Monday, April 30, 2012

One Hundred Thousand

Tadi on the way gi kerja, dengar kat Hitz rakaman talk show melibatkan aktor Mel Gibson. Talk show Jay Leno.
 kot la ada yang tak kenal Mel Gibson, ni lah dia..femes dgn movie Braveheart dia ni


Mel Gibson ni ada temper tantrum. So bila Jay Leno tanya dia, apa cara dia nak kurangkan stress dan anger dia tu semua, dia kata dia akan memasak. Dan feveret dish dia ialah a Malaysian soup called LAKSA.  Okeh, aku bangga jugak dengar.

Lagi bangga bila Mel Gibson kata dia boleh masak Laksa! Hahaha..aku sendiri tahu makan aja.
Mel Gibson suka masak laksa! Walauwehhhh..

Host tanya lagi, apa itu laksa. Mel Gibson pun terangkan maksud laksa tu ialah one hundred thousand, dalamnya ada ayam, udang kering, santan, togeh, noodle.. bla bla bla..So bila deejay Hitz buat Google search pasal maksud Laksa, ya, memang betul..one hundred thousand maksudnya ( lakshas dalam bahasa Sanskrit). So, memang Mel Gibson betul betul tahu pasal feveret dish org Malaysia ni :)


Moral: Terus terasa nak belajar masak laksa. :)

Friday, April 27, 2012

Apa Ada Dengan 5 Sen

Kejadian: ~ 9.15pm, malam semalam.
Tempat:  Mekdi
Aktiviti: Tengah berdiri depan kaunter menunggu pesanan siap.

Hamba Allah: Bagi dabelcis beger, bla bla bla..
Budak Mekdi: Ok kak...Total bil RM24.05
Hamba Allah:  5 sen pun ada? Dik, tak boleh ke? (sambil buat muka mintak bayaran 5 sen tu di lupuskan, a.k.a mintak diskaun)
Budak Mekdi: ( muka speechless)

 Nak aja aku cakap " kak, ni 1st time ke akak makan kat fastfood outlet? Nak mintak diskaun bagai. Lagipun kak, budak tu kerja aja kat sini, dia bukan tokey Mekdi ni"

Moral of the story:
Janganlah mintak benda yang bukan bukan. Selain anda juga ada risiko menghadapi kemaluan, orang yang diminta tu pun silap haribulan jelik/meluat/terkesima dengan permintaan anda.

Ohhh..ada sambungan dialog di atas..ekekeke...
Sejurus selepas akak tu bayar, dan tunggu order dia siap ( dan aku masih diri sebelah dia tunggu order aku)

Hamba Allah: ( tangan mengetuk ngetuk mesin resit)  .....( padahal lepas dia bayar aja, resitnya si budak Mekdi tu dah letak atas tray siap siap)
Budak Mekdi: Kak, resit nya tu kak ( sambil tangan tunjuk kat dalam tray akak tu)
Hamba Allah: Ohhh..ok...nak tengok bayaran yang lima sen tu.

Aku: ( aku pulak yg speechless dan terkesima!)

~ 1st time makan ayam goreng Mekdi. Sedap jugak ya. Ye lah, tekak ni asyik makan ayam kepsi aja~

Thursday, April 26, 2012

Claimed As Superhero ( hidung tak mancung, pipi tersorong sorong)

Bermula hari ini, di pawagam -pawagam berhampiran anda. Siapakah superhero pilihan anda?

- Sebenarnya, ada ramai superhero di luar sana, yang mana ramai daripadanya ialah the unsung superhero..yet, ada yang langsung tak layak mendapat credit, mendapat credit..... dan lebih memalukan, mengaku mereka hero! 

~sekadar gambar hiasan~

~ siapakah superhero anda di luar sana?~

Wednesday, April 25, 2012

Tolong Tazkirah Sikit Pegawai MPKB ya, Datuk Nik Aziz

Masa di Kota Bahru, bawaklah hero hero ni bergumbira di sini...masuk museum..


parking betul betul depan signboard ni. Ok, aku bawak kereta, bukan bas/lori/kapal laut. So boleh parking sini. Dan sebelum ni aku dah parking kat bandar KB ni , aku perhatikan...mereka pakai sistem meter yang ada depan parking space, masuk syiling. Aku tengok kat kawasan parking aku, takde pun tiang meter depan lot parking aku, so aku assume parking FOC lah.

masuk muzium dgn lenggang kangkungnya lepas kunci kereta. Ok, actually cepat2 masuk dalam muzium pasal kat luar panas berdenting. Ya, macam aku ada cakap sebelum ni, panas gila kat KB ni. Layankan lah si ziyyad dengan posing gaya hensem nya. ~ahaha

si zayyan pun kebetulan pakai baju ala ala pirate. Pirate yang syiok jumpa peti harta karun. Aku kaya..aku kaya!!  Tu agaknya kata zayyan..ahahaha..

tadaaaaaaaa....ni lah cenderahati aku dapat dari pegawai Majlis Perbandaran KB, Bandaraya Islam. Rupa rupanya kat sebelah hujung(jauh okey) belakang parking lot ni ada sistem parking, tapi bukan pakai tiang masuk syiling, tapi masuk syiling lepas tu dia keluarkan tiket utk pamer kat atas dashboard.Aduh! Dan ada SATU aja mesin nya. Mati mati aku ingatkan FOC parking kat sini, pasal aku tgk sistem parking kat tempat lain dlm bandar ni pakai sistem tiang depan parking space. Yang pandainya pegawai majlis Perbandaran Bandar Islam ni, ada sebijik bas betul betul parking kat sini, tak pulak di saman, padahal terang lagi bersuluh tulis macam kat signboard tu, HANYA KERETA aja boleh parking. Apa boleh buat? Tak kan aku nakgi ngadap Nik Aziz mengadu. Bayar saja lah..ahahah

Tuesday, April 24, 2012

Kuda Laut

Dalam blog ni, aku selalu bagi review tempat yg aku lawati, review makanan..rasa rasanya tak pernah nak review pasal hotel/accomodation kan..So hari ni nak try buat review pasal hotel yg aku tinggal masa gi jalan jalan Kelantan- Terengganu last week.

Nama hotel: Sutra Beach Resort
Lokasi: Kg Rhu Tapai, Merang, Kuala Terengganu. ~ 30 km ke utara K.Terengganu.

 antara building complex nya. Ok lah, selesa, tak sesak. nak jalan jalan santai senang

biliknya best, betul betul depan pantai. The beaches is clean, sebab tak open to public, only to hotel guests. Malam malam duduk kat depan beranda minum kopi, mahsyuk...Tido boleh dengar bunyi ombak menghempas pantai..ahahaha..

pasir pantainya halus, cantik. Memang mostly pantai kat area sini macam ni pasir nya.Kalau pergi pulau pulau kat Tgnu ni, lagilah cantik dan halus pasirnya kan..Terlupa nak ajak ziyyad buat sandcastle.

The surroundings. Kat belakang pool tu ialah tempat makan, open concept. Sambil makan, sambil tengok pool/beach. Buffet breakfast nya ok. Cuma tak try makan malam/lunch kat situ, sebab sekitar resort ni banyak kedai kedai tepi jalan yang boleh pergi makan, for a cheaper price, of course..:)

The swimming pool. Besar, luas, infinity concept.

Sebelah kiri pool ni ada bar, cuma sepanjang dua hari aku duduk sini, tak pernah di buka pool bar ni. Tak sure lah pasal bukan weekends/bukan school holiday, sebab tu bar nya tak di buka. Kalau tak, boleh minum air jus buah ada payung kecik sambil berendam dalam pool..~ahaha

petang-petang, jalan kat beach nak bakar calorie lepas makan kat warung pok nong. Sekali jumpa kuda laut daaaa...Suka lah si ziyyad..

kannn? ni betul betul punya kuda laut..hahaha..aku tak tahu lah, kuda boleh berenang atau tidak?

tengok kuda ni,  berangan nak naik kuda tu susuri tepi pantai..:p

aku speku kuda yang sekor ni takut air. bukan main payah nak ajak dia masuk laut.

Rumusan:
- not bad juga lah lepak kat Sutra Beach Resort ni kalau nak santai, tenangkan fikiran..
- sepelaung dari Sutra ni, ada Suria Merang Beach Resort, aku pernah tinggal kat situ 3 tahun lepas, aku tak recommend korang stay situ lah, not worth the money. Better lepak kat Sutra ni.
- kalau nak betul betul cantik, sila lah ke pulau2 peranginan di Terengganu.
- 3km dari resort ni, ada satu restoren tepi jalan yang jual nasi dagang yang sedap. Rasa pulut/nasinya balance. Tak macam beli nasi dagang kat KL, rasa pulut aja lebih.Lupa pulak nama restoren ni.

Monday, April 23, 2012

Warna Warni Kota Bahru

Sungai Kelantan mengalir lesu, macam teh tarik mamak. Mari Ziyyad bawa anda semua nikmati warna warni Kota Bahru.

Anda pernah terfikir tak betapa warna warninya di Pasar Siti Khadijah? Pernah terfikir tak macam mana makcik ni nak keluar dari tempat duduknya, in case nak cepat pergi ke toilet? ~hahaha

Kalau makcik ni, mungkin senang lah kot dia nak keluar masuk dari tempat duduknya. Taklah di kelilingi 360 darjah dengan hasil jualannya. :)

Hanya di Kelantan kot..Banyak kedai emas yang tokey nya Melayu. Berderet kedai emas kat satu jalan. Perompak pun maybe pening kepala nak rompak yang mana satu.

warna warni penutup botol. Juga di Pasar Siti Khadijah. Kalau botol ni buat bekas kuih raya pun okay jugak kot, ahahaha.

Hanya di Kelantan, kot. Oh ya, adik ipar aku akan bagi mas kahwin nya dalam bentuk dinar emas nanti. So boleh lah bakal bininya shopping kain tudung kat Bazar Tok Guru ni..ekekekeke..

Aku ada baca pasal Maggi Ketam yang hebat katanya di KB. Tapi tak sempat try pun. Perut kenyang sentiasa dengan makanan lain..ahahaha...Yang ini betul betul kat tengah bandar KB. Kalau ikut kata adik ipar aku yg study kat sini, dia kata antara yang best ialah di Tok Bali. Manalah aku sempat nak jelajah sampai ke Tok Bali bagai..:)

Ahahaha...couldnt resist my desire. Stop jugak tepi jalan, ambik gambar kedai pizza ni. Actually banyak benda yang syiok nak di ambil gambar, cuma lebih sesuai kalau jalan kaki. Malangnya, kaki ini malas nak jalan sebab perut dah kenyang + panas.

Pemerhatian aku:
- KB ni pun memang syurga makanan. Dah tambah list syurga makanan aku, sebab selama ni asyik gi Penang aja. :P

- Kelantan miskin. Okay, ni bukan aku yang kata. Adalah satu umat tu kata dan kata kata umat tu asyiklah di print dalam suratkhabar umno Utusan. I beg to differ. At least for KB lah, daerah daerah lain aku tak boleh komen, sebab tak perhati betul betul/tak sampai. Melambak banglo, kereta menjalar kat sini. Ada orang kata sebab hartanah kat sini murah, so mereka kaut duit kat negeri orang( berniaga tomyam/jual kain/etc) dan buat rumah kat sini. So what? Mereka pandai kaut rezeki, bukan hanya nak harap subsidi. OK, dah, tak boleh lebih lebih, ni bukan blog politik :P

- KB memang panas wehhhh..Serious panas. 

- Kelakar juga tengok signboard semua kedai ada tulisan jawi. Yg unik nya tengok bagaimana mereka cuba eja perkataan yang susah-susah dalam jawi. Eg: Prudential, International.

Thursday, April 19, 2012

Warung Pok Nong

Baca komen mommyfara semalam, beliau suggest gi makan kat pok nong..maka dengan gigihnya aku google..ohh, dah siap masuk JJCM rupa rupanya...so semalam petang mula kan  misi mencari warung pok nong..

-4 kali berhenti tanya orang + 3 kali telefon si Pok Nong nya sendiri..jenuh tahu nak mencari warung nya..sampai terlajak ke warung warung ICT yang melambak kat airport tu..tengok nama warung tu, "Pok Long".. telefon Pok Nong, dia kata "ohhhh..memang ramai yang confused pok nong & pok long tu"..okey..ujar pok nong lagi " dah jauh terlajak tuuu..gostan kat Batu Rakit..Mengaba Telipokkkk"..okehhh..cariklah kami Mengaba Telipokkkk(Mengabang Telipok)..~ahaha..

gigih tak gigih? kami customer pertama yang sampai ke sini, seawal 3.40pm. Mommy berkenalan dgn Pok Nong yang bercakap dgn nya di telefon tadi..sotong/ikan/udang pun belum siap goreng lagi masa ni..pok nong kata " maaf ya..lambakkk sikit goreng hari ni"

orang belum ramai lagi, maka pok nong lah yang buatkan ABC & air jagung parut kami..masa ni aku & wife wonder " biarlah berbaloi kami susah payah carik warung ni."..sebab tak nampak lagi orang datang..

ni dia signboard warung ni, kat dalam warung ni....ambik no fon ni kalau korang nak ke sini..mana lah tau, sesat barat nak mencari macam kami, boleh telefon direct si pak nong..ahahaha...teringat masa tanya orang tepi jalan, dia kata " memang takde signboard tepi jalan tunjuk warung tu"..hadoiii aiii..pok nong, lepas ni pasang signboard tepi jalan ya..warung pok nong pun dah glamer..orang luar macam kami pun gigih nak try tahu..:)

ABC pok nong..belakang tu air jagung parut pok nong...nampak bodoh aja ABC ni, tapi sedap!..Ok..berbaloi..bab air.

Setelah hampir 15 min di warung ni, orang dah start ramai datang. Teringat baca kat satu blog masa meng-Google semalam, takde 'sistem beratur' di sini. Sapa cepat rebut, dia dapat..ahahaha..nasib baik kami sampai awal..so awal awal lagi dah kaut sotong & udang celup tepung yang 1st batch siap di goreng..

tu diaaaa...3 ekor sotong celup tepong. besar weeeyyyyy...freshhh..sedappp..

ni saiz sebenar sotong ni...besar kan? tapi dia bagi sekor2 macam tu, ambik gunting, gunting sendiri kalau nak makan..

gunting disediakan..so pandai pandai lah nak potong besar mana pun sotong tu..

ni lah rupa sotong yang dah siap di gunting..ni hasil guntingan seekor sotong

selain sotong, kami order jugak udang petang semalam..10 ekor udang celup tepung..fresh, manis, dengan kulit2 dia boleh makan..

dua orang hero yang hanya makan kopok lekor..ziyyad tak makan sotong, sebab dia kata macam makan getah..not bad rasa kopok lekor dia..zayyan pulak lagi lah tak boleh makan sotong/udang, gigi pun takdak, walaupun bulan depan dah setahun umur! ahaha

lebih kurang jam 4.30pm, ie setelah lebih kurang 50minit kami lepak di sini, orang dah makin ramai..kelassss betul org Ganu kan, minum petang makan sotong, makan ikan, makan udang goreng..mewah betul..orang JB petang2 makan pisang goreng tepung aja tahu! ~ahahaha..

~ jam 4.40 pm, sebelum kami pulang..kereta dah bersusun kat depan warung ni..so logik la kata blogger lain, kalau gi sini pukul 5pm lebih, jenuh la nak menunggu tempat duduk..

Final verdict: - hampir setengah botol sos yg sedap habis di makan, 3 ekor sotong, 10 ekor udang besar, 10 kopok lekor, satu ABC dan satu air jagung parut + segelas air kosong = RM 27.60. Berbaloi ke tidak? Bagi kami, berbaloi sangat sangat. Fresh, sedap, murah.



Ok, sekarang dah pukul 11.20am. Nak check out dari hotel di Merang ni, nak menuju ke KT. Tak sure lagi nak balik KL terus hari ni, atau stay pulak kat Cherating/Kuantan..


Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday: Ganu Kite





Sutra Beach Resort, Kg Rhu Tapai, Merang,Ganu.


ps:

- kepada kawan-kawan yg suggest makan kat restoren nasi ulam Cikgu, ya..kami gi makan semalam..tapi bukan di Kg Kraftangan, tapi di cawangan mereka di Taman Orkid, Pengkalan Chepa.
Nanti -nanti upload gambar. Nak layan si ziyyad & zayyan kat pool & pantai.

Tuesday, April 17, 2012

Kembara Nasi Kerabu, Day One ( Live)...live lah sangat..hahaha

Ad hoc plan semalam...pukul 12pm bertolak dari Nilai, balik ke rumah di Klang..ambik baju, tripod, etc...Nak buat kembara Kelantan- Terengganu..maybe sampai Khamis, or Jumaat ni..

Pukul 3pm lebih kurang bertolak, ke Kota Bahru! Ya, KB...ahahaha..dah pukul 3 baru nak start jalan..

Pukul 7.00pm sampai di persimpangan Kg Raja(Cameron Highlands), dan kalau straight ke depan, ke Gua Musang. Hujan lebat jugak, berkabus. Decision..decision..nak terus, atau tido dulu kat Cameron Highlands..call Kak Ina (cousin aku yg selalu ulang alik KL-KB, dia tokey besar kain sutera kat KB), dia kata okay aja jalan tu, even malam malam..call alon( abang mommyZZ), dia kata, jangan, bahaya!

So?
Kami decided redah aja terus, nak cepat sampai KB, katanya..ahaha..
All the way ~ 89km from simpang Kg Raja, CH tu ke Gua Musang, memang aku & wife tak sudah sudah menyesal ikut jalan ni, waktu malam, berkabus tebal, hujan! Sunyi pulak tu..kalau ada pun 2-3 kereta yg lalu, tu pun laju, jenis pick up macam Hilux/Triton..Aku bawak average 40-60km/j  aja..serious. Tak nampak jalan sebab gelap+kabus+ bahaya corner naik turun bukit. Aku berdoa panjang jangan lah rosak kereta/pancit tayar. gila punya ulu/hutan jalan ni.

Sampai Gua Musang aku & wife bersyukur + tergelak lega..dan dah niatkan, lepas ni memang TAK AKAN IKUT JALAN GUA MUSANG NI waktu malam! Kerja gila. Orang lain maybe ok..

~ 11.30pm, sampai Nilam Puri, berhenti makan.

~ 12.40pm, sampai bandar Kota Bahru..nak cari hotel Renaissance pun dah tak sempat, ngantuk..redah ada bajet hotel yg ada tengah tengah bandar ni..ok lah kan..nak tido aja kan..dah dekat 1am...

Oh lupa, time ni lah aku SAKIT MATA !! 
Punyalah byk time lain, time ke sini lak aku sakit mata..
Memang last week aku byk gila jumpa patient sakit mata..

patutlah pagi pagi seawal 6am tadi bising aja aku dengar dari dalam bilik hotel..tengok dari tingkap hotel..laaaaa..belakang hotel ni Stesen Bas KB..

Kat KB ni masih ada beca rupa rupanya..Beca ni kat bas stand KB tu lah...

Sebelah belakang, tepi hotel bajet ni ada Parkson..So memang aku tengah tengah bandar KB ni..

aku & zayyan si belang belang pagi ni..kenalah pakai spek juga, mata dah sakit...dah lah contact lens tu aku baru bukak semalam..huhuhu..kena buang..nak cari pharmacy beli ubat, malam tadi dah tawakal guna ubat mata tradisional, breast milk! ahahahahaha

Okay, dah pukul 9.15am ni...nak keluar gi makan nasik kerabu...jangan jelesssssssss Hanie....hahahahha

Thursday, April 12, 2012

GA Macaron

sorry guys 3-4 hari tak up date blog..busy dgn pelbagai urusan lately, kena bergerak ke sana ke sini.....termasuk urusan mommy yg ini..malam malam sikit baru dapat blogwalking..sorry ya..


~ GA berkaitan akan menyusul dalam masa terdekat~

Friday, April 6, 2012

Belajar Geografi Betul Betul

Semalam aku dan kawan satu sekolah dgn aku dulu  yang tak pernah bertegur sapa masa zaman sekolah, hahaha punyalah aktif mengomen gambar yang di titipkan oleh rakan FB kami, yang mana juga ialah rakan blog kami, MasZuber.

Punyalah cantik gambar tu, jadi aku teruja nak share kat sini, walaupun aku yakin lepas ni Mas akan up date kat blog beliau..ekekekeke..sorry Mas, cilok your gambar..:P

Srinagar Village

Yang kelakarnya, aku dan kawan sekolah lama aku punyalah confident mengomen "macam bukan kat india", dan "maybe kita patut lawat India". Lepas tu bermulalah sesi aku dan kawan lama aku tu mengutuk negara India, kotorlah,busuk lah, banyak sampah lah, orang kencing tepi jalanlah..maka aku & kawan sekolah aku tu pun  se-kepala decided bahawa India ialah negara yang terakhir kami akan lawati, selepas puas melawat negara negara lain di dunia ini!

Sekali masuklah tuan punya FB, Mas, yang dah ke sini dan beritahu kami:
"of course , ini bukan di India, tapi di Kashmir"  - merujuk kepada komen kawan sekolah aku "macam bukan kat india" tu . ahahahahaha..

So, rupa rupanya Srinagar itu di Kashmir ya, bukan India, dan tu pasal ia cantik!

So, aku dan kawan sekolah lama aku tu perlu baca balik buku geografi. Ahahaha..
Dan pastinya, teruja jugak nak ke Kashmir!

oooooo..kat situ Srinagar, Kashmir..kat bawah sikit tu pulak, India..ahahaha

Oh ya, menurut Mas, penduduk kat sini 95% Muslim, so nak cari makanan halal amat mudah, dan beliau spend 3 hari tinggal di kampung yang cantik macam lukisan dalam poskad ini.

Itu aja lah perkongsian aku. Cerita lanjut, tunggulah Mas up date kat blog beliau http://theponderofme.blogspot.com/

Thursday, April 5, 2012

Kita Semua Hina..kecuali...


Gambar ini aku perolehi di internet. Rasa rasanya, ramai antara kita dah tengok gambar ini.
Kita tolak ke tepi perasaan ingin mencemuh/mengeji/mengata, sebaliknya kita doakan yang mana tak betul/over tu, semoga tuhan beri petunjuk, dan berubah, itu lagi baik kan.

Cuma tauladan yang perlu kita ambil dari gambar ini ialah:

-setinggi mana pun darjat/pangkat kita yang tuhan dah anugerahkan, kita kena bersyukur, dan jangan hidup menongkat langit. 

- tak perlu jadi raja baru kita jadi sombong..kadangkala, pandangan mata kita ni pun yang bukan raja dah menjadikan kita sombong/takbur/ego/rasa tinggi diri. Kita letak taraf sesama manusia based on keturunan nya, based on pekerjaan nya, based on harta nya, dan of course, based on rupanya. Tapi tuhan tak tengok langsung semua itu.So bayangkan, kalau kita menjadi raja, entah entah lagi teruk perangai sombong kita tu. 

Aku tak mahu tengok jauh. Aku lihat dari aspek kerja aku sendiri, sebagai doktor. Melambak pekerja asing di sini kan. Pastinya semua doktor di Malaysia pernah merawat pekerja asing, bangla , nepal, myanmar, pakistan, go head gostan, dan banyak lagi negara lain. Aku perlu muhasabah diri aku sendiri, yang mana kadangkala terbit rasa menyampah/pandangan sinis bila patient bangla masuk jumpa aku. Dengan busuk baunya, dengan perangai mengada ngada nya, tapi aku harus akur, bangla ni susah payah datang malaysia cari kerja..keluarga dia di sana pasti miskin(kalau tak takde lah dia datang sini)..aku kena betulkan pandangan mata aku..aku kena rawat dia sebaik mungkin, sebagaimana aku rawat ahli keluarga aku sendiri. Aku kena hormati dia, walaupun dia miskin, walaupun dia busuk, walaupun dia mengada ngada dressing pakai kemeja warna warni dan mintak itu ini! Dan yang paling penting, bangla ni saudara seIslam aku! Sebab mungkin jua di mata tuhan, bangla ini lagi mulia dan tinggi darjatnya dari aku. Insaflah wahai daddyZZ.



Wednesday, April 4, 2012

WW: Akan Datang Menemui Anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...