh, merogol, etc) yang dibawa masuk. Tu sebab Singapura maju. Kita jangan dengki dengan menyatakan sebab Singapura kecik, mereka boleh buat. Bukan, dasar mereka yang menyebabkan mereka maju. Mentaliti mereka yang menyebabkan mereka maju.

Apa pula yang terjadi di negara aku sendiri?

Pekerja asing tanpa kawalan dibawa masuk. Yang ada skill, yang takde skill, yang masuk secara halal, yang masuk naik tongkang, semua dibawa masuk. Rakyat jadi takut tinggal di negara sendiri. Indon merompak, membunuh, mencabul, merogol rakyat Malaysia. Bangla kacau anak dara Malaysia. Myanmar gaduh dengan Bangla, berperang dengan warga Myanmar yang lain. Kucing & anjing di Malaysia pun jadi mangsa kena buat lauk dek warga Vietnam.

Kita, ya..kita di Malaysia ini membawa masuk mereka yg tiada kualiti ke negara kita. Natijahnya:
  • peluang pekerjaan di bumi sendiri terhad. Kadar gaji jadi rendah.Majikan banyak pilihan boleh bayar murah kat warga asing, tak perlu EPF, tak perlu SOCSO, tak perlu insurans. Akibatnya, rakyat Malaysia dibayar gaji yang rendah utk sektor kerja bawahan, padahal di negara maju seperti Australia, yang kerja tukang kebun, betulkan paip, itu semua mendapat imbuhan tinggi.
  • jenayah berleluasa. Tak selamat tinggal di negara sendiri. Hujung minggu ke KLCC samalah macam ke Indonesia/Bangladesh/Vietnam.
  • penularan penyakit yang dulunya hampir tiada di Malaysia, contohnya TB(tuberkulosis). Penyakit penyakit ni di bawa masuk oleh warga asing.

Jangan kata aku agung agungkan negara luar.
Aku menulis ni, sebab aku sayangkan negara aku.
Aku tak mahu Malaysia jadi negara mundur, penuh penyakit, penuh orang jahat.
Aku tak mahu generasi anak cucu cicit piut aku, di bayar gaji yang tak setimpal.

van bergerak di pekan bersejarah Guildford, WA..menjual hasil laut segar yang di goreng..aku berharap besar, bahawa jangan pula nanti muka penjual makanan di van bergerak di Malaysia ialah muka Bangla/Nepal/Vietnam...muka Indon dah ada.

Wednesday, September 12, 2012

Corica Apple Strudel

Ada orang gemar ke Western Australia utk bersantai sambil ambil gambar gambar sunset sunrise kat pantainya yang gorgeous...Ada orang gemar ke WA pulak utk tambah koleksi pinggan mangkuk Corelle yang murah katanya di jual di sini..:) ..Dan ada orang yang ke sini semata mata nak makan apple strudels nya yang famous tu...Maka, last week aku pun singgah la ke kawasan Northbridge di bandar Perth ni, try beli apple strudels nya tu...nak try test..sedap sangat ke...

Inilah Corica Apple Strudel yang glamour tu(the best in Australia katanya)...kedainya mudah di cari, corner lot..no 106, Aberdeen St, Northbridge.

kotak nya..ramai malaysian yang tapau apple strudels Corica ni bawak balik Malaysia, so kotak ni senang, handy nak dibawa naik eroplane  

apple strudel saiz ini berharga $19..okaylah..makan sorang tak habis tau..:P

3 kali panjang henfon cokia tu..

bila di potong potong, inilah rupanya..makan dua potong, aku stop..stop takut terlebih calorie masuk..hahaha


Final verdict:
Okay, sedap, manisnya acceptable..harga pun berbaloi..Cuma tak digalakkan orang yg ada kencing manis makan selalu..:)

Monday, September 10, 2012

Araluen Botanic Park





Minggu lepas sempena musim bunga, kami jalan jalan ke Araluen Botanic Park, lebih kurang 35km aja dari Perth. Tahun lepas, bunga bunga tulipnya dah menguncup layu, sebab kami di sana dah penghujung October..Alhamdullilah, kali ni, sempat tengok bunga ni blooming..

orang yg paling happy ke sini, sebab dia penggemar tulip. Next plan, tulip in Holland
masa ke sini, baru lepas hujan renyai..so senang, takyah usung bottle spray nak bagi effect water droplets :)
 Araluen park ini sesuai utk tanam tulip, sebab suhu di shire Armadale ( lokasi Araluen ni) tak lah panas sangat..tu sebab kalau anda ke Kings Park di tengah2 Perth, memang tak ditanam tulip, yang banyak di sana ialah spesis wild flowers yang native to WA, contohnya pokok kangaroo paw & banksia
tulip putih. suci murni. :)
 Sebagaimana park lain di WA, park di Araluen ni sangat best untuk bersantai bersama keluarga. Di Araluen ni juga ramai yang buat majlis kahwin + photowedding. Jadi kepada anda yang tercari cari port menarik untuk outdoor shooting sempena majlis anda, boleh lah ke sini.
sebenarnya di sini, selain tulip, jika di luar season spring, ada juga bunga bunga lain macam rose. Lupa pulak nak tanya nenek penjaga gift shop dalam ni, ada ke tidak bunga raya kat sini  :)

the red among yellow
 zayyan with purple tulip at the background :)

Last but not least, walaupun jantan, tetap jugak bergambar dengan bunga..bukan mat bunga tapi  ;P

Friday, September 7, 2012

Malaysia Bumi Bertuah

alhamdullilah...safely arrived in KL last night...walaupun kepala aku agak ting tong( siap go toilet muntah) maybe sebab air turbulence so flight bergoyang goyang..

semangat patriotisme itu penting..sayangkan negara...
jangan salah faham niat kami nak merantau bukan kerana tak sayangkan bumi bertuah ini..
kami cuma benci dengan manusia yang menyalahgunakan kuasa mentadbir bumi bertuah ini...benci dengan sikap manusia2 di bumi bertuah ini yang tak tahu jaga kebersihan, tak tahu bertimbangrasa di jalanraya..etc etc..kami tak mampu nak mengubahnya, jadi jalan terbaik ialah, kami cari tempat yang lain yang kurang unsur unsur negatif ini..
Jalur Gemilang on top of sand dunes in Lancelin, WA.

Aku & wife dah berniat, bahawa walaupun kalau jadi kami tinggal di sana, Malaysia ( dan budaya nya) akan tetap kami ajarkan pada anak anak..
Ziyyad posing with his flag, with the Indian Ocean as his background

Thursday, September 6, 2012

bye bye perth...nanti ziyyad dtg lagi

kejap lagi ziyyad naik eroplane balik malaysia...
sampai malaysia mlm ni ziyyad nak makan tomyam..  :-)


Wednesday, September 5, 2012

cold spring

Gigil ooo kalau nakgi solat subuh kat masjid ni..WA currently recorded the cold spring...
Semalam turun south, approx 500km from perth...mmg sejuk sebab continuos raining...temp drop till 6 deg kat albany....dah survey few places for the sake of settling down here...kalau ada rejki...


Esok flight balik 3pm..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...