Saturday, October 13, 2012

Oh Ribena..


Pagi ni duduk kat meja makan...ternampak botol ribena ni..
Teringat polemik yang tercetus tak lama dulu..ada seorang penceramah terkenal ramai peminat ni mengatakan air ribena ni haram.

Aku malas lah nak ulas lebih lebih pasal air ribena ni ( nanti peminat taksub kata kita saja nak perlekehkan/dengki/etc ustaz ni :P ), yang pasti aku yakin 100% ia halal, aku serahkan kepada badan berautoriti JAKIM yang dah cop halal kat botol ribena ni..dan aku ada sedikit sebanyak ilmu chemistry tentang alkohol. Ingat ya,  alkohol itu bukan arak..tetapi di dalam arak itu adanya alkohol. Tapai yang jadi kegemaran ramai umat Melayu Islam tu pun ada alkohol ya. Kalau tak tahu, buka buku kimia tentang penapaian(fermentation). Kalau malas nak baca buku kimia, klik aja mana mana blog/website yang dah menulis banyak tentang benda ni.

Moralnya:

- Jangan buta buta taksub terima bulat bulat hukum (yang bukan berkenaan isu akidah) tanpa usul periksa. Yang lebih buruk perangai, dah la tak usul periksa, di hebah hebahkan pula kepada orang lain. Ingat, ajaran Islam itu sendiri suruh umatnya rajin membaca, mengkaji, jangan malas!

- Yang jelas haram, ramai tak kisah/buat buat tak kisah. Hari hari hisap rokok, selamba makan rasuah..Oh ya, umat Melayu hanya sensitif dan geli bila di sebut akan hal babi & arak.

Sekian, tazkirah pagi Sabtu.

24 comments:

  1. tula...banyak sgt desas desus.bile cek kat website jakim ada je pengesahan halal

    ReplyDelete
  2. saya pernah bagi orang perfium
    dia kata dia tak pakai perfume sebab ada alkohol..



    kalau tak pakai sebab moskil apa bahan dalam perfium tu boleh lah diterima

    ReplyDelete
  3. heheh, dah la tak siasat, terima bulat2, hebahkan pada orang, dan dihujung ayatnya pasti akan ada "wallahualam". tandanya yang menghebahkan pun tak pasti :)
    yang perokok pulak, kita sebutlah haram macamana pun, takdenye nak amek peduli. walaupun sah sah HAROMMMMMMMM gitu.

    ReplyDelete
  4. baru je beli rebina 2 hr lps.
    ada less rm2.
    :)

    ReplyDelete
  5. dulu kalut ribena ni kononnya takde vit c langsung...pastu ust tu kata haram diminum...
    bg saya,selagi JAKIM tak sahkan haram...saya 'on' ja

    sekali beli yg besar gedabak tu...tak sampai seminggu...campur dgn laici pun sedap....anak2 pulak suka letak susu...rasanya mcm yogurt la pulak...

    ReplyDelete
  6. Kanak kanak rebina bg ceramah ...

    Kami masih minum rebina ....tu ceria selalu ....

    ReplyDelete
  7. ribena ice blended campur yogurt..perghh!!


    kami minum je.

    ReplyDelete
  8. ahlan wahsalan ustaz DZ..:)



    mak kaklong pun peminat no.1 ribena..:)

    ReplyDelete
  9. assalam doc..sah acik ketinggalan..tak tau pulak ribena pernah dilabelkan haram

    ReplyDelete
  10. alamak kat umah sentiasa ada air ribena ni botol besar lagi..setiap bulan memang beli pun hihi suka yg campuran buah beri tu.
    baru lah kelasssss kalau minum air ribena hahaha

    ReplyDelete
  11. Baru Jumaat tadi, al-Kuliyyah di TV3, bincang panjang lebar pasal hukum haram dan arak dalam minuman dsb....

    Kak Azie sendiri pernah dengar pasal Ribena ni ada alkohol kawan tempat kerja sendiri yang citer. Dia berenti beli. Tapi Kak Azie selamba jer beli tayang depan dia. Hahahaha!

    ReplyDelete
  12. hari2 minum air ribena tanpa rasa was was

    ReplyDelete
  13. Makchaq pun minum jugak..dah ada tanda halal jakim

    ReplyDelete
  14. sy pun peminat ribena...sedap...& ader khasiat...kan klu yg haram tu mjejaskn kesihatan..tp bg sy, ribena tu insya-Allah sy yakin Halalnya....

    ReplyDelete
  15. Saya dari kecik sampai la ni pun dok minum Ribena lagi. Sodap. Betoi, kalau was-was kenalah rajin baca & kaji sampai dapat jawapan sahih.

    Terima kasih sudi pi blog saya na :)

    ReplyDelete
  16. kalu kita ragu2, tak payahlah kita minum, kalu kita yakin minumlah..berdasarkan sebuah hadis apajua yg mendtgkan keraguan tinggalkan, pindah kepada apa yg kita yakini..
    JAKIM adalah badan yg diperakui dn bertanggungjawab atas isu seperti ini..maka lebih wajar kita percaya akan kenyataan JAKIM..Wallahualam

    ReplyDelete
  17. yg penting ada tanda HALAL... biar lah badan yang bertanggungjawab buat kerja dia... saya memang yakin dengan JAKIM
    p/s ilmu kedoktoran + ilmu ugama memang sangat berguna

    ReplyDelete
  18. kelas ko jah!!!
    =)
    tengok ribena kompem ingat iklan ni....
    betul kata anitaare....kalau rasa was2..x payahlah...

    ReplyDelete
  19. hehe. L still minum je.. xde pun yg haram2.. aish.. ikut suke je nk haram2. dah ade cop halal kot..

    ReplyDelete
  20. Dengar juga kisah ribena ni.
    Errr ...lawa dapur doc

    ReplyDelete
  21. serahkan pada yang pakar utk tentukan halal haram, kalau tak pasti atau sangsi, jgn minum/makan terus, pas tu jgn la dok influence org len, tak pasal2 dpt dosa!

    ReplyDelete
  22. aku pingin coba nih rasa Ribena itu kaya gimana???

    Obat Kanker Payudara

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...