Monday, October 22, 2012

Kerja Sekolah: Tulis Karangan Dalam Bahasa Penang

Jumaat 19 Oktober 2012:

Pukul 9.15am kami bertolak dari rumah, pi Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Jam 9.40am, parking kat luaq kompleks, sambil mak pak buat urusan yang perlu.
Final check segala macam barang. Borak borak dengan makpak..
Jam 11.15am, mak pak masuk dah dewan taklimat. Lambai lambai.
Moga mak pak kami beroleh haji yang mabrur, dan dipermudahkan urusan ibadat semasa di sana.

12.10pm, dengan kuasa yang diberi oleh pak, maka kami adik beradik pun gunalah mpv beliau untuk sesi jalan jalan cari makan: Edisi Penang  :P

5.30pm, kami tiba di pulau, check in..rehat..Penang hujan nooo petang ni..
8.00pm, kami dah terpacak di Kapitan, branch Queensbay. Orang kata tandoori ayam nya terbaik, makan dengan cis-nan..Kami try jugak bariani claypot nya.
 Restoren Kapitan signature dish: Cheese nan makan dengan tandoori ayam. Memang sedap tandoori nya. Highly recommended. Cheese nan nya sedap juga, tapi tak sesedap yang aku selalu makan di seksyen 28 Shah Alam.

Nasi briyani claypot. OK lah..Ikut tekak aku, aku lebih suka briyani melayu, semestinya bariani gam Batu Pahat.



9.30pm, kami ronda ronda nikmati panorama Penang di malam hari, ditemani hujan rintik rintik :P
10.45pm, singgah port charkoeytiau(CKT) feveret kat flat hujung jalan di Bayan Baru ni, tapau CKT..kesiannnn, tak dan perut kami nak rehat, asyik kena tuba dengan makanan saja..haha..

Sabtu 20 Oktober 2012:

Bagai dijanji, ~ jam 9.45am jumpa kawan blogger Penang, makcik kantin kat astaka,dekat dengan hotel Vistana. Pakcik pun ada. 1st time jumpa ni. Makcik & pakcik very the nice person. Sempoi org penang kata :). Makcik belanja kami CKT jugak pagi ni, chinese style, banyak sikit taugeh nya, tapi aku tetap suka.

Teruskan lagi borak2 dgn makcik & pakcik di rumah mereka.
Walauwehhhh!
 Cool kan wall di rumah makcikkantin. Pakcik memang peminat fotografi, dan minat lebih black & white. Gambaq semua dia print sendiri. Kalau duduk Penang, dah lama aku join pakcik punya geng menembak.

Big boy toys..:)  Selain photography & melukis, pakcik suka kumpul action figure. Model Ghost Rider ni memang cool lah! Apinya tu siap ada lampu wehhh..Pakcik kata dia keep 8 biji model Iron Man kat opis dia, pasai opis dia ada CCTV..~bahaha..

Makcikkantin kata dia tak terror melukis, tak macam pakcik..Tapi hobi makcik ni pun cool jugak! Suka jahit beg. Memang boleh buat duit kalau dijual. Cantik & smooth hasil kerjatangan makcik.


Group photo. From left is pakcik, next to him is makcik. The rest is our rombongan cik kiah :)

Terima kasih banyak makcik & pakcik. Thanks for the belanja...thanks for the time spent melayan kami di rumah.. Mai Shah Alam nanti call lah saya noooo..saya layan makcik pakcik pulak..:)

To kill the time orang kata ( sebab perut dah kenyang makan CKT + makan ciskek kat rumah makcik), kami merempit ke Tanjung Bungah, nak pi Toys Museum tu. Sekali dah pindah daaaa! Setelah ber-waze, kami jumpa jugak lokasi baru muzium ni. Dekat penghujung Batu Feringgi dah lokasi baru dia.


2.30pm..Habis lawatan kanak kanak ribena di museum, kami menerima panggilan rakan blogger Penang yang sorang lagi ni..sempoi jugak orangnya..Namanya Najwa. Kami plan sama sama nak pi makan mee udang Stadium Batu Kawan..Najwa sekeluarga tunggu kami di R&R Juru dah lama kot..sorry naaaa....pasai kami boleh pusing2 dalam town nak carik jambatan pi tanah besar! Waze bawak kami lalu celah kedai sapa ntah..bahahaha..Tapi sampai jugak kat jambatan..:)

~ 3.20pm kot, aku ketuk tingkap kereta suami si Najwa..lepas tu kami sama sama pi Batu Kawan..kedai nya betoi betoi depan stadium bola tu.

Ni la mee udang nya..
 Final verdict. Sedap! Aku dah makan dan review (ikut tekak aku la) Mee Udang Mak Jah. Yang mee udang Stadium Batu Kawan ni kuahnya lagi sedap, pekat..dan udangnya lebih fresh.

Najwa order kan sekali udang goreng sambal. Serius sedap wehhh udang ni. Dah tak hirau uric acid dah masa membaham udang ni..~bahahah

Ni la dia blogger Najwa tu...hat belah kanan, yang kiri tu bini aku..:)  Baru aku perasan, depa berdua ni punya pesen spek sama aja. Lahir pun tahun yang sama.

Group photo wajib ada..Baju hitam dukung anak tu suami Najwa. Nampak banner kedai tu? Haaa..hangpa mai Batu Kawan, try lah mee udang Siti Salmiah ni.

Terima kasih banyak noooo Najwa & suami pasai belanja kami yang ramai ni makan mee udang sedap ni..Lain episode kami mai Penang, kami belanja korang pulak..Oh lupa plak, belum try lagi rempah kari yang Najwa beri tu..tapi aku rasa mesti sedap, original Penang mai tu...:P


Habis urusan makan makan di taja oleh kawan kawan blogger yang sempoi lagi pemurah, kami balik semula ke pulau. Plan nak naik feri, sekali dah masuk simpang naik jambatan baru tersedar " eh, ni nak naik jambatan! ". Melepas sudahhh nak naik feri (poyo)..~bahaha..

Malam last kami di Penang,kena carik jugak nasik kandaq..memang tak sah tak makan nasi kandaq kalau mai Penang kan..Lepas ronda ronda Queensbay Mall ( pasai plan asal nak ber hu ha hu ha kat funfair Queensbay tuh, sekali hujan on off pulakkk),kami terjah kedai Kayu Original ni..Kalau aku sorang or berdua dengan ipar aku tuh, maybe lah aku gigih nak beratuq kat Nasi Kandaq Beratur...Ni dengan anak bini bagai, Kayu pun, Kayu lah...
 Tu diaaa roti tissue. Kami makan order jugak roti tissue ni, walaupun dah melantak sepinggan penuh nasi kandaq. Nampak sangat ikut nafsu makan..~bahaha..

Sekian sudah karangan kami pasai jalan jalan pi Penang.
Ada masa, kami mai lagi naaa...

47 comments:

  1. dah brapa thun plan nak gi penang asyik tertunda. will try all the recommendations... esp mee udang tuh

    ReplyDelete
  2. kayu kat kl pun baru sekali rasa lama dulu, kayu penang apatah lagi... entah bila nak dapat, huwaaa

    ReplyDelete
  3. tu dia..sakan jalan noooo..
    penang mmg ada banyak tempat nak explore kan..

    ReplyDelete
  4. I love food..i love penang..he he

    ReplyDelete
  5. Tu dia aihhhh ...oghang penang pun tak pulun sampai tara tu ....

    ReplyDelete
  6. sama muka pak hujjaj dan anaknya...

    ReplyDelete
  7. 1. Like father like son....u know who, first picca.

    2. Mmg dok tunggu karangan ni..nak link ke sana, sbb tak ada gambar

    3. Haruslah cuba mee batu kawan ni..tak pernah rasa lagi..

    TQ.come again.

    ReplyDelete
  8. setuju ngan mckcik kantin, u exactly look like yr father lah doc.. suka KA tgk

    ReplyDelete
  9. Betul2 fotostat wajah dua beranak tu. :)

    Makcik kantin memang ada 'kantin' ya... bolehlah kakcik singgah nati. :)

    ReplyDelete
  10. roti tisu adalah kegemaran anak2 saya juga :)

    ReplyDelete
  11. bertambah2 lapar tengok menu2 itu sebab belum makan lagi..

    ReplyDelete
  12. Perasan satu benda...karangan anda sungguh panjang kali ini!

    ReplyDelete
  13. assalam doc..suka baca karangan dr. ni..lebih2 lagi tang makan tu..

    ReplyDelete
  14. Seronoknyerrrr ukuq jln tang penang naaa..
    Rindunya pd makanan2 yg sedap sedapp tang sana... ;))

    ReplyDelete
  15. mak oi....udang sambal tu mencongkam kalbu den...

    ReplyDelete
  16. Da lama nak ke Penang...ntah bila ada rezeki eh?

    ReplyDelete
  17. Wah padatnya jadual Doc jalan2 di Peneng.. Rasanya saya dah lama sungguh tak jelajah Peneng

    ReplyDelete
  18. Semoga di permudahkan urusan ibadah haji mak&pak DZ..

    p/s- insyaAllah, mmg ade plan nak pi penang.. nak try mee udang batu kawan tu jugak..

    ReplyDelete
  19. yeke mee udang batu kwan tu lg sedap dr mee udang mak jah? tgh teringin mee udang mak jah ni..tp dh tahu ada yg lagi sedap, tergugat la jugak :p

    ReplyDelete
  20. Ini betul2 membuli nafsu makan saya...haha....semuanya nampak sedap2... (^^,)

    ReplyDelete
  21. berjalan sakan nih..
    buatkan sy teringin nak ke penang skrg jugak!
    cis nan , mee udang perghh mencengkam jiwaku ;P

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum DZ

    waaaa... hebat....

    ReplyDelete
  23. warhghhhh meleleh air liur tengok mee udang.. terbaeekkkk lah!

    ReplyDelete
  24. terkejut tengok roti tisu yang panjang sampai 3 pinggan.. tengok ajer pon dah kenyang.. keh keh keh..

    ReplyDelete
  25. Seronoknya mak/pak mesti buat haji Ifrad sebab dah dekat benar dgn waktu nak wukuf. Moga dapat haji mabrur.

    Makanan semua menggoda mata kakak:)

    ReplyDelete
  26. Tu dia.. Sakan D.Ziyyad tala makanan kat Tanjung naa... Dh 10 thn cek tak jijak kaki kat Penang.. Pantai Seagate wujud lagi ka?!!

    ReplyDelete
  27. Dah jot down semua tempat makan tu. Nnt pi rombongan Cik Kiah, ada panduan. TQ yer doc. Anyway, klinik doc kat S.A. ekk? Kat mana yer? Err, ING panel x? hehehehhehe

    ReplyDelete
  28. Moga mak pak doc selamat pergi dan kembali.. Muka ayah sebijik laa cam muka doc..hehehe.

    Waah mee udang tuh tersangat laa sedap nampaknyaa..

    ReplyDelete
  29. amboi roti tisu , punya besaq kedabak aih!

    ReplyDelete
  30. muka pak dengan anak sejibik!

    hi najwa!

    ReplyDelete
  31. kagum dgn karangan dlm bahsa Penang doc..sy dok baca pun dlm nada loghat Penang..hehe

    ReplyDelete
  32. Yeah nak komen sama cam Pakcik Gedek. Faizie copypaste wajah Pak.
    Mommy Ziyyad dah kurus banyak!
    Najwa tu, lesung pipit dia mahal!
    Kapitan tu memang best, I like Tandoori too, tapi kaler merah dia terang sangat cheq oiiii...
    Rugi tak naik feri!
    Padang Kota, tak pi ka?

    ReplyDelete
  33. Salam sejahtera Tuan!

    Suka sgt baca dgn stail Penang ni..
    Duk di Shah Alam? Nanti bolehlah dtg rumah makcik dan pakcik ni. Kami tinggal di Sri kembangan,dr SA lalu LDP tgk exit 1123 sampailah rumah mama.
    Baru tertanya2 yg mana satu wajah tuan, akhirnya terzahir jga.
    jumpa lagi.

    ReplyDelete
  34. As salam doc,

    Muka doc sama macam ayah! Sure perangai sama tui tak? hehehe ;)

    Ayooo! lama tak mamam tandoori! Seronoknyee berjimba2 di Penang! Harap2 tahun depan dpt balik & boleh jimba2 jugak serata Malaysia...weeee~~`

    ReplyDelete
  35. as salam daddy ziyyad,

    lapar perut nengok segala makanan yg ada kt dlm blog nih, pastu seronok sgt baca karangan psl melancong ke penang nih... makcik n pakcik tuh masing2 berseni betul kn..

    ReplyDelete
  36. wak pon sukak tengok kawan kawan wak hepi hepi jugakkk.. ehhhHEHHE

    ReplyDelete
  37. mak aih..macam mana gaya agaknya dia buat roti tisu tu..

    ReplyDelete
  38. penang tak pernah menghampakan kalau pi....sila insaf dengan puasa sunat ye tuan dr wakakkakakakaka.....tgh mempertimbangkan cadangan anak2 utk ke penang lagi, tapi katanya mau stay kat HRC gak, tak mo tempat len .... poyo gila!

    ReplyDelete
  39. penang mmg food heavanlah..hahaha..kalau nak banding mee udang kat kuala sepetang mmg x boleh lawanlah mee udang penang..

    kalau stadium batu kawan tu mmg dkt sgt dah ngan umah cousin dee..tp dorang kata kat tol seberang dua kot tak ingat nama..dorang kata situ lagi best..hehehe..

    ReplyDelete
  40. hai doc..lain kali datang saya pulak belanja..lokasi2 yg doc pegi queensbay,astaka vistana,kayu nasi kandar adalah area umah saya:)kalau sy tau doc kat penang boleh la berkenal-kenalan kan..

    ReplyDelete
  41. welcome!!

    sgt happy dpt jumpa korang ;)

    nanti kalau dah rasa rempah kari,sila bagi feedback,ok ka tidak...hehe

    ReplyDelete
  42. dapnyer mkn mkn n mkn lagi..rpti tisu2 kemain besaq lg

    ReplyDelete
  43. perghhhh...roti tisu tu mmg terbaiklah....

    ReplyDelete
  44. jenoh weh nak abeskan roti tisu kayu tu..rege pun dh sama mcm nasi..hah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...