Friday, September 14, 2012

Masjid Katanning

Hari ni hari Jumaat..so jom cerita pasal masjid ..:)

Semasa bercuti ke WA baru baru ni, alhamdullilah..kami sempat juga singgah ke pekan kecil Katanning..terletak lebih kurang 270km dari Perth. Tahun 2011 dahulu, tak sempat masuk ke pekan ni sebab kesuntukan masa buat journey yang panjang..Memang perlu susun itinerary betul betul kalau buat long journey, sebab WA ni besar kawasannya..
Kenapa ke Katanning?
Selain mempunyai pemandangan padang ragut & padang canola flowers yang cantik, di sini lah terletaknya perkampungan orang Melayu Cocos yang besar..ada lebih kurang 400 orang Melayu Cocos di sini.Mereka asalnya dari Pulau Cocos( Keeling Island), yang mana kemudiannya berhijrah ke Australia Barat (WA), dan membuka perkampungan Melayu di Katanning ini. Asalnya dahulu mereka terlibat dalam aktiviti halal meat (penyembelihan lembu & kambing utk di eksport). Dan kerana ramainya komuniti Melayu Islam di disini, maka sebuah masjid telah dibina di sini.

Boleh baca ini utk tahu secara umum Sejarah Pulau Cocos

Jalan ke Katanning..lurus selurus lurusnya..kiri kanan lautan padang ragut & padang canola yang cantik..sesekali nampak gerombolan kambeng biri biri..

sampai sudah ke masjid Katanning ini. Masjid ni tak jauh dari bandar Katanning, ~ 4km aja..

 Pembukaannya di rasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1981.

Ruang dalam masjid. Cukup besar untuk komuniti Islam di sini. Selesa. Aku kalau sejuk, confirm selesa :P. Oh ya, masa ke sini, cuaca petang itu ialah sekitar 7 darjah celcius. Permulaan spring, so masih ada saki baki sejuk winter. Best nya lah kalau terawih kat masjid ni kan...nyamannnn...

Alhamdullilah..tuhan permudahkan urusan kami..tak sampai 5 minit kami tiba di masjid ini, tiba tiba datanglah dua orang tua ini..( kedua duanya yang berkain pelikat, yang belah kanan sekali tu pakcik aku). Mereka itu lah orang Melayu Cocos. Mereka gembira dengan kedatangan kami. Sempat berbual bual tentang hidup mereka..Dan dijemput pula kami ke perkampungan mereka, sementelah Haji ( sorry lupa nama beliau) yang berbaju putih janggut putih tu baru sahaja menyembelih seekor kambing biri biri. Namun kerana kesuntukan masa (kami perlu pulang ke Perth petang itu juga), maka terpaksalah menolak undangan mereka. Next time, Insya Allah  :)

Dan oleh kerana terdapat ramai komuniti umat Islam di sini, restoren makanan segera Chicken Treat (lebih kurang macam KFC) cawangan Katanning ini telah mendapatkan bekalan ayam halal, dan penyediaan halal yang diperakui oleh pihak berwajib Islam di WA. Alhamdullilah...petang tu kami makan di Chicken Treat..:)

Selesai solat dan eratkan silaturrahim di Katanning, kami bertolak pulang ke Perth. Sekitar 5.45pm sudah gelap..dan kami stop by the roadside untuk capture a nice sunset ciptaan Tuhan.



29 comments:

  1. mudah jugak nak dapatkan bekalan makanan halal di australia kan..

    ReplyDelete
  2. setuju.kalau kita berjln mmg nak kena susun jadual
    baru best perjlnan tu nnt

    cantiknya pemandangan terus rasa ingin kesitu.

    ReplyDelete
  3. la...kat sana pun ada melayu jgk ke? Ya Allah. seronoknya...setahu sy melayu ada kt cape town sana...tak sangka kat aussie pun ada. diorang still berbahasa melayu ke?

    ReplyDelete
  4. Betapa dgn jumlah komuniti yg minor je mereka mampu buat perkampungan sendiri. Kagum juga. Mereka masih berbahasa melayu ke doc atau dah lupa? Airmuka masih melayu lagi...

    ReplyDelete
  5. ya Allah...Subhanallah...nice nye sunset...

    suka la road trip mcm ni. mana gambo canola flowers??

    ReplyDelete
  6. bestnya..x sangka kat sana pun ada org melayu ye..macam balik kg kt malaysia je:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya dah kesana Dan singgah kerumah pak bidak. Macam-macam mereka masak, best....seronok dapat berjumpa mereka. Boleh Cuba kesana mereka semua baik orangnya.

      Delete
  7. serius KA 1st time dengar nama tempat ini. Dimana2 tempat pown ada org melayu ye

    ReplyDelete
  8. Kataning dah macam nak nama China pun ada. depa pun muka macam mix kan..seronok lah travel macam style u ni.. akak plan dgn hubby nak ke europe style macam ni. tapi now hubby tu ada problem tak leh drive..so?? akak nak drive??? aduiii..

    ReplyDelete
  9. unik dan menarik.. lagi menarik kalau sendiri dapat ke sana. ;)

    ReplyDelete
  10. bestnye dapat kenal negara orang.. moga suatu hari nanti saya pon di beri kesempatan ke sana.. amin~

    ReplyDelete
  11. wah jauh ko jalan ye dr, bestnya program ko nih!

    ReplyDelete
  12. assalam doc..kalau la dapat lama sikit disana..mesti dapat kongsikan bagaimana kehidpan mereka kan..

    ReplyDelete
  13. memang best baca entry doktor di sana..

    masjid sana, mcm disini.. asli

    ReplyDelete
  14. Cantiknyaaaaaaa tempat ni. interesting entry doc(yg bawah2 ni pun) abt OZ. makcik tak pernah pergi tapi pernah try strudle ni...anak saudara maocik yg dok sana bawak balik hari tu.....

    dah confirm nak hijrah ke?

    ReplyDelete
  15. Ada juga rupanya perkampungan melayu di sana.Semoga perkampungan diorg akan kekal aman sentiasa.

    ReplyDelete
  16. sejuk mata, sejuk hati... sudah jumpa kah tempat untuk buat tapak..? ngee..

    ReplyDelete
  17. alhamdulilah...nekcik suka sebab doc cuba masukkan acara kembara masjid ke tempat tempat yang kita lewati...sambil menghulurkan seringgit dua untuk tabung masjid...tanda kesyukuran!!!

    ReplyDelete
  18. Doc,

    Haji tu still boleh berbahasa Melayu?

    ReplyDelete
  19. lamenye Doc cuti..

    dorg fasih melayu g ke?

    ReplyDelete
  20. Jalan ke Katanning..lurus selurus lurusnya..sesekali ada nampak gerombolan kanggaroo melintas jalan tak abang doc tuuu.. ehheee

    ReplyDelete
  21. kawan saya nak gi china..dia kata nak tour merata selama 2 minggu by driving..nak gi ziarah semua masjid2 yg ada di china..mcm yg doc buat ni pun dah best..insyaallah..dee pun nak juga rasa mcm ni..sure enjoy..

    ReplyDelete
  22. gambar jalan lurus tu cantik sungguh...

    ReplyDelete
  23. janggut sejemput itu mengcute kan lagi tuan doc

    ReplyDelete
  24. Ooo yang berbaju putih tu namanya Pak Daiby (Pak Sarah).

    ReplyDelete
  25. slm...sy akan bercuti ke perth mac 2014...blh tlg guide tmpt menarik, mknn halal, transportation dll tak?tqvm...

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum. Saya Adilah, wakil student Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Untuk maklumat tuan\puan, kami akan mengadakan aktiviti kemasyarakatan di masjid Katanning. Boleh tak kami nak dapatkan number contact person yang boleh kami hubungi untuk mendapatakan apa-apa maklumat yang berkaitan. terima kasih :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...