Wednesday, November 7, 2012

Berlagak Bagai Tuan ( tapi kedekut nak membayar)

Ni berita semalam, di mStar online:

Kos Ambil Pembantu Rumah Indonesia Dijangka Meningkat


PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia tidak lama lagi dijangka perlu membayar lebih untuk mengambil pembantu rumah Indonesia, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Selasa.

Beliau berkata agensi-agensi pembantu rumah di kedua-dua belah pihak telah mengadu mengenai yuran rendah yang dikenakan bagi setiap pembantu rumah yang dihantar ke Malaysia, dengan alasan ia tidak cukup menguntungkan berbanding dengan negara lain di rantau ini.

"Mereka berkata kos (seperti yang digariskan) di bawah memorandum persefahaman (antara Malaysia dan Indonesia mengenai pekerja domestik) adalah terlalu rendah bagi mereka (untuk mendapat keuntungan).

"Jadi kita telah beritahu mereka supaya membincangkannya semula dan kemudian memberikan kos realistik, yang akan membolehkan mereka (pembantu rumah) dibawa datang ke sini," beliau berkata pada satu sidang akhbar di sini

 home made subway...untuk lunch karang...dibuat dengan penuh kasih sayang oleh mommyZZ, bukan maid  :)

Bagi aku suami isteri,selagi boleh, kami tak mahu ada pembantu rumah, sebab:

- kami tak selesa ada orang asing dalam rumah kami. Kami nak tergolek terlentang, nak berlari lari kejar mengejar dalam rumah, nak berpakaian sexy tak berpakaian, pasti tak boleh kalau ada maid.

- kami mahu anak anak kami di didik, di asuh, di acu mengikut cara kami, secara eksklusif.

- kami tak percaya pada maid, lebih lebih lagi warga Indon, yang banyak tipu helahnya. Pengalaman kawan kawan & saudara mara kami yang ada maid, cukup mengajar kami.

Namun, lain padang, lain belalang. Lain orang, lain cabarannya. Ada yang perlu ambil maid jua, mahu tak mahu. Aku kesian juga dalam pada dah kena bayar mahal mahal sekarang ni, bila maid cabut lari, agensi langsung lepas tangan. Nah, kini agensi bagi alasan "tak cukup untung" bisnes selama ni. Agensi ( both Malaysian & Indonesian) memang tahu, sebab ada demand yang tinggi, tu sebab mereka berani minta yang bukan bukan. Maka, ada beberapa option yang boleh dibuat:

1- Kesatuan pemilik maid kena kuat. Lawan balik tuntutan agensi.

2- Boikot terus maid Indon. Ambik maid negara lain.

3- Belajar jangan bergantung kepada maid, buat sendiri kerja rumah/jaga sendiri ibubapa/jaga sendiri anak anak.

Untuk option ke-3 tu, bagi yang terpaksa sangat hire a maid, maka go on la. Bagi yang bukan terpaksa sangat, tapi sebab malas, maka bagi aku, kalau dah malas dan bergantung sangat kepada orang lain utk cuci tandas sendiri/suap mak ayah sendiri makan, maka bayar aja lah berapa saja tuntutan agensi. Maka dalam hal ini, option no 1 akan terbatal dengan sendirinya. Aku lihat sendiri betapa orang Malaysia ni ( sesetengahnya) terlalu malas..malas menjaga anak sendiri, bila berjalan jalan ke shopping complex, anak tak dipimpin, tak didukung, semua serah bulat bulat kepada maid. Bila makan di restoren, masing masing buat hal sendiri, sibuk melayan smartphone/tablet, dan anak kecil itu di suap oleh maid. Oh ya, orang malaysia memang gemar berlagak bagai tuan. Sudahlah 6 hari seminggu sibuk bekerja pagi ke malam langsung tak sentuh anak sendiri, bila cuti di hari Ahad pun, anak...maid yang jaga dan suap. Alahai..

66 comments:

  1. ho ho ho..
    saya anak lima
    saya perlu maid

    ReplyDelete
  2. setuju ngan alasan 1
    ada orang lain susah sket kita nak bebas walau dalam rumah sendiri kan???

    ReplyDelete
  3. Kakcik tak pernah guna khidmat pembantu rumah - alasannya : sebab kakcik tak mampu. :)

    ReplyDelete
  4. saya juga cukup tidak suka orang indonesia. kat opis ni kita boleh tengok perangai dorang. 1 kes, ada staf kat sini ambik maid indon. masa makan pagi, maid masak nasi goreng. tapi bukan harum nasi goreng sebaliknya 'harum' air kencing. Mak staf cakap, jangan makan nasi tu. Terus hidu-hidu dan ternyata memang dikencing dalam nasi goreng tu. terus mak staf tu tanya dan soal siasat kenapa/macamana/apa. maid indon ngaku dia kencingkan nasi tu dengan alasan supaya tuan rumah sayang dia. terus 'you are fired'.

    kes 2;
    kawan saya. maid dah bertukar ganti. duduk di rumahnya jaga anak2 sementelah dia dan hubby kerja. tetiba anak dia cakap 'mama, kak siti cakap dalam perut dia ada baby dan sekarang baby tu dah besar macam anak tikus'. perghhh, belum sempat kawan saya soalsiasat, maid dia dah lari tinggalkan anak2 di rumah sedangkan dia baru tahu lepas balik kerja.

    bagi saya,
    saya takkan upah maid walaupun secara gaji harian (confinement lady) atau yang menetap terus atas alasan yang sama dengan doc seperti yang tersebut di atas. hehe

    ReplyDelete
  5. saya pun tak suka ada maid dalam rumah..betul sebab tak selesa ada orang lain di rumah..tapi kalau sekali sekala nak amik on-call maid ok je..hehehe...
    Tapi, tak semua maid Indon ni jahat, ada yang kerja ok tapi tu la bagi saya selagi boleh buat kerja rumah sendiri, tak perlu la kot

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, kty sejak anak baby..sampai lah anak2 dah remaja skrg
    kty tidak menggunakan maid..mmg susah takde maid..semua kena buat sendiri..alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  7. saya nasib baik sebab mak saya surirumah, so tak penah lagi bermaid bagai. dah kawin sok taktaulah. abis abis pun amik pembantu tukang kemas siang2 je la kot.

    ReplyDelete
  8. Kdg2, org yg gajinya ckp2 makan pun ada 1000 hikmahnya. Paling ketara, tak perlu pening kepala nak menggaji maid sbb dah tau diri sendiri mmg tak mampu. Jadi nak tak nak, diri sendiri kena belaja jdk kuat untuk jdk seorang yang independent dan bukan dependent. Jadi, point no.3 doc tu yg seharusnya kita tanam pd diri sendiri.

    Org bisnes kate, klu nak kaya tak boleh kata tak boleh. So, gunapakai la utk keluarga/rumah sendiri!

    Haih!

    ReplyDelete
  9. mmg agak melampau permintaan diaorang, peliknye selama bertahun2 atau mungkin berpuluh tahun warga indon jd maid kt malaysia baru skrg rasa tak menguntungkan? mmg tak masuk akal betul kan... skrg nih kadang mmg terlalu sgt over nya, nk maid sampai 3-4k pastu mana yg reti bt keje yg tak reti nk ngajo lg, mana yg kaki curi, yg menipu... apa kes kalu camtu...

    saya setuju... kita, malaysia perlu lebih tegas, cukup2 lah bg muka... sudah, cukup3 sudah... (mcm lagu cite julia tuh) jgn terlalu bg muka..nnti esok lusa apa lg lah mereka nk demand (maap yek daddy ziyyad panjang lebar lak)

    ReplyDelete
  10. kalau dah basuh spenda laki sendiri pun suruh maid.. patut la ramai lelaki kahwin dengan maid je sudahnya..hehehe..

    err..kalau nak ada maid pun saya nak weekend maid je.. nak suh cuci rumah :P

    ReplyDelete
  11. sekarang qays saya hanta kat ngumah pengasuh. bulan 1 pengasuh saya coti bersalin. kami adik badek pakat amek maid yg tamat tempoh ngan majikan lama yg mmg keluarga saya kenal sambung berkhidmat ngan keluarga kami. kami juga tidak suker ada prang luar tggal ngan kami. nak manja2 kat dapo pun tak selesa. hahaha

    so kami pakat, maid tu dok ngan mak dan ayah. leh bantu dan teman mak yg keseorang dingumah sbb anak2 pompuan dah larik ikut suami. hahaha

    tahun depan qays dan 2 orang kazen dia dok umh maktok, maid jaga dipantau oleh mak tok. harap semuanya berjalan dengan sempurna. minta jauh akan perkara yg tidak diingini. insyaAllah

    eh, pjg plak komen den. hahaha

    ReplyDelete
  12. Kami pun sama. Sepakat tak mau amik maid. Tak percaya. Lagipun nanti susahla kami nak bercinta secara open.hahahaha.

    Rumah macam tongkang pecah bagai. Buat pejam mata. Weekend baru kemas cantik. Haha.


    #subway extracheesee tuuu......


    ReplyDelete
  13. Anak kita sorang jer, and mak jaga. So, tak perlu maid sebab weekend jer balik rumah sendiri. Semua orang buat kerja sama2. Tapi, kalau nak raya, nak kenduri, kenalah panggil cleaning agency untuk panjat tangga bersihkan kipas dan tingkap. Heheeehehe.

    ReplyDelete
  14. Akak pernah ada maid tapi hanya untuk 2 tahun. Masa tu Pak Tuan kerja luar so terpaksa coz banyak benda nak kena handle sendiri tak terbuat terutama pasal nak uruskan anak2 3 org yg masih kecil beza umur pun dekat.

    Alhamdulillah maid ok. Mungkin sebab kejiranan yg mesra coz akak pesan dengan jiran tolong jengah2kan rumah. So sehari 2-3 kali sambil lalu dia jenga2 le usik si kecik.

    Husband memang pantang sikit org Indonesia tapi masa tu dah terpaksa.

    ReplyDelete
  15. setuju tu, KA sendiri x pernah pakai maid, tp kdg ianyer dah jadi mcm satu keperluankan !

    ReplyDelete
  16. setuju sgt le ckp doc.....maid mmg menyesakkan doc...tapi tu laa nasib2 jek laa kalo yg betul2 baik...berura2 gak nak amik sorang ari tu tapi lepas dok google2...dok tanye ngan staff opis yg amik maid ni...byk no kontra nye...so terus bertahan lagi laa tak amik maid huhuhuhu

    alamak, sandwich tu lagi nampak sedap dari subway punyer....

    ReplyDelete
  17. uncle tak pernah ada maid yg tinggal bersama ..

    ReplyDelete
  18. bagi yang mmg mampu.. boleh lah gajikan maid.. macam2 tuntutan pon boleh pejam mata jer bayar.. tapi.. saya tak mampu nak amik maid... kenalah berkorban sikit..:)

    ReplyDelete
  19. jom amik maid Filipina, dorang x lawa pun..hahahahahaha

    ReplyDelete
  20. sy hantar anak ke rumah babysitter sbb kami sama2 bekerja..hidup kat bandar besar ni mmg perlu pengorbanan..

    org yg dh biasa ada maid, bila maid lari je hidup kucar kacir..bukan kucar kacir sbb anak xde orang jaga..sbb ada je options kan..kucar kacir sbb rasa rumah tunggang langgang..nampak nau pemalas dan selama ni asyik mengharapkan maid kemas rumah..sbb tu xde maid takleh hidup..huhu..

    ReplyDelete
  21. saya pun tak pernah ade maid dan rasanya takkan ade maid kot.. pengalaman bawak anak2 gi taman mainan kat sini, macam2 perangai maid yang saya jumpa.. yang menggatal ade.. yang duk bergossip ngan group diaorang pastu budak2 main di biarkan je pun ade.. tapi ade yang juga yang molek perangai.. tak campur maid2 lain tapi dia jage je bebudak.. sape yang dapat maid camtu, untungla..

    ReplyDelete
  22. Selain tak mampu, Kak Azie lebih selesa jaga sendiri anak walaupun cara jagaan kami macam orang orang kampung saja!
    Lagipun Kak Azie suka berkemban dalam rumah! hahahaha

    ReplyDelete
  23. Akak pun x de maid doc
    Hari minggu gotong royong bersih rumah.
    Alasannya sama sebijik..saling x tumpah mcm alasan doc Kat atas tu.

    ReplyDelete
  24. hahah saya pun tak suka ada orang asing dalam umah lebih-lebih lagi pembantu rumah ni..sedangkan ada ipo duai pun dah rasa tak selesa inikan plak org asing huh..tak koser tau..
    dahlah memang suka menyeksi siang malam dalam umah hahaha
    btw..homemade subway itu sangat menyelerakan mst sgt mengenyangkan adeh terliur nak makan tp tekak sakit wuuuuuuwuuu.

    ReplyDelete
  25. sayapun takder maid.. satu sebab ialah sayani belas kasihan orangnya lastnyer keje kita gak yang buat.. lagi satu nak paham perangai diaorangtu menyusahkan...
    tapi harapannyer suami2 paham kalau dah takder maid tu janganlah ingat isteri macam maid.. kalau maid kena bayar isterini freejer tau so tolong menolonglah saling membantu supaya yang susah jadi mudah...

    ReplyDelete
  26. agree. lebih baik tiada maid. selmat, jimat, anak-anak pun boleh diberi lebih perhatian.

    ReplyDelete
  27. tak pernah pakai maid. tak mampu pakai maid.
    so far ok je tak pakai maid.
    kalau larat, buat je kerja rmh.
    kalau tak larat.. biaukan jek.. hahaha!!

    ReplyDelete
  28. tula, kot ada maid na bergolek2 pun xbess

    ReplyDelete
  29. Tak mampu nak amik maid, mahal sangat.

    ReplyDelete
  30. orang malaysia memang suka berlagak tuan....tiada keraguan di situ.

    ReplyDelete
  31. adik sy ada maid..alhamdulillah maid dia baik dan rajin. Anak no 2 dia mmg rapat sgt dgn maid tu, yg no 1 dulu mak sy jaga belum ada maid.

    Bila lihat dia sy rs bestnya kalau sy mampu hire maid juga. Bukan apa. Senang sy nak kerah dia buat keje pembersihan kt rumah ni (pembersihan kaw-kaw punya). Nk harap badan sy sorang mmg x terlarat rsny. Terpkas buat mana yg perlu je. Keje-keje bersih tingkap ke hapa buat jela setahun sekali ms nak raya. Toilet yg jarang guna seminngu sekali jela baru cuci. Mop bila sempat je.

    Kdg bila dh penat sgt wat keje rumah anak-anak pula yg terabai. Nk tunjuk ajar ngaji ke hape mata sy yg dh mcm nk tertutup huhu..kalau ada maid bolehla sy fokus lebih kpd anak-anak.

    Tp sbb tak mampu nk hire maid..kita redha jela dgn situasi semasa hehe

    ReplyDelete
  32. Sokong daddyZZ. Takde maid, pandai2lah suami isteri delegate kerja. Pepandailah masing2, ye dak.

    ReplyDelete
  33. saya buat semua sndiri. Maid? Nehi. nehi.

    ReplyDelete
  34. yang dok kutuk indon entah nenek moyang keturunan indon. tak sedar diri. huh. mmang berlagak tuan. sendiri ngaku.

    ReplyDelete
  35. Aku suka...aku suka.....nasib baik aku tak kaya lagi tuk ambik maid...hehehehehe...aku suka jalan2 pegang tgn anak2 sementara mereka masih kecil, nanti kalu dah besar depa malu pulak....

    ReplyDelete
  36. kakak den pun ada pengalaman buruk dgn main indon nih...last2 skrg takde maid dah...serik...better semuo buat sendiri...

    ReplyDelete
  37. pun alasan sama dgn daddy ziyyad..
    -tak percaya org luar
    -masih boleh handle..hehe

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum,
    Kalau perlu maid utk kerja pembersihan...sekarang ni ada syarikat pembersihan yang kita boleh bayar bulan2 yang akan datang ikut kesesuaian kita. Kalau saya berkeluarga, saya pilih yang tu. 2-3 jam seminggu utk bersih rumah, seterika & lipat baju dah cukup sbb hari2 biasa kita mampu buat pada tahap yg minimum. Bukan selalupun nyepah rumah kecuali sentiasa bertambah sikit je sepahnya tu tiap hari.

    ReplyDelete
  39. mak x mampu ada maid. Tp wlupun mak bizi n beranak 3, alhamdulillah anak2 pandai bwk diri n blh berdikari serta suami ringan tulang bantu apa yg patut. Kdg2 rasa dia lbh rajin dr mak. Ha ha ha..

    So, settle masalah rumah. X Pyh amik maid

    ReplyDelete
  40. salam daddy ziyad

    ikut kemampuan dan keperluan jugak kan khidmat pembantu rumah nie...
    tp better carilah orang kita sendiri dari orang luar....
    teringin gark nak ada pembantu...senang balik kerja lapang jer tengok sumer dah siap...takde ler terkejar2 nak kemas rumah nak masak nak itu nak ini...tp dari segi privacy mmg takde...
    tp memandangkan rumah sekangkang kera jer....duduk bertiga beranak jer...tak menjadi keperluan rasanya...

    ReplyDelete
  41. bab maid ni sy tak mamapu..jd selamat disitu..
    dan sy rela jd maid selamanya pd rmhtangga hehe
    kemain marveles subway homemade tu! ai is terliur!!

    ReplyDelete
  42. Alhamdulilah...terkenang kembali zaman membesarkan 4 orang anak tanpa maid...anak anak dibesarkn oleh jiran yang di anggap ibu mereka juga..sekarang masing masing dah dewasa dan rasa puas walaupun lintang pukang balik kerja semasa anak anak kecik dahulu!! syukur alhamdulilah Allah permudahkan segala urusan!!

    ReplyDelete
  43. menggegar jiwa raga tengok home made sandwich ala subway berkenaan..penoh kasih sayang lagi! kerlasss...

    ReplyDelete
  44. Btul3x. CiM tk penah ada maid sbb alasan2 yg DZ listkn tu lah. Sister CiM punya pengalaman sgt dasyat mmbuatkn kami trus tk prcaya dgn org luar lbh2 lg yg tinggal sebumbung.

    ReplyDelete
  45. homemade subway tu sgt mengancam okay!

    betullah... senario skrg ni rata2 suami isteri yg bekerja semacam wajib hire maid kan. tapi tulah... kesian sgt bila anak2 lebih sayangkan maid lebih dari mak ayah tu sendiri.

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah saya takde masalah ni sebab suami isteri tak kerja duduk rumah saja .... ngeeee

    ReplyDelete
  47. as salam

    saya tak penah ada pengalaman dgn maid ni..tak dapat imagine cane eh rasanya bila ada orang asing kat rumah kitew :)

    ReplyDelete
  48. Waaaaaaaaaaa .......menikam kalbu.

    Mak duduk jauh ...
    Anak kecik ......3 org skrg dah besaq skit ...
    Dulu laki selalu out station ......sekarang ...terussss outtt duduk jauh ......
    Saya and laki tak leh tgk rumah tungging terbalik ...... tapi saya tak sempat nak kemas .....
    Yang paling besarrrrrr masalah ....... saya penakutttttt ....hahahah
    .
    .
    .
    Kesudahannya ..... saya ada maid sejak anak sulung umur 7 bulan .... sampai sekarang.
    Alhamdulillah ....semua baik... sebab maid saya srmua umur 40 thn ke atas . Sekarang ni ..umur 52 ...

    ReplyDelete
  49. bagus kalau dpt anak dijaga sendiri.
    org yg pakai maid mungkin terpaksa tak ada cara lain atau sbb kedua malas(duit lebih)

    ReplyDelete
  50. saya mdoakan adalah keajaiban..
    CR khilangan 2pkerja..depa ada hal masing2.
    nampak gayanya saya akan bt kerja kat CR sorang diri kalau ianya blarutan 1dec cancel sbb saya lah tukang basuh ayam hingga hidang makanan..wawawawa

    ReplyDelete
  51. didikan mak bapak secara direct itulah yang terbaek ;)

    ReplyDelete
  52. Alhamdulillah.....teguhkan pendirian anda..

    ReplyDelete
  53. akak pun tak berkenan guna maid ni walau utk dtg cuci2 rumah saja...hilang privacy.biarlah susah payah letih macam manapun...kami sendiri yg uruskan.alhamdulillah suami jenis tak cerewet & tak segan2 membantu kerja2 rumah.
    anak2 biasalah...semua kena suruh dulu.

    ReplyDelete
  54. "Lain orang, lain cabarannya." Setuju :)

    ReplyDelete
  55. Kakak lahir dari keluarga miskin.
    Tekad belajar dulu nak kerja & ubah nasib keluarga.
    Sebab itu kakak kerja dan bila ada anak terpaksa ambil maid
    Macam-macam dah kakak rasa nak buat macam mana.
    Sejak anak bougsu 7 tahun terus tak guna lagi sebab adik dah pandai berdikari
    Ambil daging sendiri yg dah pencen membantu tengok-tengokkan. Syukur dah tak guna bibik lagi.

    ReplyDelete
  56. Lamaaa dulu waktu bekerja, pernah sekali ambik maid indon......kita pulak kena jaga dia, dia dok main mata ngan laki jiran, sib baik bukan ngan laki kita...lepas tu... Tobat tak mau dah......makcik pun berhenti kerja..habis cerita

    ReplyDelete
  57. mmg banyak karenah maid indo... terutama bila maid tu dah ada yg berkenan di hati mulalah buat perangai

    ReplyDelete
  58. Tak berapa suka ada maid ni. Terasa macam tak bebas pulak. Dengan ada org asing dalam rumah.

    ReplyDelete
  59. aku ada maid, dan aku setuju ngan semua reason yang ko bagi sebab nape ko tak amik maid....aku pun begitu jua, tapi aku kerja tak menentu, kdg2 outstation, kdg2 sampai mlm, pakwe selalu xde dari ada, hasilnya memang kena pakai maid....maid yang baru ni adalah maid yang ke 3, sangat hampeh dan menyakitkan hati, bingai dan sengal berbanding dengan maid pertama dan kedua yang sangat bagus servisnya! pokoknya niat maid itu sendiri dtg utk bekerja atau apa....memang kena sabar ngan maid ni, mmg byk kena ajar derang kalau nak meet our standard....charge memang kebabom gila, tapi apa pilihan yang ada, takkan la aku nak amik filipino atau nepal atau lain2 wakkakakakakakkakakak semoga anak2 dan rumah sentiasa terpelihara masa aku tak de kat umah!

    ReplyDelete
  60. x penah terpikiaq dlm kepala nak ada maid..rasanya sampai pencen pun xkan ada..
    setiap org ada reason knp amik maid kan..

    ReplyDelete
  61. hubby pernah cakap..
    kalau tak larat nak buat kerja rumah, kita cari maid.. pastu hubby demand pulak nak yang lawa (lawalah sangat..). terus ai cakap, kalau abg nak maid, boleh.. tapi carikan untuk ai driver hensem hantar ai pergi balik kerja.. hahaha..
    Kesimpulannya kitorang memang tak mampu nak amik maid, lagipun tak best kalau ada orang asing dalam rumah, takleh nak berseksi-seksian dalam rumah.. ;)

    psstt: ai setuju komen-komen kat atas tu.. ;)

    ReplyDelete
  62. yezzaaaa... saya sokong sepenuhnya pendapat dedi ZZ inii..
    seeloknya, kita cuba latih & paksa diri sendiri utk jadi rajin dlm menguruskan koje2 kt rumah tuu..
    letihh?? memanggg... tak dinafikan..
    Dgn letih kt tmpat kerja lagi, balik rumah nk nyetel urusan kt rumah pulak
    sedaq2 dah tgh malam kann...
    tapi, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa... tak gituuu
    *Kt rumah sy nih, sy pong dh umpama maid jugerr... eheh
    Tp sy tgk kebanyakan org ambil maid pasai masalah nak hantaq ank2 kt rumah pengasuh..
    kalau guna maid, kos murah sket katanyer utk yg beranak 3,4 orang tuu..
    lgpong anytime jer kt rumah, mommy dedi nk terbalik rumah lmbat sket pong takpa..
    kalau hantaq ke pengasuh, payah depa nk kompromi bab timing n coti2 malaysia..
    hmmmm... ontah lerr... ada pro n kontra nyerr
    terserah memasing ler kann...

    ReplyDelete
  63. sekiranya boleh dan mampu buat sendiri usahakan sampai boleh..insyaALLAH..
    suami isteri kalau bekerjasama semua jadi mudah..

    kalau dulu makayah jaga anak sembilan org boleh nape tidak kita hari ini..
    mak dulu2 pon keje juga basuh,masak, semua guna tangan je.teda mesin basuh.tp kasih sayang tetap cukup juga.

    setju dengan dedizz..hihi

    ReplyDelete
  64. Gaji bersih tak sampai RM 3,000, dah ada hati nak pakai maid bagai..huhu

    ReplyDelete
  65. nk komen bole? hehehe
    sy penah pakai maid indon. then pinoy. now da setahun tanpa maid. rasa bole survive... anak yg kecik pon da setahun umur. yg lain umur 3yr, 5yr dan 7yr... hal rumah mmg tunggang langgang. suami pulak keje tak menentu masa. mmg urusan rumah tu atas bahu sy 90%. now rasa nak amik maid... bukan sebab sy mampu.. tp sebenarnya sy nak amik maid sebab tak mampu... tak mampu nak bayar yuran taska yg almost 1k sebulan!!!! *nangisssss* kalau sape2 ade contact pasal maid ni roger sy yea......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...