Tuesday, October 30, 2012

Teguran Ikhlas Buat Sate Kajang Hj Samuri

Malam semalam ada lah buat majlis kecil kecilan di rumah mertua ni, majlis harijadi Ziyyad.
So petangnya, aku & wife pergi lah ke Kajang nak beli sate kajang Hj Samuri tu..
Order 150 cucuk, siap dalam masa 15minit..Masa menunggu, waktu maghrib pun masuk..

Kami pun gi lah cari suraunya.

Ni surau lelaki. Kat tingkat atas bangunan Sate Kajang Hj Samuri, Kajang. Surau perempuan sebelah tu aja. Yang sebelah kiri tu tempat ambil wudhu.

Ini lah keadaan dalam surau. Aku tak sampai hati nak ambik gambar dari dalam sebenarnya.

Apa yang aku nak tegur ialah, keadaan suraunya yang pada aku daif, berbanding dengan nikmat kekayaan bisnes yang tuhan dah anugerahkan kepadanya. Kalau banyak cawangan boleh dibuka, apalah salahnya surau yang dah lama tu dinaik taraf. Bukan niat aku tegur ni nak jahanamkan bisnes pokcik Samuri ya, aku tegur ni supaya pokcik buat penambahbaikkan surau tu, dan moga moga bisnes pokcik terus maju, aku doakan.  Surau tu daif sebab:
  • Sempit. Pihak pengurusan harus faham betapa famous nya mereka, jadi boleh anggar sendiri berapa ramai jemaah yang akan solat di situ, especially waktu Maghrib yang pendek tu. Aku tak boleh bayangkan kalau berbuka puasa Ramadan di sini macam mana sendatnya jemaah. Wife aku kata, surau perempuan pun 2x5 sama sempitnya. Staf mereka sendiri(yang majoritinya Indon) dah penuhkan surau tu time solat maghrib, apatah lagi buat pengunjung.
  • Keadaan interior yang usang, sejadah kepam kotor berbau. Aku tak harap surau nya setanding surau di R&R PLUS, tapi sekurang kurangnya, jaga lah kebersihannya. Aku terlupa tanya wife aku telekong nya berbau atau tidak.
Jadi cadangan aku kepada pokcik Samuri ialah:
- Besarkan surau. Aku faham bangunan tu bangunan lama, tapi ruang legar di tingkat atas tu banyak lagi yang kosong yang boleh dimanfaatkan.

- Surau yang baru( dan lebih besar) patut ada ventilation udara yang selesa.

-Perbaiki jadual membersihkan surau. Lantik seorang Indon jadi kepala kebersihan. Sejadah semua hendaklah di basuh selalu supaya tak berbau.

Harapnya pokcik Samuri atau anak beliau atau cucu beliau atau saudara mara beliau atau sahabat handai beliau baca lah entri aku ini. :)

********************************************************************************************

 
~ selamat hari jadi buat anak sulung kami Muhammad Fiedyan Ziyyad yang berusia genap 4 tahun hari ini, 30 Oktober 2012. Daddy & mommy doakan Ziyyad menjadi anak yang soleh, cerdik, dan berbakti kepada kedua ibubapa, bangsa & agama. Amennnn.~

66 comments:

  1. amin.....
    pernah makan la kat situ tapi tak pernah g surau dia..mudah mudahan akan disampaikan kepada pihak yang berkenaan..

    ReplyDelete
  2. happy birthday ziyyad!
    jd good boy ok
    jd doktor tlg org sakit jgk!

    ReplyDelete
  3. Selamat hari ulang tahun kelahiran Ziyyad. Semoga menjadi anak yang soleh lagi cerdik dan menjadi abang contoh terbaik buat adik (adik-adik?).

    Semoga ada yang berkaitan membaca teguran ikhlas itu.

    ReplyDelete
  4. sy blm sempat nak jemaah kat surau pokcik Samuri sate kajang tu lg...bagus, memang patut lah ada teguran membina mcm doc buat nih.

    ReplyDelete
  5. Bagus wat teguran begini.. moga ada yg membacanyaa..kan..

    Happy Birthday Ziyyad.. Moga besar jadi anak yang soleh yer..dan menjadi anak yg cerdik..dan pandai.. :)

    ReplyDelete
  6. selalu makan satay ni kat rnr dengkil je...memang byk tempat yg mcm ni..kdg kat shoppg complex pun suraunye amat sedey...shppg kemain besar,tp surau bukan takat kecik..kebersihan pun x jaga...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah...hensem nyer Ziyaad!!Amin amin...auntie doakan yg terbaik utk Ziyyad ye :)

    ReplyDelete
  8. Happy Birthday encem boy Ziyyad!!!
    Semoga menjadi anak yg soleh....

    Satu teguran yg elok nie...
    tapi i rasa banyak gak restoran2 yang..
    terlepas pandang 'perihal surau' dorang....
    jarang sangat nak dapat restoran yg punya surau yg selesa...

    ReplyDelete
  9. tak pernah makan pun sate yg femes ni..... comelnya ziyyad ni... happy birthday ye.... semoga menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  10. hepi besday ziyyad.

    kata orang satey hj samuri tu tak sedap~
    yeke?

    ReplyDelete
  11. Happy birthday ZIyyad. Moga doa mummy/daddy dimakbulkan Allah. Ameen...

    Begitulah yg sering terjadi di tempat kita doc. Sifat 'janji ada' itulah yg menjadikan ianya terjadi. Sedih juga. Ini dikatakan fardhu kifayah, satu menegur semua dah terlepas. Alhamdulillah moga ada yg menyampaikan...

    ReplyDelete
  12. Happy birthday Ziyyad. Dah daftar ke nak masuk tadika tahun depan? Adam dah daftar semalam

    ReplyDelete
  13. happy birthday Ziyyad... enchem nye awak ...


    *sebenarnyakan toilet pon sedikit kotor
    (ayat x nak kecik kan hati..mintak maap..)

    ReplyDelete
  14. Selamat ulang tahun ziyyad..semoga menjadi anak soleh..sihat sentiasa...aminnn

    ReplyDelete
  15. sy pernah mkn skali je kat sate hj samuri...tp ade cite xbest, sy stop mkn...


    ziyyad yg hensem! nama pon sodap! amik gmbr letak kat desktop boleh??? amik berkatt....hahahahahahaahahhahahahahahaha

    ReplyDelete
  16. Happy Birthday yg sgt handsome & respect teguran Daddy Ziyyad tu, sgt membina ummah sebenarnya.

    ReplyDelete
  17. teguran yang perlu di ambil perhatian oleh pihak HJ Samuri.. moga ade penambah baikkan nanti..

    happy birthday hensom boy!!.. Be a good boy k~

    ReplyDelete
  18. Kaya duit belum tentu kaya hati. Kaya itu ujian untuk dia.

    Satu je yang akak heran kat area makan elok je bersih dicuci dila, dimop tapi kat surau dibuat tak tahu sahaja. Patutnya bos kenalah turun padang jgn tengok tang masuk duit je tang masuk pahala nak jugak kena kira.

    ReplyDelete
  19. sayang kan....sekelumit kesenangan tu tak dilabur di jalan Allah..walaupun surau kecik tapi pahala yg dpt dari org sembahyang dlm tu ...masyaallah..besar ganjarannyer.....

    lieya kureng sikit sate samuri ni sbb keras...len kali doc gi try sate willy laaa...mmg terbaik...

    hensem betul si ziyyad nie.....selamat hari lahir hensem boy!

    ReplyDelete
  20. salam sejahtera Tuan,

    Kat mana2 kami selalu makan sate ni,tak tau sate lain...rasanya biasa2 saja.
    Dulu diaorang cerita cawangannya ada 10!
    Moga lepas ni berlakulah penambah baikkan...

    Mama memang jatuh hati kat budak cute tu, mcm babaknya masa kecil?

    ReplyDelete
  21. happy birthday ziyyad! semoga jd anak yg soleh :)

    ReplyDelete
  22. Selamat Hari Jadi Ziyyad. Sekejap je dah 4 tahun ye.

    ReplyDelete
  23. Amiiin, Ya Rabbal Alamin. Aunty aminkan semua doa2 untuk Ziyyad di atas. Happy Birthday, handsome.

    Sebab tu lah kami selalu ke kedai makan selepas solat, atau lebih rela solat di petronas atau esso. Lebih bersih dan lebih yakin sikit rasanya.

    Bilalah Muslims di Malaysia nak berubah agaknya.

    ReplyDelete
  24. tag la sate kajang di fb entry ni

    ReplyDelete
  25. Happy bday ziyyad!
    Aku lama banned sate samuri sbb kualiti dan rasa makin hampeh. Sedap lg ke sate ko beli tu?

    ReplyDelete
  26. firstlah, happy birthday to ziyyad..moga menjadi anak yg soleh..mesti mama masak kek yg sedap2kan..

    secondly, sedihkan bila negara Islam, orang Islam, kaya lagi pulak tu tp buat tempat sembahyang nak mengadap Yang Esa ala2 sahaja..harap teguran DZ membuka mata mereka..

    ReplyDelete
  27. selamat hari jadi ziyyad..sy org kajang pun dah bertahun2 tak makan sate samuri neh hehehe biasa org2 kajang tahu kat mana sate yg beh..
    satu sate willi/willy satu lagi sate kat restoran urat keting..ekceli sate kat restoran lain ada gak yg sedap juga..sedap bila sate daging tak liat senang dikunyah mcm makan daging batang pinang gituh.

    ReplyDelete
  28. mm... betul kata ddZ tu

    kalu dah bisnes kencang, takkan benda remeh mcm ni tak dpt nak settle ye dok

    eh, encem giler anak kamu



    ReplyDelete
  29. psst..

    kita berbesen.. berbesan nak..?
    hehehehehe

    ReplyDelete
  30. akak dr singa nak berbesan kene la tambah lagi sorang gigurl. tapi dgn GB boleh lagi nak berbesan kan? hihi~

    ReplyDelete
  31. Auntie doakan Ziyyad membesar dengan ilmu dan iman di dada ..amin.
    Dah lama tak layan satay kajang.. dh kureng sedap. Ija layan satay kat sijangkang... jalan hala ke banting.

    ReplyDelete
  32. pertama nya..nekcik ucapkan selamat hari kelahiran untuk bujang encem nii..semuga menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapa
    kedua...memangnya kalau masuk surau atau tandas di kawasan yang sewaktu dengannya ....memang slalunya amat tak menyenangkan!! uuuh mesiaa ku!!! sediiih nya akuuuu!!

    ReplyDelete
  33. Letak dalam Facebook.
    Bila ramai yang Like,
    pasti ada yang terasa pedas cilinya.

    Happy Birthday Ziyyad!

    ReplyDelete
  34. Selamat hari lahir buat ziyyad..........

    ReplyDelete
  35. gd one dr.. n happy birthday tu ziyyad ye moga jadi anak terbaik dunia & akhirat

    ReplyDelete
  36. happy birthday prince ziyyad...!!! nak book buat menantu tapi kecik la pulak..

    bukan kat kedai hj samuri je.. banyak lagi camtu.. sedih betol..

    ReplyDelete
  37. semoga tokey satay tu 'baca' blog ni hehe...
    cutenya anak teruna...mcm nak cubit2 pip tembamnya

    ReplyDelete
  38. Semoga dema baca teguran membina ni & perbaiki keadaan surau tu.

    Amboi hensemnya anak terunaaa! Happy 4th birthday, Muhammad Fiedyan Ziyyad! :)

    ReplyDelete
  39. Ziyyad ni hensem ikut sapa ehh? :) happy besday abg!!

    ReplyDelete
  40. sokong! sokong!

    surau pompuan kepam, telekong lagi la kepam nauzubillah! boleh lupa nak baca surah fatihah bila terlibas kat muka kita...(akak bawak telekong sendiri)...

    happy birthday Ziyyad...ya Rabbi comelnya...moga jadi anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat ya...

    psst DZ...resepi nasi minyak akak dah bagi...dtg la pondok amik...

    ReplyDelete
  41. bagus teguran ni. semoga hj samuri baca blog ni..

    ReplyDelete
  42. alhamdulillah Ziyyad dah 4 tahun ye..hensem dia! auntie doa supaya Ziyyad jadi anak yang rajin solat ye..Amin.

    mmg wajar sebagai umat Islam kita saling tegur menegur untuk kebaikan..apa yg doc paparkan moga sampai pada emnpunya tempat ini..

    ReplyDelete
  43. bagus....ini baru betul moga2 yg berkenaan ambil la tindakan, jgn tahu kaut untung saja tapi rumah ibadah yg disediakan buat sekadar syarat jer.

    keselesaan itu perlu + kebersihan.




    semoga panjang umur dan murah rezeki dan jadi anak yg soleh. amin!

    ReplyDelete
  44. As salam wbt,

    Comelnye Ziyyard! Putih melepak! Selamat hari Lahir ye sayang! Semoga diberkati usia & rezeki! Barakallahufik...

    Teguran yg elok, seharusnya diterima dengan hati yang terbuka kan :)

    Psssttt... dulu masa ayah saya kahwin Hj Samuri ni jadi pengapit...kira kenalan rapat juga lah... Nnt kalau jumpa die balik Msia nnt saya komplenkan...hehhehe :p :):))

    ReplyDelete
  45. Selamat Hari Lahir...Papa Mama..bg apa..??

    Wahhh..anak buah den ...wife dia keja dengan Haji Samuri...kena bgtaw pasal pos hang ni...tapi ini lokasi kat mana erk..??

    ReplyDelete
  46. Moga adalah dikalangan ahli keluarga pokcik samuri yang alert dengan entry ni.. moga bisnes pokcik samuri makin maju hendakNYA..

    Selamat hari Lahir buat Muhammad Fiedyan Ziyyad.. moga dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian dan menjadi anak yang soleh dan sayang keluarga.. ;)

    ReplyDelete
  47. Happy belated bufday Ziyyad......
    by the way.... ada baiknya doc bagi teguran... pokcik Samuri tu taraf jutawan setakat nak sediakan surau yang selesa enteng je kan

    ReplyDelete
  48. happy belated birthday ziyyad..sori ye lambat wish...

    ReplyDelete
  49. Selamat hari lahir ziyyad. Hensem nya dia ^_^.

    ReplyDelete
  50. pernh mkn ngn klong kat situ
    keras kejung sataynya....
    tobat!

    ReplyDelete
  51. salam kenal..
    happy belated besday ziyyad.hensem putih melepak

    ReplyDelete
  52. Hepi belated besday Ziyyad semoga jadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  53. sate sedap..terkenal tapi fasiliti kurang memuaskan.
    harap ada penambahbaikan selepas teguran membina melalui entri ni.

    happy belated birthday for ziyyad.

    ReplyDelete
  54. Selamat HARI lahir Ziyyad....semoga membesar menjadi anak yang soleh...( muka mcm gegirl la..) x suka sate hj Samuri..dh x best mcm dulu

    ReplyDelete
  55. Selalunya dekat mana-mana surau ni lah yang paling tidak diambik berat oleh pihak pengurusan.. Pelik2.. Tak sepatutnya jadi benda macam ni. Untung dah berjuta2...

    ReplyDelete
  56. happy belated birthday ziyyad~~mintak abah belikan ipad~~

    ReplyDelete
  57. happy belated birthday ziyaad.. semoga terus membesar dgn sihat dan bijak yer..

    pasal surau tu, memang patut dipandang serius oleh pihak pengurusan.. hope ada penambahbaikan selepas ni..

    ReplyDelete
  58. hepi birthday Ziyyad yg comey.. ensem.. ;))
    Birthday aunty sehari slpas ziyyad..
    sure sehati sejiwa kita kann... hehehe

    ReplyDelete
  59. jeles tgk anak doc..hansome sangat napelah yer..huhu..geram!

    btul tuh dlm islam pun ada tekankan kebersihan..nurul paling pantang tempat solat kotor..tak khusyuk solat nnt..bisnes kemain masyukkk tapi hal2 dengan ibadat di ambil ringan..apalah salahnya elok2 kan tempat solat..sempit boleh maaf lagi tapi kotor?no kompromi!!

    ReplyDelete
  60. eh lupa wish buffday..may allah bless you...handsome boy!

    ReplyDelete
  61. Teguran yang baik..Janganlah perkara2 ni dipandang sebelah mata.

    Happy Belated Birthday buat Ziyyad.. Semoga membesar menjadi anak yg soleh dan bijak..

    ReplyDelete
  62. Cara menegur yang kurang berhemah..sebaik baik teguran jumpalah dengan tauke itu sendiri dulu luahkan apa yang tidak puas hati..andai teguran tersebut masih tidak diambil peduli barulah komen di blog2

    ReplyDelete
  63. saya adalah salah seorang pekerja Hj. samuri yang berkhidmat dibahagian pengurusan pentadbiran syarikat sate kajang.. saya amat berterima kasih atas teguran yang diberi berkaitan masalah keadaan surau yang tidak diselenggara dengan baik di cawangan bangunan dato Nazir Kajang... perkara ini akan dipanjangkan ke bahagian pengurusan operasi kedai dan bahagiam marketing bagi pembaik pulih dan rotation pembersihan.. terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...