Thursday, May 31, 2012

Pendidikan itu Pelaburan

ziyyad di Taj Mahal. 
Dalam minggu lepas, ada keluar berita pasal "Pemansuhan Kuota Kemasukan Ke Sekolah Antarabangsa". Antara beritanya, DI SINI

Hujung bulan Oktober nanti, Insya Allah anak sulung aku, Ziyyad, akan berumur 4 tahun. Kami suamiisteri dah mula fikirkan tentang pendidikan nya..Di mana kami perlu hantar Ziyyad belajar, seawal umur berapa kena pergi kindy, etc etc..

Aku terfikir juga nak hantar Ziyyad ke international school. Sebabnya? Tak perlu lah aku bagitau..
Tapi aku terfikir juga, aku dulu pun sekolah biasa aja..dan aku bayar tax tiap2 tahun..rugi lah pulak tak guna kemudahan yang ada..Namun, bila fikir2 tentang hal lain, aku berbelah bagi tentang isu ini..

Hmmm...

Apa pendapat anda?


~ps: tipu aja...ziyyad bukan kat Taj Mahal, tu kat Tmn Tamadun Islam..ekekekek~

Wednesday, May 30, 2012

WW: Labuhnya kain makcik!



selalu nampak, terselit celah pintu kereta tapi..
tapi..
kalau terselit celah rim roda motor?
errrkk!

Tuesday, May 29, 2012

Bangla Petik Strawberry

Gelak tawa di petang hari Selasa..:)


Monday, May 28, 2012

Pakcik Kayo!! ( best menipu masyarakat yang suka kena tipu)

RM50 x 150,000, berapa ya?
Wowwww!!  Jawapannya RM7.5 juta. Pakcik kayo!  Pakcik kayo.

Katakan, pakcik nak sedekah sebijik BMW 530 berharga RM220,000, berapa tinggal duit pakcik?
RM7.5 juta - RM220,000 = woowwww...!!  Pakcik masih ada RM 7.28 juta..Pakcik masih kayo!!

Kalau RM50 x SEJUTA pulak berapa?
Wowww!!!  RM50 juta. Pakcik sangat, sangat, sangat kayo!!
Kalau pakcik nak sedekah sebijik Lambo kat korang, berharga RM1.2 juta...berapa tinggal duit pakcik?
RM50 juta - RM1.2juta = RM48.8 juta. Wowwww!!! Masih kayo rayo, boleh beli kelab bolasepak Felda United!

 bukti bergambar pakcik kayo! Korang ado ferrari? Setakat feeling pakai ferrari bila tuang minyak V-Power kat kereta murah korang tu, tak yah lah nak berlagak yo!


Eh, korang pelik ke kenapa pakcik kayo rayo?
Pakcik jual ikan bakar je...Tapi ramai orang kata ikan bakar pakcik tak sedap, pakcik pedulik hape..kah kah kah..
Yang penting, pakcik pandai berniaga..Sebab pakcik tau, orang Malaysia memang mudah kena tipu dgn scam scam terancang macam ni..kah kah kah..Bijak tak pakcik?

Tapi yang pakcik tak berkenan, adalah satu suratkabar orangputeh kat Malaysia ni yang cuba bongkar rahsia pakcik berniaga. Hampeh betul. Nasib baik suratkabar pujaan pakcik (Utusan Malaysia) tak heboh heboh pasal strategi pakcik ni, dia cuma tolong promote aja pasal niat MURNI pakcik nak berhimpun aman, nak ajar si Ambiga tu.Tu sebab pakcik sayangggggggg sangat Utusan Malaysia.

Ni haa berita dalam suratkabar orangputeh tu, hampeh betol!:

Pakcik jalan2 blog orang, pakcik ternampak satu mamat ni komplen pasal kedai ikan bakar pakcik.
Geram betolll pakcik! Ni ha cerita dia:

Pakcik jalan jalan lagi, kali ni ke fesbuk, hampeh!!!! Diaorang ni nak pedajal bisnes mulia pakcik, buat fan page nak boikot pulak!!

kalau korang nampak benda ni kat internet, abaikan je lah yo!! takde kena mengena dgn pakcik pun..

Okeylah, pakcik nak teruskan misi menipu secara terhormat lagi terancang pakcik.
Jangan lupo yo, LIKE fesbuk pakcik, mana tau korang dapat BMW atau Lambo..
Babai...:P

Friday, May 25, 2012

WWW 1

WWW 1 catat sejarah dibida RM520,000

KUALA LUMPUR 24 Mei - Seperti dijangka, nombor pendaftaran kenderaan popular WWW 1 berjaya mencipta rekod baru dalam sejarah bidaan nombor plat kenderaan di negara ini apabila dibida pada harga RM520,000.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ia mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual pada harga RM300,100 tahun lalu.

Menurutnya, keseluruhan bidaan bagi nombor WWW pula berjumlah RM64,225,838 dengan nombor WWW 333 mencatatkan bilangan pembida tertinggi iaitu seramai 84 orang.

"Pada asasnya, semua nombor seperti nombor menarik, popular atau nombor biasa tetapi mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Cho Ha, pihaknya tidak menyangka mendapat sambutan luar jangkaan terhadap permohonan nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' iaitu sebanyak 18,243 permohonan sepanjang tempoh bidaan dibuka bermula 30 April hingga 14 Mei lalu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

- apa hukum membida nombor dengan JPJ?
-jawapan Ustaz Zaharuddin dalam slot Muamalat di radio IKIM hari Rabu lalu ialah " hukumnya harus"

-membida samalah konsepnya dgn lelong. Siapa yg bida tertinggi, dia lah yg menang. So harus hukumnya.

Cuma, kalau dah terlalu tinggi nilai bidaannya, ianya jadi sesuatu yang kurang baik( aku dah terlupa istilah arab nya masa ustaz Zaharuddin cakap), tapi tak jatuh hukum haram/dosa. Sebab duit yang sebanyak itu, baik di gunakan utk kemaslahatan umum ;)

ps:
-nak tau jugak plet ni ditepek kat kereta apa :P
-pernah tak anda membida no di JPJ?

Thursday, May 24, 2012

Terima Kasih Kerana Sudi Berkawan

Terima kasih kawan kawan blog semua yang wish birthday Zayyan semalam. Dalam banyak banyak komen tu, aku tertarik dengan komen Bujal.

Yup, kita dah kenal lebih dari setahun Bujal..sejak Zayyan belum wujud lagi. Aku mula menulis blog pada bulan Nov 2010. Sejak dari tarikh itu, makin ramai kawan kawan blog yang aku kenal. Ditambah kemesraan dengan jumpa semasa gathering blogger, dan selalu berbalas update di FB !

Jujur aku akui, hari hari kini aku lebih banyak berinteraksi dengan kawan2 blog( di blog &group FB), berbanding dengan kawan kawan lama (zaman sekolah dan universiti). Dan yang uniknya, dengan blog lah aku luaskan skop kawan kawan aku( asyik muka doktor aja kalau dgn kawan2 zaman Uni, ahahah). Dan kalau dgn kawan kawan zaman sekolah menengah dulu, majoriti nya skop bidang profesionak aja ( engineer, lawyer, akauntan)! Okey, ya! aku loss contact terus dengan kawan kawan zaman sek menengah form 1-3, dan kawan kawan zaman sekolah rendah lagi lah, tak pernah tahu apa jadi kat mereka semua!

Aku berdoa, semoga ikatan persahabatan ini kekal hingga ke akhir hayat, kalaupun lepas 10-20 tahun akan datang, masing masing dah tak berblog! Ahahaha...

Wednesday, May 23, 2012

Setahun Genap

10.25am, hari ini, tahun lepas

1st kiss sebelum azan & iqamat

Genap 8 hari hidup di dunia, tali pusatnya tanggal :)

Di dodoi, dibuai, dengan bacaan selawat & berzanji semasa akikah, sebelum dicukur botak.

1st time berimej botak :)


Dulu....kecik aja anak daddy ni, besar lagi muka daddy (yg memang besar pun! ahaha)

Lepas tu membesar, sampai ala ala Michelin dah..:)

Terkini, gambar petang semalam..budak polka-dot ada calar bawah mata sebab lasak main laci almari! Dah genap setahun pagi ni, gigi masih belum ada..ekekeke


~ selamat hari jadi yang pertama daddy & mommy & abg ziyyad ucapkan buat Muhammad Fierasz Zayyan. Moga Zayyan menjadi anak yang soleh beriman, berbakti kepada ibubapa, agama & negara.Amennn~

Tuesday, May 22, 2012

Meniaga Maju Tapi Kedai Macam Nak Roboh Tak Geti2 Nak Up Grade

Hari Ahad tu lepas balik awal dari Demo Suci 3.0, aku sekeluarga gi The Curve, ada urusan.
Antara benda yang aku suka kat sini, ialah adanya stall buah yang cantik.
entah kenapa aku suka betul kalau tengok stall buah yang tersusun cantik buah buahannya, kalau gi supermarket, aku suka tengok style Cold Storage susun buah buahannya, dan sayur sayurannya. Bila dah suka tu, maka suka jugaklah aku keluarkan wallet nak beli buah/sayur. Kita nak dapat stall buah yang cantik macam ni kena masuk supermarket. Dulu masa aku practical kat bumi kangaroo tu, stall konsep macam ni melambak kat train station. Maybe penjual buah potong di Malaysia boleh upgrade stall mereka jadikan lebih moden, sebab makin ramai rakyat Malaysia yang aware tentang pentingnya diet & makan lebih buah buahan.

 Cantik aja MBG Fruit Shop ni susun buah buahnya..Buah2 yg dijual pun bersih aja, macam kena polish..ahahaha..Pacakging pun cantik...Aku terbaca dulu bagaimana tokey MBG ni bermula dgn bekerja di stall buah cikai milik ayahnya, kemudian dia majukan lagi stall nya, dan kini, berkonsep moden, lahirlah MBG. Usahawan macam ni lah yang kita nak. Sorry to say, sesetengah peniaga Melayu, kedai dah berbelas tahun establish, ramai customer, tapi kedekut nak invest cantikkan kedai bagi customer selesa. Kerusi makan dah bergoyang bekeriuk bunyi, baby seat takde(kalau ada pun dah kotor berdaki! uwekkk)

Bukan hanya buah-buahan & sayuran, aku suka jugak style supermarket yang cantik susun atur jualan ikan daging nya. Pendek kata, kalau kat Malaysia ni, aku suka lah gi Cold Storage tu..okeh, aku suka sebab stail nya ala ala kedai buah/supermarket kat ostolia..hahaha.

Monday, May 21, 2012

Perhimpunan Suci 3.0

Perhimpunan Suci 3.0 di Bangi
oleh: daddyziyyad, wartawan part time Berita Hairan

Bangi, 20 May. Telah berlaku satu perhimpunan yang telah lama di rancang oleh penganjur dengan code name Perhimpunan Suci 3.0. Perhimpunan yang berlangsung di Taman Tasik Cempaka, Bangi telah menggamit ramai peserta.

antara objek yang dibawa oleh wartawan


objek kedua yang dibawa oleh wartawan
 
Wartawan telah sampai awal juga ke tapak perhimpunan. Orang no.2 yang sampai. Penganjur perhimpunan, Datuk Hani telah lama sampai. Kalau penganjur lambat sampai, memang patut kena boo lah kan..Ini pertama kali wartawan sampai ke sini, walaupun sebelum ini acapkali baca dalam laporan akhbar bahawa tempat ini memang menjadi port pilihan manusia berasmara dana di malam hari!
Penganjur bersama, kak azieazah yang memang kemahirannya buat air. Beliau ialah orang ketiga yg sampai ke tapak perhimpunan(sebenarnya tempat ke 3 dikongsi bersama dgn kakcik seroja& suami, sebab mereka naik satu kereta!)
Selepas beberapa ketika, kehadiran lebih ramai peserta perhimpunan menambah kan lagi bilangan objek objek yang ingin dipaparkan di demo ini.
Ini baru sebahagian kecil objek yang dibawa semalam.
Anak wartawan ini cuba di kidnap oleh peserta perhimpunan, Kak Azieazah. Namun apabila di beritahu oleh Abg Mus bahawa baby itu perlukan susu badan, tergelak besar Kak Azieazah apabila meyedari beliau tak boleh hasilkan susu badan! (boleh sebenarnya, kalau makan pil, penganjur utama Datuk Hani dah offer pil semalam..hahaha)
Suasana perhimpunan menjadi semakin panas. Bukan panas sebab ada keganasan, tapi memang betul betul semakin panas! Pun begitu, semangat berhimpun peserta memang wajar dipuji, tetap istiqomah duduk atas rumput tak berganjak!
Anak wartawan bersama Abg Mus. Bukti suasana makin panas, anak wartawan pun dah tukar baju sebab baju asalnya telah lencun basah dek peluh bercucuran. ( wartawan pun sama, peluh menjejeh! ahaha)
Antara kenamaan yang turut hadir semalam ialah Kak Azian yang membawa rombongan paling ramai. Dato LF pun turut hadir ( ini betul betul punya Dato, bukan Datuk tipu macam penganjur, Datuk Hani tu)
Datuk LF berbaju belang puti hitam, special sikit, berhimpun sambil bawa kerusi. :)

Tuntutan perhimpunan Suci 3.0 ini ialah untuk merapatkan ukhwah, berkenalan sesama blogger yang tak pernah ketemu sebelum ini, dan makan, makan & makan. Rasa rasanya, kesemua tuntutan perhimpunan ini telah tercapai.
Wartawan duduk di sekitar kawasan ini semalam.Penganjur bersama, Kakcik Seroja(berbaju belang hitam, pink & kelabu) kelihatan tak makan sangat, maybe kenyang dek keterujaan berhimpun! Ahahah..

Wartawan dan ahli keluarga wartawan bagaimanapun terpaksa bersurai lebih awal semalam ( paling awal balik..ekekeke). Ini kerana isteri wartawan ada temujanji di The Curve. Wartawan & keluarga berasa amat suka dengan perhimpunan ini, walaupun di sebelah malamnya, wartawan telah diberitahu oleh sumber risikan wartawan bahawa mereka beralih tempat perhimpunan selepas itu, di Ice Room! Cisss,...wartawan tak sempat nak join. Ahahaha..
Bukti bergambar sumber risikan wartawan: Memang betol mereka berhimpun di Ice Room pulak lepas tu!! Kredit gambar ke penganjur bersama, Kakcik Seroja

Bukti mereka yang hadir ke perhimpunan ini. Wartawan dan keluarga tiada dalam gambar sebab dah balik awal..haha..Kredit kepada penganjur, Datuk Hani utk gambar ini.

Friday, May 18, 2012

Sebab Apa Kita Menangis?

Setiap petang Khamis, selalunya kalau ada rezeki, aku akan dengar slot Islam AgamaKu di radio Ikim jam 5.15pm.Slot yang membicarakan tentang pengalaman saudara baru kita(mualaf), tentang kisah bagaimana mereka mendapat hidayah, kisah cabaran & dugaan yang mereka tempuhi. Petang semalam, slot ini menampilkan seorang insan yang istimewa, iaitu Ust. Ebit Irawan b. Ibrahim Lew. 
Ust Ebit Lew disamping deejay Norhayati di konti studio semalam. Credit to FB Ikim.FM utk gambar ini.



Istimewanya tetamu undangan slot ini semalam kerana:


- bapanya cina yang masuk Islam, dan ibunya ialah org Jakarta, Indonesia.

-punyai 12 orang adik beradik, 6 daripadanya Islam, 6 yang lain, Buddha. Yang Buddha itu adalah anak anak hasil perkahwinan ayah beliau sebelum ini.

-Kisah bagaimana kegigihan( atas hidayah yang diberikan kepadanya) beliau belajar tentang Islam sejak sewal usia 12tahun. Beliau banyak belajar dengan seorang guru sekolahnya yang memberi perhatian kepadanya dalam pada guru2 lain tak melayan beliau(beliau dahulu di sekolah ialah budak nakal)

-Banyaknya beliau belajar dari guru ini, hinggakan membawa kepada terbukanya hati ayah beliau & ibunya utk kembali jalani hidup sebagai seorang Muslim, iaitu bersolat, berpuasa, berzakat, etc. Ini kerana sebelum ini, ayahnya memeluk Islam, dan hanya pada nama sahaja Islam, tidak solat/tidak puasa/tidak berzakat.

-Beliau belajar di Pakistan(madrasah) secara berulang ulang setiap kali musim cuti sekolah, tanpa meminta bantuan ayahnya, kerana ingin buktikan sebagai seorang Muslim, kita kena gigih bekerja, dan bergantung kepada Allah. Ayah beliau ialah seorang yanmg kaya, punyai 2-3 kilang, begitu juga pakcik2 beliau yg memang kaya.

-Kisah bagaimana beliau & adik beradiknya yang Muslim, berusaha merapatkan hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga lain yang bukan Islam. Selama ini, sejak ayahnya memeluk Islam, hubungan beliau & adik beradik yg Muslim dgn lain2 ahli keluarga adalah tidak rapat, sebab mereka tidak faham tentang Islam. Usaha demi usaha, akhirnya mereka rapat semula. Beliau menceritakan di radio betapa pentingkan kita yang gerakkan usaha utk rapatkan hubungan, dan bukan berharap ahli keluarga non Muslim utk mulakan, sebab mereka(ahli keluarga non Muslim) memang tak faham tentang Islam.Menarik beliau ceritakan, bagaimana akhirnya pada perayaan CNY yg terkini(2011), semasa datang melawat, ahli keluarganya langsung tidak hidangkan makanan tradisional Cina, sebaliknya terus ambil khidmat katering dari Muslim yang berkarakter berkopiah berjanggut!

Ust Ebit Lew bersama kaum keluarganya yang besar semasa perayaan CNY 2011. Credit to FB Ust Ebit for this picture.

Isi utama yang aku ingat dari slot ini petang semalam, dan ingin sampaikan kepada kawan kawan ialah tentang pentingnya kita menangis. Menangis sebab takutkan Allah, menangis untuk minta keampunanNya. Malangnya, umat Islam sekarang lebih banyak gelak(termasuk aku)...dan kalau menangis pun, menangis sebab terkeluar dari program realiti !

Tersentap jiwa aku bila mendengar kata beliau " adakah kita menangis dan sedih akan nasib orang bukan Islam, yang mana kita nampak mereka setiap hari di traffic jem, di pasaraya, di pejabat..mereka baik, cantik, tapi mereka menghuni neraka kerana tiadanya Iman"

Patutnya "kita menangis dan pohon Allah berikan hidayah kepada mereka ini, supaya kita semua dapat masuk ke syurganya". Dan itulah tangisan beliau setiap hari, merayu & memohon pada Allah supaya 6 orang lagi adik beradiknya yang non Muslim, akan mendapat hidayahnya..Begitu juga dengan pakcik makciknya yang baik,tapi masih beragama Buddha.

Akhir kalam, aku titipkan post Ust Ebit Lew ini dalam wall di FB Ikim.FM yang merujuk kepada temubual beliau dalam slot Islam AgamaKu, petang semalam:

 "semua dari ALLAH..apa yang telah berlaku,sedang berlaku,dan yang akan berlaku semua dari ALLAH..amin.ALHAMDULILLAH..kita tidak tahan tengok orang menangis. Inikan pula ALLAH..bila dia melihat kita menangis.ALLAH Maha pemurah dan maha pengasih. Mari kita semua jdkn menangis satu amalan kita. kata ibnu Abbas"apa guna mata yang tidak menangis.Baik mata ini buta dari tidak menangis" kata Abu Bakar siddiq" jika tak boleh menangis,buat2 menangis masa depan ALLAH..AMIN"

Thursday, May 17, 2012

Perspektif

Antara sebab kenapa aku suka ke negara kangaroo ni ialah kerana diversity flora & fauna + bentuk mukabumi nya + man made structures nya yang menarik. Tak habis explore lagi. Makanya tahun ni, Insya Allah pada hari raya ke 11, aku akan balik kampung lagi...hehehehe..kampung di Western Australia.

Tengok balik gambar gambar siri perspektif ini membuatkan aku tak sabar nak balik kampung :)

Blue hour di Coogee Beach, Coogee. Pekan kecil ~ 30km dari metropolitan Perth

Busselton Jetty, Busselton. ~ 220km dari Perth. Jeti terkenal sepanjang 1.8km merentasi Geogrape Bay. Di iktiraf sebagai jeti terpanjang di hemisfera selatan. Cerita jeti ni, kalau nak baca :)

Lotterywest Federation Walkway di Kings Park & Botanical Garden, Perth.Walkway sepanjang 620m ini adalah antara tarikan di Kings Park. Sebahagian drpd walkway ini ialah jambatan gantung seperti dalam gambar, yang tingginya ialah 52m dari atas tanah, merentasi rimbunan pohonan eucalypts.

 Hamelin Bay. Teluk yang terletak ~ 300km dari Perth ini terkenal dengan kehadiran ikan pari yang sering bermain di tepi pantai, dan jinak dengan manusia. Teluk ini juga terkenal dengan air lautnya yang sangat biru & cantik.

Early sunrise di Turner St Jetty, Augusta. Tarikan utama di bandar kecil Augusta yang tak jauh dari Hamelin Bay ( ~ 16km) ialah rumah apinya yang dipanggil Cape Leeuwin Lighthouse. Boleh juga mengembara ke gua gua batu kapur yang banyak terdapat dalam radius 10-20km dari bandar Augusta ini. Cerita Augusta kalau nak baca :)

Mini waterfall di Kings Park & Botanical Garden. Ianya adalah man made waterfall.

Valley of The Giants Tree Top Walk di Walpole, ~ 430km dari Perth. Nikmati pengalaman berjalan di atas jambatan gantung merentasi hutan yang dipenuhi pokok tingle.Point tertinggi jambatan gantung ini ialah 40m dari atas tanah.

Wednesday, May 16, 2012

WW: Inconsiderate + Tamak

Tuesday, May 15, 2012

Ikon Membaca Kebangsaan

Semalam mantan PM, Tun Dr.Mahathir dinamakan sebagai Ikon Membaca Kebangsaan, di Perpustakaan Negara. Pemilihan Tun M bagi aku amat tepat, sebab beliau antara individu yang terkenal dengan sifat kuat membacanya. Antara garapan kata kata beliau semalam ialah, rakyat negara maju seperti Jepun menjadikan budaya membaca itu suatu budaya yang serius, dengan rakyat Jepun secara purata membaca 40 buah buku setahun.Sebab itu mereka maju. Tun M juga menyatakan di era tablet pc/smartfon, adalah amat mustahil kalau kita malas membaca. Aku setuju. Dan aku juga berpendapat, salah satu rahsia Tun M kekal cergas dan sihat, ialah kerana minat beliau membaca, dan selalu berfikir secara kritis ( selain amalan pemakanan yang memang beliau jaga + regular exercise )


Sebagai menyahut cabaran utk lebih banyak membaca buku, buku ke 4 aku beli tahun 2012 ini. Ya, sedih bukan, baru 4 buah buku aku beli walaupun 2012 dah hampir separuh tahun berlalu. Buku Mukmin Professional ini aku beli jua akhirnya, semalam...setelah sekian lama mendengar slot Ustaz Pahrol ini di radio Ikim setiap hari Isnin jam 5.15pm. Secara peribadi, aku sarankan anda semua baca lah buku ini, ataupun paling tidak cuba luangkan masa dengar slot itu, Insya Allah, amat bermanfaat.

Kalau korang nak baca, bacalah. Ekekeke..aku pegang aja buku ni semalam di kedai buku, tak beli pun..tertarik tengok kulit depan dia, tang huruf I tu dilubangkan, ada gambar Najib dalamnya..:P


~ akhir kalam, marilah kita banyakkan membaca. Jangan rajin baca blog & FB aja tau..ahahaha~

Monday, May 14, 2012

Muzakarah

tak larat nak menaip panjang..baru balik dari trip KB- KT malam tadi. 3 hari berjalan jalan..3 hari tak online langsung..

on the way singgah lagi ke Hai Peng Kemaman..pekena roti bakar + kopi bagi segar mata.
dah 4 kali ke sini, baru perasan ada signboard ni kat satu sudut kopitiam ni  :P



Thursday, May 10, 2012

Jangan Asyik Komplen

Sabda baginda Rasul SAW:

Lihatlah kepada orang yang di bawah kamu dan jangan lihat orang yang di atas kamu. Itu lebih baik agar kamu tidak memandang remeh nikmat Allah ke atas kamu
[Hadith riwayat Imam Muslim – no.7619]


Ni gambar petang kelmarin aku ambil dari dalam kereta. Kadangkala kita rasa boring dengan kerja kita, rasa macam 'apasal lah ayah aku bukan Ananda Krishnan ka, Syed Mokhtar al Bukhary ka..'jadi, tak payahlah nak susah payah kerja..goyang kaki aja, boleh melancong sana sini, duit berkepuk kepuk dalam bank makan 7 keturunan tak habis.

Tapi kau lupa daddyziyyad, kalau kau ditakdirkan tuhan kena kerja tengah-tengah panas, berdebu berhabuk, risiko kena langgar dengan kereta tepi jalan macam dalam gambar tu, baru kau tau betapa besarnya nikmat tuhan dah bagi kat kau selama ni..

Firman Allah SWT:
 Maksudnya:
Jika sekiranya kamu semua menghitung nikmat Allah, pasti kamu tidak akan dapat mengiranya.
[Surah Ibrahim, ayat 34]

 
 ~ sekian, tazkirah khamis( selalu bagi tazkirah hari jumaat, tapi sebab esok pagi2 aku dah nak ke Kota Bahru, so aku buat tazkirah awal sikitlah ya..ahahaha)~

Wednesday, May 9, 2012

Salah Mak Bapak

Pesakit aku petang semalam, seorang budak perempuan umur 14 tahun, datang bersama adiknya.
Tak banyak cakap, aku tanya sepuluh patah, dia jawab sepatah.

Tunjuk tangan dia. Dia kata dia kelar. Aku tanya nak bunuh diri ke apa? Senyap. Aku tanya kenapa, apa masalah? Senyap. Aku tanya macam -macam.Senyap. Rasa macam cakap dengan tembok.

so aku pun cuci lah luka. masa cuci luka, aku perhati betul betul, banyak kesan kelaran lain kat tangan budak perempuan ni. Aku tanya lagi. Senyap. Adoii aii... Tanya mak/ayah mana? Senyap. 

nampak tu kesan kelaran lama. Budak ni dah lama suffer, aku cakap dalam hati.

Entah macam mana, staff aku dapat idea tanya adik budak perempuan ni yg datang sekali(tapi dia duduk kat luar). Adik dia kata akak dia stress, sebab mak ayah selalu gaduh. Setiap kali stress, setiap kali itu lah dia kelar tangan dia. Dan umur dia baru 14 tahun ok! So aku tak heran lah baca cerita remaja jadi bohsia/cikaro/peragut sebab family berantakan. 

Gamaknya, takde lah mak/ayah budak ni datang jumpa aku hari ni. ( sebab aku mintak budak ni datang ke klinik bawa mak/ayah, aku nak soal siasat/kaunseling atau refer ke pihak yang berkenaan).


Monday, May 7, 2012

Promo Launch

Aktiviti hujung minggu yang lalu, menjadi photographer, buat pictures stock for the upcoming business web.Website nya bila siap nanti, akan aku announce di blog ini. Gambar gambar ni kira promo launch la...mana lah tau ada yang nak order awal...ekekekke..kalau nak order, sila beritahu, mana lah tau MommyZZ kasik diskaun sebagai customer awal..:P

Cupcake fondant:  Angry Bird theme

Model makan angry bird cupcake, sambil pakai baju angry bird. ~ahaha

Cupcakes fondant yang lain. Nak motif angry bird, nak bunga bunga, nak letak stetoskop, nak letak patung awek, nak apa saja...just mentioned it, custom made konsepnya...

apam beetle pun adaaaaaa...:P

cream puff pun adaaaaa...nak gantikan cream tu dgn coklat ka, apa ka..pun bolehhhh

fondant cake...

fondant cake lagi..saja nak posing ala ala style chef mat gebu...~ahahaha

macarons. MommyZZ buat macarons yang less sweet, lebih badamnya, dan sedapppp filling nya..:) .Shell & filling nya ialah custom made. So customer boleh pilih nak perasa apa. Contohnya shell berperisa strawberry/coffe/choc/red velvet/lemon/etc...dan fillings pun boleh pilih, eg caramel/strawberry/blueberry/choc nutella/lemon curd/etc. Nanti di official website akan diberi whole list of choices availables.

macaron ni bukannya dijual sebijik 50 sen ya. :)   Cuma nak tunjuk saiz macaron nya, relatif kepada saiz duit 50 sen. Harga sebijik ialah antara RM2.00 ke RM2.20 aja. Kalau nak custom made saiz besar/lollipop/macaron tower, pun boleh... Insya Allah, dalam seminggu dua ni aku akan buat GA macaron..


Selain dari benda benda ni, mommyZZ buat jugak home made chocholate. Ada beberapa bloggers yang dah makan coklat ni. So boleh tanya testimoni mereka..:)  Ni link untuk entri pasal homemade choc : http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2011/11/meniaga-kecil-kecilan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...