Tuesday, September 18, 2012

Lancelin Sand Dunes

Bagi yang tak tahan sejuk kalau ke Perth..antara option yang boleh dibuat ialah a day trip to north..Yang selalu tourist buat ialah melawat ke Pinnacles Desert di Nambung National Park, berdekatan dengan pekan kecil Cervantes, ~ 200km ke utara Perth. Ini kerana makin ke utara dalam negeri Western Australia ini, makin panas sikit suhunya.

2 minggu lepas, kami pergi ke utara tu. On the way, anda boleh singgah di pekan kecil Lancelin ini..lebih kurang 127km dari Perth. Apa ada di sini? Di sini ada gumuk pasir(sand dunes). Sekali imbas, nampak macam gurun, tapi ianya hanyalah gumuk pasir.

nice beach at Lancelin..kami singgah sebentar di depan beach ni untuk picnic breakfast

Ini dia Lancelin Sand Dunes.

Pergi ke kawasan sand dunes ini, ada risiko nya. Kenderaan biasa (bukan 4WD) haruslah dipandu di laluan yang tersedia. Kalau off track, maka tanggung sahaja risiko kereta anda terbenam di dalam pasir. Dan pasir pasir pun boleh terbang ( ala ala sand storm) kalau angin kuat. Alhamdullilah, masa ke sana, angin nya sepoi sepoi bahasa sahaja, nyaman. Harus di ingatkan, kalau angin kuat, buat pemilik kamera DSLR, sila jaga lens anda. Lens boleh calar dengan pasir- pasir halus berterbangan.

Aktiviti utama kalau ke sini ialah sand boarding. Sebab kedudukan gumuk pasir nya yang tinggi, maka best bermain sand boarding di sini. Tu budak australia dua orang tu tengah main sandboarding. Kami tak bermain sebab malas nak naik turun gumuk pasir ni..hahaha..Lagipun, Ziyyad & Zayyan masih kecil. Tunggulah mereka dah besar sikit, aku bawa mereka ke sini lagi utk bermain.Pakcik makcik & cousin aku pun malas nak main.

 Ni kedai yang anda harus ingat kalau ke sini dan nak bermain sandboarding. Sandboard nya boleh di sewa di kedai ini, namanya Have A Chat General Store. Sewanya AUD10 utk dua jam, dan kena letak deposit AUD50. Kat kedai ni pun ada jual general items macam 7-11. 

Setelah gigih memanjat ke atas sand dunes ini, subhanallah ...pemandangan yang cantik. Nampak lautan Indian Ocean terbentang luas. Aku memang kena gigih daki pasir pasir lembut tu sambil dukung Zayyan..so kat sini, sesuai lah juga dipanggil tempat membakar kalori. Main sandboarding tu lagi banyak kalori terbakar tau  :)

Selain sandboarding, rakyat tempatan kat sini jadikan sand dunes ini sebagai kawasan riadah utk sukan ekstrem, seperti motorcross dan 4WD challenge naik dan turun gumuk pasir. Dalam gambar ni budak sekolah umur ~ 8tahun yang diberi early exposure..

Satu lagi peringatan kalau ke sini, sila pakai sunglasses kerana sinar UV di bumi Australia dan di kawasan terbuka macam ni adalah kuat. ( Australia has some of the highest level of UV radiation in the world) Sangat terik. Aku tak dapat pakai sunglasses masa kat sini sebab aku bijak sangat tinggalkan contact lens aku kat Malaysia. Kalau bajet nak bersantai lama kat sini, sila tepek juga sunblock cream.

Setelah habiskan masa ~ 2jam berjimba kat sand dunes ini, maka kami pun teruskan perjalanan ke The Pinnacles Desert. Nanti nanti lah aku cerita ya.

26 comments:

  1. wow!! bestnyaa...cantik je semua gambar.. hehe..

    ReplyDelete
  2. DZ,
    sila la jengjalan ke kampung halaman saya di sydney pulak...hehehe

    ReplyDelete
  3. cantiknya gambar.. tengok gambar first tak macam kat oversea, macam kat kedah je.. haha

    ReplyDelete
  4. subhanallah..cantik betul pemandangan pantainya..

    ReplyDelete
  5. cantik betul lah dr, tq share with us yek

    ReplyDelete
  6. seronoknya, kalau dpt meluncur tentu bestkan.

    ReplyDelete
  7. macam syok ja dapat sand boarding kat situ..

    ReplyDelete
  8. kalau dapat meluncur lagi best.. ;)

    ReplyDelete
  9. ingat air je boleh main luncur2 nih...pasir pun bleh? byk sy bljr dr blog doc ni...maceh....hihii

    ReplyDelete
  10. Hahahhah turun berapa kilo ... daki sand dunes tu

    ReplyDelete
  11. Baru kakak tahu sand dunes dalam bahasa melayu gumuk pasir bukan gemuk kan hihi..

    ReplyDelete
  12. haha..dulu sy penah bertekak dgn kawan..dia kata ostolia sejuk..sy kata ostolia panas haha <-- kesian org x penah smpi ostolia haha

    ReplyDelete
  13. Tak dapat jejak kaki dapat tengok pon jadi ler.....sungguh cantik pemandangan dari atas gumuk pasir tu..

    ReplyDelete
  14. baru aku tau ostolia sinar UV dia tinggi...
    tu lah, byk berjln, luas pengalaman kan..

    tengs sharing...

    ReplyDelete
  15. subhanallah!!! cantik sgt...kaler biru die lain mcm...mmg cantik.....tak dpt pergi, dpt tumpang tgk gambar pun jadi laaa heheeheheh

    ReplyDelete
  16. nice sharing....cantik gila la awan dia ..... tuan dr bijak pandai, pesal tak beli aje lens kat sana?

    ReplyDelete
  17. seronoknya tengok pemandangan yang berbeza di merata dunia kan!!!

    ReplyDelete
  18. Wow! kagum dan terpegun! Teringinnya nak pegi suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  19. bestnya... tak pernah sampai lg ke tempat tu.. entah bilalah dpt jejakkan kaki ke perth lagi..

    ReplyDelete
  20. cantinya tempat ni..x jemu mata memandang..ooo pasir pun leh main luncur gak eh?x penah tau pun

    ReplyDelete
  21. saya belajar satu perkataan baru hari ini
    'gumuk'

    ReplyDelete
  22. Gambar-gambar pasir ni buat saya teringat dekat White Desert di Mesir.

    ReplyDelete
  23. Cantiknya,macam padang gurun....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...