Thursday, September 27, 2012

Tadika ke, Tabika ?

Masa jalan jalan dgn Ziyyad kat park, ramai grandma & grandpa mat saleh tanya.."where's your kindergarten darling boy?" Nenek nenek & atuk atuk ni mati mati ingat Ziyyad gi tadika kat sini..hahaha...Oh ya, sebab dressing macam tu ialah antara cara dressing kanak kanak pre-school di sini.

30 Oktober nanti, Insya Allah genaplah 4 tahun usia Ziyyad..dah besar anak aku ya..dah makin tua aku ya :)

Tak sure lagi bila nak start kan Ziyyad ke tadika..tak kisah lah tadika apa pun, tu soal kedua...Soal pertamanya, bila? Usia 4 tahun, 5 tahun ? Wife aku berkira kira nak start kan Ziyyad ke tadika awal tahun 2013..hmmmm..

Silibus tadika pun macam macam dah sekarang ni..
Yang tahfiz nya, yang Islamik nya, yang English nya...
Aku kadang kala agak skeptikal dengan lambakan tadika macam ni, yang mana siapa yg pantau apa yang di ajar? Bagaimana kualiti silibus nya? Bagaimana kualiti pengajarnya? So, kena study betul betul..sebab pendidikan anak anak ialah antara investment terbesar yang kita lakukan.

Variasi nama kindergarten pun dah cukup buat aku pening :P
- Tadika : taman didikan kanak kanak
- Tabika:  taman bimbingan kanak kanak
- Taska :  taman asuhan kanak kanak
- Taski :  taman asuhan kanak kanak Islam

So, pls share your idea/pengalaman ya...Terima kasih  :)



ps: aku dulu relax aja masuk tadika Convent tau ..hahaha...umur 6 tahun baru gi tadika..tadika yg disediakan khas di sekolah menengah convent, tempat mak aku mengajar. Tadika sebelah gereja lagi...:p

69 comments:

  1. saya tak pi tadika terus... haha.



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dgn saya. Abah saya tak mampu nak hantar ke tadika ... huhu

      Delete
    2. zaman sekarang kat tadika pun dah exam oriented! pengsan! haha

      Delete
  2. perghhh...cute nya ziyyad...mcm dah bujang...

    ReplyDelete
  3. kakcik tak pernah belajar kat tadika/tabika/taska/taski ... :(

    ReplyDelete
  4. ziyyad sebaya harraz ank sy.
    sy dah daftarkan ank tadika jd bersedialah wahai ank 2013 ni ;)

    ReplyDelete
  5. saya pun dok pening nak hantar tadika mana..ade kata hantar anak kat PASTI nnt hati anak2 terang sebab sana lebihkan islamik tapi takut tercicir bab akademik plak..
    tujuan nak hantar pun lebih kepada nak galakkan anak ni bergaul ngan kenkawan sebab dia dibesarkan kat rumah kan asik dok berkepit ngan maknya je..
    masalah lain kebanyakkan tadika/tabika yang ada takde berdaftar dgn JKM so serba salahkan nak hantar..dengarnya sebab tersangat susah nak dapat lesen semua hal di ambil kira dr segi soal keselamatan so pihak bomba dan PBT pun akan buat pemeriksaan,mengenai menu,cikgu2 betul2 terlatih atau tidak dll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mind if i share here about PASTI..actually bkn pasti ke tak pasti ke mana2 tadika tapi kena tgk syllabus dan barisan cikgu yg mengajar tu.

      well,tak dinafikan bila PASTI mmg byk syllabus agama tapi balance la..Ada maths,science,english dan BM juga serta ejaan.saya start try htr anak saya kat tadika 'biasa'! umur dia time tu 3 thn lebih (ikut thn dah 4 laa) tapi cikgu situ tak brp pengalaman kot..dan sy rs syllabus tak balance. Agama dan jawi tade (tu kesilapan kami sama,tak check dulu) dan lebih nak menumpu ejaan,basic ABC 123 berterabur dan kiraan, terus nak ejaa je..

      then mid year,tukar ke PASTI..alhamdulillah 3 bln je (sept-nov) dah bleh hafal dan kenal ABC, 123 then basic kiraan serta doa harian (mkn,Alfatihah) lancar.mmg amazing! diaorg start class dgn bacaan doa dulu ramai2 pagi2.. then penghayatan kpd cinta pd Allah dan rasul dsb. Jumaat pulak on solat dan senaman/ akviti kreatif.

      mmg tak sangka jgk la..pastu ada byk aktiviti kreatif lain termasuk hari sukan,rombongan sekolah dsb sama je spt preschool yg berjenama. kami pun sama je aim-nak bg basic pelajaran dan juga sosial! takmo pressure2 sbb nanti nak sekolah,bosan pulak dia...tapi peranan kita sbg parents tetap kena buat laa & konsisten baru anak kita pun leh ikut syllabus di tadika.

      Delete
    2. thanks salzahari for your input..saya akan buat kajian juga pasal PASTI ni

      Delete
  6. Sallam Dr. Daddy Ziyyad,

    Pengalaman kakmah, tadika ke taska ke, taski ke,
    tak banyak bezanya, yang pentingnya, siapa tenaga
    pengajarnya, guru yang berkualiti akan melahirkan
    pelajar yang berkualiti, guru yang tak berkualiti
    akan melahirkan pelajar yang bermasaalah bila dah
    masuk sekolah rendah nanti.
    Tentang silibus plak, sekarang ni dah diselaraskan.
    5 tahun adalah umur terbaik untuk memasukkan anak2
    ke sekolah tadika. Semuga Ziyyad berjaya, jadi anak
    terpelajar dan soleh..

    ReplyDelete
  7. sy lgsung x pi tadika hehe

    tp mmg pening nk pilih tadika ni..kalau smart reader mcm ank sy yg risya dulu tu..bagus tu bagusla tp islamik kurang sikit..

    zikry nnt x tahu nk hantar mana pulak..dia baru nk 3 thn hr sabtu ni tp nk masukkan tadika juga 2013 nnt

    ReplyDelete
  8. eh..birthday ziyyad sama ngan saya la!! wah wah..boleh celebrate sama2 ni..

    husband saya pun ada jugak berkira2 nak start aqil sekolah tahun depan..5 tahun.. sebaya ziyyad kot..serba salah jugak dibuatnya..

    ReplyDelete
  9. saya pasti takkan hantar ke PASTI

    hensemnya Ziyyad!!!

    ReplyDelete
  10. Tak de experience tp nak amik tau....tp sy nak tadika yg cikgunya tak kerah budak2 dgn lambakan homework (c'mon lah budak tadika ade homework selambak?), tak kerah budak-budak tadika menghafal abc or sifir smpi terkencing2 takut bdk tu nak ke sekolah, kindy yg fun mcm kidzania tu kan? bukan jenis mcm sjk(c)....yg mengajar gune psikologi, bukan menghukum sesuka hati (mcm TASKA sy kecik2 dulu...suke ati je ustazah tudung labuh tu nak tengking aku kan? cett)...yg yuran tak mahal mcm masuk universiti, tadika yg bersih, tadika yg selamat....tadika yg tu...tadika yg ni....branded kindy ni sy tak heran tp janji ade ciri2 mcm yg sy nak kat atas tu...wahh!! demand tak? kuikuikuikuik.....

    ReplyDelete
  11. Anak akak Shauqi pun 4 tahun. Akak dah masukkan ke Tadika Islam kat sini. Baru je bln 6 lepas.
    Daripada dok rumah pengasuh tak buat apa2 baik g sekolah.

    ReplyDelete
  12. oh.sy masuk tabika kemas je.tu lah satu2nya yg ada kt kmpung sy dlu. (skrg pun, cuma dh ada pra skolah)

    *sepupu sy hntr anak dia kat pasti. xpnh tnya plak ok ke x...tp tgk kt fb dia, cekgu2 rajin tag mak ayah budak2 kt fb bila ada buat pape aktiviti. (klau cekgu berani add mak bapak budak2 lg la bagus kan?)

    ReplyDelete
  13. salam
    semua anak2 akak (4 org)hantar ke pusat asuhan yg berorientasikan islam...diusia awal 4,5 th...mereka mudah menerima apa yg diajar...mmg 'bangga' kerana fasih mengingati berbagai doa...ayat kursi...dan yg mengharukan..anak2 perempuan sejak 4,5 th dah tak mau berpakaian menampakkan aurat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nekcik setuju sesangat...kecik kecik mereka dah tahu apa yang halal dan haram..sejuk hati apabila anak menghayati keindahan islam!!

      Delete
  14. ada org kata kalau awal sgt kanak2 cepat bosan
    sbb masuk skolah drjah 1 ulang balik apa yg dia dh belajar

    ReplyDelete
  15. CA dulu ... haram apa tadika tak pernah pegi .... tup tup masuk ja darjah satu. Nasib leh gak jadi cikgu cabuk ...hahahahahah

    ReplyDelete
  16. saya hantar 3 anak saya ke sekolah tadika yg sama.
    ada ala2 islamik gitu.
    anak pertama dan kedua OK.
    sebab masa tu murid belum ramai.
    guru2nya agak senior.
    masa anak ketiga,
    kualiti dah kurang.
    guru2 senior dihantar ke cawangan2 baru.
    murid makin ramai.
    guru kurang pengalaman.
    lepas tu anak asyik suruh menghafal aje.
    tapi nasib baik anak cuma 3 sahaja.

    p.s saya dulu tak dpt masuk sekolah tadika.
    ayah saya kata tadika tu sekolah makan.
    tak belajar apa2 pun...

    ReplyDelete
  17. Akak hantar anak2 Tadika Perpaduan je bayo Rm20 hengget sebulan. Cikgu best ada alternatif siap guna silibus ala2 Smart Readers lagik walaupun kerja gomen dengan gaji yg tak seberapa. Anak pertama dan kedua 5 tahun dah giat membaca anak ke 3 sebab terlebih lemak kerana manja sampai sekarang merangkak membaca.

    ReplyDelete
  18. Anak makchaq yg sulung saja pi tadika 6 tahun (ponteng jugak tapi lebih banyak pergi dari ponteng),
    Yang lain2 tak mau, daftar jugak tadika kemas/perpaduan tapi tak pi.. terus masuk darjah 1
    Tak tau nak bagi cadangan.. Nafisah sebaya Ziyyad, jadi makchaq tumpang tengok cadangan kat sini, sebab makchaq pun tak tau nak masukkan nafisah ke tadika ke tidak..

    ReplyDelete
  19. i dulu pon tak hantar anak tadika awal.. tapi semua kawan tanya ngapa anak duduk rumah.. bingit telinga & dia pon ada hati nak sekolah, hantar je.. masa tu kalo dia takmo, ponteng je.. kesian budak kecik kena sekolah.. bangun pagi, kena siap.. walhal dia patut enjoy life as kekanak ribena dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...takyah nak pressure sgt tp doesn't mean laa kita x bleh apply discipline.kalau rs dia x sihat sikit2 tu,biarla ponteng.takyah la gigih takut ketinggalan dsb...

      i pernah dengar sapa ntah kata.."Takat ponteng sehari,takde bodo jadinya :p Janji kena cover blk la lps tu" kekekkee....

      Delete
  20. hmm dah besor dah ziyyad. 20 tahun lagi buleh le doc buat kenduri kawen ziyyad pulek ;)

    ReplyDelete
  21. Elok awal tahun depan masukkan dia ke tadika. Adam pun insyaAllah tahun depan mula. Jadi ada 2 tahun pra sekolah. (Adam dan Ziyyad kan sebaya).

    Tahun pertama lebih kepada mengajar dia bergaul dgn kawan2 dan guru2. Tahun berikutnya baru betul2 sedia utk masuk sekolah.

    Kalau boleh cari tadika yg dah established sebab mereka ini dah ada sukatan yg teratur.

    ReplyDelete
  22. budak2 kecik ni elok juga hantar yg ada pengajaran Islam juga...otak suci bersih senang nak terima ilmu..kalau dapat terapkan nilai2 Islam dari kecik insyaAllah lepas ni apa2 ilmu yg dia dapat pun akan dimanfaatkan secara baik....

    pengalaman hantar anak tadika tak dak la sebab yg besar tu anak instant...dapat pun masa depa dah sekolah rendah...si kecik ni plk tau ja la kan..hehe

    ReplyDelete
  23. ai hantar anak ke PASTI - Alhamdulillah ok.. (mungkin bergantung jugak pada tenaga pengajarnya)
    tahun depan nak hantar utk pra-sekolah.. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...pengalaman saya,saya tgk Pasti dan tadika dulu tu..PAsti cikgu2 nya mak org baya2 'kita' (so keibuan tu lebih) ..yg preschool ni kdg2 cikgu muda bujang kesabaran agak rendah kecuali yg betul2 ada background psychology kanak2 (tapi jaga anak sdiri dgn anak org mana sama).

      then mudah nak ajar bab2 bab2 agama -kenapa itu, kenapa ini sbb cikgu di pasti dah bagi dah (so kita takde laa blank sgt kalau diaorg tanya soalan2 pelik/ ketuhanan ni)

      Delete
  24. PANDANGAN DAN DR PENGALAMAN IJA:

    usia : 5 thn, tk awal sgt tk lambat sgt..
    tempat: dua dua ija hantar KRISTA KINDERGARDEN. Tapi ija make sure ada teacher melayu yup.. dia ada 2 cikgu melayu. Perantaraan English. Good for kids dalam penguasaan BI. Sbb kat rumah tk der komunikasi dlm BI, maklum ler mak kelate bapak jowo.. heheh. Silibus : pengsan tgk anak umur 5 thn dah belajar campur tolak, clock....Tp ija agree dgn opinion yg lain .. mana mana pun yg penting bgmna cikgu nak deliver pembelajaran tuh. Dan juga tgk budak tuh sendiri... kalau yg lambat nak terima, so nampak slow lah. Dan peranan mak bapak kat rumah ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada ternampak kindy Krista tu masa jalan2.....TQ ya Ija

      Delete
  25. belum ada pengalaman la DZ. tapi dah mula pk untuk qays jugak. verangan skit2 tu dah ada la... hehehe

    ReplyDelete
  26. bagi aku lak, aku tanya ko dulu, ko anto anak sekolah utk apa? then ko leh justify mana ko nak anto, budget brapa dsb.....mcm aku, aku anto anak aku yang sulong seawal 4 tahun.....dengan tujuan utk dia bergaul, berkomunikasi dan tau berinteraksi....aku tak harap lebih dari tu......tapi aku sangat kagum, seawal 5 tahun dia dah lancar membaca english dan bm dan di usia 6 tahun dah lancar baca surat khabar.....boleh mengira, boleh berbahasa mandarin sket2, boleh mengaji, boleh tau sains sket2, boleh menari, menyanyi dengan baik dan yang penting bagi aku dia mampu berinteraksi dengan org keliling......anak kedua aku anto seawal 3 sengah tahun....skang umo dia 4 tahun 8 bulan......dah boleh membaca dengan agak baik, cuma tulisan agak hancur la hahahhahahahhahahahhaha semua anak aku anto kat tadika Q Dees.....yang penting jgn lepas segalanya kat cikgu, kita kena monitor, dan sama2 membaca menulis ngan anak, tak faham sila refer terus kat cikgu sebab syllabus zaman skang totally different ngan zaman kita......tapi tgk member2 ada yang rileks je.....anto anak 6 tahun ke tadika....tapi ok je anak2 derang......its actually diri kita, how we want it to be.....dari duk umah baik anto sekolah kan......tapi ayat tu bukan utk lepas tangan, byk yang tersirat dan tersurat....best of luck dr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kena tgk SEBAB apa hantar anak ke tadika..Q Dees ni glamour jugak..

      Delete
    2. Jgn pilih sebab glamour, ekekekeJ

      Delete
  27. Tepuk dada tanya iman...melentur buluh biarlah dari rebungnya...apa gunanya berpangkat tinggi...andai iman hanya di kaki...ibubapalah yang mencorakkan anak anak
    menjadi yahudi atau nasrani!!! Pada pendapat Nekcik (pandangan ikhlas) biarlah di hantar ke tadika islamik...kerana dunia ini penuh dengan segala macam fitnah..sekurang kurangnya dia dapat membantu kita di akhirat kelak!

    ReplyDelete
  28. anak saya masuk tadika Kemas jer... kalo mampu x salah hantar ke sekolah yang terbaik kan~

    ReplyDelete
  29. Sy dulu anto Uyin pegi montesori kt SL masa dia umo 2tahun.Saja2 bg dia socialize sbb everytime balik msia melalak2 kalau jumpa org.Skang ni xpayah suruh,mulut dia pot pet2 tegur org.haih!

    Kt msia terlampau byk sgt kan kindy.Mula2 anto uyin pegi sjkc sbb dekat dgn umah.Dah pindah johor baru anto pegi islamic.So,far oklah.byklah jugak doa,surah dgn hadis yg dia hafal.harap2 kekal lah di ingatan dia sampai besar besok.

    ReplyDelete
  30. Kak Nurul pun thn dpn nak kena htr Izzyan ke tadika tp x decide lg tadika mana.

    ReplyDelete
  31. Sdg berkira2 juga hantar anak ke TASKA.. hrmm.. kena study 2 jgk pendapat diorg nih!!!

    ReplyDelete
  32. tadika aku rare~
    cikgu dia dan pemilik tadika itu ada ijazah..
    zaman 1990 kan xramai berijazah..
    skang ni tadika tu dah xde, da jd kawasn perumahan

    ReplyDelete
  33. gaya dia tu fuh x boleh blah. KA anta anak2 ke pra sekolah dan pra jais je bila umur 5 tahun

    ReplyDelete
  34. saya pun tgh pening pasal Yaya nak masuk kindy di Malaysia 2013 ni. Pening nak pilih yg mana satu, takut tersilap pilih pun ye. Dkt UK ni senang, amik je yg council punya tadika, confirm elok dan murah sikit. Hemmm.. pening, pening...

    ReplyDelete
    Replies
    1. next year awak dah balik Malaysia ek? :P

      Delete
  35. off topic sat:
    rumah rakyat tu under SPNMB, cost RM50k sahaja.....syarat adalah dah kawin dan pendapatan mesti RM3k ke bawah...tanah nama sendiri, kena apply ye, government akan buatkan umah, cost dari government ye.....pas tu siap, baru kita bayar RM150 sebulan ..... tapi apply, few years gak baru dpt jawapan, tapi utk aku.....kebetulan kontraktor ni member pakwe, so mintak dia buatkan with few changes for the house with RM60k

    ReplyDelete
  36. aku pun pacak niat nak hantar Irfan tahun depan (sebaya ziyyad)

    tadika mana? masih dok merunsing nak hantar mana. Aku surrender, sebab tak boleh nak ajar anak sendiri (aku yang berkobar nak ngajar,tapi anak yang main-main,terlalu banyak interruption cth:ipad, dia asyik nak main je) ajar 5 minit dia dah mengadu sakit kepala. phew~
    solution : harus hantar tahun depan. sebab tgk anak org lain dah pandai membaca.

    tapi aku rasa,yang islamic kindy ok kot.

    rasanya utk daddy & mommyZ,mudah sikit,mommy flexible nak ambil anak balik kindy tghari. macam kami ni kena survey yang boleh stay sampai lepas office hour. susah,kena cari mana nak transit anak kalo kindy habis half day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunakan ipad dalam pengajaran...keh keh keh

      Delete
  37. Tak tau mcm mana nak bg idea.... sbb tak der anak hehehe.... rasa rasanya saya sendiri tak pernah pergi tadika.... terus jer masuk darjah satu.... saya pun tak ingat bila saya pandai baca... tahu tahu dah pandai baca

    ReplyDelete
  38. ziyyad dan karakter abang-abang.

    :)

    saya cadang umur 5 tahun, bukan seawal usia 4.
    sebabnya nanti lama sangat diorang pi sekolah.
    boleh terbakar sel otak.

    haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..saya terfikir benda yg sama...Igt bila ziyyad 5yo baru nak hantar..Tapi nak bagi dia pendedahan awal juga, kalau tak asyik lah berkepit bawah ketiak mommy dia :P

      Delete
  39. sy antar anak ke genius aulad...sy rasa baik yg islamik...sebab anak buah antar ke montessori,baca doa makan dlm bahasa cina huuu =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wife saya mmg nak hantar ke Genius Aulad...dekat Shah Alam ada kan?

      Delete
  40. Nurul pun ngah berkira nak antarke smart reader tahun depan.tapi masih berkira kira lagi

    ReplyDelete
  41. anak2 mak dulu dihantar ke tadika KEMAS jep seawal usia 3 tahun~sebab adik2 tu nak berkawan dgn abgnya di tadika. So,anak anak mak mmg sentiasa berdua beradik kat tadika.

    dah 5 tahun, terus masuk PRASEKOLAH sbb silibus prasekolah lbh mementingkan akademik dan silibus sekolah rendah. Tadika tu hnya tempat untuk pengenalan apa itu sekolah dan belajar bersosial sesama mereka je..

    ReplyDelete
  42. so far anak saya tadika di taska yg office sediakan so tak bnyk boleh membantu..taska sini dia sedikan semua silibus yg ade..solat,mengaji,membaca,menyanyi,english semua ade..

    ReplyDelete
  43. DOc, my kids dah teenagers, akak dah lupa the right word but handsome betul si Ziyyad ni.

    ReplyDelete
  44. wa duk di kawasan luar bandar.
    mmg takde pilihan.
    cuma ada tadika untuk anak2 usia 4,5 tahun.
    umo 6 tahun boleh mohon pra sekolah.

    tadika KEMAS sini, kira gak ok la. adief umo 4 tahun. wa masukkan tadika tgh bulan 5 hrtu atas2 sebab tertentu. sebelum ni dia mmg tak minat dgn huruf.. angka.. semuanya la yg melibatkan pendidikan. may b sebab mak dia yg ajar, kurang menarik kui!kui!kui! selepas bebarapa bulan nampak perubahan. dah boleh translate perkataan dari bahasa melayu ke bahasa inggeris. dah hafal beberapa doa pendek dan erti sekali. dan paling bes.. dah boleh mewarna tanpa terkeluar dari garisan hihihi!!

    ReplyDelete
  45. kita tak pernah gi tadika..

    tak tau pun ape tu tadika..
    mak kata ... tak mampu nak hantor belajar kat sana..

    tapi umur 6 tahun kita dah start baca suratkhabar..
    hasil daripada ajaran kakak kita yg garang macam singa tu..! kihkih..

    ReplyDelete
  46. http://akulahputeriraja.blogspot.com/2012/12/kindergaten-huntinghasil-pemburuan.html

    ReplyDelete
  47. Alhamdulillah... Ank2 sy seawal usia 3 tahun tlh bjya menghafaz 23 surah lazim... Semuanya hasil bimbingan dr guru2 taska permata keluarga.. Dbwah program permata negara berkerjsama dgn yayasan pembngunan keluarga negeri terengganu.... Sy antr dua2 ank sy ke taska permata seawal usia 2 tahun. La ni abid nk msuk 6 thun.. Dan adiknya aqilah berumur 4 thun pada 2013.. Ingat tahun 2013 nk daftar meke ke pasti atau taska perpaduan sbb di kwsn wakaf tapai xde tadika swasta.. Memikir taska ank ni wat kita pening kpala... Tmbhn lg kita bkerja..

    ReplyDelete
  48. saya pun pening kepala mn nk hntr ank. thn dpn dah 4 thn. pening nk pilih tadika cina @ tadika english @ PASTI @ PERPADUAN.....

    ReplyDelete
  49. Ank sy da bole mengeja 3 suku kata mngira smpi 100..dan kira2 mudah mse brumur 4thun(boy)basic sains warna dn objek.. sy xhantar ke tadika...cuma home learning oleh ibu(housewife)..sy fokus pd martial art sbb lelaki mesti kuat tp pd usia 5 thun akn hnyar ke tadika ppaduan..sbb tadika krajaan lebih baik dlm mmbina kmahiran sosial...dn situ ada bhs cina...nasihat sy jgn di awlkn usia psekolahan ank tkut mggu pmbinaan psonaliti dia...

    ReplyDelete
  50. Ank sy da bole mengeja 3 suku kata mngira smpi 100..dan kira2 mudah mse brumur 4thun(boy)basic sains warna dn objek.. sy xhantar ke tadika...cuma home learning oleh ibu(housewife)..sy fokus pd martial art sbb lelaki mesti kuat tp pd usia 5 thun akn hnyar ke tadika ppaduan..sbb tadika krajaan lebih baik dlm mmbina kmahiran sosial...dn situ ada bhs cina...nasihat sy jgn di awlkn usia psekolahan ank tkut mggu pmbinaan psonaliti dia...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...