Friday, March 30, 2012

Jawatankuasa Khas & Tahniah Datin Zizie Ezette

Selak selak akhbar online pagi ni, terbaca kisah ni:

Jawatankuasa khas tentukan lagu Bawaku Pergi

JELEBU 29 Mac - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas penilai bagi menentukan kedudukan sama ada lagu 'Bawaku Pergi' nyanyian pelawak dan pelakon terkenal, Zizan akan diharamkan atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut.
"Kita teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah kita wujudkan, jadi beri kita sedikit masa untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Saya juga akan mengesyorkan kepada RTM khasnya bahagian muzik kementerian untuk memberi laporan bagaimana dan apakah pendirian masyarakat terhadap lagu ini dan apakah tindakan yang perlu diambil berhubung seni kata, lirik dan lenggok alunan lagu itu," katanya.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

- aku tak pernah dengar lagu ni. So aku cuba buat kajian Google apa isunya dengan lagu ni.Oh, katanya lagu tu 'macam menggalakkan remaja lari dari rumah'.

Ini lirik lagunya:

 BAWAKU PERGI -Kaka feat Zizan

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau  bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Masing masing ada intrepretasi tersendiri. Ada yang dakwa lirik ini perlu di lihat dari aspek lain, ada yang kata ia memang membawa maksud negatif. Apa apa pun, baguslah kalau kementerian Pak Rais ni ambik serius pasal lagu ni.

Cumanya...ada cumanya tu...

Janganlah ibarat virus seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak.

Lambakan drama melayu yang bertaraf sampah, yang penuh dengan kisah hantu tak berkesudahan..diselitkan sepotong dua ayat Al Quran kononnya nak mendidik, tapi jika dilihat secara keseluruhan drama/filem, ianya memang sampah. Memanglah patut Melayu itu, layu. Maaf cakap. Harap drama/filem macam ni pun diberi pemerhatian dengan menubuhkan jawatankuasa khas.

Lambakan drama/filem Melayu yang sah sah penuh adegan ranjang terlebih(katanya filem tsunami rindu ke hape ntah..aku tak tengok pun..ada adegan2 macam ni), pun perlu lah di tubuhkan jawatankuasa khas.

Lambakan artis yang mendedah segala celah di segala majalah Manggis,Mangga, Pancasitara, Pancaindera..bla bla bla,..haruslah ditubuhkan jawatankuasa khas..

Kita bising bila budak budak melayu kena denda RM25 sebab buat tarian tiang ( kah kah kah, lawak betul bila di  translate nama pole dance ini)..Tapi kita tak bising mencemuh bila adegan dan gambar lebih kurang tarian tiang hari hari keluar kat tv. Ohh..mungkin urban kot pegi minum joget joget kat bar..so patut tayang kat tv..ye lah, anak VVVIP pun urban kan..So maybe tak perlu buat jawatankuasa khas.

 Akhir kata, sebab entri ini ada kaitan dengan artis, aku nak ucapkan sekalung tahniah lah kepada Zizie Ezette kerana kini dah sah bergelar Datin Zizie.  Kalau banyak masa nak baca, BACA INI

Thursday, March 29, 2012

Ada Kucing Ada Tikus

Aku tak jemu jemu mendidik membebel
Sebab aku nak sangat tengok negara aku ni, menjadi negara maju.
Maju dari aspek pembangunan, dari aspek perangai & mentaliti rakyatnya.

Anda pernah tengok orang naik BMW selamba buang sampah dari tingkap kereta?
Siapa kata kalau kaya, minda tu pun ada kelas...tak semestinya...
Kadangkala sama aja tahap minda nya macam orang yang naik Kancil.

Anda pernah tengok mak Datin dengan egonya bercakap kuat kuat kat henfon ( nak beritahu satu dunia dia ada majlis minum petang di Paris) ?
Siapa kata kalau kaya, minda tu ada kelas..tak semestinya..
Kadangkala sama aja tahap minda tu macam warga buruh Indon yang bercakap berdegar degar di henfon.

aku tak jumpa lagi friendly reminder macam ni di negara maju. Di Malaysia,flush jamban lepas guna pun perlu di ingatkan.

Wednesday, March 28, 2012

WW: Musim Kahwin & Photography

Tuesday, March 27, 2012

Cuba Check Gobok Anda Sekali Sekala

Pagi tadi belek belek koleksi baju seluar dalam gobok:

' baju paling lama (t-shirt)' yang masih elok, dan acapkali dipakai rupa rupanya aku beli pada tahun 2000. Wauu..sudah 12 tahun usianya.

'baju paling lama ( kemeja) yang masih elok, dan dalam sebulan 3-4 kali juga aku pakai, rupa rupanya aku beli pada tahun 2003, masa mula mula nak start kerja di hospital. Wauuu..sudah 9 tahun usianya.

' baju paling jarang aku pakai'...rupa rupanya aku beli dah dekat 3-4 tahun dulu..ada beberapa helai..Wauuu..rupa rupanya aku pakai paling kerap 2 kali! Haha

Tengok pulak jeans..bersih..terlipat..
' paling lama aku pakai jeans tanpa basuh' ialah ~ sebulan kot. ~hahaha..Wauuuu..ini zaman student dulu..lagi lusuh busuk, lagi best. Bila dah kawin, pakai 2-3 kali dah basuh. Kekadang pakai sekali pun basuh.

tak lah sampai nak macam ni azam 2012 tu pun..haha


~ kalau  misi dan azam 2012 tercapai, aku janji aku akan clear kan gobok aku ni, sedekah mana yg  patut, buang mana yang dah uzur. Mula dengan yang baru! Tu kalau tercapai lah azam 2012. Ada 9 bulan lagi! ~

Sunday, March 25, 2012

Selamat Hari Lahir Uncle Gedek

25 March 1969, lahirlah seorang anak seni.
Aku bertuah dapat kenal seorang insan seni ini.
Macam biasa, insan seni, rambut mesti panjang, barulah seni.
Kenapa aku kata aku bertuah, sebab seingat aku, aku tak pernah kenal/ada kawan yang berjiwa seni..dan aku sendiri tak suka subjek pendidikan seni ( baca: tak pandai melukis)



projek terbaru beliau katanya. mural tu cantik kan? 

pose maut beliau. contact sahaja company beliau itu kalau mahu khidmat nya


hey, jangan terpedaya dengan menyangka beliau seorang yang sirius lagi poyo (sebab suka posing sirius). beliau seorang yang peramah lagi lawak okey. gambar di bawah sebagai buktinya, aku tengok sendiri ke-peramahan dan ke-kelakaran beliau!



~selamat hari lahir uncle Gedek~
moga panjang umur, dimurahkan rezeki
ada masa, kita lepak lagi, boleh makan kacang kuda sambil bergossip
hahaha


ps: sorry uncle sebab cilok gambar FB uncle.

Saturday, March 24, 2012

Dah Tak Mengidam Dah

Burp..Alhamdullilah..

Dekat 3 minggu mengidam nak makan menda alah ni..tadi dapat makan..

bukan gambar aku punya
cumanya versi aku lagi best tauuuuu..ada lada solok, ada telur masin...hahaha..poyo jah, makan nasik kerabu pun nak kecoh masuk dalam blog.

Friday, March 23, 2012

I am your ATM machine.

Hadis 9/10 Rezeki Dari Perniagaan amat popular. Tapi ada perdebatan hebat dikalangan ahli hadis dan mereka yg berautoriti tentang hadis ini.Ada yang berpendapat ia hadis daif. Apa apa pun, aku berpegang pada benda yang pasti, iaitu memang pasti Rasul SAW berniaga. Ikut sunnah baginda, niatkan, Insya Allah, dapat laba dunia & pahala junjung sunnah baginda.

Ada perancangan bisnes buat MommyZZ. Ye lah, dia pun jenis yang tak suka harap duit dari husband aja, nak ada sumber income sendiri (walaupun aku selalu cakap, "takpe, I'm your ATM machine"..nak apa, minta sahaja, tanggungjawab aku sediakan semuanya).Mak mertua aku lagi sempoi, dia pun otak bisnes jugak..dia selamba aja berseloroh dgn mommyZZ " takkan lah nak beli spender pun nak mintak duit laki" hahahah...Lagipun mommyZZ kata dah puas jadi fulltime housewife..anak pun dah 2 (maybe that's it, cukup lah )Tunggu lepas balik Australia, ada rezeki, Insya Allah nak proceed. Bisnes apa? Of course ada kena mengena dengan makanan, sebab mommyZZ suka masak/baking dan sebagainya...Sebelum itu, buat kecil kecilan aja dulu. Bisnes jugak kan? Ikut sunnah juga kan? :)

 bisnes pagi ini, bun sambal & bun kacang merah. Sebelum ni alhamdullilah jualan cinnamon bun laris, sardin roll bun pun laris. Hujung minggu ni misi tempahan red valvet pula. Hari hari permintaan pelbagai jenis bun/roti datang dari sekolah akak ipar aku dan juga utk restoren pakngah mommyZZ. Maybe bisnes bun ni boleh jalan seiring kot kalau betul-betul mommyZZ bukak restoren..ekekeke..nanti nantilah aku ambik gambar proper guna dslr aku gambar semua bun yang di buat..ni pun tadi capture guna kamera henfon cokia aja.


Okeh, part yang bawah ni, aku taip untuk rekod diri aku sendiri aja..Aku harap lagi 3-4 tahun, bila aku baca balik part ni, aku boleh tersenyum lebar..kalau korang nak skip baca pun takpe, boring..panjang sangat.

Aku sendiri dulu takde mentaliti bisnes. Ye lah, mak ayah aku kerja makan gaji, setia. Mak pesara guru, ayah pernah dalam khidmat Kerajaan semasa TM ialah Jabatan Telekom..heheh..klasik kan namanya..Tu pasal masa aku resign keja gomen, mak ayah bising. Masa tu aku muda lagi, aku pun memberontak sebab mak ayah tak faham. Tapi masa tu, aku resign bukan pasal nak bisnes. Aku resign pasal aku tak suka kerja di hospital. Ya, jangan salah faham, aku suka merawat pesakit, bercakap dengan pesakit, tapi bukan dalam suasana busy macam di hospital. Bila dah busy sangat, aku rawat patient macam robot, semua benda kena cepat, dan menjadi rutin. Masa tu dah tak fikirkan kerja merawat orang tu ibadah, lawat orang sakit kat spital tu ibadah..pasal hari hari bangun nak gi kerja, aku dah stress. Jahil betul masa tu. Memanglah bila sekarang ni aku fikir-fikir balik, ada rasa terkilan sedikit, sebab tak sambung belajar jadi specialist. Mommy ZZ selalu cakap aku patut jadi specialist, pasal aku care patient aku..di klinik lama yang aku kerja dulu, patient2 regular aku cari aku bila aku berhenti.. ( ni bukan ayat masuk bakul angkat sendiri okey..haha). Tapi aku sedar, jiwa aku tak boleh terima sistem nya. Dan kalau semua orang jadi specialist, siapa pulak nak jadi GP ( doktor cabuk bak kata bro zouldahan.haha). Maybe jugak ni ayat penyedap hati sebab tak dapat jadi pakar kardiologi seperti yang aku pernah impikan masa darjah 5 dulu..hahaha..

Bila aku kawin dengan mommyZZ, minda aku terbuka, sedikit demi sedikit. Aku nampak dunia yang lebih luas. Ramai ahli keluarga mommyZZ ialah ahli perniagaan. Ada yang bisnes biasa biasa, ada yang dah jadi jutawan. Sebab tu aku & mommyZZ kena berani berubah. Mencuba bisnes. Nak jadi kaya raya, boleh jihad bisnes, boleh bayar zakat banyak banyak, kena berani mencuba.( niat bisnes kena betul, ini yang aku belajar dari tokoh perniagaan terkenal, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, bekas CEO JCorp).

Doakan bisnes mommyZZ berjaya dan terus berjaya. Mommy baru bertatih, dan semoga beliau akan berjalan laju, melompat, skipping dan terbang dgn jayanya...After all,. kalau gagal pun, at least kami dah mencuba, kan? Orang yang gagal sebenarnya ialah orang yang langsung tak mencuba...cewahhhhhh..:P

Wednesday, March 21, 2012

Ironi

Kadangkala, apabila bersenam di gym di Menara Axis, Petaling Jaya, aku akan solat di surau di bangunan ini.

suraunya agak tersorok, terletak di kawasan parkir kereta, level G di Menara Axis ini. Sebenarnya, ianya ialah ruang kosong di kawasan parkir yang aku suspek telah di convert kepada surau. Nampak tak pintu coklat dibelakang label CP2A tu? Itulah surau nya (surau perempuan, sebelahnya surau lelaki)

semakin menghampiri pintu masuk surau. Pintunya color coklat. Yang pintu kelabu tu bilik elektrik/bilik janitor? entah, aku pun tak tahu.

Inilah suraunya. Apa apa pun, aku rasa okay lah juga, sebab disediakan tempat wudhu yang proper, ber tiles.

suasana dalam surau. Alhamdullilah ada insan yang terfikir nak pasang ekzos fan di dalam ni. Kalau tidak mau menjejeh peluh panas, ialah, ruang tertutup yang hanya ada kipas ( bad air circulation)


Ini pula ialah bangunan Menara Axis itu, opposite dengan Hilton PJ kalau siapa2 yang tak perasan..nampak dari tepi Federal Highway.

yang ada tulisan Fujifilm itu lah Menara Axis. Gym aku di level concourse menara ini.

Semalam lepas solat maghrib di surau ni, mommyZZ cakap dengan aku : " Quiet Room di airport Perth tu pun lebih selesa, lebih proper dari surau ini kan" . Ya, di airport Perth, ada sebuah bilik disediakan utk pelawat beribadah, dipanggil Quiet  Room..yang muslim boleh solat di sini, yang Kristian pun boleh. Aku senyum sahaja bila dengar komen mommyZZ.

Teringat dulu ( dah lebih 4 tahun lamanya) masa naik ke Genting Highlands, tercari cari suraunya. Sadisnya surau di situ. Aku tak sure lah ada surau lain tak dalam theme park tu. (aku tahu ada masjid di situ, tapi diluar theme park). Tapi apa yang boleh kita harapkan, dah tokey nya pun cina.

Aku bersyukur sekurang kurangnya ada surau di Menara Axis tu. Cumanya, aku harap PBT atau mana mana pihak yang berwajib/ada kuasa, tolonglah tetapkan allocation utk surau di bangunan2 besar, sebab ini Malaysia, majoritinya Melayu Islam. Tetapkan ruang khas, supaya takdelah nanti bila bangunan dah siap, baru nak terhegeh hegeh carik port yang kosong, maka di convert kepada surau.

Aku puji stesen minyak Petronas sebab sediakan prasarana surau yang selesa. Dan aku perasan, stesen minyak Shell yang baru pun, dah sediakan surau yang selesa (suraunya isolated, bangunan color biru).

Bila terkenang isu macam ni, terngiang ngiang balik soalan cliche aku: " apa beza aku tinggal di Malaysia, atau tinggal di Australia".

Benar, kita boleh solat dimana mana, asalkan  tempat kita solat itu bersih, suci. Dulu masa student, aku pernah aja solat, bentang sejadah kat tepi Sydney Opera House..pernah aja solat kat belakang tangga di Queen Victoria Building di Sydney. Tapi masa tu aku di Australia. Sekarang ni, sebab aku hari hari dimomok kan oleh " kamilah pejuang Islam" ataupun " kamilah pembela Melayu dan Islam", maka aku harap, aku dapat fasiliti yang lebih sempurna lah, bukan hanya sekadar retorik mencari undi. Opsss..sudah terlebey bab politik. :P

Tuesday, March 20, 2012

Rombongan Cik Kiah

Hari ini saya ketandusan idea, sebab petang semalam hampir 4 jam saya menghadap website uncle Tony.
Maka otak sudah burn out tak tahu nak cerita apa. Apa boleh buat, rakyat marhein macam saya hanya mampu naik pesawat bajet, kena tunggu dan dikecewakan(oleh website yang bila kita klik utk proceed, terus hang) berulang kali pun, saya redha, dan tetap gigih mencuba dan cuba. Akhirnya, Alhamdullilah..inilah yang saya dapat:


jangan tanya kenapa saya ke situ lagi, walaupun bulan Oktober 2011 saya sudah ke sana( ini semua salah uncle Tony yang sudah mansuhkan penerbangan bajet ke New Zealand!! haha).

dan kali ini saya menjadi ketua rombongan cik kiah ke Western Australia. 6 adults ( pakcik+makcik dan cousin + husband cousin) akan turut serta. :P


ps: sebenarnya western australia itu besar..masih ada tempat yang saya tak sempat lawat dalam lawatan terdahulu ( dan tiket ke London pun mahal sebenarnya..ekekekekke)

Monday, March 19, 2012

Orang Malaysia Memang Pemurah

lokasi kejadian: Selepas exit Bandar Botanic/Bukit Tinggi dari highway KESAS ( flyover menuju ke AEON Bukit Tinggi, Klang)
masa: Sabtu 17 Mac 2012
waktu: sekitar 1.15pm

Modus operandi: meminta sedekah dari kereta ke kereta. Kereta akan berhenti kerana traffic light. Buat muka sedih, tunjuk gambar anak dalam gambar.

Anggaran kutipan: Sekali sesi traffic light merah, lebih kurang 3-4 biji kereta minimum akan sedekah, let say paling cikai RM1.

Pantauan semula: Lebih kurang jam 2.15pm, lalui flyover yang sama(cuma arah bertentangan, kali ini dari AEON Bukit Tinggi menuju masuk ke highway KESAS), wanita ini masih meminta sedekah. Ya, sudah satu jam dari pemerhatian awal tadi(1.15pm).

Kiraan kasar: Satu jam paling cikai 15 kali traffic light merah. Satu sessi traffic light, kutipan ~ RM4 - RM5.00. So dalam masa sejam = RM 5.00 x 15 = RM75.
Tu baru sejam. kalau wanita ini minta sedekah dalam masa 4 jam sahaja = RM75 x 4 = RM 300.

Kalau seminggu wanita ini hanya meminta sedekah 4 kali sahaja = RM 300 x 4 = RM1200.
Dalam sebulan, minimum = RM 1200 x 4 = RM 4800.

Letak lah paling bodoh RM4000 sebulan. Without tax, tak perlu kisah SBPA ke SSM..:P
Memang betul Malaysia ini bumi bertuah, siapa yang usaha, dia yang dapat. :)


Maka tak hairan kenapa Malaysia menjadi destinasi pilihan peminta sedekah, baik warga nya sendiri, ataupun warga luar yang masuk ke sini semata mata nak jadi peminta sedekah.

- aku tak kata jangan menderma/jadi haji bakhil, cuma biarlah kita gunakan akal, ke mana kita salurkan derma kita itu. Aku pernah mendengar kata ramai ustaz baik di majlis tazkirah/radio IKIM, bahawa lebih afdal kita menderma kepada mereka yang betul betul memerlukan, dan menjadi tanggungjawab kita utk pastikan kesahihan si peminta sedekah itu. At least ada usaha, jangan pakai prinsip " ahh,aku dah derma ni, dia menipu itu urusan dia dgn tuhan". Betul..memang urusan dia dgn tuhan, tapi kita di tuntut ubah mentaliti ini supaya derma kita ( dan pahala nya) insya allah, lebih afdal. Ini bukan aku yang mandai2 kata, para ilmuan ustaz yg kata. Dan atas usaha kita yang sedikit itu, kita boleh bantu banteras negara kita dari menjadi pusat tumpuan sindiket meminta sedekah.

analogi yang aku teringat seorang ustaz ni cakap:
" yang mana lebih bagus untuk kita menderma? Di tabung masjid yang dah complete pembinaan, siap ada air-con, dan hasil kutipannya digunakan utk tukar karpet dari tebal seinci jadi 3 inci VS derma kat masjid yang masih dalam pembinaan dan tak dapat bantuan pihak berwajib. "

-kalau tak nak menderma (atas apa jua sebab), jangan di cemuh/keji/maki si peminta derma. Mungkin peminta sedekah/derma itu betul2 genuine case. Cukup sekadar say "no", ikhlas kan diri dgn muka senyum (tak kan senyum pun tak boleh, kan?)

Friday, March 16, 2012

Enam Parsen Tuan Penasihat.


horeyyyyyyyyyyyyy !

Thursday, March 15, 2012

Vektor

Terima kasih wahida. Kalau melancong jangan lupa belikan lagi..~haha



Terima kasih Hanie. Kalau melancong jangan lupa belikan lagi. ~haha



~ Melancong itu satu ketagihan. Anda setuju? Saya sudah dijangkiti wabak ini. Vektor wabak ini ialah virus merah ini ~


ps: Vektor adalah organisme yang hidup, biasanya serangga atau artropoda lain, yang menyebarkan agens penyakit mikroskopik pada penjamu yang rentan.  Contoh vektor dan penyakit yang disebarkannya mecakup nyamuk (malaria, filariasis), pinjal (murine typhus dan pes), tungau (tifus epidemik), dan kutu (rocky mountain spotted fever dan lyme disease).

Wednesday, March 14, 2012

Apa Beza Kontrak Tamat VS Letak Jawatan?

Provokatif?
Kreatif?

Apa pendapat anda?

:)



By the way, nenek ni pun tak kurang hebatnya...keh keh keh...provokatif? pulang paku buah keras? atau sekadar share the same sentiment (macam aku rasa) ..Oh ya...aku ada up date status tentang hal ini di FB: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=301718356561755&id=100001707791883

Rafidah: You call that resigning?

'There is really no sacrifice as it was a natural sequence of events'
Tuesday, March 13, 2012 - 16:59

pg3Mar13
RAFIDAH: ‘Shahrizat still a burden for not relinquishing Wanita leadership’


"QUIT? What quit?". That seems to be the question on many lips following Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil's announcement on Sunday she was stepping down as the women, family and community development minister, in reaction to the National Feedlot Centre (NFC) scandal.

One of her harshest critics is her predecessor in Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, who indicated that one should not attempt to downplay the events that led to Shahrizat's term as senator not being renewed and hence losing her minister's post.

"There is no issue of stepping down or resigning!" Rafidah said when contacted by The Malay Mail.

"There is nothing to step down from as she is legally no longer a minister on April 8.

"She is not resigning on April 8, it is just that her senatorship expires that day and her ministerial post automatically lapses."

Calling Shahrizat's quit announcement as a "sham of a statement", Rafidah said resigning meant Shahrizat should quit immediately – while she was still a senator.

"So, really there is no sacrifice as it was a natural sequence of events," said the former minister of international trade and industry who was among the first to ask Shahrizat to quit over the NFC scandal.

"The party and government have had to face so much flak on account of her unwillingness to resign quickly and prioritise the interests of the party and the government."

Rafidah lost the Wanita Umno chief's post to Shahrizat in 2007 but retained her Kuala Kangsar parliament seat in the 2008 "political tsunami" that saw Barisan Nasional (BN) lose its two-thirds majority in the Dewan Rakyat.

In that general election, Shahrizat lost her Lembah Pantai seat to newcomer Nurul Izzah Anwar, but was appointed a senator and returned to the Cabinet.

Rafi dah also said since Shahrizat remained Wanita chief, she was still a burden to the party since members realised that she did not resign her ministerial post but that the post automatically lapsed on April 8.

She said it might be tough for Umno to explain why she did not step down as Wanita head.

"That issue is now a problem in itself. It does not matter what happens to one person but every division must now concentrate on the grassroots election work in every locality," she said.

However, Rafidah acknowledges that while the ministerial post is an appointed one, Shahrizat was elected as Wanita chief and hence one must also factor in the wishes of members.

"That (vacating her position as Wanita head) is her prerogative as she was elected," she said.

Tuesday, March 13, 2012

Ziarah Sambil Menderma

Jumaat - Isnin balik JB, kena jemput si Ziyyad yang ikut atuknenek balik hari tu.
Balik JB, macam biasa, aktiviti memenuh kan tank perut. Jenuh lah kena bertapa dalam gym lepas ni nak buang lemak.

1st time bawak mommyZZ ke sini selepas hampir 6 tahun kawin:

Baru aku tau, nama van ni ialah Luton van (lepas tahu nama tempat makan steambot/yongtaufu ni Lutonvan Dataran Bandaraya JB).

Tak sempat nak pergi ke dua tempat ni yang selalu aku pergi kalau balik JB:

1) Kacang Pool Haji
2) Mee Rebus Tulang

Dan sorry buat Ayu Citarasa Rinduan, masih tiada rezeki nak singgah ke tempat beliau..sebab hujan dan banyak aktiviti gi rumah sedara + zayyan demam.

Semalam sebelum balik ke sini, buatlah aktiviti ziarah ke JPO. Ohh, dekat aja dgn rumah parents aku, 18.4km sahaja. Keh keh keh..boleh menderma banyak kat sini kalau nafsu tak dapat dikawal..:P
" bawak 3 ribu pun kejap aja habis tau kalau gi sini", kata Ziyyad  ~ :P

Yang paling best ialah warga singa lah, dah lah murah ke JPO ni, duit mereka pulak besar. Pakcik makcik seberang tambak tuh beli kasut Clark macam beli selipar jepun aja..~ haha

Akhir kata, aku selaku ambassador pelancongan JB, menjemput anda semua melawat JB..mari mari..selain dapat makan makan best, anda dapat juga ziarah shopping ke JPO...~haha

Thursday, March 8, 2012

Siam Original

Selamat Menyambut  " International Women's Day 2012" buat pembaca blog ini yang wanita...buat lelaki lelaki gagah pembaca blog ini, kita harus tunggu bulan November ya untuk sambut "International Mens Day" pula..~haha

Tahu tema sambutan International Womens's Day 2012 apa?
Ini temanya: Connecting Girls, Inspiring Futures.

Anda yang wanita kisah dengan sambutannya hari ini?
Anda ambil kisah sejarah bagaimana sambutan ini boleh tercetus?
Anda ambil kisah tentang sambutan hari ini di peringkat Malaysia bagaimana?

Kepada yang nak ambil kisah, bacalah di sini:
http://www.internationalwomensday.com/about.asp

-wanita yang saya kagumi, dan teringat pagi ini, Allahyarham Maimun bt Abdullah
-beliau ialah nenek saya, orang Siam, di bawa masuk ke Tanah Melayu oleh arwah atuk saya(kerana atuk saya dikerah perlu membuat landasan keretapi maut di Burma)
-punyalah lama tinggal di Malaysia, beliau lupa terus cakap Siam
-maybe kadangkala rupa saya orang ingat cina, sebab nenek saya orang Siam
-saya sayang nenek saya, dulu masa kecil2 tak sedar tentang ini, sekarang baru tahu.
-semoga Allah merahmati nenek saya, dan Insya Allah saya ingin bertemu dengannya di syurga.


ps: Pernah teringin menjejaki sedara mara bangsa Siam yang maybe ada di sana, mana lah tau saya ini keturunan Raja Chulalongkorn! ~haha

Tuesday, March 6, 2012

Pengumuman: Mencari Nanny

Semalam Isnin, busy sikit, maklumlah, ramai orang 'sakit' hari Isnin..so maaf sebab tak dapat nak blogwalking sangat semalam..hari ni aku qada yer..:P

Okay, cerita pagi ini...perhatikan gambar ini..


 zayyan yang ke-boringan menunggu dalam stroller sambil ziyyad main game kat belakang.
zayyan dengan fesyen angkat kaki..

dah ada depan gym..kejap lagi mommy keluar..pun masih still stail angkat kaki..

ziyyad yang suka posing depan amoi gergasi depan gym

Sekarang aku & mommy memang pergi ke gym dalam misi menjaga kesihatan :P
disebabkan kami bukan urang kaya (baca: tiada maid), maka kami take turn menjaga anak anak..bila mommy ke dalam gym, aku bawak double Z ni pegi serata ceruk shopping complex, selalunya kat AEON Bukit Tinggi lah..kadangkala kat The Curve..bila tiba turn aku pulak, mommy pulak bawak double Z jalan jalan..

Jadi, ianya ambil masa sedikit (take turn punya pasal). Tapi, nak sihat dan fit punya pasal, kami gigih kan diri berkorban masa yang patut duduk berlingkor kat rumah malam2, kami lari-lari, berbasikal, angkat berat, etc..sambil take turn bawak double Z jalan jalan..

Tapi kan..kalau lah ada nanny/caretaker yang sanggup jaga double Z utk tempoh few hours ( 6pm - 9.30pm), 4-5 days a week, alangkah indahnya...~hahahaha..boleh lah aku & mommy sama sama masuk dalam gym..masa pun jimat tak payah take turn..

Jadinya, kalaulah ada kenal mana mana insan yg sudi ambil upah menjaga double Z dua orang ni (well behave, Insya Allah  ;P), sila sila lah beritahu kami ya..preferable kawasan sekitar Shah Alam/Klang. Terima kasih.

Monday, March 5, 2012

Baju & Beg, Harus Sedondon...

Semalam parents aku datang rumah..dan bawa balik Ziyyad ke JB..
Ya, Ziyyad tinggal dgn atuk & nenek utk tempoh 5-6 hari ni.
Kenapa? Saja aja..dah lama atuk & nenek nak kidnap Ziyyad..sekarang Ziyyad dah besar, dah boleh faham..so semalam try test lah..dia ikut atuk nenek balik ke JB semalam..
Lagipun, kena lah ajar dia 'berenggang sikit'..nanti tahun2 depan dah nak masuk tadika, kan? Asyik berkepit dengan mommy aja, susah nanti..

So far, Ziyyad okey, seronok ( tak sampai pun lagi 24 jam berpisah..hahaha)..
Mommy pun okeh..tak merebeh air mata...hahaha
Zayyan pulak macam hilang arah..wakakaka..merangkak sana sini macam carik abangnya..

So, hujung minggu ni kena balik JB jap..ambik Ziyyad..
Alang alang balik JB, maybe kena singgah JPO kot..

mana lah tau mommy pun teringin nak buat koleksi handbag...hahahaha

Friday, March 2, 2012

Australia Lebih Islam dari Malaysia

Baru baru ni ada seorang menteri yang suruh konsert sorang artis overseas dibatalkan..tak hormati sensitiviti rakyat Malaysia katanya.

Kita rakyat Melayu Islam Malaysia ni hipokrit sebenarnya, termasuklah menteri tu.

Kenapa hipokrit?

Kita terpekik terlolong sentap marahkan artis overseas yg pakai tatoo tu (walaupun dia sendiri akur dgn garis panduan persembahan di malaysia, dan sebenarnya ialah,silap akhbar milik rakan sekutu menteri ini yg tak sensitif siarkan gambar tersebut, padahal byk lagi gambar lain yg tak bertatoo yang boleh dipilih)

Aku backing Erykah Badu? Jangan salah faham..Tengok isu ini dari skop yang lebih luas.

Kenapa aku kata kita hipokrit?

Ada tak menteri tu heboh sound suratkabar dan majalah kat sini, yang saban minggu siarkan gambar wanita Islam Melayu Malaysia yang terdedah ketiak dan segala celahan? Ada tak nak di saman/tarik hak publishing/ban? ada ke?

Yang siap nak berdemo depan pejabat The Star pun ada.  Kenapa tak berdemo depan pejabat Utusan? Depan pejabat Mangga? Depan pejabat URTV? Kepala kat The Star sah sah non-Muslim. Kepala kat pejabat Utusan/URTV/Mangga?

Dan kita sibuk dgn kes pembuangan bayi, sex rambang..bla bla bla..Sedangkan salah satu punca maksiat kita buat bodoh sahaja. Kita biar nafsu remaja (dan remaja tua) terangsang dengan secara rela paparkan benda benda ini.

Ini gambar-gambar yang aku baru petik kat majalah dan akhbar. Belum lagi rancangan TV.

Melayu Islam Malaysia memang mudah sentap pasal babi, pasal arak, pasal tatoo...kalau nak berdemo pasal ini, nombor satu!
Tapi cukup toleran dengan makan rasuah, dengan menayang body, dengan ambil hak orang...

Jadi, apa beza jika aku tinggal di negara Australia berbanding tinggal di Malaysia? Di Australia, Islam bukan agama rasmi, tapi ianya bersih( bersih itu sebahagian dari iman), ianya kurang korup (makan rasuah itu haram). Jangan sampai Malaysia kena gempa bumi 8.5 skala Ritcher, baru lah masa tu semua pihak nak betul betul sedar dan bangkit bersuara ( mufti, ulama, pemimpin). Masa tu dah terlambat.

Entri ini bukan pasal politik, bukan pasal Australia tu best, bukan. Entri ni pasal kita semua. Kalau bala tuhan turun, kita semua kena tempias nya.

Thursday, March 1, 2012

Magnet Esbok

Jenuh nak kumpul magnet esbok tau


Tapi, si Ziyyad sekali beli magnet esbok, terus dapat 26 set! Wallahhh!


moral of the story, buat pengumpul tegar fridge magnet, cara tersenang nak banyakkan koleksi anda ialah dengan beli set ABC, atau set alif ba ta...haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...