Wednesday, December 26, 2012

Musim Tengkujuh & Banjir di Pantai Timur

Cuti hujung minggu lepas, bersambung dengan Krismas..so 4 hari cuti..
Dah plan last minute ..nak gi Terengganu..
Jabatan Meteriologi keluarkan amaran hujan peringkat Kuning pada Jumaat lepas..
Nak cancel kan percutian, nak gi Langkawi, full..nakgi Penang, baru aja pergi..
Tengok tiket last minute gi Bali, terkedu..

Sabtu..tak gi mana mana..
Bangun tido pagi2 Ahad..kita redah aja la..
Saja nak experience 'musim tengkujuh' kat sana katanya..:P

tengok ombak yang kuat..warna air laut pun dah keroh macam air sungai..

Zayyan merenung nasib nelayan masa musim tengkujuh ni..

Ahad, 23 Disember..tiba di Dungun sekitar jam 2.30pm..
On the way (masa di LPT) mommyZZ kata "optimis, semoga matahari bersinar kat Tganu"
Tiba kat Cherating, dah hujan!
Terus hujan..
Dan hujan..
Masa check in pun hujan..
Terus hujan..
Keluar dinner pun, dalam hujan!
Hujan sampai pukul 6 pagi esoknya, Isnin 24 Disember..
Ohhh..inilah musim tengkujuh di Pantai Timur..
Wonder juga..tak habis-habis air hujan ni...Itulah kuasa tuhan..
Sekarang baru faham...kenapa boleh banjir kat sini bila musim tengkujuh..

oleh sebab hujan manjang, laut bergelora, maka kita berendam dalam private pool sahaja...:)

Pool villa tiru konsep Bali. Not bad. But of course lagi best yang original kat Bali nun..



Ahad malam Isnin ni, Ziyyad berdoa " Ya Allah, bagi lah chance kejap Ziyyad nak main pasir, nak buat sand castle"
Tuhan tu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani..

Muka keriangan lepas breakfast..sebab langit cerah pagi Isnin 24 Disember tu..tak hujan..doa Ziyyad dimakbulkan tuhan...

Dapatlah buat mini sand castle..Pasir tak cantik sangat kat sini..Kalau kat area Merang dulu best, pasir halus macam tepung.

Capture the moment ..sebelum hujan start turun balik..

Dah habis buat sand castle, terus mencurah curah hujan mula turun..lari masuk bilik...Ziyyad doa lagi...lepas setengah jam, hujan stop kejap...Keluar bilik, tunggu Atuk & Nenek yang kebetulan ada di Kuala Terengganu...Atuk & Nenek turun ke Dungun nak jumpa cucu..

Cucu Atuk & Nenek. Tengah melahap kuih akok Nenek beli kat Kuala Terengganu..keh keh keh

Menjelang 1pm, Isnin 24 Disember..kena buat keputusan..
Kami perlu check out.
Banjir dah start menyerang Kuantan..
Kang tak pasal pasal stranded kat sini kalau jalan Kemaman-Cherating naik air.
Projek nak menyunrise menyunset jangan cerita lah..memang cancel..matahari pun tak nampak!

2013..
Sebelum Jun..
Kita ripit Terengganu ya.

61 comments:

  1. kita baaaruuuu nak tanya pasal projek sunrise!!!

    ReplyDelete
  2. kalo repeat tganu sila ajak skali.. I folowwwwww~ ahaks

    ReplyDelete
  3. Tahun depan adik gegirl pulak buat sand castle kat tganu ya.....
    **tetiba... hehe.

    ReplyDelete
  4. simpati ngan mangsa2 banjir..SA pi CH pun dalam hujan...tension...

    ReplyDelete
  5. Dpt juga ziyyad buat sand castle yer ☺☺. Teruk juga banjir kat Kuantan.

    ReplyDelete
  6. Takpelah. Cuti-cuti Ganu time monsun. Experience gak tu. Bkn seme org ade pengalaman mcm tu.

    ReplyDelete
  7. olooo comelnye zayyan mamam kuih akok tuh...yes op kos kuih akok teganu mmg terbaik dan sedap....wajib beli kalo ke sane selain sata.....

    bestnye ade private pool mcm grand lexis plak hah.....ape2 pun moga2 kawan kite die negeri2 yg terlibat ngan banjir tabah dgn dugaan...

    ReplyDelete
  8. Terengganu memang cantik. Never get bored with Terengganu.

    ReplyDelete
  9. Abg Leman bertolak semlm dr penang pukul 9 pg sampai KT jam 11 mlm. Katanya meredah hujan dan air banjir...

    ReplyDelete
  10. Kasut merah dia lawa sangat! Sebab kaki budak tu putih!

    Nenek Ziyyad masih cun, Atuk masih steady eh?

    ReplyDelete
  11. mmmm....musim hujan..nak buat camna...tapi ok la tu dapat jumpa atuk & nenek...comel betul Zayyan ni..geram tengok...

    ReplyDelete
  12. suka gambar zayyan merenung laut...
    comeljer... tapi nampak sangat bergelora yerk..
    best gak merasainyer.. tapi kalau ler tersangkut dek banjirni susah gak..

    ReplyDelete
  13. Salam Tuan,

    Memang memang teruja tgk gambar cantik2, terang.
    Pandai mereka berdua posing..
    Tapi laut tu nampak bergelora sungguh!

    ReplyDelete
  14. Boleh nenek & Atuk pun ke sana juga macam merancang. Tapi sayangnya musim hujan. Kakak rasa kalau tak tengkujuh pasir di situ pun halus..

    ReplyDelete
  15. best ooo redah banjir kat jalan raya...hehehe...
    tobat la takmo dah...gerun!!!
    musim2 hujan ni bercuti kat rumah laaaaagii best...

    ReplyDelete
  16. deranya ombak belakang mommyzz..
    skrg ni musim tengkujuh.
    jd nak kemana mmg kena hati2

    muda steady nenek atok ziyyad .:)

    ReplyDelete
  17. pantai timur mmg camtuh.. kadang2 boleh cecah 2 minggu x tengok matahari.. mmg rindu sangat kat matahari time tuh.. bila matahari kuar jer.. terus angkut kain baju jemur.. hahahahahaha..

    yang sonok bila musim tengkujuh + cuti sekolah adalah tido.. hahahahaahha

    ReplyDelete
  18. tapi ramai betol yg bercuti kat area tganu walopon hujan.. singaporeans pon ramai.. semua nak rasa monsoon kot.. tapi weather ni yg paling best sbb sejoks... semuanya nikmat Allah..

    ReplyDelete
  19. agak scary tengok ombak tu..doa budak kecik mudah makbul kan.. :D

    mintak ziyyad doakan achik rai berjaya sekali ya.. :D

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum,
    Ombak musim tengkujuh memang x cantik kaler dia...langitpun tak biru hu hu hu tapi, gambor tetap cantik ya ;)

    ReplyDelete
  21. salam...

    comelnya si kecik yg name zayyan tu...

    ReplyDelete
  22. nasib baik saya tak balik kampung cuti krismas, kalau tidak memang stuck di Kuantan leeee

    ReplyDelete
  23. Makchaq pernah pi Terengganu masa musim tengkujuh, buat perjanjian ngan pakchaq, dia bayaq duit hotel, makchaq belanja makan (makan kan lebih murah..)
    tau2 sepanjang kat sana kena makan kat hotel sebab hujan lebat sangat sampai tak boleh nak keluaq pi makan..tak de makna nak untung.., sekali kami keluaq makan sampai basah lencun walaupun duduk bawah bumbung (angin kuat dan tempias)

    ReplyDelete
  24. bestnya.. plan last minit pun boleh jalan jauh2.. last time masa pergi terengganu pun musim hujan.. dari hari pergi sampai hari balik mmg hujan sokmo..

    **mmg sampai ke sudah pencuri tu ghaib.. entah dah keluar sblm org kepung rmh atau menyorok kat celah tangki.. tp mmg tak jumpa dan tak nampak dia lari..

    ReplyDelete
  25. Takut tgk laut kalau musim hujan..sy cuti sekolah ni bnyk ripit waterpark je - wonderland - gambang - afamosa

    ReplyDelete
  26. Pernah terjadi macam ni. plan bersama keluarga nak ke cherating semasa akhir tahun. Dalam perjalanan tiba di LPT jalan tak boleh nak lalu sebab naik air. Terpaksa tukar rancangan ke Melaka je. Sedih betul.

    ReplyDelete
  27. comelnya mereka..nasib baik sempat juga buat sandcastle yer...tu laa krismas srmalamm dh banjir kat sini..

    ReplyDelete
  28. napelah comel sangat budak 2 org tuh, mummyZZ pun nampak seri sejak pregnant nih.....wah aura anak pompuankah?
    ya Allah, besarnya ombak, takut nak mandi!

    ReplyDelete
  29. wah ada sesi repeat..syok ni:)

    comel la bebudak ni,putih melepak

    ReplyDelete
  30. cantik2 pic dik ..
    aah skrg nie tgh ujan lebat
    kalau boleh elakkan xtvt di pantai atau di air terjun ! ;)

    ReplyDelete
  31. semua pic awsome.betapa Allah tuh maha pencipta..dipiptakan anak2 daddy cumil2 n handsome belaka..masyaallah..

    nurul sukakan pic last tuh..nampak kasih yang menebal..kasih atuk dan nenek kepada cucu=)

    ReplyDelete
  32. 1. comei2 anak mu noks
    2. klu aku, tak tak kuasa nak lepak tepi pantai ngan ombak ngupa itu. aku ni final destination skit noks. hahaha
    3. sebab tu aku cancel segala percutian
    4. hotel maner ni noks?

    ReplyDelete
  33. tulah musim ujan n banjir kt pantai timur... nk cuti2 pun mood spoil kan, tgk ombak yg kuat tu pun dh seram nyer... tp jln2 terengganu mmg best... paling layan kalu nk gi pasar payang hehehe

    ReplyDelete
  34. bandar kuantan tenggelam. nasib baik tak terperangkap kat situ kan. sebut akok, bikin terliurrrr..huhuhuhu..x sempat dah nak balik trg, tunggu beranak laa jwbnya. akok kat sini x dok yg sama dgn trg punya, iras2 pun x dok.

    ReplyDelete
  35. Ombak pantai timur memang nampak garang dan ganas... Hihi

    ReplyDelete
  36. tengok dua beradik yg comel2 tu, terus tak bersemangat nak baca hehehe
    leka pandang muka comel depa, tengok zayyan tu, bulu mata kemain panjang melentik...tu kalau bangun tidur mesti suka wat muka manja ek? sedap gomol2 time tu...

    akak tak jadi gi Ganu (kemaman) wlp cousin cakap cuaca ok, tp hati rasa kurang sedap la...

    ReplyDelete
  37. DZ,
    Saya balik ke KL dari KB pada Isnin tu..memang hujan sepanjang jalan..
    orang kata hujan sambung menyambung tak renti-renti. nasib baik cepat kuar
    dari KB, kalau tak memang stuck dek air bah...

    Gebusnya yg pakai croc merah tu...bak kata sist Queenie, sedap digomol..kehkehkeh!

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah...dapat jugak ziyyad main pasir. :D

    ReplyDelete
  39. DZ, saya pun plan nak pi Kuantan hari minggu lepas.. tapi tak confident nak booked hotel.. nasib baik tak pi, bandar kuantan pun banjir kilat..

    ReplyDelete
  40. Nanti sy nk wat entry jd mgsa banjir :(

    ReplyDelete
  41. woowiiee seronok walaupun hujan hujan kat sana :)

    ReplyDelete
  42. No wonder hujung tahun pantai timur hujan non stop.

    ReplyDelete
  43. Teringat kenangan dok Ganu sat masa muda2 dulu. Hujung tahun camtu la ghopa ombaknya. Takut tengok ombak dok mai dari belakang MommyZZ tuuu!
    Anak teruna tu dua2 comei bangat :)

    ReplyDelete
  44. welkam at ganu..
    mmg kat sini dh start banjir,
    seb bek gak msh dpt pi kije..
    kl tak, cuti bencana alam ler jwbnyer... heheh

    ReplyDelete
  45. saya pulak plan nak ke tmn negara pahang, tapi ditutup sbb air sungai naik. nasib call dulu.

    ReplyDelete
  46. bestnya...

    orang kedah ka? header gunung jerai nampak ^_^

    ReplyDelete
  47. dee teringin nak gi gunung jerai mcm dlm header DZ masa trip utara aritu..tapi agak mahal hotelnya..next time je bila ada rezeki..

    trip ke ganu time2 musim tengkujuh ni mmg tak sesuai..nasib baik amik hotel ada private pool..cute pulak tgk sand castle ziyyad..btw..dee gi Bali this coming Januari..sudah booked Pak Isme :)

    ReplyDelete
  48. tak pernah ke pantai timur sebelum ni. mcm tu upanya musim tengkujuh kat sana. but mmg lucky si bujang2 DR tu dpt bina sand castle and makan kuih akok outdoor. syok woooo... huhuhu

    ReplyDelete
  49. Cantik gambar2 tu.. Akhirnya dapat juga anak2 DZ main pasir di tepi pantai.

    Deras benar ombak tu.. Takut tengok.. Terengganu dengan Kelantan memang belum pernah sampai.. Kesian kan.. Entah bila la nak ke sana.

    ReplyDelete
  50. La sayangnya pegi sana time musim tengkujuh ni..tk pe la blh ripit ye..
    Tq doktor bg pandangan td..nipple protector tu blm prnah cuba lg..:)

    ReplyDelete
  51. Salam doc
    Akak pun dah lamaaa Sgt tak merasa Musim tengkujuh, sebab x balik kg Musim mcm ni Takut tersekat banjir.
    Kalau Musim tengkujuh...hujan nonstop...kadang2 Sampai 3 Hari...sebab tu le air boleh naik.
    Tp...Musim macam ni ubi Byk le...mcm2 ubi ada.
    Rindunya nak pijak pasir pantai...esp pasir yg putih Dan halus mcm tepung tu

    ReplyDelete
  52. walau cuaca tak cun..
    gambarnya dh super duperr

    ReplyDelete
  53. ramai yg kata..kesiannn...bila tgk mangsa2 banjir...sedangkan kat negeri2 yg banjir tu...banjir ibarat pesta hehe...

    ReplyDelete
  54. Makbul doa rayyan. Mmg pantai timur sdg hujan dan bah. Kesian nelayan tk bleh kelaut. Bergelora....

    ¤dah tau tengkujuh, ada hatì nk brcuti ke kwsn dilanda bah.

    ReplyDelete
  55. masa wak kat Pasir Mas, tengok gambor metro front page 'Kuantan Tenggelam' kecot telo wehhh.. uuHHUUu

    ReplyDelete
  56. Jadi ke tidak makan staff crab kat Chukai?

    ReplyDelete
  57. takpelah.. next year boleh repeat balik tengok sunrise kat sana.. ;)

    ReplyDelete
  58. Comel sesangat hero2 Doc tu...geram pulak tengok.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...