Monday, December 31, 2012

Koleksi Gambar Sepanjang Tahun 2012

31 Disember 2012.
Hari terakhir tahun 2012..

Sebagai rekod utk kenang kenangan diri sendiri, aku re-publish gambar gambar pilihan tentang anak anak aku sepanjang tahun ni..Ye lah, aku rasa blog aku ni bernyawa salah satu sebabnya kerana ianya platform aku coretkan perkembangan anak anak aku, dah tua tua esok( kalau umur panjang), aku boleh la belek belek balik..

Post Januari 2012: 3 Jantan.  Zayyan 7 bulan. Memang kenangan kelakar la tengok lengan & peha Michelin dia  ;P

Post Februari 2012: Hard Decision. Tentang dilema kami samada nak tambah anak lagi atau tidak. Dilema itu telah terlerai sekarang, sebab adik Zayyan sedang dikandungkan.

Post March 2012: Pengumuman: Mencari Nanny. Tentang usaha kami mencari nanny utk menjaga Ziyyad & Zayyan sebentar, semasa kami work out di gym. Kami tak ambik maid sebab kami tak suka maid, tak percaya maid, dan tak suka privasi di dlm rumah diganggu.  Masih belum ada nanny, dan buat masa sekarang, hanya aku yg ke gym, sebab mommyZZ freeze kan akaun gym nya, kerana pregnant.

Post April 2012: WW: Ganu Kite.  Ziyyad posing di infinity pool di Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu.

Post Mei 2012: Perhimpunan Suci 3.0.  Zayyan di dukung oleh Abg Bob, suami kepada Kakcik Seroja. Masa ni kitaorang buat gathering picnic pagi pagi, bentang tikar, makanan pot luck. Best wehhh..

Post Jun 2012: Raja Buah. Bulan 6 tahun ni pesta durian di rumah mak mommyZZ. Cumanya hujung2 tahun 2012 ni, pokoknya tak berbuah langsung, maka tak sempat la nak buat durian crepe.

 Post Julai 2012: PaulTan Wannabe. Komen Ziyyad masa gi test drive kereta untuk mommyZZ. bahahaha..

Post Ogos 2012: Raya ke-3. Hikmat Tangan Tanpa Dosa. Ziyyad & Zayyan turun ke Segamat berhari raya di rumah nenek saudara. Lajunya tangan Zayyan mencapai kerepek sampai tak ter-record oleh kamera..hahaha.

Post September 2012: Araluen Botanic Park. Zayyan menjadi mat bunga di taman bunga tulip di Roleystone, Perth, W.Australia.



 Post Oktober 2012: Cerita Raya Haji Saya - Ziyyad & Zayyan bertemu blogger Wahida sekeluarga di Seremban.  Jumpa Blogger Penang - Ziyyad & Zayyan bertemu blogger MakcikKantin sekeluarga & blogger Najwa sekeluarga di Penang.

Post November 2012: Gathering Blogger 18 Nov 2012. Zayyan bersama blogger Iyra. Ziyyad & Zayyan jumpa ramai blogger lain juga masa ni..blogger Seremban + Klang Valley.

Post Disember 2012: Gathering Blogger Selatan( Johor) . Zayyan with GB di rumah Chef Mat Gebu.


Selamat tahun baru 2013.
:)

44 comments:

  1. bestnya buat sorotan sepanjang 2012 camni. saya blm sempat belek semua. nanti ada masa saya dtg lagi tau. tgh nak update bloglist baru. kalau sudi, saya masukkan blog 'macam2 ada' dlm bloglist saya ye~

    ReplyDelete
  2. kiut kiut comel gebus kentang...
    gitu(",)
    semoga tahun 2013 akan lebih baik baik baik..moganya amin...

    ReplyDelete
  3. memang kisah dan gambar anak2 yg menjadi antara sebab kita berblog. Bila kita dah tua (kalau panjang umur) bolehlah lihat semula gambar2 ni dan baca kisah2 yg pernah kita tulis. Kadang2 tu kita tersenyum sendiri membaca kisah mereka. Macam tak percaya kita pernah tulis cerita mcm tu .... hehehe

    Happy New Year doc!

    ReplyDelete
  4. Geramnya tengok wajah polos Ziyyad dan Zayyan. Kalau mereka ada adik perempuan nanti, mesti comel juga. :)


    Alamak! Gambar suami KakcikSeroja ada terselit sama....

    ReplyDelete
  5. Salam..

    memori indah yang terakam buat kenangan terindah.. semoga 2013 terus diwarnai dgn acara2 yang sama meriah.. insyaAllah.. happy new year!

    ReplyDelete
  6. Kalau ikutkan banyak rentetan yg tak tercatat doc. Ini baru sebhgn. Lagi seronok bila dua heroZZ disahkan akan jadi abang itu pun di tahun ini juga.

    ReplyDelete
  7. wahh banyak kenangan ..
    comel2 pic ziyyad dan zayyan .. geram akak tgk ! ;)

    geram tgk wajah ziyyad .. putih melepak ! ;)

    ReplyDelete
  8. "lengan & peha Michelin".... kih3.. memang nampak berlipat2....tapi comel!

    ReplyDelete
  9. tetiba tengok muka zayyan dengan gB macam anak beranak... ehheee....

    ZZ yang sangat chumell yaa...

    ReplyDelete
  10. itu baru sepanjang tahun 2012 kan.. lagi lama entry tu lagi bernilai rasanya.. ;)

    ReplyDelete
  11. comels.. semoga yang ketiga ni dapat baby girl.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  12. Waa mestilah tahun 2013 lagi bermakna kerana pertambahan ahli kluarga....ziyyad,zayyan,zayynoon!!!!

    ReplyDelete
  13. adoii..mmg boleh jadi model michelin la zayyan.. selamat menyambut tahun baru utk daddy ziyyad dan keluarga..

    ps : notis keluar asap..tapi owner agak considerate jugak la..dia kata sebulan T_T

    ReplyDelete
  14. Wah, adik double Z nanti mesti comel putih melepak..

    Selamat tahun baru!

    ReplyDelete
  15. anak2 u memang encem lah bro....

    ReplyDelete
  16. terbaik...tp paling suka gambar Araluen Botanic Park

    ReplyDelete
  17. betul blog kita sebagai album kenangan . esok2 boleh klik2 balik.

    ReplyDelete
  18. putih melepak hero awk.
    melalui bloglah kita boleh simpan kenangan.
    sbb tu sy syg dgn blog sendiri.
    boleh coret apa saja kata hati..dan simpan kenangan di situ :)

    happy new year utk daddyziyyad&family :)

    ReplyDelete
  19. Memang DZ dan MZ dikurniakan anak2 yang sangat comel.. Syukur atas anugerahNya.. Moga kalian mendidik mereka dengan penuh kasih sayang dan pelajaran agama yang sempurna.

    ReplyDelete
  20. sukanya akak tengok anak2 yg comel ni..first pic tu..dahsyat lengan michelin dia!

    ReplyDelete
  21. banyaknya kenangan jumpa blogger..
    best2..:)

    ReplyDelete
  22. tahun depan ada pulak gambar kakak gb dengan adik ziyyad dan zayyan! ;D

    ReplyDelete
  23. Salam
    Memang ZZ tu comel sgtkan. Gambar Feb tu matanya mirip benar si ayah!
    Moga kesemuanya jadi anak soleh dan kebanggaan dan penyejuk ibu bapa.
    Mama pun suka masukkan gambar anak2, utk kenangan khasnya di hari tua mereka nanti!

    ReplyDelete
  24. Adik zayyan nanti jangan ciplak nama tuan tanah payakumbuh1 ye (ZINO) hihihi

    ReplyDelete
  25. bakal hero2 malaya.... komfom jd rebutan nanti

    ReplyDelete
  26. Selamat menyambut Tahun Baru 2013 di BolehLand doc!

    ReplyDelete
  27. gambar yg penuh cerita..

    tapi paling suka yg ada bunga tu le..

    ReplyDelete
  28. 2012 summary.....public diary ni akan amat berguna utk mengembalikan nostalgia....makcik dok tgk posting awal2 kemunculan makcik pun hmmmm rasa best sgt.

    ReplyDelete
  29. dah ramai juga blogger lain doc jumpa yer...best2...

    seronok kan tengok perkembangan anak....:)

    ReplyDelete
  30. seronok kan tgk gambar2 lama..as diary lah katakan..pasti mengamit ingatan kita kan.

    ReplyDelete
  31. cutenya baby boy..geram tgk, gebu2 pipinya..ni yg membuatkan teringin nk baby boy jugak nih..

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. Comeinya gambaq2 Ziyyad & Zayyan, rasa nak geget. Tahun depan boleh tengok gambaq adik depa pulak :)

    ReplyDelete
  34. Happy 2013...!!! Happy & healthy selamanya..!!

    Comel betol anak2 doc ni..

    ReplyDelete
  35. ramai blogger yang doc jumpa bro. hehe.sy pernah jumpa doc masa kat umah dato LF. dah lama dah tu. tak sempat nak borak pnjang. hehe. btw selamat tahun baru 2013 bro. selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  36. dah mcm tgk majalah 3 lak aku rasa, ada koleksi sepanjang 2012 heheheheheheh happy new year beb!

    ReplyDelete
  37. Selamat Tahun Baru Doc.. Saya ajar Math Moden dan Sains Tulen.. Tak pernah dapat ajar Add Math.. walaupun opsyen Math.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru doc..
      Ramai jumpa blogger ye doc

      Delete
  38. Gambar yg menyimpan seribu kenangan. Cantik2 gambar nih.

    ReplyDelete
  39. Cantik semua gambar2 nie,apatah lg dgn ziyyad dan zayyan yg comel tu modelnya.

    ReplyDelete
  40. sweet jer semua momment. dpt jumpa others blogger lagi tuewwww

    ReplyDelete
  41. anak yang sangat tampan...ginjal saya bermaslah apakah anda tau Obat Gagal Ginjal paling ampuh dan aman??? tolong beri tau saya ,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...