Sunday, November 18, 2012

Solidariti Mengejar Beger Free




Sempena menyambut Breakfast Day katanya yang jatuh pada 19 November, esok...maka 200,000 biji beger akan diagihkan secara percuma, kepada 1000 pelanggan pertama di setiap cawangan, bermula seawal jam 7 pagi.
Itu kata pihak Mekdi. Kata warga netizen pula, ini ada kaitan dengan usaha boikot rangkaian Mekdi yang dikatakan menyokong Israel.



Maka, adakah dek kerana isu boikot ni, marketing strategis Mekdi ialah nak popularkan kembali beger nya, lantas membuat promosi beger free ini..? Berselindung di sebalik kata kata " mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi" ..?

Dan ini press statement pihak Mekdi Malaysia:



Ada beberapa isu yang aku suka komen dalam hal ini:

1) Kesungguhan rakyat Malaysia dalam memboikot sesuatu produk. Aku memang agak skeptikal, maaf cakap. Rakyat Malaysia memang hangat hangat tahi ayam. Ini bukan pertama kali seruan memboikot dilakukan. Tambahan pula, memboikot industri makanan segera yang menjadi kegilaan majoriti rakyat Malaysia.Umum sedar bahawa rakyat Malaysia, suka makan. Dan adalah mustahil makanan kegemaran, yang secara relatifnya agak murah, hendak di boikot. Lainlah kalau makanan itu memang tak sedap, dah la tak sedap, mahal pula, dah la mahal, servis lembab pula! Maka seruan memboikot tempat makan yang seteruk begini, mungkin akan berjaya.Cuba rujuk kes boikot restoren Sekinchan Ikan Bakar. Banyak cawangannya dah ditutup. Aku sendiri pernah cuba restoren ikan bakar ini, ceritanya DI SINI.

2) Samada benar atau tidak dakwaan Mekdi Malaysia ada menyumbang hasil bisnes kepada zionis Israel, kita tolak ke tepi dulu. Katakan lah boikot ini menjadi.Merudum bilangan orang datang ke Mekdi. Bisnes Mekdi melingkup di Malaysia. Apa akan jadi pada pekerja Mekdi? Tengok sahaja muka muka pekerja Mekdi, ada jumpa muka Cina? Muka India? Bukan tiada, ada..tapi terlalu sikit. Yang penuhnya, muka anak muda remaja Melayu yang sanggup bekerja di restoren segera untuk tempoh masa yang panjang, penat berdiri, risiko kena hamun dengan customer--dan itu semua untuk gaji yang kecil! Jangan salah tafsir ayat aku ini kononnya aku mengatakan kerja di sini hina. Bukan itu maksud aku, cuma itulah realiti yang kita perlu telan. Itu yang mampu anak muda Melayu kita yang kurang akademiknya( tolak ke tepi mereka yg kerja part time)buat, antaranya kerja di restoren makanan  segera. Mereka tak punya daya saing macam remaja Cina yang memang pandai berniaga sendiri. Nah, kalau Mekdi lingkup, apa akan jadi pada mereka ini? Dalam pada kita kononnya mahu membantu saudara seagama di Palestin, saudara seagama kita sendiri di bumi Malaysia, tersepit. Ini yang perlu kita fikir juga.
3) Solidariti rakyat Malaysia dalam mendapatkan benda yang free, akan terpancar esok pagi :)  Ya, sebut sahaja barang free, org Malaysia memang nombor satu. Sanggup bersesak sesak berasak asak. Lihat sahaja promosi " Beli satu percuma satu" di Subway baru baru ini, bagaiamana penangannya. Maka perkara yang serupa juga, aku jangka akan berlaku esok pagi. Jem di Mekdi serata negara. Beger telor ni, bukannya susah nak di buat sendiri pun. Cuma mungkin ramai yang terbayang bayang akan " burger 'Egg McMuffin' yang diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar."  ~ ha ha ha.

36 comments:

  1. Bawa makanan apa ke pertemuan hari ii? Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Orang mesia mmg suka barang free.. Pantang buat promosi buy 1 free 1.. sanggup beratur seawal pagi.. tak kuasa pagi2 nak makan beger..

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera Tuan

    Trekena batang hidung...
    Nak bagi tau anak2 , tak pyhlah sibuk2 nak beratur!

    ReplyDelete
  4. Sapa nak beratur panjang silakan...

    ReplyDelete
  5. tak rajin owh nak beratur panjang pepagi tu semata mata untuk seketul egg mcmuffin percuma..

    ReplyDelete
  6. suka point yang kedua bro. pro dan kontra kesannya kita perlu fikir juga.

    ReplyDelete
  7. Entahlah ..... tak tauu nak komen mcm mana .....esok kita makan kopok lekooo je kah.... kekeh keh...

    ReplyDelete
  8. muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa yee.. aminn

    ReplyDelete
  9. sy x sabar nk tgk smbtn rakyat msia esok!!

    ReplyDelete
  10. Bab boikot memboikot ni bagi saya cuma kerjaan sia-sia. Kesian kan pekerja2 mekdi.. Sakit sungguh hati bila ada yang berkata "carilah kerja yang lebih mulia berbanding kerja di McDonald."

    ReplyDelete
  11. setakat berger seketul tak berbaloi nak berbaris panjang... huhu

    ReplyDelete
  12. Makchaq ngan anak2 pun berfikiran sama macam DZ tentang boikot2 ni..
    Tapi kami memang jarang ke McD kecuali bila nak cepat dan ringkas

    ReplyDelete
  13. Tak kose nak Q panjang demi seketoi burger yg tak seberapa ini haihh..
    mak sy marah dah byk mkn burger, dh gumuk cam doraemon katanyerr... hehehehee ;p

    ReplyDelete
  14. sy memang dah lama tak makan mekdi..bukan boikot tapi memang tak makan.ada pakar nasihat org TTC macam sy kena elakkan makanan segera..betul ke doc?

    ReplyDelete
  15. Boikot atau tidak...den tetap tak suka McD.....lagik suka berger OTAI...ahakz

    ReplyDelete
  16. belanje saya beger satu....

    sempena hari jadi.

    ekekeke

    ReplyDelete
  17. nak boikot israel, bagi yang perempuan kalau period jangan pakai 'kotex', pakai je towel good morning. bahaaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah! Dah jumpe komen Ell yg 'kontroversi' tu....

      =p

      Delete
  18. nak jawab isu komen.

    1. Jarang kita tengok benda murah/sedap diboikot....
    2.Setuju...jangan korbankan anak bangsa kita untuk 'kuman seberang laut' yg kita pun belum pasti akan terbela dgn sumbangan kita (sounds agak kasar sikit tapi banyak org di sini yg perlukan bantuan...)
    3. haha betul....tadi ada kawan kata..."awat ramai sgt org kat mekdi?..yang jawapannya pun makcik baru tahu bila baca entri ni....ishhh

    ReplyDelete
  19. Walau apa pun juga buat masa ini keluarga kakak sedang meninggalkan makanan kegemaran ramai. Kalau teringin kena buat sendiri gamaknya walau tak sesedap di outletnya.

    ReplyDelete
  20. As salam Doc,

    Kami dah lama tak mamam McD tau! KFC lagi ler... Haram ke McD di Msia tu smp nak diboikot? Kena rujuk balik hukum bermuamalah dgn Yahudi... Yang nak boikot, silakan teruskan usaha murni tu... Setujulah bila doc kata org Msia hangat2 tahi ayam... sedapnye " burger 'Egg McMuffin' yang diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar." telan aiyaq liuq wooo...hehehe

    ReplyDelete
  21. hahahaha...kesian..pada saya yg sibuk memboikot ni adalah mereka yang memang tetiap minggu tetiap bulan makan mcd.. memang sebenarnya susah nak tinggalkan makan mcd..saya mmg tak rajin nak ke mcd.. dua bulan sekali pun jenuh..

    so saya takde la heran nak berboikot pun..

    kesian pada yg bekerja dgn mcd..sampai ada yang sanggup kata..duk kerja mcd tu makan hasil bunuh orang islam..kejam..

    ReplyDelete
  22. Penuh dalam FB pasal boikot ni...oleh sebab esok..esok..esok...esoknya lagi saya akan ke McD juga, saya berdiam diri je tentang boikot bege free hari ni..betul..hangat2 taik ayam..habis hari ni, diorang gi McD lagi..bagi saya, Saya melaknat perbuatan Israel di luar sana dengan sesungguh hati saya..
    (tapi pagi ni tak amik pun beger free tu..makan roti canai ngan hubby kat kedai mamak lagi best kekekeke)

    ReplyDelete
  23. ya betol tang point #2 tu.. saya ni kalo makan makanan segera & makanan kat luar selalu la pening lepas tu.. tapi nak masak selalu penat jgk esp masa travel..

    moga persengketaan di sana tamat dgn cepatnya..

    ReplyDelete
  24. sy xmkn mekdi...klau teringin sgt burger pun pi bli berger kat tepi jalan kt PJS...kt situ berger dia sedap! kalau mekdi..hehe

    ReplyDelete
  25. Hehe... Mesti ramai yang serbu ni... Nak serbu tak sempat la... Saja dia buat hari isnin time orang nak masuk kerja..

    Tapi ramai jugak yang bersunggh nak boikot.. Rasanya sekejap je jalan hal boikot2 ni.

    ReplyDelete
  26. Doc! U're the best!!!!!!!!!!!! Sejuta kali sy LIKE entri ni. Siyes seme point mmg msk akal. Boikot brand yg dihidupkan Yahudi? Mmg hangat2 taik ayam. Kite hidup mmg dikelilingi mrk. Klu mcm tu, boikot ubat-ubatan yg dieksport dr US. Bukankah segala vaksin bagai seme mmg dihidupkan bangsa mrk?????????????

    ReplyDelete
  27. saya stick dgn herbalife shake for brekkie. nak join?? :D

    ReplyDelete
  28. suka dgn entry ini juga!!! saya pun setuju dgn sume point2 tu. tapi kalau nak pegi md semata2 nak makan bege telo free.... better buat sendiri. hikkksss~

    ReplyDelete
  29. Kalau boikot anak malaysia terutamanyer hilang pekerjaan tak guna juga kan..kita doa yang baik2 jer utk Palestin..pergi jahanam sama Israel! !

    ReplyDelete
  30. me too...suka entry ni...sib baik boikot banyak dah...

    ReplyDelete
  31. setuju sangat dgn entry ni..setakat manalah kesan yg israel tu rasa dgn perbuatan boikot rakyat m'sia ni...rasanya takde effect pun.
    fb akak pun penuh dgn acara2 boikot ni...tapi malas nak menjawab.yg buat post tu senior2 sekolah & kawan2 kita..maka biarkan sajalah.
    to me...lebih baik kita solat & berdoa kepada Allah untuk membantu rakyat palestin ni...Allah lebih mengetahui.

    notes:...nugget mcD lebih sedap drp nugget kfc.

    ReplyDelete
  32. benda free adalah benda paling digemari oleh manusia sejagat..hahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...