Wednesday, February 29, 2012

WW: Photography Tips- Natural Framing

Tuesday, February 28, 2012

Ustazah Pilihan




Sejuk mata memandang...
Semoga Allah merahmati dan memberi hidayah kepada kita semua untuk berubah ke arah kebaikan.
Amennn..

Monday, February 27, 2012

29 Februari 2012

tahun ni tahun lompat.
maknanya ada 366 hari setahun.
maknanya, kita ada extra satu hari dalam setahun untuk tahun 2012 ini.


bagaimana kita patut memaksimakan produktiviti kita untuk satu hari extra ini?

- ada yang percaya kalendar mayan(katanya dunia akan kiamat tahun ini), akan pulun buat aktiviti seperti melancong melihat dunia sepuasnya..atau beli handbag yang lama dah di idamkan.~haha
-ada yang cuba buat kerja overtime tambah pendapatan.
-ada juga yang tak kisah dengan produktiviti, dan kalau boleh nak MC pada 29 Februari nanti.

~ cool kan kalau besday jatuh pada 29 Feb..eksklusif gitu~

Thursday, February 23, 2012

Ajaib

ajaib kan? 12 ribu sebulan..kalah gaji pengarah jabatan kerajaan

Wednesday, February 22, 2012

Hard Decision

 
- bincang panjang lebar dengan mommy selama sebulan dua ni..

- rasa rasanya, cukup dua aja..kot. mommy kata next year ikat lah..nak pakai sports car pun senang,  anak dua aja..haha..

- rasa tak larat (kadangkala) nak melayan karenah mereka..so tak boleh bayangkan kalau ada sorang lagi.

- tapi bila tengok mereka, tengok gambar ni(ulangan, gambar ni pernah jadi entri, masa ni zayyan 4 bulan+), rasa best kan bila ada baby..tapi nak menjaga nya..sebab kedua dua ziyyad & zayyan adalah jenis very attach...dan mommy insya allah akan start berbisnes..kami bayangkan macam mana nak handle bisnes, aku kerja lagi..bila ada baby baru! haha

- oh ya, jiran sebelah rumah aku, ada sorang anak aja, dah 19 umur anak dia. Memang lepas bersalinkan anak, jiran aku tu terus tutup kilang, tak larat nak jaga anak ramai katanya. Dan mereka husband& wife rasa gembira dengan keputusan tutup kilang tu, hingga ke hari ini.

keputusannya: family planning(bak kata P.Ramlee  ;P) , for the time being. Masuk 2013, akan decide tutup kilang atau tidak.

Monday, February 20, 2012

Melayu Rambut Blonde

Cik Ina Do Do Cheng dah terkena kat sini

model 1Malaysia

aku pun dah tak larat nak komen pasal penjenamaan segala mak nenek barang dan perkhidmatan dengan nama SATU. kalau melingkup beliau itu pasca PRU 13 nanti, adakah jenama SATU ni pun akan melingkup sama macam nasib Hadhari? Kuang kuang kuang....

apa apa pun, cakap pasal tepung, cuba baca ni:

Lepas tu, baca pulak ni:

~ aku baru tahu tepung pun ada yang kena bleach..ingatkan rambut aja di bleach nak kasi melayu muka Caucasian. haha

Friday, February 17, 2012

Edisi Jumaat: Sunnah Nabi

Kisah minggu ni..
Masuk klinik..ada 3-4 patients dah tunggu..

1st patient dipanggil masuk..sorang makcik melayu..umur almost 50.

Makcik ni duduk, terus cakap " Nak tanya ya..melayu ke cina?"

Entah angin kus kus apa masuk dalam badan, mulut celupar aku tanya balik " saya ada rupa cina ke?"

Motif sangat nak kata aku cina.
Mata tak sepet, kulit pun bukannya macam kulit cina.
Maybe pasal aku buang janggut, haha.

Tazkirah Jemaat: 

 Daripada Ibn Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu.”- Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari.
 
 
Ps: Banyak lagi sunnah nabi boleh buat,bukan takat simpan janggut dan kawin 2-3 aja. Haha (hope mommy ZZ tak baca entri ni) 

Thursday, February 16, 2012

Selamat Hari Jadi Kereta Aku..haha

Tadi pagi dengar Hitz FM...pasal 'kalau benda benda yg tak boleh bercakap, tiba tiba boleh bercakap'

Kita selalu bercakap dgn kereta, dengan komputer, dengan traffic light...kan? Jangan tipu kata tak cakap!Hahaha..Kalau komputer rosak, kita membebel kat komputer, kalau traffic light lambat kita marah kat traffic light..kan?

So, kalau lah ada benda yang kita selalu guna boleh bercakap balik kat kita, apa dia akan cakap?
Benda yang aku pasti akan bercakap merintih mengeluh ialah kereta aku.

Kereta : " Dah la oiii..dah penat aku kerja ni..hari hari travel..nak jugak duduk lepak rumah"
Aku     : " Apa boleh buat, aku miskin..kalau kaya raya aku ada 3-4 biji kereta, boleh lah bergilir kau relax"

~ Oh ya, hari ini, 16 Februari, genap 8 tahun kereta aku berbakti dgn aku. Still going strong, still sihat~
untuk orang orang tak berduit macam aku, selagi boleh pakai, kita pakai..duit banyak nak kena simpan, demi masa depan..huhu

Tuesday, February 14, 2012

Makcik Sekeluarga Mencuri




Lihat video ini yang telah di muat naik ke laman Youtube. Beberapa orang wanita dan seorang lelaki dengan selamba mencuri barangan, sampai ada yang dimasukkan di celah kelengkang.  Video ini bertarikh 7 Februari 2012. Report Polis telah dibuat di Senai, Johor.

Modus operandi: Pakai baju longgar supaya mudah di selit. Dipercayai ada hubungan keluarga.

Kawan kawan sekalian, mari kita jalankan tanggungjawab membantu Polis menahan makcik makcik pemakan barang haram ini, andai kenal, hubungilah pejabat Polis berhampiran anda.


youtube link:  http://www.youtube.com/watch?v=_TNFEvNq_ds&feature=player_embedded

Monday, February 13, 2012

14 Februari

Esok 14 Februari, satu dunia sambut Valentines Day.
Banyak isu pasal sambutannya, dan di Malaysia, ia makin menjadi isu bila dah campur politik.

Apa apa pun, zaman zaman muda dulu, ketika bercouple (baca: sebelum kawin), tak pernah umur pun aku sambut Valentines Day ni. Takde mana nya aku gigih nak beli bunga ros ka, cokelat ka nak bagi kat awek..hahaha..So zaman muda aku terselamat dari propaganda ekonomi ni..sebab apa aku kata propaganda ekonomi, sebab pada tarikh 14 Feb lah tokey bunga, tokey kedai coklat buat duit, kaut keuntungan..:)


Baik korang mengaku, zaman korang muda, zaman jahiliyah dulu, zaman ber-couple, korang sambut tak Valentines Day ni?  ~ekekekee..
orang lain dah berkurun pakai, aku insya allah baru nak belikan utk mommy ZZ..bukan sempena Valentines Day, tapi sempena hari mengingati isteri..ekekekeke....

Thursday, February 9, 2012

Angy Bird Politik

Salam Khamis.
Lama cuti kan, best.
Nyesal tak jadi cikgu sekolah..kalau tak lagi byk aku cuti..hahaha


Nah..
Tanda tanda PRU 13 makin hampir..

~hahahahaha~

Friday, February 3, 2012

Ca Wau Ba Alif Ba Alif Ca Alif

Baru dengar "Eja Lebah" kat Hot FM tadi.
Eja Lebah versi jawi.
Sila eja 'percintaan' dalam jawi, 10 saat, mula!

Baru aku tersentak..
Aku tergagap nak eja.!
Padahal dulu sebagai budak Johor, memang pergi sekolah agama petang.
Kat sekolah agama, memang tulis jawi.

Akibat dah lama tak menulis & baca tulisan jawi.
Merangkak nak mengeja...lepas ni nak test baca pulak.

boleh baca kah kamu? baca dengan lancar?


Soalannya...
Relevan lagi kah tulisan jawi?

Thursday, February 2, 2012

Bond, bukan James Bond

Kawan kawan sekalian..
Anak anak saya ialah peminum susu ibu tegar.
Dahulunya Ziyyad genap 2 tahun minum susu ibu..
Bonding/ikatan ialah salah satu benefit breastfeeding..
Hingga ke tahap....memang asyik nak melekat dgn mommy !

Sekarang...

Zayyan pula menurut jejak langkah Ziyyad..
Super bonding dgn mommy !
Kadangkala, bila daddy dukung (dan ada mommy di depan matanya) pun dia tak mahu!


Jadi kawan kawan sekalian..
Yang dah punya anak berderet...:P
Any tips utk kurangkan sikit bonding ni..
Tanpa perlu stopkan susu ibu..
Maknanya..
Senang sikit mommy nak buat kerja..
Taklah..asyik melekap aja dgn mommy macam beruang koala..ekekeke..

oh ya..
zayyan bukan makan hotdog ya..
dia baru 8 bulan..
pagi tadi punya gambar ni..orang breakfast, dia pun sibuk nak breakfast..
dia geget baby teether nya...asyik tau geget benda ni  ~haha

Wednesday, February 1, 2012

Wordless Wednesday: Perth At Night




insya allah ke sini lagi lepas raya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...