Friday, December 7, 2012

Aaron Aziz Hero Filem Tidurlah Intan

inilah novel yang aku sedang gigih baca sekarang..semoga aku berjaya khatamkan novel ini !

Aku tak suka baca novel.
Novel terakhir aku baca( dan habis baca) ialah Jibam. Tu pun zaman sekolah rendah!
Sekarang zaman filem adaptasi dari novel.
Hollywood dah lama buat..dan banyak yang meletup...antaranya Lord of The Rings, The Princess Diaries dan Twilight Saga.
Gigih baca peta dalam buku The Hobbit ni..hahaha..kalah masa belajar Geografi dulu!

Tapi, ramai pembaca novel komen bahawa hasil dalam movie tak sama/tak detail macam yang ditulis dalam novel. Contohnya LOTR, walaupun dah di bahagikan kepada 3 movies, tetap tak se-detail dalam novel katanya. Begitu juga The Twilight Saga. Dua dua novel ni, mommyZZ memang baca. Aku pegang aja bukunya, baca tak pernah ..haha..

Entah kenapa, keterujaan nak menanti tayangan The Hobbit pada 13 Disember ni, menyebabkan aku terminat pula nak baca novelnya. So far, aku dah sampai mukasurat 9..hahaha..

Siri Adam dan Hawa pun katanya dari novel..
Aku confirm lah tak baca novel nya, tengok cerita ni pun tidak..
So, adakah jalan cerita Adam dan Hawa ni banyak ikut apa yang ditulis?
Apa apa pun, kalau dah letak Aaron Aziz sebagai hero, cerita adaptasi dari novel budak sekolah rendah pun boleh meletup kannnnn...:P

 Bayangkan Aaron Aziz jadi hero based on siri siri dalam buku cerita Tidurlah Intan ni..sure meletup punya filem nya..wakakakaka

42 comments:

  1. tidurlah intan tu byk siri kan?..terkonang maso dolu2...suke pinjam kat pustakaan...hehe

    ReplyDelete
  2. baca peta tu aje dah seminggu. heheh!

    ReplyDelete
  3. Salam, I pun tk suka baca novel ni.but prefer autobiography sebab real dan tidak di reka2.well drama tv adam Hawa dah jadi phenomena now in Malaysia.maybe it become so hot sebab Aaron Aziz yg main...
    have a nice weekend.

    ReplyDelete
  4. Saya pun pernah beli novel Jibam.
    Siap beri hadiah kat awek lagi.

    Yang lain2, haram...
    Tak sesuai dengan jiwa barangkali.

    p.s kalau ada perjumpaan bloggers kat JB,
    beritahu saya.
    Saya nak join jugak.

    ReplyDelete
  5. Baca novel nie berhantu mesti tak boleh berhenti selagi tak tamat.

    ReplyDelete
  6. he..he.. akak mmg layan buku tidurlah intan waktu sekolah rendah dulu.. anak2 akak pun tertunggu2 nak the the hobbit tu.. kat rmh asyik cerita pasal tu aje skrg ni.. Masa nak tgk cerita The Da Vinci Code pun beria akak cari balik novel2 en.asben sebelum tgk movie tu.. he..he.. punyalah nak lebih menghayati..

    ReplyDelete
  7. hehe.. novel jibam tu pun saya pernah baca.. zaman remaja dulu rajin baca novel tapi sekarang ni banyak baca buku kanak2 je.. cerita adam & hawa tu pun tak pernah tengok.. tak rajin pulak nak tengok kat internet.. tunggu je kot2 nanti kluar kat astro ria..

    ReplyDelete
  8. Setuju ngan kakzakie. Klo dah baca tak bley nak berhenti.

    ReplyDelete
  9. Assalam, saya ada baca blog seorang blogger..berkenaan pakej phi phi island tour..blh share info.. Thanks

    ReplyDelete
  10. Aduhai...u got me doc! Ingatkan betul2 ada filem ni. Kalau nak jadi hero, watak mana yg dia sesuai gamaknya tu.

    ReplyDelete
  11. Salam.Ingat masa sekolah baca buku cerita 'tidurlah intan'..pinjam kat library sekolah.hikhik

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Lorrr.. nampak sgt WN bukan kaki novel.. mati2 ingat TIDUR LA INTAN tu novel dewasa.. Dari kecik mak x galakkan baca 'buku cerita' (mak belikan mak nenek majalah DEWAN ngan ensiklopedia hu3x) katanya nanti korang leka.. ada betulnya.. cth ketika berkumpul di kg.. sepupu2 muda-mudi WN, sgt la leka membaca novel sampai tak heran ahli keluarga lain kuar masuk umah

    ReplyDelete
  14. Wehhh aku ada kot buku Tidurlah Intan tuh!

    ReplyDelete
  15. hahaha kelakar laa plak AA belakon dlm filem Tidur La Intan.. tak leh bayangkan. Memang byk filem/drama dari novel. Yang buat Adam & Hawa the best sebab mmg dia ikut sebijik2 dlm novel cuma di tambah rencah sikit laa.. Tak macam drama Bicara Hati juga dari novel tapi hancur lari dari novel.. So skrg tunggu plak Sehangat Asmara.. coming soon ganti A & H.. :)

    ReplyDelete
  16. patutla sunyi sepi blog..
    duk focus baca novel pulak dah..
    hahaha..

    nak upah pengasuh ke time g tgk muvi nnt?
    lalalalala~ sejam rm20.. ahakss!

    ReplyDelete
  17. Sy rindukan LOTR, jdk Hobbit mmg sy nanti-nanti. Tungguuuuuuuuuuuuuu~

    ReplyDelete
  18. sy sgt suke siri Tidurlah Intan...masa sekolah dpt hadiah buku tu...

    ReplyDelete
  19. Bleh abis baca ke? Silap silap berminggu baru abis!

    ReplyDelete
  20. the hobbit - tak suka sbb muka buruk..aduh dah terbayang2 dalam kepala muka dia *_*
    kalau doc bagi novel ni suh sy baca memang fail.kalau bombastic word lagi la confirm kat sebelah ada kamus tebal hahaha

    satu2nya novel yg sy baca & diadaptasi ialah novel ayat2 cinta.memang betul,novel lagi detail.rasa lagi best baca novel dari tengok cerita..eh ada lagi, novel ombak rindu.best.tapi filem ombak rindu hancusss

    filem tidurlah intan?kah3 no komen..err boleh cecah box opis kot

    ReplyDelete
  21. salam
    bg akak....(selera akak la)bila filem diadaptasi dari novel..kepuasannya tak sama mcm baca novel...layan novel lagi syok...

    ReplyDelete
  22. Sejak kerja jarang baca novel jarang jugak dapat tengok TV apalagi bila anak2 dah mula sekolah balik rumah banyak masa dihabiskan utk mereka. Ibu bekerja katakanlah...hiks...

    ReplyDelete
  23. zaman dulu kalau dapat baca JIbam kira up to date lah sgt kann....haha

    ReplyDelete
  24. ha ha..teringat kad librari masa sekolah rendah..

    ReplyDelete
  25. Dee baru je lepas baca novel ayat2 cinta yg dah lama pun dibuat movie..kalau tgk movie pun sedih..lagi sedih dan kuat impactnya kalau baca novel..di akhir pembacaan..airmata meleleh..hehehe..Jibam dulu pun buat dee sedih..huhu..

    ReplyDelete
  26. rasanya baca novel lagi best dr tgk cite nya..feeling lbh sket baca novel ni tapi tu la lg tak tau ending nya tak mau nak lepas novel tu..

    ReplyDelete
  27. ingat betul la td ada filem tidurla intan! heh doc ni!

    hubby sy tak sabar2 nk tggu hobbit.mlm td bru je tnya bila tayang (pdhal dah 2,3 kali tanya)!

    ReplyDelete
  28. demam Aron jugak ke?


    best lagi baca novel... dapat feeling lebih

    ReplyDelete
  29. slalunya novel memang extra detailnya kan....

    me nak tengok hobbit tapi ntah bila :)

    ReplyDelete
  30. minggu lepas balik kampung, banyak pulak novel2 baru yang kakak ngan adik aku beli..diam2 aku bawak balik (pinjam)dua tiga buah..entah bila nak abis baca tak tau la..

    ReplyDelete
  31. Masa sekolah dulu saya bukan kaki ke library..jadi saya tak tahu kewujudan siri tidurlah intan dan jibam tu. Eh, ke sekolah saya yg tak ada novel tu? Hihihi......

    ReplyDelete
  32. apasal saya tak tahu langsung pasal buku tidurlah intan tu... rasanya sekolah kat mesia.. huhuuuu... siyess..

    ReplyDelete
  33. aku dah baca novel adam dan hawa sebanyak 7 kali dan bila kuar citer dia tu..aku compare kan..semuanya sama...sgt2 sama..cuma ada satu dua je mcm lain..mcm kes johan terpikat kat adik ain tu..itu aku kurang pasti ada ke tak dalam novel..hahahahaahah...acaner tu....x sama la kot..kan?

    ReplyDelete
  34. buku tidurlah intan tu tak penah tau pun,,hadoi

    ReplyDelete
  35. dulu pernah baca novel LOTR...bahasa inggeris nye terlalu sastera pada den...susah nak faham...huhu

    ReplyDelete
  36. Tidurlah Intan tu buku lama..dulu2 baca kat library sekolah..Twilight dah khatam, LOTR tak start baca pun sebab tengok movie lagi teruja...The Hobbit macam nak cari...Adam dan Hawa tak ikut sangat...tapi memang la..baca buku kita kena bayangkan semuanya..lagi kita berimaginasi dan kreatif, lagi best cerita tu..kalau movie kita terima je apa yg disogok..tu yg dengar org kata dalam filem kurang best..sebab imaginasi pembaca novel ni dah tahap tinggi gaban hahahaha

    ReplyDelete
  37. Salam perkenalan :-) eh serius kitapun teringat dulu mmg follow buku cerita tidurlah intan ni. Mmg best!

    ReplyDelete
  38. Novel Jibam saya baca kalau tak silap 7 kali.. Best jalan ceritanya.. Now nak habiskan satu novel makan masa berhari2.. Buku Tidurlah Intan ni tak pernah pula saya baca zaman kecik2 dulu..

    ReplyDelete
  39. semoga berjaya baca buku tu sampai abes ye..jangan pulak baca takat m/s 10 ajer ;)

    ReplyDelete
  40. hahahahaha... aaron aziz ek.. aaahhh tidak. itu penindasan kepada bakat aaron namanya tuh... hahahahahah...

    kat malaysia so far novel cinta yg diadaptasikan
    kat hollywwod byk citer adventure yg diadaptasikan...

    ReplyDelete
  41. umanghai.. tidurlah intan tuh sangat rare ye!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...