Thursday, October 11, 2012

Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Di lobi Parlimen:

Wartawan: Apa pendekatan yang Datuk Seri rasa perlu kita buat ?

Menteri:  Well..saya rasa approach yang terbaik...is we have to import all the relevant products bawak masuk ke negara kita, then we train our local people, so that mereka mahir..

Di sebuah klinik:

Doktor: Ya, apa boleh saya bantu? Apa sakit, masalahnya?

Pesakit ( Melayu ): I gastric from yesterday lah doc..Makan aja vomit..Perut rasa like burning lah.

Di tepi kolam renang, sesi temubual Majalah Manggis:

Wartawan: Jadi, apa komen Azwin Ahmad tentang gossip yang mengatakan Azwin gay?

Azwin Ahmad (AA): Helloooo nyahhhh..u tau tak I dah naik muak..feels like nak cekik cekik aja those mulut takde insurance tu.

Oh, yeahhhh!
Setelah lebih 40 tahun berkempen..



Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Tujuan:
  • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
sumber: dbp.gov.my

36 comments:

  1. Doktor boleh beri ubat tahan vomit tak ?

    ReplyDelete
  2. Daddy Z...akak kan kadang2 kan bila cakap2 belasah cakap Melayu dengan bos mat saleh. Pas tu dia blur2, akak buat muka kering je macam tak bersalah. Suka sakat depa. Mai tempat kita tak mau belajaq bahasa kita. Kita pulak terpaksa belajaq bahasa kita. La ni jangan cari pasai dia reti kalau kita mengata dia...hahahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senaqnya nak komen. Makin tinggi pangkat org makin tak reti cakap Melayu. Kadang2 tu cakap campoq English-Melayu tak kira lagi yang di Melayukan sesuka hati rosak bahasa. Kempen pun tak guna kalau semua tiada kesedaran.

      Bahasa Melayu ke Bahasa Malaysia ek?

      Delete
  3. hehe...tingat Osman Baku kat tv ..Dato Rahim Razali akan jerkah sesiapa yg cakap omputih...

    ReplyDelete
  4. azwin ahmad a.k.a AA?

    nak jugak AA tu... hahahaha

    ReplyDelete
  5. Kenyataan yg bisul kecik dah bernanah baru nak cari ubat. Dan jadi kanser dah...

    ReplyDelete
  6. alamak..malu gak saya..sbb ada perkataan yang saya tak pasti sangat sangat dalam bahasa melayunya..dan ada benda yg kononnya rasa lebih sampai maksudnya bila guna bahasa inggeris..

    wajar dah kena ketuk ngan cikgu bahasa..haihhh...

    ReplyDelete
  7. malu nak berbahasa melayu sepenuhnya. jadi, inilah hasilnya.

    =D

    ReplyDelete
  8. hehehehe...kita lebih banyak guna bahasa 'rojak' kannn...

    ReplyDelete
  9. rojak mamak yg paling best sekali.hahahaaa

    ReplyDelete
  10. Hanya berbahasa Melayu sepenuhnya kalau bersastera, hehehehhehe. Lariikkk!

    ReplyDelete
  11. tersengih bace entry ni heehheheeheh....mmg ade betulnye...tak sah tak tak campur bahase kalo berckp eheheehehe

    ReplyDelete
  12. bulan bahasa manglish bahasa kebangsaan kita..kahkahkah..

    ReplyDelete
  13. hihi..gunalah bhs kebangsaan kita..sy syg bhs melayu..hihi

    ReplyDelete
  14. Ehem..saya penggemar bahasa baku.

    ReplyDelete
  15. sangat bangga bila anak pandai cakap inggeris. Depan orang berselirat slang bila cakap ngan anak tp kat rumah berselirat bantai cakap jawa ngan anak. So inggeris kononnya lambang urbanisasi lah kut. well... apa apa pun asuhan dr kecil dan pengaruhsosialista sekeliling.. heheheh

    ReplyDelete
  16. Bila dah terbiasa mencampuradukkan bahasa, amatlah sukar nak mengikis tabiat tu.... :)

    ReplyDelete
  17. nam buat macamana kan doc..kalau kita tengok tv..waktu berita..maun pun drama..bahasa rojak ni la yang keluar

    ReplyDelete
  18. Itu belum tengok dan baca komen budak2 sekarang kat FB dan Twitter.
    Lagi sakit kepala.

    ReplyDelete
  19. mcm mana kita gemar makan rojak, mcm tu la jadinya!
    aku tak terkecuali dalam scene2 seperti di atas, sebab org kampung cam aku ni tak la fasih mana english ekekekekekekkeekkekekekeke
    terasa aku tau ko wat entry cam ni! wakkakakakakkakakkaa

    ReplyDelete
  20. bahasa melayu laj kita dimana saja kita berada dan MENULIS dan MENAIPlah menggunakan bahasa penuh bukan bahasa sms atau bahasa rempit...aduh!

    ReplyDelete
  21. buatlah kempen macam mana pun..
    mereka akan tetap berbahasa rojak.
    Heh.

    ReplyDelete
  22. Jumpa doktor, tanya balik kita tnpa periksa... "apa sakit?"

    Jumpa member kt kedai makan "yo!"

    Di blog, salute yg gunakan bahasa ibunda 100% bila brN3

    ReplyDelete
  23. terlupa lah dah masuk bulan oktober. baiklah, mulai sekarang entri akan ditaip dalam bahasa melayu sepenuhnya! :D

    ReplyDelete
  24. psst!!
    dh jd budaya kot
    sy jgk selalu gua bhs rojak!!oppsss!!

    ReplyDelete
  25. bahasa jiwa bangsa...kalau guna bahasa lama2 dulu pun best gak..

    ReplyDelete
  26. Ohhh saya pun masih lemah bab nih!

    ReplyDelete
  27. saya tak pandai bahasa inggeris. sebab tu blog bahasa melayu.hehe

    ReplyDelete
  28. ilmiah ilmiah .....

    alaaa.... bulan bahasa kebangsaan tu ... kami yang dok sekolah ni ya ... yang ye ye menyambutnya ....

    ReplyDelete
  29. akan kurang merojak bahasa lepas ni.... tapi Oh My English munna tak bagus sgt pun... masih utamakan bahasa ibunda

    ReplyDelete
  30. hahaha.. sangat true la benda ni..

    ReplyDelete
  31. rasanya banyak bahasa dalam dunia ketika ini dha merojak-kan bahasa masing2.. dulu2 masa kat korea, depa tak reti bahasa omputih.. laa ni dah rojak2.. vietnam pon gitu, china pon dah pandai merojak bahasa.. ni isu yg baru geng2 tingkap bincang weeks ago.. tapi yg pasti, rakyat malaysia patut memartabatkan bahasa malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ops.. typing error error.. rasanya banyak bahasa dalam dunia ketika ini telah dirojakkan..

      Delete
  32. hahaha.. lawak entry ni... sinisss, saya suka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...