Friday, June 29, 2012

Mengantuk tak cukup tido ( jangan terlena masa khutbah dah la)

Okay..kecewa...bukan sebab sokong Jerman (team yg di sokong, Holland awal awal dan tergolek dog! haha) , tapi nak tengok Jerman main final..antara team yang main best sepanjang Euro 2012. Final nanti Italy vs Spain, yg mana kedua duanya mempersembahkan permainan yang boring, melankolik, nescaya sampai ke penalty shoot out..~kah kah kah..

So confirm game final awal pagi Isnin ni, tak payah tengok. Tido lagi afdal..kah kah kah

 nasib baik spender pun tak diminta utk dijadikan memorabilia! ~ ekekekeke


Thursday, June 28, 2012

Bawah Tanah

Semalam aku tanya pasal kedai makan bawah tanah ni kat kawan kawan fesbuk(especially geng geng blogger..hahah)

Dan semalam, aku takde rejki makan kat sini..

Orang Malaysia ni bila "buy one free one", rajin bebetol eh beratur..
Aku dah boleh agak..tu pasal aku malas pegi .. alasan nak sedapkan hati

tu dia...dapat laporan tak rasmi, bahawa ramai jugak yg kuciwa kempunan sandwich bawah tanah ni lepas gegeh beratur..har har har..


Manusia memang unik..
Selama ni ada offer datang sekali, dapat 27kali ganda benefit..
Tak ramai yang rebut....pepagi buta lagi dah ada offer tu..
Aku tak kata orang lain..diri aku sendiri..
Aku kena muhasabah diri..
 

Wednesday, June 27, 2012

WW: Demam 3 Hari Straight Make Sure Terus Check Darah Jangan Tunggu Keluar Ruam - ini Denggi !!


Tuesday, June 26, 2012

Quotation Macaron

Ini ialah quotation entri semalam., seperti yang dipinta oleh blogger Kakngah.
Bujal, kau nak creampuff? Jom berurusan kat FB :)

Oh ya, quotation tentang macaron lah dulu ya, yang lain lain tu (cupcakes/fondant cake/creampuff/cake in a jar/ cookies), nanti nanti lah ya..Atau boleh call directly MommyZZ @ 013-3650783. Kepada kawan kawan blogger yang menjadi rakan FB saya, boleh juga berurusan di FB.

Saya up kan quotation ni sebab website bisnes masih dlm construction, FB page pun dalam proses  :) 

>>  Harga sebiji macaron ialah RM2.00
>>  Ada pelbagai perisa, boleh pilih, boleh mix & match
 -choc
-nutella
-strawberry
-blueberry
-coffee
-cappuccino
-orange
-lemon

>> Itu adalah standard macaron yang MommyZZ buat. Kalau nak custom made perisa, pun boleh..just mentioned it. Eg:  apple, kiwi, durian, manggo..and the price is still the same, RM2.00 per macaron.

>> Macaron nutella berharga RM2.20  sebiji.

>> Minimum order ialah 24 biji macaron ( 2 dozen)

>> Delivery by post ke serata Malaysia: RM15.00
>>  Pick up di sekitar Nilai, Setia Alam dan Shah Alam (seksyen 7) adalah FOC.


Sekian, terima kasih :)




ps: terima kasih blogger kak Azian atas pembelian semalam, dan terima kasih Makchaq sebab order, Insya Allah hari Khamis ni akan bertemu dgn MommyZZ di Putrajaya.

Monday, June 25, 2012

Sunrise Photography

Abis tengok bola pagi tadi, dah pukul 5.30am..
So aku pun decide lah nak buat sunrise photography..
Ni lah hasilnya ambik gambar dari jam 5.30am - 5.45am pagi tadi..

Tak sia sia ada hobi menembak ni, ada jugak senjata nak buat photoshoot sendiri..


Yang di bawah ini, Insya Allah akan sampai ke tangan kak Azian hari ini..nanti layanlah karenah hero hero saya ya..hehehe


dan






oh ya, official website nya( www.mydreamytreats.com ) masih dalam construction ya..nanti kalau dah siap, akan di hebahkan di sini :) kalau nak tempah segala macam cupcakes (2D & 3D), fondant cake, rainbow cake, red valvet, cake in a jar ( red valvet, rainbow), creampuff & of course, macaron, boleh contact saya ya directly..Terima kasih :)

Saturday, June 23, 2012

Memoir Perang Di Petang Sabtu

Di negara Kangaroo...
8 purnama nan lalu..
Ku lihat  monumen perangnya..
Berdiri megah tegak berwibawa..
Menghadap metropolitan yang sentiasa bernyawa...

Pengorbanan askarnya sangat dihargai..
Patung nan gah melata di bandar ini..
Untuk generasi akan datang sebagai bukti..

Askar yang berani , askar yang muda..
Mereka berperang di serata dunia...
Di bawah panji panji perikatan mereka..
Ironinya...
Kaki ini tak pernah ke Tugu Negara..
Ku berjanji ada rezekinya akan ke sana jua..


Askar Rejimen Tanah Melayu...
Ku yakini gagah beraninya, bak rakan mereka di negara Kangaroo..
Ramai yang sudah mengadap Ilahi..
Terkorban di medan perang..
Atau tua menjemput mereka pulang...



Tapi..
Askar askar pencen terkini..
Mencalit lumpur di muka sendiri..
Tarian bontot tak peduli diri sendiri..
Walau usia rumah kata pergi, kubur kata mari..



~ 4.16pm Sabtu, 23 Jun 2012~

Friday, June 22, 2012

Jom Geng Geng Blogger Kita Buat Rombongan Cik Kiah Ke CH

salam Saiyidul Ayyam...Jumaat yang mulia di bulan Syaaban...muka tak senyum sebab stress..stress bendanya? entah la..haha..Nak cuti..macam lah tak puas puas jalan sana sini sepanjang 6 bulan pertama 2012 ni..

kalau ikut mood, nak lepak sini esok..minum teh..makan roti cecah jem stroberi..ambik gambar landscape..gambar bunga..gambar kaktus..gambar sunset..sunrise..tak jemu jemu gi sini walaupun dah berpuluh kali kot naik sini sebab sini sejuk jugak lah dan peluh aku susah nak melencun.



Tapi hey!!
Weekend ni busy..
Tak tau lah bila nak ke sini..
So far tak pernah lagi buka puasa + terawih dalam masjid yg sejukkkkkk secara semulajadi ..hehehe

Thursday, June 21, 2012

Mari Menjawab Soalan Dengan Gambar

Hari ni mood rajin hapa ntah merasuk, so aku rajin nak buat satu entri menjawab soalan soalan dalam entri semalam -pasal Masjid Kristal.

1- Soalan uncle al-lavendari : dibenarkan memancing ke?

Jawapan saya, boleh saja kalau uncle nak memancing sepanjang sungai ni...masa saya naik river cruise tu, nampak ada bot bot nelayan, cubalah uncle riki kot kot boleh sewa kejap  :)

kalau uncle al lavendari a.k.a uncle Hamzah rasa tak glamour naik bot nelayan tu, try lah riki catamaran ni...saya tak sure lah berapa harga sewanya sehari!

2- soalan Dee : Tapi benarkah Masjid Kristal tidak digunakan utk solat?

Jawapan saya, masjid ini digunakan utk solat..cuma solat Jumaat aja tak buat..kalau ikut kata tourist guide river cruise kami, antara sebabnya ialah jumlah penduduk sekitar Pulau Wan Man (tempat terletaknya masjid ni) yang sedikit, jadi tak cukup korum.
Semacam sedih jugak, masjid yang sebegini indah lagi gah, tak boleh dibuat solat Jumaat..harap harapnya lepas ni boleh la..

3- Soalan , or lebih better aku klasifikasikan sebagai tazkirah oleh Fara "pok amai amai" :
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai."

 Bukan semua kubahnya kristal..yang kecik kecik ni' kristal wannabe aja'....Tapi kubah yang betul betul kristal tu, memang amat amat mahal harganya...Ikut kata tourist guide tu lagi, tak di -kristal kan semua kubah sebab nanti belanja amat mahal. Bermegah megah tak? Ikut pendirian aku yang bukan ustad ni, jadi lah ia bermegah megah andai masjid ini tak di hidupkan/di imarahkan dalam erti kata sebenar. Fikir fikirkan..

4- Soalan najwa : Asyik melihat yg cantik sahaje... Perlu post gambar ni kepada yang berkenaan :)

Jawapan aku, dari perspektif mata duniawi, especially kepada penggemar hobi menembak, masjid ini ialah satu model yg best (selain masjid masjid lain di negeri Terengganu ni)..Memang cantik..boleh bermain dengan konsep simetri, konsep refleksi..macam macam lagi lah..
 Dah dua kali menembak di sini, pertama kali tahun 2010..kali terakhir, bulan lepas..Insya Allah nak cuba menembak di kala sunset/malam pula nanti..

5- Soalan cheqna : kena g intai r kejap karang..kot2 photoshop ke..hahahaha

Jawapan aku..gambar semalam tu betul betulll punya runtuh, bukan photoshop...Soalan sentap (dengar tak Hot FM pagi ni..ekekekeke) aku...'betulkah Terengganu ni digelar Terengganu Darul Runtuh?'  - sila rujuk kes stadium runtuh..bangunan gomen runtuh...so harap harapnya, masjid ni tak runtuh lah!  :)

 Masa menyusuri sungai Terengganu ni, boleh nampak jugak Riyaz Resort ni...tgk resort ni, teringat cheqna ber- honeymoon dia kejap kat sini...Bila lah aku nak lepak ni, mahal wehhhhh....:)

Wednesday, June 20, 2012

WW: Yang Buruk Disebalik Yang Cantik

murahnya ayer mata kau

tadi ( ~ 3jam lalu sebelum aku tulis entri ni) aku tgk lah masterchef celebrity..1st time tgk sebab saja nak tgk apekejadah best sgt citer tu sampai Bujal siap buat entri pasal rancangan ni.

aku tak kenal artis sgt,tapi aku cam lah satu figure yg aku pun pelik awat nangis ngalahkan pompuan meroyan??

saja ajalah nak share ilmu(utk ingatan aku jugak)..yg aku dgr ada alim ulama kata..kita ni nak nanges sambil meneteskan air mata biarlah sebab kita takutkan azab tuhan..sebab sesali dosa dosa kita..

Tuesday, June 19, 2012

dulu lain..sekarang lain (tobat takmau up date blog pakai tab)

dahulu, kemas tersusun sahaja.....






tapi kini tidak lagi..penuh segala khazanah bakery..haha..tu tak tgk lagi atas island table yg mmg dah jadi island bakery..

dahulu beli telo 10 biji aje...sekarang sekali beli 2-3 papan!

pascanota: ni lah 1st time aku update blog guna tab. Siksa okeh..dkt 1/2 jam nak tulis entri secoet ni!

Friday, June 15, 2012

Membazir Itu Sahabat Syaitan

Orang Putrajaya...boleh sah kan?  :)



Berita lanjut


My take on this issue, tak kiras lah partai apa pun, mentaliti kita di Malaysia masih macam masyarakat dunia ke tiga, walaupun fasiliti world class/dunia pertama.
Kotor bandar dengan pemandangan bendera partai partai..padahal PRU entah bila ntah...
Jangan kata kat Pantai Timur, kat Bangi tu pun aku pergi rasa rasanya seawal bulan Feb lagi dah penuh bersememeh poster/banner sana sini.  
 
 

By the way...
Kalau nak sangat semak kan keadaan persekitaran, buat macam yang ni, dekat dekat dengan warung Pok Nong ICT, masa aku pergi bulan lepas..meriah..semua parti ada..~haha

Thursday, June 14, 2012

Makan Nasi Arab Dengan Yang Berhormat

Baru lepas lunch dengan YB
Borak borak..gelak tawa..

Burrppp..alhamdullilah..sepinggan nasi arab di Restoren Arab Damsyik

Kali kedua jumpa YB. Ramah & lawak & ceria !!!

Wednesday, June 13, 2012

SunRat



-pagi pagian dah angkut kamera gabak nak tembak sunrise, konon nya lah kan..
- pegi dapur, tengok si pembuat bunyi misteri dah masuk perangkap..
- So, dari nak tembak sunrise, terus jadi tembak sun-rat...kah kah kah

pascanota: power gila sehhh gam perangkap tikos ni..umpannya, ikan bilis :P

Tuesday, June 12, 2012

Jangan Biar Hidup Anda Diselubungi Misteriiiiiiiii

Menakutkan! Baca berita ni perlahan lahan, sambil tengok kiri kanan, mana lah tau ada lembaga sedang memerhati..

________________________________________________

IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.
       
        Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.
       
        Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.
       
        “Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.
       
        “Mulanya saya berasa pelik.
Wajah lembaga menggantikan imej pada rakaman wajah Belly. 
Gambar asal adiknya berdiri di Jalan Kuala Kangsar untuk mengabadikan
perkataan IPOH sebelum pulang ke Sabah.
  Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.
       
        “Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
       
        La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.
       
        “Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.
       
        “Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.
       
        Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.


Sumber berita menakutkan ini: http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/wajah-dirakam-bertukar-ngeri-1.55730

_______________________________________


Memang menakutkan! Hantu hantu sentiasa menguasai dan mengganggu kita!



setelah hampir setengah tahun tripod ni duduk aja dalam rumah, langkah pertama ialah masukkan ia ke dalam bonet kereta. Jadi tiada alasan lagi untuk malas menembak sebab tripod tak bawak!


Dah plan nak aktif kembali menembak sunset & sunrise, lepas teruja tengok kawan kawan kamera aku ( GB  & akak singa ) pulun gigih ber subuh sepi e dan ber senja geget nyamuk di port port menarik menembak.


Cuma risau jugak kot kot jumpa hantu di kala sunrise or sunset.
Tapi takpa kot..
Boleh jadi bahan berita berkualiti Sinar Harian ~ ngeh ngeh ngeh..


Moral:
- kalau tiada ilmu, belajarlah mencari ilmu, termasuk ilmu night photography ( apa itu noise, apa itu pixels , dan lain lain)
- jadilah manusia yang bertanggugjawab, sebarkan ilmu, sebarkan benda bermanfaat, walaupun kamu di keji atas usaha kamu itu, sebab yakin lah setiap benda yang bermanfaat, ada balasannya nanti di Sana. Ini yang lebih penting dari pujian/penghargaan duniawi.

Monday, June 11, 2012

Yeay!

Friday, June 8, 2012

Tahajud Sebulan

Mulai hari ini, utk tempoh masa sebulan, para isteri akan tidur keseorangan di malam hari..kerana suami masing -masing sibuk bangun pagi bertahajud , awal pagi...demi...

Kerana bola, manusia boleh berjaga malam..
Kerana bola, manusia akan menipu doktor di pagi hari..
Kerana bola juga, manusia boleh mensyirik kan tuhan yang esa..

Kisahnya, seekor gajah berusia 33 tahun bernama Citta, boleh meramal keputusan bolasepak, sempena Euro 2012 ini. 'Kehebatan' Citta yang tinggal di Krakow Zoo, Poland ini mula dihebahkan apabila beliau berjaya meramal kemenangan pasukan Chelsea semasa final UEFA Champions League.

Ironi nya, manusia yang ada akal yang hebat di perbodohkan oleh sotong bernama Paul ( sudah arwah), dan kini, oleh seekor gajah. Hebat..

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang gaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang gaib itu, kecuali kepada rasul yang diridai-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga(malaikat) di muka dan di belakangnya . (QS. Al-Jin : 26-27)

 Barangsiapa mendatangi peramal lalu mempercayai ucapannya, shalatnya selama empatpuluh hari tidak diterima.” (HR. Musnad Ahmad)

 “Barangsiapa mendatangi seorang dukun atau peramal kemudian membenarkan apa yang ia katakan, maka ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam.” (HR. Musnad Ahmad)

Thursday, June 7, 2012

Raja Buah

Seafdalnya petang semalam habis kerja terus pergi membako kalori di gym...

Namun kita manusia, hanya mampu merancang, instead of membako kalori, kita tambah kalori

Meraikan adik & adik ipar yang datang utk nikmati buah buahan tempatan di rumah mertua, so bagi menghormati tetamu, kita makan lah jugak alasanmenambahkalori

Walaupun beratus ratus kalori raja buah masuk ke dalam perot ke beribu kalori?, namun kami tak buat pun petua minum air dari kulitnya, Alhamdullilah, tak panas pun badan tido malam tadi ke sebab pakai ekon?

Sedap hingga menjilat jari. Makan durian fresh + free di rumah nenek adalah ohsem, kan Ziyyad? :)

Wednesday, June 6, 2012

WW: Obama Pakai Tudung Tak Tahu Eja Jawi

Oh My Jawi !


Tuesday, June 5, 2012

Bunga Epal

dengar kat radio pagi tadi pasal isu harga hantaran, al maklom lah, sekarang musim kawin.
harganya ikut taraf pendidikan.

upsr: RM 2000
pmr: RM 4000
spm-stpm: RM6000 - RM8000
diploma: RM 10,000 - RM 12, 000
degree: RM 15, 000 - RM 20, 000
PhD: RM 20,000 - RM 30, 000

Woww!

Penyudahnya, sebab stail masyarakat Melayu ialah sibuk nak puaskan hati semua orang/nak elakkan orang mengata, si pasangan pengantin yang menerima padah, buat loan nak kawin, anak dah masuk 4 orang masih tak habis bayar hutang.

1st time jumpa ni, bunga epal, di majlis kawin sepupu Sabtu lepas

Monday, June 4, 2012

Hantu Takde Muka di Pekan Koboi

Balik dari JB semalam, memang saja bertolak lambat sebab nak elak jem kat highway PLUS area  Pedas ke Seremban. So bertolak dari JB pukul 9.30pm. Almost 11.40pm( di area Ayer Keroh), adik aku yang juga bertolak dari Muar ke Kajang, call dan beritahu dia dah sampai & sangkut jem kat area Pedas....katanya kereta bergerak 20-30km/j.  Gila kan, pukul 12am jem jugak rupa rupanya! So aku pun detour lah, exit Simpang Ampat, lalu jalan biasa (Simpang Ampat - Rembau - Seremban).

Pukul 12.00am lalu kat jambatan di pekan koboi, pekan Kota, ~ 15 km dari Rembau.
Wife aku nampak hantu takde muka.
Bukan sekali, tapi 3 kali!
Wife aku nampak hantu tu diri tepi jalan..aku tak nampak tapi.
Dia ada tegur tanya aku nampak tak org diri tepi jalan, aku cakap tak nampak( sambil tekan pedal sebab nak cepat sampai)
Pagi ni baru wife aku beritahu. Patutlah malam tadi manjanggg aja wife aku ngadap muka aku masa dalam kereta! ahaha..

Hantu?
Syaitan lah tu.
tengah2 bandar Somban pun jem pukul 12.30am, malam tadi. Dah banyak lampu biru berjurai jurai kat bandar Somban ni yo..hahaha

Friday, June 1, 2012

Akhbar Sampah

Kalau tak rajin baca link link ni, klik dah baca tajuk pun cukup lah, :)

http://www.sinarharian.com.my/nasional/wajah-manusia-pada-batang-pokok-1.52544

http://www.sinarharian.com.my/nasional/gempar-jumpa-ikan-pelik-1.52538

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/nampak-pelesit-atas-siling-1.52269

-ini baru sehari dua punya link aku tepek. Kalau sebulan punya berita, boleh compile kan buat novel hantu. hahaha..

Kalau Harian Metro aku cop sebagai Metroseks, sebab hari hari keluar cerita pasal bohsia/tangkap khalwat(sampai cerita detail tak pakai baju, etc etc pun di tulis), maka Sinar Harian pula sesuai lah aku gelarkan akhbar Sinar Tahyul.

'Berita' sampah macam ni yang orang Melayu suka baca.
Dah la suratkabar lain penuh cerita politik, nak carik alternatif, dihidang cerita seks, ataupun tahyul.

Wartawan & editor, tolonglah bertimbangrasa dan ada etika.
Jangan fikir rating aja.
Sebab anda membina masyarakat, sementelah kita faham rakyat Malaysia(Melayu umumnya) malas membaca bahan ilmiah, yang rajin di baca hari hari ialah suratkabar.

Aku tak kata syaitan itu tak wujud.
Segala mak nenek hantu/pelesit/langsuir/jembalang tanah, ialah syaitan & jin.
Tapi bila berita2 sebegini di momokkan, masyarakat yang kurang ilmu/malas membaca, akan terus hanyut dengan kepercayaan kuno nenek moyang.

Tu pasal, jangan kata aku 'eksyen' bila aku katakan aku lebih suka baca suratkabar org puteh, The Star.
Sebab suratkabar bahasa ibunda aku sendiri pun dah macam sampah.

Aku malas berleter pasal FILEM Melayu pulak. Nanti di cop agung agungkan Hollywood, tapi natijahnya, lu pikir lah sendiri! (bukan aku kata, Nabil yang kata..kah kah kah)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...