Monday, January 30, 2012

Laku Juga Herman Tino

Tahniah.
So tak payah lah nak pakai sarat sarat macam nak pegi kayangan.
Yang penting suara, yang penting vokal.





as per my FB status this morning: " lepas ni jadi trend lah pakai t shirt bodoh, pakai track suit & buat rambut ala herman tino! ~ ahahah"
 

Friday, January 27, 2012

Baju Yang Paling Jarang Di Pakai

Hari Jumaat sinonim dengan pakai baju melayu/baju kurung/jubah kalau gi kerja, kan?
Boleh kata setiap hari Jumaat aku pakai baju melayu gi kerja.

Last week hari sabtu aku pergi Muar utk majlis resepsi kawin adik aku.
Baru aku sedar, tu kali ke 3 aku pakai baju batik tu..setelah lebih 5 tahun beli. 1st time pakai masa wedding akak ipar, 2nd time masa aku attend dinner. So, baju batik memang tak sinonim dengan aku, walaupun ia amat sinonim dengan majoriti orang gomen.

Maybe kalau dah jadi datuk/politician, aku akan kerap pakai baju batik. ~hahaha.

Adakah korang sinonim dengan batik?

Thursday, January 26, 2012

Bersawang Dah Macam Macam Ada

Hallo..
Memang tak boleh rest lebih 3 hari lah menulis blog ni...sebab masuk hari ke -4, dah terus malas, takda mood nak update..bw pun malas...penyudahnya, seminggu tak update..!  hahaha..cadangnya rest kejap pasal adik wedding last weekend..campur sekali raya cina, mabuk limau.

So, ambik pengajaran..
Kena up balik mood menulis...kalau nak cuti pun, lepas 3 hari at least kena menulis gak sikit..ekekeke

Sorry ya kawan kawan sebab tak bw ke rumah kamu seminggu lepas..
Qadha bw lepas ni  :P

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday: Harbour Bridge, Bondi Beach & Sydney Opera

Tuesday, January 17, 2012

Letih

Balik JB hari Jumaat lepas.
Hari Sabtu lepas asar majlis akad nikah adik, buat di rumah.
Makan makan lepas majlis nikah adalah katering.

adik aku, Lina yang baju putih. Yang baju merah tu rasa rasanya macam bakal bernikah aja tahun 2013..haha

ini lah rupa adik ipar aku. Mahathir nama nya. Oh, dah ada adik ipar aku ni sekarang..rasa janggal pulak..Sekali lafaz, sah! Jaga Lina baik baik okey, I know u can do it..

Johor style bila akad nikah. Yang latest katanya ikut modul Keluarga Sakinah. Banyak benda kena baca lepas akad nikah. Aku dulu bernikah kat Negeri Sembilan sempoi aja..haha..ni sessi 'Curahan Air Mata' bak kata cousin aku(sebab dia pun bernikah tahun lepas kat JB). Ibu melafazkan kata kata penyerahan anak. Mak aku steady aja..tak gugup, tak menangis


Tiba giliran adik aku pula baca, baru half way, dah merebeh air mata menangis..heheh..Memang syahdu skrip Keluarga Sakinah ni..:) Bila adik aku dah merebeh menangis, mak aku pun nangis, ayah aku pun kesat air mata, mak mertua adik aku pun nangis. Syahdu beb..aku mantain tergelak dgn cousin aku(diri sebelah aku) tengok adegan ini..

Nak juga enterpremmmm....tadaaaaa..coklat home made Mommy ZZ ialah salah satu barang hantaran..ekekeke...pak andam adik aku pun dah riki riki mommy utk order coklat ni utk customer2 dia..moga2 menjadi JV mommy-pak andam....hahaha


Esoknya, Ahad 15 Januari majlis bersanding adik aku, buat kat dewan, katering jugak. Aku tak usung kamera gabak aku.So takde gambar dari aku. Tunggu gambar dari official photographer & videoman adik aku aja lah..Letih weeehhh berdiri sambut tetamu sekali dgn mak ayah aku dari pukul 12 sampai 4.30pm. Rasa nak tertanggal lutut ni! :P

Lepas majlis:

-penat, melepak. Aku tidur awal hari Ahad tu, pukul 7.40pm dah terlelap kot. Tersedar pukul 3.30 pagi baru ingat nak solat jamak. Mak ayah aku pun tido kepenatan..Wife aku aja yg boleh mantain tak tidur awal, sebab dia dah biasa dengan majlis nikah kenduri besar besaran kat rumahnya sebelum ini. Tak boleh bayang kalau tak katering, ie semua masak sendiri/rewang, mau coma aku! hahah

Friday, January 13, 2012

Oh, adik aku dah nak kawin.

Salam Jumaat.
Sekadar ingin memanjangkan jemputan akuzle ayu (nasikerabubuahtanjung) yang saya terima pagi tadi:

Sarapan Bersama Bloggers di rumah beliau.

Ahad 22 Januari 2012, jam 10am.
Konsep potluck
Tuan rumah sediakan kueytiow kerang, buah & minuman
Alamat: 38 Jalan Cekap25/45,Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam

Kepada rakan rakan yang free, silalah hadir ya.

Kepada ayu, maaf saya sekeluarga tak dapat hadir kerana perlu menghadiri majlis resepsi sebelah lelaki bagi perkahwinan adik saya pada tarikh itu.


100 kotak home made choc buat keluarga terdekat sudah siap utk majlis kahwin adik saya pada 15 Januari 2012 di Taman Universiti, Skudai. Saya akan pulang ke Skudai petang ini Insya Allah dan berada di JB sehingga hari Isnin depan. Kepada bloggers sekitar JB, jemput hadir ke majlis ini bertempat di Dewan Umum Taman Desa Skudai.Harapnya sempat ber blog!  :)

Thursday, January 12, 2012

Gaji Biar Berkat

Di satu pagi Isnin...


daddyziyyad:  Ya, kenapa...

J-Lo : emmmm..saya tak sihat doc..

daddyziyyad: okey...tak sihat macam mana tu? sakit apa?

J-Lo: eemmmmm...hmmmm (ambik masa hampir 50saat berfikir sakit apa)

daddyziyyad: demam ada tak? batuk selesema? sakit badan? (dalam hati: jadah betul, sakit apa pun tak tau)

J-Lo : eerrr....semalam demam, tapi hari ni dah tak demam rasanya ( taktik biasa nak cover line sebelum kantol bila check temperature normal)


Moral:
-kalau nak menipu mintak MC, biarlah bersiap sedia terlebih dahulu..hafal skrip sakit pinggang ka, senggugut ka, cirit birit 20 kali ka...lakonan biar mantap (macam lah kalau mantap pun org tak boleh detect kau membohong) ~hahah

Tips- tips yang anda perlu tahu supaya lakonan boleh mantap:
Tips



ps: J-Lo bukan nama sebenar. Oh ya, lupa nak bagitau, J-Lo masuk kerja patutnya jam 8am, tapi datang klinik pukul 4.30pm :)

Wednesday, January 11, 2012

WW: Old Habits Die Hard

1 year old Ziyyad, meja mamak seksyen 26 Shah Alam




 4 months old Zayyan, meja KFC Nilai
Next time, next child(if ada rezeki)









Tuesday, January 10, 2012

Blog Begins At Thirty

Tertanya-tanya, adakah uncle Gedek mempunyai bisnes lain, juga?

Monday, January 9, 2012

3 Jantan

dulu dulu, masa belum ada anak, aku selalu terbayang kata kata orang  " balik kerja penat-penat, sejuk hati/riang hati tengok keletah anak"

sekarang aku dah rasa, alhamdullilah..

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini oleh nafsu ialah perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan ternakan serta kebun. Semuanya ialah kesenangan hidup di dunia." (Surah Ali-Imran, ayat 14)

- perempuan & anak pinak dah ada. Harta benda berpikul pikul, emas perak,  kuda kebun takdak ! :)

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar." (Surah Al-Anfal, ayat 28)

- memang ujian! aku kadangkala stress jugak bila budak Michelin ni menangis, stress jugak bila ziyyad lari sana sini. Tapi aku harus ingat, ia ujian. Dan Allah tak uji aku dgn anak yg sakit, Alhamdullilah. Aku insaf bila kat klinik aku selalu tengok budak2 yang ada eczema yg kronik, batu berkahak sampai kena ulang alik ambik nebulizer, tapi anak anak aku sihat. Bersyukurlah kepada Nya !

Zayyan at 7 months. Mula mula aku panggil Michelin. Last last lekat pulak nama manja 'keledek'. Sebab apa keledek? Tengok saja tangannya. Tu belum tengok peha dia! haha

Last but not least, 3 jantan dalam rumah yang menjadi kebanggaan MommyZZ, dan mommy kata kalau keluar lagi sorang (last one, last quota) jantan jugak, dia tak kisah, sebab dia ada 3 bodyguard nanti! hahah

Sunday, January 8, 2012

Borak

Berborak dengan seorang patient aku, yang dah demam 3 hari...
Borak punya borak...
Dia kata, dia demam terkejut..

Sebab dia borak dengan orang mati !!
Dia borak dengan jaga sekolah anak dia..
Rupa rupanya jaga tu dah meninggal 3 hari sebelumnya..

Terus demam!

Anda percaya?
Patient yang aku memang kenal..bukan kaki penipu..
Memang demam, panas badannya..

Dengan siapa dia borak tu?
Wallahualam.

kalau hantu paut kaki korang macam, mau demam seminggu!


Saturday, January 7, 2012

Habislah Ziyyad Takde Baju Sekolah...

Baju sekolah Ziyyad tak beli lagi!  Kasut tak beli lagi! Dah tengah malam ni, kedai dah tutup! Macam mana??? Esok sekolah dah bukak..eh, register pun belum!!!

-
-
-
-
-
-

-

-

-

-

-
tersedar pukul 6am tadi, mimpi rupa rupanya! Nasib baik

eh, lagipun Ziyyad baru 3 tahun 3 bulan lah..haha




~inilah bahana asyik baca cerita persiapan sekolah anak anak kat blog korang~


terima kasih sebab kongsi pengalaman, so saya boleh well prepared bila Ziyyad masuk sekolah nanti.

Friday, January 6, 2012

Lawak Mega

Pernah baca/dengar lawak tentang 'direct translation' ?

Nah, lawak ini berlaku, bukan di kedai kopi, bukan di padang bola, tapi di laman web Kementerian Pertahanan Malaysia!



Maka secara peribadi, saya sejak dulu lagi menyokong PPSMI, supaya isu memalukan sebegini, tak berlaku. Tapi pejuang anti PPSMI ada alasan mereka sendiri. Hey, saya belajar dalam bahasa Inggeris, tidak sekelumit pun membuang jati diri saya, dan saya percaya, penguasaan bahasa perlu diterap sejak kecil lagi, kalau boleh sejak baby. Saya yakin dengan teori survival of the fittest.

Thursday, January 5, 2012

Augusta

Ini antara gambar yang saya ambil, yang saya suka lihat bila rasa stress. Melihat gambar ini, terasa kedamaian, lihat ombak menderu menghempas batu batuan pantai, nun jauh di sana bukit yang indah dilitupi pohonan renek musim bunga..burung burung laut berterbangan....


dan dikala mentari mula tenggelam di ufuk barat...sangat mendamaikan.....

~ekekeke....amacam, ada gaya sastera tak? ke poyo? haha..

seriously, saya suka ke Augusta ini..nak release tension, duduk santai...entah lah..saya memang suka melihat pantai...bagi yang suka kepada sejarah, di sini boleh lawat Cape Leeuwin Lighthouse yang dibina pada tahun 1895.







Augusta ialah bandar yang kecil. Kalau migrate ke Australia, duduk di sini memang boleh mati kutu malam malam, sunyi..tapi kalau nak settle down, habiskan hari tua di sini, memang damai...ada banyak lagi pekan-pekan yang damai,nanti saya story... yang best utk settle down di hari tua, kot kot dah menyampah sangat duduk Malaysia...ekekekeke...

Rumah api tu memang terletak nun kat tanjung..nampak tak objek kecil warna putih sebelah kanan gambar ni..tu lah Cape Leeuwin lighthouse..uniknya mat saleh ni, mereka jaga warisan sejarah mereka, dan boleh dijadikan tempat pelancongan yang berjaya..kat Malaysia ada ke korang gigih nak lawat rumah api? nan hado ! hahaha...

Dan yang menjadikan Cape Leeuwin ni famous ialah kerana di sini ialah tempat pertembungan Southern Ocean dan Indian Ocean..kalau perhatikan betul betul, memang nampak titik pertembungan tu ditengah tengah laut. Subhanallah! Marbeles ..

Disediakan di sini teropong kalau nak skodeng jauh ke tengah laut. Kalau kat Malaysia, dah lama jahanam teropong ni. ~hahaha.

Last but not least, an iconic life size fibre glass cow. Nama lembu ni ialah Moorine Marauder, dan tugasnya ialah memantau lautan lepas menerusi teleskop nya. ~haha



~jadi kalau anda ke Western Australia, jangan lupa singgah ke Augusta...lebih kurang 310km dari Perth. Berhampiran dengan pekan Margaret River dimana pencinta coklat boleh borong coklat, pencinta cheese boleh borong cheese..hehehe..~

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday: Family First !

Tuesday, January 3, 2012

Misi Pertama 2012: Terlaksana.

1 Januari 2012.
Sesak, panas terik.
Mission 2012: Berpiknik + berkhemah di tepi pantai, accomplished.


Muhasabah misi:

- amat tidak sesuai okeyyy camping kat tempat panas buat anak anak aku yang jenis tak selesa berpanas. Maybe lepas ni kena camping kat Cameron Highlands atau Gunung Jerai :P  Dan kalau ikut cadangan mommyZZ, dia ajak aku camping tepi pantai kat ostrolia, sebab sejuk. Aku cakap, kena tunggu tabung ayam tu penuh dulu..hahaha..

- aku dan ziyyad kena mild sunburn. Mommy & zayyan tak kena, sebab lepak dalam khemah aja.

-aku demam sakit2 badan lepas misi ini. Alhamdullilah aku tak ditakdirkan jadi nelayan, kalau tak mau hari2 aku demam lepas balik berjemur kat laut yang panas. Dan lepas ni kalau aku nak membebel pasal boring kerja (duduk bilik ekon 9-5pm), aku akan ingat betapa bersyukur nya aku tak jadi nelayan tapi nelayan hari2 makan ikan fresh maaa..

- kalau nak mandi pantai, memang kena duduk kat hotel. Selesa nak bersihkan diri kat hotel. Setelah lebih 6 tahun aku tak mandi pantai(tanpa check in hotel), tahap toilet & tempat mandi awam sangat menjijikkan, dan ini ialah tahun 2012!





Monday, January 2, 2012

Selamat Tahun Baru

Selamat Menyambut 2012.

Dah berazam juga(azam berkaitan blog), mahu ber blog dengan lebih bersungguh sungguh, cuba hasilkan satu entri setiap hari, maknanya akan ada at least 365 entry sepanjang 2012(Insya Allah)...sebab selama setahun lebih dah ber blog ni, sabtu ahad selalunya no entri..kadangkala lajak sampai isnin selasa rabu...keh keh keh..

tapi..

1januari 2012 takdak entri!!  huhuhu..busy kat PD..

takpa..itu bukan alasan!

sebagai bukti, 2 januari, hari ni, aku terbitkan juga entri, walaupun dah petang..hahaha..walaupun demam sakit2 badan sebab berjemur kat PD semalam... ekekekeke..



~ ke arah BMI yang ideal menjelang 31 Disember 2012~

hahahahahahahha....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...