Thursday, August 30, 2012

rombongan cik kiah pagi ni

selamat pagi...skrg pukul 6.40am...kejap lagi pukul 8.30am saya naik eroplane...abaikan gambar pompuan kat belakang saya tu.. :-)

doakan rombongan cik kiah saya selamat sampai ya....

Wednesday, August 29, 2012

WW: Patriotik Tak Bertempat

kalau tercabut terpelanting tiang+bendera besar tu, kena kereta/motorist, siapa yang salah?

Tuesday, August 28, 2012

Inilah Nasib Saya Si Rakyat Marhein

ini lah nasib bila naik pesawat rakyat marhein..nak check in pun kena buat sendiri, kalau tak pandai uncle Tony charge lagi kat kaunter kalau suruh staff dia yg kekadang muka moncong check -in kan :)

nak confirm kan web check in sikit punya lama..as usual, website AA selalu hang..mobile check in pulak dah di suspend(so kena gigih print pulak..hu hu)..takpa lah, nak balik kampung sambut raya & merdeka punya pasal, dan sebab status rakyat marhein, maka buat lah cara rakyat marhein..:P

Friday, August 24, 2012

Raya ke- 6: Duit Raya Ada Lagi...

Dah masuk raya ke- 6...
Aku dah start keja daa...

kebetulan hari ni hari jumaat, so hari ni gi kerja pakai baju raya  :)

Duit raya..duit baru...yang ditukar di bulan Ramadan..masih banyak lagi..lagi 3-4 hari harus aku guna duit ni untuk beli australian dollar..


pascanota: semalam tukar dapat rate RM3.31 for AUD1.00..haruslah lepas ni kena simpan AUD banyak banyak..tahun depan balik kampung tak payah tukar currency lagi..duit Malaysia makin kecik...Sing Dollar yang ada simpan sekelumit ni pun makin mencanak canak naik harganya..semalam RM2.48 for SGD1.00

Thursday, August 23, 2012

Raya ke -3 : Hikmat Tangan Tanpa Dosa

Raya ke- 3, turun ke Segamat lawat rumah sedara ....Zayyan kalau jumpa kerepek..
terus keluar Hikmat Tangan Tanpa Dosa (baca: hikmat tangan laju capai kerepek)
 -
-
-
-
-
-
-

tak caya? ini bukti nya..
tak nampak kan gerakan tangan zayyan mencapai kerepek dari nenek!



pascanota: kerepek rumah makteh mmg terbaik. aku makan sebalang! ~ bahaha..

Monday, August 20, 2012

Selamat Hari Raya ke-2

Salam hari raya ke-2..

Ketupat masih ada..

Mak buat masak lodeh pagi ni...
 
 Maka, sarapan pagi raya ke-2 ...ialah..

lontong johor

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri ( edisi bola )


Friday, August 17, 2012

Salam Perantauan



~ selamat hari raya aidilfitri~
~ rai kan sama saudara seagama kita kalau nampak kat masjid, dekat2 kawasan rumah..jemput mereka makan..hulurkan sumbangan....besar maknanya utk mereka~

Thursday, August 16, 2012

Duit Raya: Anjakan Paradigma

Raya..mesti ada duit raya.
So, aku nak berkongsi ilmu pasal hal duit raya, yang aku dengar semalam di radio IKIM, slot UZAR.

Hukum bagi duit raya: bagi duit raya tu samalah dengan bersedekah. Jadi hukumnya sunat. Tapi, kena faham, yang berhutang, dahulukan hutang, sebab bayar hutang tu wajib, sedekah tu sunat. Hutang2 dari institusi (macam loan kereta/rumah) yg structured, tak mengapa..ni hutang dengan individu..lunaskan dahulu..Unless individu tu dah redha dan tak kisah kita tangguh bayar hutangnya lepas raya, maka bersedekah lah. Benda yang sunat (bersedekah bagi duit raya) ni pun boleh jadi Haram. Macam mana?
- yang bagi duit raya/hamper raya ada makna, ie sebagai rasuah nak luluskan tender/projek/etc.

Ajakan paradigma 1: Berhati hati bila beri duit raya bersampul. Selama ni kita redah aja guna sampul apa yang ada. Sedar atau tidak, sampul tu jadi bahan iklan yg berkesan. Jadi, tanggugjawab kita utk gunakan sampul yg tak iklan kan benda yang tak syariah compliance (haram). Eg:

- guna sampul raya Carlsberg (sebagai contoh  :P )
-guna sampul syarikat insurans (insurans itu haram, takaful itu halal, harus)
- guna sampul perbankan konvensional. Ini yang paling byk kita buat silap. So, pastikan sampul kita tidak mengiklan kan perbankan konvensional.
walaupun asalnya HL Bank ni konvensional bank, tapi sampul yang bakal aku gunakan ini ada juga tertera(iklankan) perbankan islam nya. 



Anjakan paradigma 2: Selama ni, kita beri duit raya bila? Mesti lah di hari raya kan? Salah ke? tak salah. Cuma, kalau nak LEBIH besar pahala ( bodoh la sapa yg tak mahu..ekekeke), bagilah duit raya tu(yakni sedekah kita) semasa bulan Ramadan lagi! So, Insya Allah, mulai tahun ini, aku akan beri duit raya kepada parents, in law, dan anak anak buah awal lagi, semasa masih berbaki 2-3 hari sebelum tibanya Syawal.

- Di tanya kpd UZAR: "abis tu, anak2 buah, even parents saya, saya bakal jumpa di bulan Syawal, tak sempat masa Ramadan, macam mana ustaz?"
Jawapan UZAR: NIAT kan awal awal kita nak bagi sedekah tu, semasa di bulan Ramadan. Niat tu ialah niat yg bersungguh sungguh, yakni kita dah sediakan wang nya, masukkan dlm sampulnya..Insya Allah boleh dpt pahala bersedekah di bulan Ramadan, walaupun kita beri angpow tu, di bulan Syawal.


selamat hari raya aidilfitri buat kalian semua...maaf zahir batin..dan sama sama lah kita cuba istiqamah buat amalan+ elakkan dosa (sebagaimana sepanjang Ramadan) bila masuk nya Syawal 




Wednesday, August 15, 2012

WW: Tempahan Ditutup Sementara Mulai Hari Ini Hingga10 Sept - Cuti Raya + Balik Kampung Buat Rendang Kangaroo







Tuesday, August 14, 2012

14 Ogos 2012: Hari Internet Blackout



Pelaksanaan Seksyen 114A Akta Keterangan mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~ saya mesti undi kerajaan BN pada pilihanraya nanti, kerana mereka ialah kerajaan yang telus, jujur, amanah, tidak memakan harta rakyat.

~ saya mesti bangkang pembangkang kerana pembangkang jahat.

~ saya cinta dan sayangkan Datin Seri Rosmah Mansor...seorang isteri pemimpin yang amat prihatin !

~ sistem jalanraya, pengangkutan awam, perbankan, etc etc di Malaysia adalah yang terbaik ! Saya tiada komplen apa apa tentang ia. Cukup sempurna, perfect! Kalau masuk Olimpik, dapat 10 per 10!

Sekian.



Monday, August 13, 2012

Saintis Syawal ( as usual)

apa persamaan raya cina, raya india & raya krismas?


jawapannya: raya mereka tak meriah, takde saintis, takde acara buta mata atau kodong tangan

Friday, August 10, 2012

Baik Layan Sarkis: Terhibur...Sunnah Di Junjung.

-lagu raya : sedih
-drama raya : sedih
-iklan raya: sedih
-takbir raya : intonasi sedih

Perasan tak, time raya krismas, ada ke cerita cerita sedih melampau merebeh air mata? It is all about mentality. Aku lagi prefer layan sarkis dari layan drama air mata di hari raya. Paling cikai pun, layan sketsa lawak...terhibur lah juga.
jangan pulak terlalu sibuk layan sarkis sampai tak berziarah/layan tetamu okehhhh!

Budaya sedih bila raya...tapi bukan sedih sebab Ramadan dah tinggalkan kita.
Kenapa pada tahun 2012 pun masih amalkan budaya puluhan tahun ni?
Sebab ramai yang taklid buta buta.
Jadi tanggungjawab kita untuk basmi 'taklid buta buta' ni..salah satu caranya..melalui blog :)

Bacalah tentang konsep Hari Raya Dalam Islam

Thursday, August 9, 2012

Masalah Semasa BW

Jom cerita santai pasal dunia blog. Sebab yang baca blog ni pun, majoriti nya bloggers  :)
Antara masalah/kelecehan yang aku alami masa ber blogwalking ialah:

1- blog yang terlalu padat dengan gambar bersaiz maha besar, penuh dengan widget..penuh dengan iklan..Jadi nak loading tu slow.

2- blog yang terlalu specific dalam penceritaan nya..makna nya, bagi pembaca yang bukan hari hari berkunjung ke situ, pasti tercangak cangak tak tahu apa yang diceritakan/siapa yang dimaksudkan/masalah problem yang dihadapi oleh penulis blog itu.

contohnya  : " hari ni aku ke hakim"
-Bagi yang biasa membaca blog org yang menulis ni, mungkin boleh agak hakim yg dimaksudkan ialah restoren mamak "Restoren Hakim" kat seksyen 7 Shah Alam..Tapi yang tak biasa follow/baca...sure tertanya tanya.

3-  blog yang perlu ditaip verification words. Aku akui, fesyen word verification yang terkini dlm blogspot memang menyusahkan mata aku..hahaha...kadangkala taip 3 kali baru betul!

Sekian..ada apa apa nak tambah, sila tambah..ekekekeke..
Aku tengah laparrrrr tak sahur, cuma sempat makan murtabak & sup ayam aja bila buka..So idea menulis kering kontang..:P



Wednesday, August 8, 2012

WW: Standard Suratkhabar Melayu

Tuesday, August 7, 2012

Telekung Bukan Syarat Wajib Untuk Solat Ya...ia pakaian adat/budaya aja.

minggu lepas, malam malam gi kedai makan jap, nak tapau makanan..
mommyZZ yang turun menapau, aku tunggu dlm kereta aja..
terperanjat beruk aku bila tiba tiba ada lembaga putih melintas sebelah kereta aku...serious terperanjat..

 ^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

rupa rupanya muslimah balik terawih daaaa....buat saspen aja..

Lepas tu teringat hadith Nabi ni;

 " Apabila datang ramadhan dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)


- So, di bulan puasa, boleh tak jumpa hantu?   :)
Sebab hantu tu pun jelmaan jin, iblis, etc etc..ya..termasuk lah hantu kak limah..

Kalau ikut pandangan Dato Dr Harun Din, hadith itu menerangkan tentang syaitan yg di belenggu, dan tidak disebut pula tentang jin, qarin, iblis, ifrit dan lain lain mahkluk halus. Mahkluk-makhluk lain ini tidak dirantai..dan yang tak dirantai ini lah boleh terus continue meneruskan kerja menghasut + menyesatkan manusia..

Dan nafsu kita sendiri pun kena jaga ya. :)
Dan kalau takde kain pelikat atau takde telekung, bukan tak boleh sembahyang ya...sila belajar tentang aurat dalam solat. ;)

Monday, August 6, 2012

Kehebatan PhD: Sanggup Lihat Wira Negara Tumpas.



tahniah Dato LCW...kamu memang hero...kamu atlet contoh..cuma bukan rezeki kamu utk kecapi pingat emas olimpik....


ada juga malaun yg sokong LinDan, sebab HASADDENGKI tak mahu tengok DLCW menang ganjaran berjuta ringgit...haiihhhh..

Friday, August 3, 2012

Salah Satu Golongan Yg Berada di Bawah Naungan Arasy Allah di Mahsyar: Pemimpin Yang Adil

Hari ni hari Jumaat..14 Ramadan dah...
Harap tak terlentok tertidur..kalau bulan tak puasa, boleh bagi alasan makan before gi masjid..so kenyang = mengantuk.  Ni dah puasa, ngantuk jugak, tak tahu lah..setan dah kena tambat...nafsu tu yg kena di jaga..Insya Allah

kejadian 3 Jumaat yang lepas..sempat aku rakamkan masa tengah khutbah :) Harap aku tak melentok sampai kepala hinggap ke lantai macam ni lah!

Cakap pasal solat Jumaat...hati kecil ini susah betul nak ikhlaskan diri masa aminkan doa imam bila tiba part ' doakan kesejahteraan hamba Allah ni '. Moga aku dapat perbaiki diri dalam hal ini..

kalau macam ni punya hamba Allah, tiap tiap kali lepas solat fardu pun aku more than happy nak aminkan doa kesejahteraannya. Moga hamba Allah ni menjadi ikutan dan contoh tauladan hamba hamba Allah yang lain...ameeennn..

Thursday, August 2, 2012

Kita Ni Hipokrit Sebenarnya?

aku ada juga jumpa patient Myanmar..
bila aku jumpa mereka..kadangkala hati ini terdetik jugak nak cepuk kepala mereka..
tapi aku cepat cepat istighfar...

tak perlu lah aku tepek segala gambar kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya oleh orang Myanmar yang gila kat sana tu(termasuk sami sami dia sekali). Anda boleh Google sahaja imej imej mengerikan...Ya, ianya penghapusan etnik(ethnic cleansing)..semacam yang pernah berlaku di Bosnia dahulu..



Kita di Malaysia sibuk dengan isu ini..Tapi menurut pandangan peribadi aku, kita tak cukup peka lagi..tak sepeka kita dengan isu Palestin..isu Bosnia dulu...Betul, Palestin itu istimewa dimata kita...Tapi wajarkah kita kurang beri perhatian yg sama terhadap saudara seagama kita, bukan jauh pun, tu haa kat Mynmar aja.  Sebab apa kalau Palestin..Bosnia..kita di Malaysia betul betul prihatin? Tapi dengan saudara seagama kita yg melarat kebuluran di Sudan..dan isu Rohingya ni...kita semacam tak berapa peka? Dengar sahaja iklan derma sempena ramadan di radio IKIM, sumbangan derma ke palestin...siap ajuk gaya cakap arab lagi..tapi ada ke kisah dan nak uar uarkan hal Rohingya??

Kenapa mereka ini (rohingya, sudan, dan lain lain negara afrika yang ramai masyarakat Islam nya di tindas, miskin, kebuluran) seolah olah dipandang sebelah mata?

- sebab mereka bukan bangsa Arab?
-sebab mereka tak berkulit cerah?

Tu pasal kadangkala, aku senyum sinis bila lihat NGO/politician beria ia "simpati dan membantu secara terpilih"ini. Aku ulangi, aku tak kata kita tak buat apa apa tentang isu Rohingya ini, tapi tepuk dada, tanya Iman, cukup ke tindakan kita selama ni? Ada lagi tak apa apa peranan yang kita boleh mainkan( sebagai rakyat, sebagai pemimpin, sebagai negara yang claimed as negara Islam contoh) ??

Wednesday, August 1, 2012

WW: Oh My English!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...