Tuesday, July 31, 2012

Usaha, Doa & Tawakal

Pagi tadi time sahur, tengok tv rancangan Semanis Kurma..topik nya pasal Ajaib Ramadan ke apa ntah...

Tengah aku makan roti dengan mata yg kelat, tersengih aku bila dengar pasangan ustad ustazah dua orang laki bini tu mengiakan SMS penonton..

Nak tahu SMS nya apa?

Lebih kurang macam ni SMS nya:
" saya dah lama cuba mengandung, dan doktor2 pakar dah suruh saya cuba makan pil kesuburan. Tapi saya tak makan. Saya terus berdoa dan berdoa. Dalam bulan Ramadan pun saya terus berdoa. Menjelang Syawal, saya di sahkan mengandung"

Ustad ustzah laki bini yang mengacarakan rancangan tu punya komen " itulah ajaibnya Ramadan"

Aku tak kata jangan berdoa. Dan jauh sekali aku tak pula kata Ramadan itu tiada keberkatannya.
Cumanya, yang aku belajar dan faham, setiap doa tu, harus diikuti dengan USAHA. 
Bila dah berusaha bersungguh sungguh, barulah lepas tu berdoa + bertawakal.

Yang ustad ustazah laki bini ni pun takkan tak tahu benda mudah ni? Depa patut betulkan misconception tersebut.
So tu pasal Melayu Malaysia ramai lagi yang mundur, komplen itu salah, ini salah..
Cina, India, hatta Indon & Nepal pun boleh maju bisnes kedai runcit kat sini.
Sebab Melayu Islam suka berdoa...
Berdoa SAHAJA.

Kesian Sekian.

Friday, July 27, 2012

Kalau Tak Tahu, Lebih Baik Berdiam.

Jumpa patient tadi...dah seminggu kaki dia bengkak, terseliuh lepas terjatuh main futsal minggu lepas..

Terseliuh sendi buku lali ( ankle sprain) ini ialah kerana kecederaan kepada ligaments di buku lali. Ligament ialah struktur yang menyambungkan tulang ke tulang. Tendon pula yang menyambungkan tulang ke otot.

Kecederaan ligament ini boleh berlaku apabila adanya kuasa melampau ( excessive force) yang menyebabkan ketegangan melampau ligament. Dalam kes buku lali, bila buku lali tu terkepak secara melampau ke dalam atau keluar, maka boleh ada injury ligament ini (ankle sprain)

terlebih masuk ke dalam macam ni salah satu sebab ankle sprain.

Simptom utama bila ada ankle sprain ialah sakit pada sendi, bengkak dan limited movement(pergerakan terbatas pada sendi itu). Kulit juga boleh bewarna kemerah merahan (tanda ada keradangan)

 Tang mana datangnya bengkak itu?
- bengkak ini terhasil dari air yg terkumpul. Bila ada sprain macam ni, tindakbalas saluran darah ialah ia menjadi 'leaking', yakni melepaskan air yg ada dlm saluran darah, dan air ini akan berkumpul tissue sekitar sendi.

Jadi, kalau anda ada ankle sprain, anda perlu:

1- ankat kaki(elevate) utk mudahkan air yang terkumpul itu mengalir keluar(disperse out). Kalau tidur, letak bantal di bawah tumit. Kalau duduk di kerusi, lunjurkan kaki yg bengkak itu, letak atas bangku kecil. Berdiri terlalu lama tanpa bergerak pun boleh melambatkan proses susut bengkak.

2- boleh dituam dengan ais. ( ice pack compression)

3- kalau tak tahan sakit, boleh makan ubat tahan sakit. Nak makan ubat susut bengkak pun boleh.

Secara peribadi, aku tak galakkan pergi berurut, sebab kalau urut, boleh makin bengkak ..dan kalau ada koyak ligament tu, boleh jadi makin parah kecederaannya. Dah banyak insiden macam ni terjadi masa aku kerja di ward ortopedik dulu.

Andai bengkak tak surut2 lepas seminggu, atau sakit melampau sangat, kena suspect ada ligament tear. Yang ini memang tak boleh berubat secara makan ubat/urut, maka sila ke wad ortopedik utk rawatan lanjut.

~ kenapa aku menulis pasal ankle sprain pagi ni??

Sebab aku terkedu, tak tahu nak cakap apa bila patient yang aku jumpa tadi beritahu: " doktor yang dia jumpa last week tu cakap, bengkak tu sebab angin! "

Dan bila aku tanya ubat apa dia dapat dari doktor tu? Dia cakap dia dapat ubat angin!

Macam mana lah aku tak terkedu kalau doktor sendiri pun sebarkan mitos kat patient. 
Kalau tak tahu, baik diam, dari sebarkan dakyah palsu!

Wednesday, July 25, 2012

WW: Budak Belum Baligh Buat Takpe, Yang Dah Baligh Sendiri Mau Ingat

Tuesday, July 24, 2012

Didiklah Nafsu 24 Jam, Bukan Hingga Ke Maghrib Sahaja

Iftar with Yusuf Taiyoob dates (not in picture, glamer already :P), then hava a mixture of grapes, strawberry and brie cheese

The main course: Grilled asparagus with 3 layers of beef bacon, a slice of wheat bread spread with mozzarella cheese and a fish fillet.

As for the drinks, a homemade shai tea. Freshly kutip punya daun pudina di home garden :)

Cukup kenyang(berhenti sebelum kenyang), cost effective, halalan, toyyiban dan mengerat kasih sayang makan hasil tangan isteri sendiri( nanti I masak utk buka puasa ke 29 ye..keh keh) .


Jadi, tak perlu bising, tak perlu kecoh harga makanan mahal. After all, falsafah puasa itu sendiri ialah untuk muhasabah diri, bukan membazir wang. Maaf, pendirian aku berbeza, aku tetap mengatakan sangat ironi berpuasa + baca Al Quran di siang hari, tapi menjelang malam, menyiksa tembolok sendiri dengan lautan makanan. Gunakan akal, takkan lah benda ni pun, nak suruh orang lain fikirkan dan fight? "Kehendak, bukan keperluan"


Monday, July 23, 2012

Ketam Please Lah Tak Payah Ajar Anak Kau Jalan Lurus


last week dalam hujan renyai kat highway, aku di escort oleh motor polis..oh..best nya feel macam VVIP..

oh tidak, aku perasan ala ala VVIP aja rupa rupanya..3 biji motor polis tu tengah escort 4 bijik bas rupa rupanya.

Aku tak kisah VVIP nak di escort polis, lantak korang lah. Yang aku kisah/bengang ialah:

- kalau dah tahu lembab bawak 95-100km/h, janganlah pulun jalan kat lane paling kanan. Macam kes rombongan bas ber -escort ni. Kereta2 lain semua beratur panjang kat belakang sebab mereka bajet jalan tu mereka yg punya, conquered lane paling kanan dengan kelajuan 95-100km/h.  Apa salahnya lalu kat lane tengah berkonvoi kalau dah tahu nak bawa dengan kelajuan macam tu? Jatuh ke status penting/VVIP tu kalau maintain lane tengah?

- VVIP ni dia punya laju macam kena kejar dek polong. Tak menyempat nyempat motor polis dah bagi highlight + hon suruh ke tepi, padahal kereta lain depan kita tengah bersusun, sebelah kiri kita padat dengan kereta jugak. Apa dah nak terberak sangat ke VVIP tak sempat nak kejar jamban R&R? Kalau ambulans yang buat macam ni, aku tak kisah, sebab aku tahu itu libatkan nyawa manusia, tapi bila libatkan VVIP yang lambat nak attend majlis makan2( sendiri yang tak punctual), memang aku bengang.

-VVIP ber-escort ni selamba badak langgar traffic light, dengan lajunya okey. Dengan laju! Kalau polis tu slow down dulu suruh kereta stop(kita lampu hijau), aku boleh terima lagi. Ini kita dah follow kereta depan yang memang dah start jalan sebab lampu turn green, tetiba dari arah kanan kita berdesup escort motor polis + rombongan VVIP nya langgar traffic light.

Jadinya, dah dekat musim Raya Puasa nanti, jangan dok ulang saranan + iklan " rakyat kena berhemah/berhati hati di jalan raya". Aku meluat, aku menyampah ya, sebab rakyat di suruh begitu, tapi pemimpin tak apa berkelakuan atas jalanraya macam mahkluk tiada akal. 

ps: kadangkala, aku tak rasa simpati polis traffic yg jadi tukang escort ni terlibat kemalangan, sebab kita boleh tengok sendiri tahap laju + kelam kabutnya mereka ketika on duty. Bukan aku tak mahu memahami kepentingan VVIP perlu cepat, aku cuba faham, dan aku harap VVIP ni pun tolong faham perasaan rakyat yang bayar cukai jalan bagai.

Friday, July 20, 2012

Moreh Dessert List

Memandangkan esok dah puasa, maka malam semalam saja buat pavlova..boleh pakai ke alasan ni? haha..

buat nipis nipis aja, tak larat nak makan tebal punya pavlova..nak merasa sebelum ramadan katanya  :)

so, pass! dah masuk list dessert lepas balik terawih nanti..


oh ya, tempahan macaron utk hari raya masih dibuka.  :)

Thursday, July 19, 2012

Aku Bersyukur Wife Aku Sentiasa Dengan Anak Anak

Petang semalam sebelum aku balik, last patient aku, seorang kanak kanak usia 3 tahun lebih ( sebaya anak aku), datang ditemani emaknya & kawan emaknya.

Anaknya dihantar jaga di rumah pengasuh/penjaga.
Sebaik sahaja emaknya habis kerja dan jemput anaknya, ini yang dilihat pada anaknya:

lebam & luka kecil di pipi & dahi

lebam & bengkak atas bibir, bengkak pada pipi, dan lebam pada sisi dagu

lebam & kesan ditekan pada 2-3 tempat di lengan kanan


~ maaf, kualiti gambar teruk sebab hanya guna cokia veteran~
 

Alasan penjaga budak ni kepada emaknya ialah: " anak si penjaga yang berumur setahun pukul pukul budak ini"


Aku buat pemeriksaan fizikal, setakat semalam, nampak tiada kesan kecederaan lain selain dari yang aku tunjukkan dengan anak panah itu. Dan based on physical examination juga, Insya Allah tiada kecederaan dalaman(internal injury).

Apa apa pun, kes ini aku perlu rujuk ke hospital kerajaan utk proses pemeriksaan menyeluruh( including abdominal scan, sebab aku pernah dapat kes macam ni dahulu masa kerja di hospital), untuk betul betul pastikan tiada internal injury yang melibatkan organ seperti otak, perut, limpa, hati dan lain lain. Dan full report dari hospital kerajaan adalah perlu untuk membuat report Polis.

Biarlah Polis buat siasatan samada benar anak penjaga umur setahun itu mampu buat kecederaan sebegini, atau ada tangan lain yang membuatnya.

Dan ini bukan kali pertama aku jumpa kes dera sepanjang aku bekerja di klinik.





pascanota:
- tu pasal aku tak terkilan bila wife aku decide utk work from home, sebab wife aku boleh jaga anak anak aku, fully breastfeed hingga umur 2 tahun, dan kami tak perlu risau keselamatan anak kecil bila dihantar ke nursery.
- tu pasal aku tak mahu ambil maid, sebab selain aku rimas ada orang asing dlm rumah, aku tak mahu ada  maid gila yang dera anak aku.

Wednesday, July 18, 2012

WW: Yang Penting Adil, Kalau Tak Mampu, Jangan Mengada Ngada Nak Join The Club. Sekian.

Tuesday, July 17, 2012

I Am Not a Superdad.

semalam, usai bersenam kat gym, aku pun turun lah ke jusco di tingkat bawah sebab nak cari bekalan yusuf taiyob, maklumlah, dah nak puasa..

dah kaut yusuf taiyob, nampak benda lain pulak..
terus ambik pulak roti..boleh makan sandwich malam ni..

teringat pulak nak makan biskut..so carilah biskut..
cari punya cari..
punyalah banyak lorong kat jusco ni..aku dah la jenis yang lama tak shopping..selalunya mmg aku serahkan kerja  menyopping barang ni pada wife aku..sebab apa? nanti aku jelaskan..dekat 10 minit aku pusing pusing setiap lorong cari biskut..hampeh betul..dah la kaki lenguh lepas jogging + naik beskal tadi..

aku tak tahu lah aku yang dah lama tak shopping, atau salah jusco. haha..diletakkan biskut ni kat belakang row sabun basuh! dah la jenuh mencari, dah jumpa, takde pulak jenis biskut yang refill! aku nak beli yg refill..rupa rupanya yg jenis refill di letak nun jauh sebelah sana pulak!

tadaaaa..penyudahnya, ini saja aku beli..kah kah kah..6 barang, kepit dgn tangan aja, tak bawak troli/basket pun..nak beli 6 barang ni, aku spend time ~ 25minit..kah kah kah..

So, kesimpulannya, aku memang lembab, slow bila bab shopping..tu pasal lah aku prefer mintak wife aku do all the shopping..1/2 jam aku dpt 6 barang, kalau wife aku 1/2 jam tu boleh penuh 2 troli tau! kah kah kah.. Penyebab aku lembab :

1- suka sangat membaca semua label. Nak pilih jem pun aku boleh pilih dari satu brand ke satu brand..konon konon nak pilih yang paling healthy & cost effective lah..

2- suka sangat compare harga. Nak beli sabun basuh pun aku telek semua brand, berapa gram , berapa harga nya..adoi aiii...

3-  aku perlu kan masa nak baca nama ikan, nama sayur..haha. Ikan & sayur yang biasa biasa, mmg aku dah expert. Tapi bila kena beli sayur /ikan yg pelik, mmg name tag mereka kat jusco/tesco aku baca. Tu pasal aku malas gi pasar basah, sebab selalunya ikan kat pasar basah tak pakai nametag..kah kah kah..selain aku malas dgn lecak/bau busuk pasar...tapi wife aku prefer kat situ sebab boleh dpt barang fresh, tu pasal asyik dia aja pergi..kekekeke

4- aku bukan multitasking. Dalam bahasa mudahnya, aku bukan superdad. Wife aku memang supermom! Dengan membawa 2 org hero berumur 3 tahun 8 bulan + setahun sebulan, wife aku mampu bershopping bagai sampai 2 troli. Kalau aku, mmg tak boleh. Dan wife aku pernah buat benda yang sama masa pergi pasar basah okey! Aku kalau bawak anak anak gi jusco yang ber-ekon ni pun lembab, memang aku surrender lah kalau masuk pasar basah dengan lecak bagai nya..haha.

Monday, July 16, 2012

Jangan Makan Rasuah, Jangan Menipu Timbangan, Jangan Membazir Makanan

Lagi seminggu nak puasa, dah mula keluar statement " kerajaan jamin barang keperluan seperti minyak masak mencukupi sepanjang Ramadan ".

Pelahap sangat ke umat Islam kat Malaysia bila tiba bulan puasa sampai minyak masak pun tak cukup?
Atau macam biasa, memang ada malaun yang sabotaj simpan barang keperluan untuk naikkan harga?

Isu sebegini dah macam 'budaya' di Malaysia.
Ntah bila la boleh settle, tak tahu lah.Satu kitaran (cycle setiap musim).
Kalau kata penguatkuasa tak buat kerja se komited habis/ makan rasuah, kang ada yang sentap.

Tapi itulah yang terjadi di bumi negara Islam.
Bukan Malaysia aja, pergi lah mana mana negara majoriti rakyatnya Islam.
Islam dalam Mykad aja.

Trading hours pasaraya IGA, salah sebuah rangkaian pasaraya ( ala ala Giant la) di negara bukan Islam.Kalau macam ni punya trading hours buat kat Malaysia, menggelupur lah orang Malaysia.  :)

Sunday, July 15, 2012

Dato' Yunus Badawi

ahahaha..aku tak tahu lah samada si Najwa kawan blog aku ni, saja buat lawak dengan memanggil kawan blogger aku lagi sorang,Yunus Badawi(YB)  dengan panggilan Dato'....atau memang Najwa anggap dia Dato' ? 

Cuba baca komen balas Najwa kepada Yunus Badawi di entri ini.

Setahu aku, Yunus Badawi belum lagi dapat anugerah Dato'..
Ker YB dah ada tittle Dato', saja sorokkan dari aku? Masa gi makan dengan YB tempohari, tak address beliau sebagai Dato' pun, sorry ye YB..ekekekeke

Apa apa pun, YB memang dah ada gaya Dato'. Guard kelab golf pun panggil dia Datuk tauuu..:)
Moga moga cepat dapat Dato'
Boleh ajak aku main golf pulak lepas ni..:P

Friday, July 13, 2012

Bumbung Terapung, Pernah Jumpa ?

Insya Allah minggu depan, dah Ramadan lah kita ya..
Berdoalah kita supaya di beri rezeki panjang umur, sihat badan supaya dapat jumpa Ramadan.

Dah puasa, mestilah lepas tu raya kan..
Janganlah pulak beria ia buat persiapan raya, beli bumbung cantik cantik..Sebab masa bulan Ramdan ni ramai yang beli bumbung cantik cantik..
Tapi tiang tak beli..
Selama ni pun memang takde tiang..:P

Kat mana nak sangkut bumbung, kalau takde tiang, kan...:P

~gambar ehsan Google~  jangan asyik repair bumbung, tapi tak check tiang ya bang  :)

Thursday, July 12, 2012

Optiontown

Pagi ni Uncle Tony dah hantar reminder flight itinerary, untuk perjalanan balik kampung lepas raya nanti..Macam best pulak nak tido golek golek dalam eroplane kan...Tapi jenuh menunggu punya tunggu nak masuk website Optiontown tuh..




- anda pernah upgrade optiontown ni? memang lembab kah service nya( nak loading)?
- berbaloi kah? setara macam  MAS business class seat & services kah?

ps: kepada staff AA yang baca blog ni as a silent reader, sila respond kepada aku di tempat sepatutnya ya, u know who you are..keh keh keh

Wednesday, July 11, 2012

paultan wannabe


ziyyad pilihkan kereta untuk mommy..

ziyyad confident gila cakap kuat kuat " kerusi dia keras lah daddy, tak best", sambil menekan nekan seat kereta..

maki seranah(dlm hati) agaknya sales advisor  tu dengar komen pengkritik automobil ni..~haha


ps: antara website tempatan yang bagus untuk car review : paul tan

Tuesday, July 10, 2012

Apabila Blogger Mengamuk Di JPM Putrajaya

Terkedu, terperanjat bila ada orang mengamuk di JPM Putrajaya semalam.
Rasa rasanya, satu Malaysia dah tahu berita ini kan.
Ada bermacam macam versi kenapa dia mengamuk, kenapa ada wanita yg masih isteri orang katanya( dan baru berkenalan seminggu) ikut dia mengamuk sama..

Aku akan cuba baca sedikit sebanyak blog yang ditulis oleh lelaki yang ditembak mati dalam insiden semalam..mana tau, boleh tau motif..Ya, si mati ialah seorang blogger!

Ni blog nya:
jayanegara1234.blogspot.com

Monday, July 9, 2012

Anxiety Disorder

Antara cabaran bila menjadi doktor, ialah bila perlu berhadapan dengan pesakit yang ada anxiety disorder. Memang mencabar.Lagi mencabar dari mengadap pesakit penipu tegar kaki MC..keh keh keh..

Kes sebenar:

- En.Fabregas (bukan nama sebenar), mengalami masalah sakit perut/pedih ulu hati/panas ulu hati(heartburn)/kembung perut yang kronik. Berdasarkan simptom kronik & pemeriksaan fizikal, maka diagnosis Gastroesophageal reflux disease (GERD) aku berikan. Namun untuk puaskan hati, aku refer En. Fabregas ke hospital untuk pemeriksaan endoscopy. Sah, memang GERD.
secara mudahnya, GERD terjadi bila sphincter kat bawah tu kaput, so asid yang tak patut masuk bahagian bawah esofagus, ter-masuk/ter-reflux

Hasil endoscopy En. Fabregas ialah lebih kurang macam ni..
  

Tapi dek kerana En.Fabregas ni ada penyakit anxiety yang melampau, sensation heartburn/kembung perut/senak perut yang dialaminya, ditafsirkan sebagai 'sakit dada/jantung'.

Maka pergilah En. Fabregas bertemu pula dengan pakar jantung, walaupun aku dah nasihatkan dia bahawa keputusan endoscopy nya itu selari dengan simptom GERD.  Dipendekkan cerita, lepas jumpa pakar jantung, ECG dah buat, stress test pun buat, jantung En. Fabregas sihat walafiat. Test darah cholesterol dalam darah pun dibuat, normal sahaja keputusannya.

En.Fabregas menerima kata kata pakar gastro yang buat endoscopy, menerima kata kata pakar jantung, dan menerima kata kata aku, secara terpaksa.....masih lagi terdetik/risau dalam hatinya dia bakal kena serangan jantung. Maka dia pun berusaha dapatkan pendangan pakar jantung di IJN pula. ;P

Dipendekkan cerita, lepas jenuh menunggu appointment dengan IJN, dan semua relevan investigations di buat di IJN, memang pakar jantung IJN pun setuju bahawa En. Fabregas hanya mengalami GERD, jantungnya sihat. In fact, CT scan paru paru/abdomen pun dibuat untuk memuaskan hati En. Fabregas, dan paru paru beliau, sihat walafiat.


Dengan stok ubat ubatan GERD yang beliau terima, simptomnya berkurangan. Tapi kerisauan En. Fabregas masih tidak dapat hilang sepenuhnya. Beliau masih risau jantungnya sakit, atau paru parunya bermasalah, despite all the advice from the specialist! Nasihat yang aku berikan pun dah berkoyan koyan agaknya..haha. So kerana kasihan dan terkadang meluat, maka aku pun refer lah beliau ke Psychiatrist, dan aku cakap terus terang kepada En. Fabregas bahawa beliau hanya anxiety, on top of having GERD.

To cut the long story short, lepas jumap psychiatrist, pakar sakit jiwa ini pun sah kan bahawa sebahagian simptom ala ala GERD yang beliau alami, adalah simptom anxiety disorder. Beliau diberi rawatan dan kaunseling, dan alhamdullilah, so far dalam pertemuan terkini, En. Fabregas dah boleh kawal perasaannya, dan boleh menerima dan adapt dengan GERD beliau.

Moralnya:

- kalau anda atau ada saudara mara anda yang ada ciri ciri kerisauan macam ni, bawa lah berjumpa dengan pakar psychiatrist, jangan hanya berabis beribu ringgit jumpa pelbagai pakar jantung, otak, dan pakar bedah  :)

-dapatkan pandangan kedua/ketiga dari doktor yang boleh beri penjelasan lain akan penyakit/simptom yang dialami


ps: minggu lepas En. Fabregas datang bawa anaknya yang ada ulcer dalam mulut. Lepas aku check macam  macam, memang anaknya hanya alami normal ulcer sahaja. Sebelum keluar dari bilik consultation, En. Fabregas bertanya pada anaknya , " Takde sakit sakit lain?Beritahu ayah & doktor ni..ada sakit kepala tak? sakit perut? sakit dada? batuk? sakit tekak? pening? " .  Aku hanya mampu tersenyum tengok dahi anaknya berkerut  :)





Thursday, July 5, 2012

15 Syaaban 1433

a calm sunset over the beach near Cape Leeuwin Lighthouse, Augusta, Western Australia


~ report kad lama telah dihantar, report kad baru telah diambil~
~refleksi kan lah diri bagai melihat bayangan diri di dalam lopak air~
~ moga moga report kad baru akan lebih cemerlang, gemilang & terbilang~
~ ujian awal semester akan di adakan lebih kurang 2 minggu dari sekarang, so bersiap sedialah!~

Wednesday, July 4, 2012

Jinx & Strawberry

Aku memang jinx bila tiba bab tayar kereta, ini wife aku yang kata.

Sebab, sepanjang aku mula ada kereta, rasa rasanya dah >10  kali tayar aku pancit dek kerana paku.
Bila aku tengok ayah aku, puluhan tahun dia pakai macam macam kereta, baru 2-3 kali kot tayar pancit.

baru kejap tadi gi tampal tayar. Sekali bila check, hambek kau, 2 batang paku menusuk tayar! .. tapi dah lama aku tak jinx tayar ni, adalah ~ setahun kot, so kira hebat lah jugak(rekod peribadi..hahaha)

Lepas hantar kereta tampal tayar + servis sekali, aku jalan kaki ke Mekdi seberang kedai kereta. Kalau gi Mekdi, mesti nak makan aiskrim, kalau makan aiskrim, mesti nak makan kat Mekdi. Ye lah, aku tak berduit, bukannya mampu nak makan aiskrim mahal mahal kat Tutti Fruti atau Hagen Das tu..tengok, nak eja Hagen Das pun aku tak tau! haha

aku ada terbaca bahawa lelaki lebih suka makan aiskrim strawberry, perempuan pulak aiskrim coklat katanya..Aku setuju dengan artikel tu..sebab aku memang suka aiskrim Mekdi strawberry, wife aku pulak mesti makan perisa coklat  :)

Tuesday, July 3, 2012

Back To Basic: Apa itu Wajib, Apa itu Sunat

20 July ni, pasukan Queens Park Rangers (QPR) akan menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. Asalnya, sepak mula dijadualkan pada jam 7.30pm. Tapi pagi tadi, dengar di radio, sepak mula akan bermula jam 9.15pm, bagi memberi peluang kepada umat Islam tunaikan terawih dahulu, katanya. Ni pautan berita dari BERNAMA.



Sekali tengok, baguslah kan.
Dua kali tengok, aku terasa ironi.

Umat Islam di Malaysia, Melayu Islam terutamanya, masih ramai yang tak faham/terkeliru/buat buat keliru/ego tak mau dengar nasihat tentang hukum hakam agama..yang mana WAJIB, yang mana SUNAT.

Solat terawih itu sunat. Ia, ia sunat yang amat dituntut. Tapi ia tetap sunat.
Solat maghrib itu wajib.

Kenapa sebelum ini, pihak berkenaan tak terfikir tentang 'sepak mula jam 7.30pm' ? Adakah waktu Maghrib di Shah Alam masuk seawal jam 6.40pm?

Ironi kan?
Dek kerana nak utamakan yang SUNAT, sanggup anjak waktu sepak mula(padahal terawih boleh aja dibuat secara individu, jam 12 malam pun takpe). Yang sunat dijaga, yang wajib terabai. Alahai..

Antara ironi ironi lain di bumi Malaysia terchenta ini:

1- Beria ia nak gi umrah (sunat), tapi hutang keliling pinggang tak mahu dibayar..termasuklah hutang PTPTN, hutang orang, hutang sofa, etc etc..( bayar hutang wajib)

2- Beria ia sedekah kat anak yatim dekat dekat nak raya (sunat), tapi zakat pendapatan/perniagaan (wajib) tak dibayar

3) Beria ia pergi sembahyang raya(sunat), tapi sembahyang 5 waktu (wajib) compang camping.

4) Beria ia suruh rakyat berjimat cermat, tapi diri sendiri bercuti di Milan naik pesawat rasmi dan gunakan RM273,799 wang pembayar cukai  --oppsss..ini lain  :)  Menjadi pemimpin yang adil itu wajib, tak kisah la sebagai PM, atau sebagai suami.

Monday, July 2, 2012

Floria 2012?

Floria 2012 dah bermula...
Tak pasti nak pergi ke tidak tahun ni punya...tahun lepas pergi..

pergi Floria 2011 dulu bukan pasal aku mat bunga..keh keh keh..
tapi sebab nak tengok bot berhias....boleh ambik gambar...dah nama pun hobi menembak..

light trail lah kononnya ...kah kah kah


dan kemuncak event nya yang aku tunggu tunggu dari atas jambatan...





Tu lah hasil hasil fireworks photography last year..
Buruk...1st effort kekdahnya..hahaha
So harapnya tahun ni ada masa nak pergi...for the fireworks..

ps: abaikan my photoblog tu ( tempat gambar gambar ini di cedok) yang dah lama bersawang..ekekeke
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...