Tuesday, November 27, 2012

Animal Planet at Macam Macam Ada

Bird watching adalah satu hobi. Walaubagaimanapun, ianya bukan lah hobi aku.
Mungkin akan jadi hobi, kalau dah beli telephoto lens. :)

Di sini, aku jarang ambil peduli pasal burung, ye la..dah nama pun bukan hobi tengok burung.
Tapi masa berkelana ke tempat orang, ianya menjadi satu 'temporary hobby'.
Sebab memang banyak sangat burung jenis ini, especially di kawasan pantai.

So, mari lah berkenalan dengan burung Seagulls.

a resting seagull ,at the old port town, Albany, Western Australia

Seagulls adalah burung dari spesis Laridae.
Ada bermacam macam species seagulls.
Seagulls boleh ditemui hampir di semua benua di dunia ini, termasuklah di Antartika. Walaubagaimanapun, ianya tidak banyak ditemui di kawasan kepulauan tropika.

A seagull flying low at the Green Pool, William Bay National Park in Denmark, Western Australia

Seagull memang suka terbang rendah, dekat dengan permukaan air..untuk mencari makanan.
Terbang rendah sebegini turut memberi kelebihan aerodinamik, dipanggil "Ground Effect".
Ground Effect memberikan satu bentuk apungan angin( cushion of air ), melancarkan penerbangan seagull.

Senang ditemui di kawasan pantai, adakah seagulls minum air laut/masin?  Jawapannya, YA. Seagull mempunyai kelenjar istimewa di atas matanya, yang mana kelenjar ini akan membuang lebihan garam yang diminum. Jadi, seagulls tak perlu kembali ke sarangnya semata mata untuk mencari air tawar untuk diminum, tatkala ia sibuk berterbangan seharian di tengah lautan.

A warning sign at the Kailis Fish Market, Fremantle, Western Australia

Seagulls boleh makan apa sahaja.
Ikan, binatang bercengkerang, serangga, berries, telur kecil, dan seagull bersaiz besar boleh juga menyerang dan makan burung kecil yang lain / haiwan mamalia kecil.
Perangai seagulls juga suka menyelongkar tong sampah mencari makanan.
Seagulls yang desperate juga boleh mencuri makanan anda, especially kalau anda sedang menikmati fish & chips yang sedap di restoren di tepi pelabuhan!

This is not handicapped seagull ya! This is their normal resting position

Seagull berupaya berdiri dengan stabil ketika berehat, dengan sebelah kaki nya sahaja.
Kenapa sebelah kaki? Berlagak poyo?
Ianya ada kaitan dengan sistem saluran darah di kaki seagull, dipanggil sistem rete mirabile.
Dengan berdiri sebelah kaki, seagull mampu me-minima kan kadar haba yang hilang dari tubuhnya.

* susah aku nak translate benda saintifik ni, nanti jadi lain, so kalau nak tahu lebih lanjut tentang sistem rete mirabile ni, baca ini,ringkas aja:
 
 An afternoon view of Rockingham beach, Rockingham, Western Australia. There is a small island of the coast of Rockingham, called Seal Island. You can found a lot of seagulls colony in this island.


 
~ sekian..semoga  kelas Animal Planet di Macam Macam Ada ini memberi manfaat ~



43 comments:

  1. Yang pastinya, gambar-gambar itu sangat cantik dan menarik. :)

    ReplyDelete
  2. Gambaq no.4, I bukan berlagak poyo, kaki I lengoh laa, kihkih..

    ReplyDelete
  3. ingatkan burung tu cacat......=)

    ReplyDelete
  4. agak2nya kalo kita berdiri sebelah kaki...x sampai lima minit dah lenguh.. :)

    ReplyDelete
  5. apsal rasa mcm baca dokumentari yang dicopy paste je ni..hahaha..jgn marah..

    seagull suka menyelongkar tong sampah? Eh..ini gagaklah ni..gagak ostolia..sbb dia putih panggil seagull..

    ok tak dee bagi ajaran sesat kat blog DZ..baaaaahaaaa!

    ReplyDelete
  6. kalo g ostolia lagi inform la.. mek nk folo~ huhuhu...

    ReplyDelete
  7. macam2 der.. kalauler akak boleh amek gambar cam gini..
    isyh memang ralit nengok burung2ni..

    ReplyDelete
  8. sukanyaaa pic yg last tu! agak2 gayat tak klau bdiri kat situ?

    ReplyDelete
  9. Gambar yang sgt.. cantik.. dan info yg menarik ttg burung seagull

    ReplyDelete
  10. tak cukup banyak la gambor burung tu..hehehe..

    p/s : dok pikir2 + ingat2 balik samada pernah nampak burung camar ni kat Malaysia..

    ReplyDelete
  11. burung yang saya jumpa tetiap hari ialah burung merpati.. tu pun sebab burung2 tu suka duk lepak kat depan kedai runcit india kat sini..

    ReplyDelete
  12. haha ingatkan manusia je poyo rupanya burung ni pun sama.
    cantiknya capture tu semua..rasa ingin kesana satu hari nnt..

    ReplyDelete
  13. saya tak pernah tahu kewujudan burung ini.. sedih kan saya? haha.

    ReplyDelete
  14. Wah...cute lah burung seagull tu, ada style tu ☺☺

    ReplyDelete
  15. veru nice pics lah.. tq share ye doc

    ReplyDelete
  16. suka tengok burung yg warna biru . ada kat Malysia. tapi susah nak jumpa sekarang ni.

    ReplyDelete
  17. oh baru saya tahu. boleh berdiri satu kaki, hebat daya imbangan burung ni.

    ReplyDelete
  18. terima kasih cikguuuu hehehhehe..best kelas ari ni heheheeh

    subhanallah!!! cantik n indah pemandangan tuuu....bile la dpt merasa betul2 berada kat sane ni doc oit....jeles tgk....

    ReplyDelete
  19. australia...tgk pic pun rs mcm nyaman je kat sane kan? Rs mcm nak ke sane je. Mcm nak lari dr malaysia yg hiruk pikuk ni je...

    ReplyDelete
  20. rasa macam tengah surf national geographic! well-done..:-) bukan senang tuuu nak capture seagulls, especially masa tengah terbang rendah..

    poyo ka tak poyo ka..ade haku kesah..jawap seagulls..ekeke... :D

    ReplyDelete
  21. Bukan main sempoi lagi dia berdiri sebelah kaki je... Hehe.. lastik tau la.

    ReplyDelete
  22. Cerita burung di luar negara ..boleh curi makanan jugak ye.

    ReplyDelete
  23. huyooo bestnya....dapat gi ostolia.
    terrernya tembak burung tengah terbang,
    gambor yg last tu nyamannya....

    ReplyDelete
  24. Dee jawab kat sini ye..

    DZ...gua tu..ada 2 entrance:-

    1. Main entrance yg kena byr RM40 utk 1 guide.
    2. Satu lagi kat titi gantung tu bayar RM1.
    3. Dalam entry dee, dee masuk ikut main entrance (RM40) tapi pilih utk keluar di hujung gua. Actually boleh choose utk keluar di pintu masuk yg sama. Maksudnya boleh patah balik. Tapi dee pilih utk keluar the other side of the cave. So, kena jalan dlm lebih kurang (+/-) 1 km.
    4. Keluar dari hujung gua tu, ada tangga dan ada taman kecil, kolam, playground (byk monyet) serta exit titi gantung (rujuk pic dee yg last).
    5. Masuk dari situ (exit titi gantung), maknanya kami patah balik tapi ikut jalan lain (merentasi titi gantung). Yang ni mmg ramai orang. Cantik dan taklah seram sangat. Hujung titi gantung tu lah sebenarnya entrance RM1.
    6. Entrance tu sebenarnya dekat2 je. Keluar je dari situ barulah jumpa carpark.
    Sekian, penjelasan dari Dee :)

    ReplyDelete
  25. wak dulu penah gi perth western ostolia tuuui.., tp masa tu xde dslr lagikk.. iHIkkkks

    'ree-tee mee-rah-bi-lay' dh mcm citer hindustan puloops.. ohhOO

    ReplyDelete
  26. tambahan wak. chantek semua gambaq burung dn sighnbod jugakk.. gudjob doc, keep it upp

    ReplyDelete
  27. waahhh.. tambah ilmu pasal burung hari nih..
    kat mesia tak de burung cam tuh..
    thanks ye DZ..:)

    ReplyDelete
  28. maintain ja berdiri sebelah kaki ya....ciptaan ALLAH..tiada satu pun yg sia2,...

    ReplyDelete
  29. den kalau berdiri sebelah kaki sekejap jer the tumbang la doc...haha

    ReplyDelete
  30. salam sejahtrra Tuan,
    Cantik sungguh car ambek ga,abr tu.
    Selama ni tak pernah nak ambil tau pasal nama2 burung.
    Lwpas ni nak ambek tau jugak.
    Subhanallah berdiri sebelah kaki pun ada fungsi!

    Pergi tak MAHA?

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum DZ

    selalu tenguk burung merpati ajer...

    ReplyDelete
  32. gambo burung kaki sebelah tuh - superb!!!

    ReplyDelete
  33. Jadi apa kaitan burung ini dengan pelakon pujaan saya Steven Seagull?? Ops! saya cuma nak sebut, saya minat giler at Steven Seagull!

    ReplyDelete
  34. Sori berlori... *ejaan sebenar utk Steven adalah Steven Seagal. hehehehee

    ReplyDelete
  35. kena benor tajuk entri nya animal planet..cantik2 jer gambarnya..paling suka tgk pic yang last tu..

    ReplyDelete
  36. ini mmg menarik,sy pernah tgk photoblog ttg binatang tp sekadar gmbr,penerangan ringkas sgt menarik utk terus melihat gmbr.thumbs up!

    ReplyDelete
  37. resting position dia cantik la....wei cantik2 gambar ko

    ReplyDelete
  38. waa.. tq DZ.. share pengetahuan am.. bertambah skit ilmu WN

    ReplyDelete
  39. cantik tengok pemandangan kat negara orang..

    ReplyDelete
  40. ada skali tgh makan fish and chips tepi pantai. baru nk suap chips, skali seagull ni dtg ambush dari tepi. dapat la free kiss berupa scratch mark berukuran 2cm kat pipi...huhu..lepas tu trauma dh tgk ini burung, walopun glamer dlm citer nemo tu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...