Saturday, December 15, 2012

The Difficult Patient

Dalam apa jua bidang kerja kita, pasti kita berhadapan dengan kesukaran/cabaran, bila tiba masanya, kan? Dalam bidang kerja aku, antara cabaran yang aku hadapi, ialah bila berhadapan dengan 'the difficult patients'.
 
Siapa 'the difficult patients' ni?
Antaranya...
 
1) Patient yang degil makan ubat, degil nak ubah life style, tiap tiap bulan datang komplen bacaan gula/tekanan darah dia tetap teruk. Berbakul bakul ubat & nasihat kita berikan, tapi kalau diri sendiri tak mahu berubah, camano?
 
2) Patient yang terlampau risau tentang simptom mereka. Kerisauan yang kadangkala sampai ke tahap anxiety disorder. Bukan sekali dua aku jumpa pesakit macam ni. Memang bila dirujuk ke doktor psychiatry, diagnosis nya ialah anxiety disorder. Risau sakitnya ialah sakit jantung, walaupun jenuh doktor klinik, doktor pakar, even doktor IJN dah jelaskan bahawa jantung OK, semua test yang relevan dah dibuat.
 
3) Patient yang berat mulut. Maksud aku, sangat berat mulut, susah nak bercakap. Puas kita tanya simptom-simptom mereka, sejarah mereka..semuanya untuk bantu mereka, tapi mereka tak mahu bantu diri mereka sendiri. Kadangkala, mereka acuh tak acuh dengan simptom yang mereka ada, kita yang bertanya pula naik risau. Patient sebegini, kalau jumpa dengan doktor yang pemalas, memang elok sangat la, buku bertemu dengan ruas.
 
4) Patient yang kaki MC/penipu. Dalam istilah perubatannya, kita panggil mereka ini 'malingering'. Kalau cirit birit, mereka tercirit 10 ke 20 kali sehari..kow kow punya..Tapi muka relax aja, takde sign dehydration..Kalau sakit senggugut, dia punya kiah propa macam nak bersalin punya sakit ..Kalau sakit mata, bila check bawah kelopak mata ada serbuk tembakau! bahaha..
 
5) Patient yang sibuk dengan gadget. Anak kau sakit ni, doktor sibuk check, tanya bagai...tapi kau sibuk dengan ipad. Time tu la sibuk nak tengok pasaran saham konon (padahal kau main Angry Bird)..Time tu la sibuk nak ber fesbuk. Patient sibuk dengan gadget ni pun ada jenis yang tak hormati orang lain. Sibuk sangat, manjang orang call. Aku tak kisah kau nak jawab call telefon, maybe urgent. Tapi kalau 2 -3 kali sibuk angkat fon masa di dalam bilik consultation, dan setiap kali jawab fon tu kau punya borak seolah olah aku kat depan ni tunggul kayu yang setia menunggu, apa kau expect aku rasa?
 
6)  Patient yang memandang rendah/underestimate doktor. Patient sebegini rasa mereka hebat. Dengan Google aja mereka tahu semuanya. Fine. In fact, aku lagi suka berurusan dengan patient yang ada asas ilmu medical/yg rajin membaca. Namun, patient jenis ni tak mahu nak percaya apa yang kita terangkan/jelaskan. Setiap butir fakta yang kita jelaskan, dipatahkan dan disangkal dengan 'info' yang dibaca di Google. Aku tak kisah, aku bersikap terbuka, dan aku memang mahu kesilapan aku ditegur..Namun kalau memang isu yang cuba di debat kan tu ternyata aku yang betul( yakni patient sebegini salah ambil info dari Google), dan mereka mati mati nak pertahankan pendirian mereka, maka aku cuma mampu cakap" terpulang lah kepada anda..saya dah beritahu apa yang patut saya beritahu". Aku sendiri tak faham kenapa mereka jumpa doktor in the 1st place. Adakah saja nak test power doktor? Kalau memang mereka betul, tak apa. Ni beria ia nak tegakkan 'fakta' yang salah. Adoi!.  Dan patient dalam kategori macam ni, hanya percaya pada doktor pakar sahaja. Ye lah, aku ni doktor cabuk aja, aku tak kisah, tak kecik hati pun bila kurap pun kau nak aku refer ke Dermatologist( cuba bayar sendiri, takde gigihnya nak panjat selalu private hospital..ni kategori abuse medical benefit). Tapi bila kata doktor pakar pun kau tak percaya lepas tu, dan kau gostan balik jumpa balik doktor cabuk ni, dan doktor cabuk ni la yang akhirnya beri penjelasan yang akhirnya kau faham..maka memang patut tak aku kelaskan patient sebegini as ' the difficult patient' ?  :)
 
Sebenarnya banyak lagi jenis 'the difficult patient' yang aku nak tulis. Tapi sebab aku nak makan lunch, maka aku stop di sini sahajalah. Tujuan aku menulis ni bukan nak kata bahawa 'doktor semuanya betul/tak boleh ditegur'. Doktor pun manusia, ada buat kesilapan..Ada juga 'the difficult doctor' ..hahaha..Cuma kali ni aku sekadar nak berkongsi pandangan mata pertama seorang doktor, terhadap pesakit pesakit sebegini. Tu saja. :)

37 comments:

  1. Betoi tu Doc, semua profesion pun akan menghadapi kesukaran. In the end, terpaksa la kita sabaq saja. Dan tulis di blog share dengan kengkawan. Kehkeh!

    ReplyDelete
  2. Errr muka dehydration tu camne ye?
    **matilehh mintak tips katanya kann hihihi....

    ReplyDelete
  3. macam2 perangai pelanggan kita kan? pesakit hal pesakit , pelajar pulak hal mereka pulak.

    ReplyDelete
  4. saya plak kategori patient yg suka mengorat doktor cemano tuu???? ahahahahahahahahah
    **pitam
    heheheh just kidding..

    ReplyDelete
  5. Hehehe.....biasala...kalau xde cabaran xsyok plak....saya jarang jumpa doktor...alhamdulillah....selalu g jumpa doktor anak2 je...tp betul juga...kalau ada difficult patients...pasti ada difficult doctors...bila jumpa difficult dcs...lepas tu xmau jumpa dia dah...sanggup g klinik len..hehe

    ReplyDelete
  6. Tp ramai juga yg baik kan doc....siap bawa kuih, cokeelet, munge Dan mcm2 lgi....Jgn x ngaku...haha
    Saja usik2 doc di Hari sabtu.
    Sabtu kerja x doc?

    ReplyDelete
  7. hihihi...mcm2 ragam orang kan doc..doc kt opis sy lak kalau check org lama sgt..gelisah kitorang kat luar ni menunggu..huhu..

    ReplyDelete
  8. ada patient blogger tak??
    tgh sesibuk jumpa dokter, sibuk la dia nk amik gambar
    :P

    ReplyDelete
  9. bro ni doc juga kah? (soalan ingin tahu) wow.....kagum kejap.

    ReplyDelete
  10. MC.. hurmm.. nape ada segelintir orang mudah mendapat MC.. apa ayat dorang ayat doctor ye.. sedangkan bila ai nak dapatkan MC pun fikir banyak kali.. 'boleh dapat ke kalau mintak mc.?' sedangkan dah tau keadaan diri yang tidak mengizinkan untuk bekerja.. :(

    ReplyDelete
  11. Hahaha..kan.... Pakcik CiM pown slalu mengeluh hal yg sama.

    Baik Doc. CiM akn cuba tdk jd pesakit yg malas makan ubat, berat mulut, giler gadjet dlm blk doc, tk berahsia pasal penyakit keturunan, dan yg paling utama mmg bkn jenis yg malang-gering. Klau bleh tknk gi klinik pown.

    Tp...mmg tkbleh elak beli ubat kt pharmacy/ amik je kat lab sndiri. Refer sakit kt pakcik gugel tu mmg tkbleh elak sbb semua d hujung jari.

    ReplyDelete
  12. ada jugak patient n0 5 tu kan...haha...naseb dpt dr penyabar mcm daddy ziyad...kalau kene dr garang,dah kene halau keluar rasanye =p

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Terharunya mama membaca N3 ni.
    Moga doc sabar, tapi kdg sabar tu ada kesabaran jugak kan..

    ReplyDelete
  14. Aduh Doc... sey ni patient no brapo lah gak ea ni!


    kalau blogger yang asik ambik gamba setiap xtvt Doc ... tu patient jenis apa lak tu?

    ReplyDelete
  15. sy patient yg ada sedikit ciri-ciri no. 6 kot. Tapi hanya dengan doktor baru dan muda, ada sedikit kurang yakin dgn doktor yg baru, penerangan diaorang berbelit, bahasa kan diri sebagai doktor, sikit sikit guna ayat, "doktor rasa" , "doktor rasa" , harapnya semakin lama mereka tu semakin berubah...bagi peluang

    ReplyDelete
  16. Makchaq belum ada lagi mc tahun ni... dan rasanya makchaq ni easy patient....
    doc.. nak mintak mc 24/12/12 bole...

    ReplyDelete
  17. cabaran jadi seorang dr kan bro. tu sebab tak semua org mampu jdi dr. bukan apa. part knowledge tu satu. second part nak handle pesakit tu. haa. hehe

    ReplyDelete
  18. lepas ni kena lebih berhemah ketika berkunjung ke rumah sakit. sebab dh dengar luahan hati dpd seorang doktor sendiri khenn? huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  19. saya yang membaca pun rasa naik hangin..tambah2 yang giler gadget tu..haih!

    ReplyDelete
  20. Begitu lah doc kan, teringat zaman den duk asrama dulu, nak mc punya pasal mmg byk kawan2 sanggup masukkan tembakau dalam mata agar kelihatan merah dan sakit, biasa nya pasti dpt mc,hehe

    ReplyDelete
  21. sy jenis byk google tp selalunya bukan utk counter back dgn doctor tp utk self info.sy akn suker jupe dr yg jenis byk bg info,bkn hu,ha,ha.hu.perscribe ubat & suh amik ubat.

    dr cabuk ,dr pakar
    still doktor,
    org biasa xkn smp thp mcm tuh.

    sy kagum dgn kerjaya doktor!

    ReplyDelete
  22. kumpulan ke 2 tu yang paaaling meletihkan...hihi

    yg telepon2 tu akak siap cakap.."cik...telepon kat luar yer" (kat relative)...
    kadang2 kalau patient sendiri akak cakap.."off telepon sat buleh?"...siap tempek kat pitu lagi...'sila matikan telefon bimbit anda'...mengganggu konsentrasi & mood kita.

    lagi satu kumpulan...jenis yang jawapannya sama ada 'tak tau' atau 'lupa'...tanya demam berapa hari, tak tau...cirit berapa kali, tak tau...last period bila pun jawab tak tau...ish...penat.

    tapi tak dinafikan ada raaamai lagi patient yang sgt menyenangkan hati...kadang2 seronok bersembang sampai lupa kat luar ramai dok tunggu.

    ReplyDelete
  23. Baru tau Daddy Z ni doc.

    Elok sgt share sini, jd ingatan/teguran buat kami yg bkn doc ni.

    ReplyDelete
  24. eh doc macamna nak buat muka sakit period pain ye wakakakakakaka
    sebab member slalu dapat mc,bila sy tanya dia cakap " ala hg cakap la period pain" amboii senangnya huhuhu
    tp sy akan mc bila betul2 sakit sbb memang tak pandai berlakon sakit!so i'm not a difficult patient hahaha

    ReplyDelete
  25. hihi!ms kt SL dulu,kena rajin gugel&study pasal medical term sbb masalah communication.bila dh balik msia,senanggg je rasa.boley ckp melayuuuu!yeayyy!

    ReplyDelete
  26. ohhhh aku suka betul entry ko nih....memang aku tak deny, kadang2 aku termasuk antara list2 yang ko bagi tuh weiiiii wakkakakakakkakaka human gitulah, paling kerap yang nombor 1 tuh....ekekekekekkeke sebab gua gila penakut makan ubat....tapi kalau sakit dah tahap teruk, bleh lah makan ubat secara disiplin.....bercakap pasal the difficult patient, aku rasa aku pun nak ulas sket berkenaan topik berlawanan...the difficult doctor akakakkakakakakkaka
    antaranya la ye: doktor ni aku paling benci bila dia explain kat aku menggunakan terma2 doktor....contohnya nama2 penyakit, nama2 benda alah dlm tubuh badan kita nih....aku dulik apa pasal terma2 dan nama2 khas tuh...aku tau doktor memang terror ngan nama2 tuh semua, dan aku tau derang study bagai nak rak utk ingat semua nama2 spesel tuh, tapi bagi aku yang bukan dari latar belakang perubatan, agak sukar nak memahami apa yang derang explain bila derang sakan gunakan perkataan spesifik dalam perubatan, tak salah derang nak explain menggunakan bahasa derang, tapi aku lebih prefer derang explain dalam bahasa derang ++++++ bahasa yang agak mudah difahami....jadi keberkesanan consultation between the doctor and patient akan jadi lebih berkesan! (ni tak tertakluk dlm bidang perubatan aje, bidang len pun sama ok!)
    lagi satu, aku angin gila, bila muka doktor tuh tak de perasaan langsung, kita ni dtg dengan sakit bagai nak rak, dia buat muka ala2 cap sardin aje......langsung tak cek, tanya2 soklan, tanpa tgk pun muka kita, sibuk dok tulis2 kat kad tuh pas tu diagnos, bagi ubat! gila nanah ar kepala otak dpt doktor cam nih (pernah experience ok....dtg ngan gatal2 kat kulit....dia tak pegang dan tgk bebetul, cuma tgk dari kusi dia duduk dan kusi aku duduk....tanpa ada pegang seolah2 geli atau takut jangkitan)
    pas tu, doktor yang suka sangat bagi MC....baru bgtau sket pasal sakit, dok ralit nak bagi MC.....aku jarang amik MC....dan biasanya aku tolak kalau dr nak bg MC setakat sehari.....biasanya aku akan mintak MC kalau aku sakit teruk atau aku betul2 perlu MC sebab tanggungjawab aku tak membenarkan aku amik MC tanpa keperluan (ni tak semua dr.....ada few je yang aku jumpa)
    ada gak doktor yang terlebih ngan simptom, demam biasa ditakut2kan ngan kemungkinan yang lebih2.....(aku pernah experience nih tau....bawak pakwe ada mcm ketumbuhan tepi tinga, doktor tu kata bahaya la...kanser ni dan hayat awak tak lama utk hidup....rasa cam nak lempang je doktor tuh....aku rasa nak suh di pi belajar psikologi la)
    dan yang paling aku tak leh lupakan sepanjang hayat aku ialah bila nyawa aku jadi taruhan dan hampir aku jadi arwah ok!
    kalau klinik tak de facility sila la terus terang ngan patient, jgn lah kerana keuntungan nyawa patient dalam bahaya.....kalau tak kerana aku pengsan hari kejadian....tak tau apa yang terjadi kat aku! syukur masih lagi hidup sampai skang......nak saman pun aku malas la, cuma aku nasihat aje doktor tu bebaik, dia pun dah ngaku salah, dah mintak maaf kat aku.....
    doktor pun manusia gak, ada wat salah....aku pun sama....bukan sentiasa betul, kadang2 tergelincir gak....itu adat dalam kehidupan, tapi jgnlah amik mudah, itu saja!
    hahahahha itulah ulasan aku utk entry ko nih....apa kerjaya pun ada difficulties masing2, pro and cons....cuma biasalah bidang perubatan ni memang selalu ada lime light!
    sebab nyawa jadi taruhan kadang2 tuh....cumanya untuk aku yang bukan dari latar belakang perubatan, memang susah nak faham kalau doktor explain, kalau faham pun, kadang2 memang selalu degil bila doktor nasihat.....kalau dah nama manusia memang la gitu, ada aje kan!
    sedikit perkongsian dari aku, no heart feeling ar.....
    perghhhhhh gila ar, aku terpaksa on laptop untuk wat komen kat entry ko nih wei wakakkakakakakakkaka tak larat nak menaip kat note tuh wakkakakakakakkakakak



    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dulu kena ectopic aje....kandungan kembar, yang dlm rahim dah gugur, tapi rupanya ada lagi satu kat luar rahim.....yang dlm rahim, katanya xyah cuci, aku ok aje, dengar ckp doktor...tapi bila aku rasa sakit len macam, aku pi balik, dia kata angin aje, xde apa, aku mintak utk scan bawah...dia kata xyah, tak de apa, semua tu ok....angin aje....hinggalah beberapa hari kemudian, aku jatuh pengsan, masuk ICU kat hospital selayang....
      doktor kata aku pregnant, aku kata dah gugur, doctor buat scan menyeluruh, baru tau ectopic, malam tu gak aku operate, tapi apakan daya, tiub belah kanan kena buang.....hancur abis dalam tu, bersepah2 kat tiub belah kanan...pakcik aku lak doktor pakar kat hospital selayang, so treatment utk aku agak spesel la, sebab doktor ngan nurse takut ngan pakcik aku wakkakakakakakkakakakkaka
      ini lagi aku marah, mentang2 pakcik aku doktor pakar kat situ, ko layan extra, org len, ko wat sukati ye.....(ni aku pernah sound few doktor bila dia kata nape aku tak bgtau pakcik aku tu doktor pakar, so aku leh dpt spesel sket...clause ni sampai skang aku tak paham ok!)
      so after operation aku call dr yang sahkan keguguran aku in the first place, aku cite apa terjadi kat aku, aku kata nape tak buat scan procedure yang aku mintak....akhirnya dia ngaku dia tak de peralatan. aku terus kata nape tak terus terang, aku leh pi hospital atau tempat len, nape diam, kalau aku mati cam ner????? ectopic kan bahaya, seb bek la aku pengsan!
      dia diam tak berkata2, cuma katanya nak check rekod dulu, aku biarkan aje, selang beberapa jam, dia personally call dan mintak maaf kat aku, dan berharap aku tak memanjangkan kes ini......dia pun manusia, seperti kita semua, cuma satu pesanan aku supaya dia lebih berhati2 di masa depan, jgn kerana keuntungan, faktor2 len diketepikan, tak pe hilang sedikit pendapatan, tapi keselamatan pesakit terjamin!
      sejak tu, aku black list private hospital dan aku setia dengan hospital kerajaan wakakkakakakakka sekian terima kasih!

      Delete
  27. Memang ragam manusia ni macam2.. Harap kita bukan tergolong dalam kategori yang Doc sebutkan di atas..

    ReplyDelete
  28. doc dh makan lunch blomm.. siannyerr.. ahhhHHAa

    ReplyDelete
  29. no.6 tu kasi hempuk sama dia!

    dalam kes saya. saya hanya berdepan dengan no.4! hihihi

    ReplyDelete
  30. Kakak percaya 100% dari senarai itu. Bab minta MC jgn kata doktor boleh tangkap kakak pun ada kalanya boleh dapat tahu MC tipu semata-mata nak escape tak mahu kerja.

    ReplyDelete
  31. ha.. ha.. bab mc tu tak leh tahan... ingat orang tak tau yerk...
    cabaran dan dugaan keje tetap der mana 2 yer doc...

    ReplyDelete
  32. tak geti nak mintak mc.sakit gila babaspun mmg berat mulut aku nak mintak mc..mcm2 jenis manusia ado=)

    ReplyDelete
  33. testing testing

    Hari tu saya komen tak keluar .... huhu

    ReplyDelete
  34. Eh keluar pulak kali ni.

    Takpelah. Tak payah komen kot sebab entri ini sudah bagus... hehehe

    ReplyDelete
  35. saya cuba untuk tidak menjadi difficult patient..tapi kalau ada concern saya cuba share jugak dgn doktor..kalau antibiotik mcm kes UTI saya ni, since saya tgk simptom da ok, saya skip je.. takpe kot kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...