Thursday, November 1, 2012

Natural

bahahaha...indah betul style anak anak bujang aku tidur. Katil dua tingkat, last last guna tingkat bawah aja. Tak kisah la, yang penting kena tahu berapa jam yang secara NATURAL nya kanak kanak perlu tidur ( quality sleep). Untuk Zayyan ( umur setahun setengah), dia perlukan  10 - 12 jam tidur...manakala untuk Ziyyad ( umur 4 tahun), dia perlukan ~ 10 jam juga..



Bercakap pasal NATURAL, Langkawi sekarang di jenamakan semula sebagai Naturally Langkawi.
Berita Naturally Langkawi

Alahai..
Maaflah..aku memang skeptikal dengan penjenamaan ( bagi nama baru) semula di Malaysia ni.
Nama aja berubah, luaran aja berubah, tapi isi dalam nya tetap sama.

Apa perlu kah nama tersebut di ubah?
Dan kalau diubah, perlu ke NATURALLY?
Alahai..

Bahasa jiwa bangsa..
Kita sendiri yang buang identiti bahasa kita.
Nak global katanya, biar mat saleh faham katanya..

Ni aku nak beritahu..
Mat Saleh suka benda yang asli, bukan benda ciptaan/fake.
Ada ke nama pulau Bali tu di ubah supaya mat saleh tetap datang ke sana pasca pengeboman Bali?
Nama ialah sesuatu yang unik.
Asas identiti bangsa, kaum, negara.

Kalau Naturally Langkawi pun..
Tiada gunanya kalau Langkawi tetap kotor, sampah sarap bersepah, mentaliti tak berubah.
Tiada gunanya kalau bila Lima dianjurkan, harga roti canai sekeping RM2.00.
Tiada gunanya kalau pelancong asing datang, kena sapu dengan teksi sapu.

55 comments:

  1. ' Langkawi Asli'?
    dalam Bahasa melayunya..?

    ReplyDelete
  2. rasanya nama langkawi pun dah cukup elok..
    nak tambah2 naturally..payah nenek2 mak2 kita yg suka g sana beli pinggan mangkuk nak nyebutnya..

    ReplyDelete
  3. mak oiiii...lasaknya tido....Naturally Langkawi, i rasa x yah tukar la..elok lg nama langkawi tu sbb dah cukup comercial dah..mat saleh tau jer pun..buat kena gelak jer la kalau ubah2..hehe just my opinion

    ReplyDelete
  4. yup.. setuju..
    kalau tukar nama termasuk isi dalamnya berubah, berpadananlah dengan penjenamaan semula tu.. 'Langkawi Serba Asli'.. eemmm.. aslilah sangat..

    ReplyDelete
  5. Sape punya idea la bg nama macam tu
    Tak sesuaiiii

    ReplyDelete
  6. Alaaahaiii tido mu.. alaaahaii NATURAL nye bahasa ku...

    ReplyDelete
  7. setuju..penjenamaan semula tak perlu kalau isinya tetap sama
    yang penting kena cari jalan macamana nak ubah atau galakkan manusia berubah ke arah yang lebih baik..

    ReplyDelete
  8. naturally langkawi? karut je..

    da penat sangat la diorang tu..

    eh ziyyad dengan zayyan da tido sendiri eh? bagusnya...

    ReplyDelete
  9. Adik dah nak turun katil tapi nampak abang masih bergolek tak jadi turun tu yg tergantung-gantung kaki. Cutelah mereka ni:)

    Naturally Langkawi
    Cakap tak serupa bikin macam inilah doc.

    ReplyDelete
  10. Naturally Langkawi...mcm tak sesuai plak. Guna jer lah bahasa melayu.

    Lasaknya si adik tido ☺☺

    ReplyDelete
  11. nak tanya soalan tak ada kaitan.
    anak2 ko tak bertumbuk ke doc...?



    .

    ReplyDelete
  12. Kenapalah nampak pampers adik jer... Dah lama x der anak keciklah nie..

    Prefer Langkawi juga. Opss, rojak juga, hailahh Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Syabas!!!!!natural la sangat wehh......uhuhuk.
    Kekadang aku melihat mereka ni macam hilang punca, kemana identiti.......



    Apsal comel sgt budak-budak ni tdo? Haihh.....

    ReplyDelete
  14. kata ngara malaysia..napa guna bahasa english..? kata dah tak dijajah hihihii....opppssss

    amboiii bestnya tgk anak2 tido camtu hihihi cute!!!

    ReplyDelete
  15. akak pun selalu rasa penjenamaan nama tak berapa penting.. lebih2 lagi bila identitinya semacam hilang dari yg asli.. rasanya pembaikan dalaman lebih perlu untuk diberi tumpuan..

    ReplyDelete
  16. tak perlu kot tukar nama.. nama nak kena tukar ikut bahasa org lain.. langkawi tu kan malaysia punye.. haih~

    ReplyDelete
  17. betul tu..apa motifnya penamaan semula tp bukan guna bahasa kebangsaan..pelik disitu.

    ReplyDelete
  18. Agaknya ikut style bapak dia tidoq kot tu..ha ha

    ReplyDelete
  19. Hoh! Bab ni yg sy sokong 10000000000% Sy dgr td kat berita radio. Dgr je tang NATURALLY tu....apa??? bahasa omputeh???

    Sgt2 frust!

    ReplyDelete
  20. DZ...daging rusa tu sekilo RM30 ☺☺

    ReplyDelete
  21. Ganznya tido tapi hairankan sampaikan dah separuh badan bergayut dia still tido...ishhhkk...ni mesti mengikut perangai bapaknya masa kecik...haahahaaa...

    Apa ada pada nama?

    ReplyDelete
  22. aku rasa mcm nak tepuk2 bontot si zayyan tu!!

    ReplyDelete
  23. eh yg si kecik tu xjatuh ke??????


    hahahaha...satu lg bhn kelakar oleh 'mereka' :p

    ReplyDelete
  24. yg munna perasan banyak yg kurang ramah kat sana.....

    ReplyDelete
  25. sokong... apa yg nak naturally sangatkan.

    ReplyDelete
  26. tak tergolek ker dua beradik tu, x de benteng lak tu. haissh :)

    pelik nau nama baru langkawi. bahasa jiwa bangsa laa sangat kan.

    ReplyDelete
  27. as salam

    guna kepala sape agaknye idea ni..
    :)

    ReplyDelete
  28. Salam Kenal Daddy Ziyad..

    Aduhai..anak-anak kecil ni lasak bebenor tidur nyer. Tapi nampak mereka lena betul tidur yer.

    Blog Qashmere
    Style Me Gorgeous By Qashmere

    Take Care Bro and Famili!

    ReplyDelete
  29. #facepalm

    dah komen td. tapi error, terus takde moood nak taip panjang2.

    zayyan zomel....

    ReplyDelete
  30. hahaahah comel gile tgk .....terjuntai2 hah tdo...tak sempat panjat leh telelap kot tu doc....

    alamak, my dayyan plak tak cukup kot waktu tdo die...ligat nak main jek...skrang ni ligat nak bercakap....seboleh2 lawan mate tak mo tdo huhuhuh

    ReplyDelete
  31. nama je rebranding tp kalau everything still sama..jgn buat duit rakyatlah..hehehe...

    yg kecik tu sib baik tak jatuh bawah..tergantung je gitu..comey..

    ReplyDelete
  32. nie samalah ertinya dengan makan durian.kulit jer cantik kemain tapi dalam isi busuk..huhu apalah salahnyer letak nama dlm melayukan??mcm jepun tak kisahpun kalau tak belajar cakap english tetap nak orglain yang belajar bahasa mereka..

    lasaknyer anak2 doc tido..yang si adik2 tak jatuh ker tergantung mcm2..nurul mmg tak tido katil takut anak2 jatuh,hohoho

    ReplyDelete
  33. Adoiyai.. napa plak laa nama pulau langkawi nak di omputihkan sangat. Ikss tak sesuai betul laa..

    ReplyDelete
  34. Pencemaran bahasa melayu lagi .....
    Dasar buat .... yg langgar dasar punbuat ....

    Kita rakyat ...buat buat tak tahu ....boleh ka ...

    ReplyDelete
  35. baru cdg nk brcuti kat sana...dh tk jd sbbkn nama baru tu..hak3.

    ReplyDelete
  36. cute nyaaa bujang bujang dia..

    ReplyDelete
  37. Amboi anak2 bujang tu tido sorang atas sorang bawah....
    Dah tambah nama plk.

    ReplyDelete
  38. Setelah sekian lama Langkawi dikenali dunia dengan nama LANGKAWI, tiba2 wujud pulak Naturally Langkawi. Hurm.............. Buruk benor bunyinya............

    ReplyDelete
  39. tiada unsur-unsur melayu mahupun 'mahsuri' di situ!

    tak perlu kot ubahnama..yang penting penambahbaikan. ye dak..?

    amboi...jeles tengok diorang tido, siap tertonggeng lagi. macam sedap je..ish..tak bleh jadi ni!

    ReplyDelete
  40. oihhh...rasa macam nak join. sekarang ni saya boleh tido di mana mana sahaja! bahaya sungguh!

    ReplyDelete
  41. Huih sungguh terer si adik tidoq style tergantung separuh badan gitu, tabik Zayyan!

    ReplyDelete
  42. sukalah tgk si adik zayyan tidur ngan kaki tergantung gitu. hmmm... kebetulan plak nama bby saya pun zayyan juga.

    ohh.. baru tau nama langkawi dah bertukar. tak mencerminkan identiti melayu kan.

    ReplyDelete
  43. Salam sejahtera Tuan,
    hehe carefour jadi eoan 1 msia, amacam dari Perancis ke Jepun! heem mana yg betul2 msia?

    ReplyDelete
  44. penting sgt ke tukar nm tu? cam x de keje lain je nak buat. fikirla cam mn nak kekalkan keaslian langkawi spy bersih, x tercemar, indah dan maju. sedapnya tidoo... saat paling bahagia bg ibuayah bila tengok anak2 tido dgn nyenyak sekali

    ReplyDelete
  45. hehehehehehe....
    suka tgk anak2 tidor....
    aksi nie mmg terbaik aaaa....

    sungguh tak asli namanya itu...hurrmmm....

    ReplyDelete
  46. Doc pun tido camtu jugak agaknya masa kecik dulu, comel je!


    sumo nak di omputihkan... ntah hapa2

    ReplyDelete
  47. cute je. zayyan mcm riffa, tido ikut suka dia je.

    ReplyDelete
  48. assalam...eheheh!!!comel jer dorang tido ngan mcm2 pesen tu kn?hrrmmmmm...sy n family prnah tggal kt lgkawi 3thn..and sy mmg skong pndapat doc tu...nama je yg brtukar tp yg lain2 tak di perbaiikn..hrrmmmm..mmg pointless..btw,jmputla foolow kmbali :)

    ReplyDelete
  49. he he he lucu je budak2 N tq share ilmu & info juga ye

    ReplyDelete
  50. yg tido kaki tergantung tuh! hihihi...comelnya!

    ReplyDelete
  51. Lasaknya anak2 DZ tidur.. comel...

    ReplyDelete
  52. comelnya boipren tido hehehe memang natural hahaha

    alahai knp sy xtau pun langkawi dah tukar nama hehehe x rugi menatap blog dz hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...