Friday, September 28, 2012

Belanjawan 2013 : Harapan dari rakyat marhein


Jujurnya..aku tak ambil kisah sangat setiap kali pembentangan Bajet..sebabnya, aku dah keluar dari perkhidmatan Kerajaan..jadi berita imbuhan kakitangan kerajaan ialah tidak relevan bagi aku.

Jujurnya, kalau tentang Bajet ini, aku impikan:

1- Cukai ROKOK dinaikkan beratus kali ganda, sebab perokok ialah orang kaya. Org miskin tidak akan bakar wang setiap hari. Hasil cukai yang banyak itu boleh menjana pendapatan yang bagus buat negara.

2- Cukai kereta import di kurangkan. Hal ini telah acap kali di terangkan di media politik. Sedia maklum bahawa kos pemilikan kereta di Malaysia adalah mengarut! Ya, bukan sekadar tinggi, tapi mengarut. Kalau alasan 'kurangnya pendapatan negara' kalau tax kereta dikurangkan, maka boleh counter balik dgn kutipan cukai dari tax rokok (yg di naikkan berkali kali ganda). Yang mana satu Kerajaan mahu bela ? Golongan perokok atau golongan majoriti rakyat yang perlukan kereta? Buat yang tak sedar tentang harga kereta di Malaysia, bawak bawak lah beli tiket kapalterbang Air Asia, selalu lah lawat negara maju, dan buat perbandingan. Dan jangan buta buta CONVERT nilai matawang, tetapi tengok dari aspek yg meluas. Contohnya, di Australia, kerja gaji Australian Dollar 3000 sebulan vs di Malaysia, kerja gaji RM3000 sebulan. Kereta Persona di Malaysia ialah RM50,000 dan kereta yg sama di Australia ialah AUD 16,000.

3- Allocation kepada sektor PENDIDIKAN & KESIHATAN diberi perhatian. Aku muak dengar pesakit & kawan kawan (yg masih berkhidmat di hospital Kerajaan) aku komplen bahawa 'tak cukup dana' nak beri ubat kepada pesakit/mesin CT scan tiada di sini/rawatan substandard. Kepada pegawai pegawai PTD yang membuat dasar, sila dengar rintihan colleague anda yang bekerja di sektor kesihatan ya, jangan buat dasar syiok sendiri. Ya, aku buat teguran terbuka ini, sebab aku tahu mereka di sektor PTD ada membaca blog ini. Begitu juga dgn bidang Pendidikan. Ibu aku seorang guru, adik aku seorang guru, kakak ipar aku seorang guru, jadi aku tahu masalah bajet dalam bidang perguruan.  After all, Pendidikan & Kesihatan ialah dua tunjang utama sesebuah negara.

4- Elakkan terus, atau sekurang kurangnya, kurangkan pemberian sesuatu yang bersifat 'one shot'..seperti memberi gula gula. Pemberian sebegini hanya bertahan utk tempoh masa 2-3 bulan sahaja, dan beri impak jangka masa panjang. Contoh contoh pemberian one shot itu, aku rasa anda semua faham. Kalau tak faham, tak mengapa, abaikan.

Sekian sahaja permintaan aku yang tidak belajar ilmu ekonomi. 
Terima kasih.

26 comments:

  1. Jujurnya - kakcik malas mengharap! :)

    ReplyDelete
  2. saya pun taknak mengharap..ada banyak la project gula gula dan gajah putih yang menguntungkan sesetengah pihak je tu..

    ReplyDelete
  3. Sy expect, akan lebih byk gula-gula ditabur pd rakyat-rakyat jelata. Mesti punye!!

    ReplyDelete
  4. confirm yang manisss je rakyat marhaein dapat untuk sebulan dua ni..
    cukai rokok tu memang patut sesangat..
    cukai kereta tolonglah turunkan.. ;)

    Setuju dengan 'Pendidikan & Kesihatan ialah dua tunjang utama sesebuah negara'

    ReplyDelete
  5. hurmm xpenah harap apa2 kalau mengharap bukannya mendapat pun kehkeh..tapi rasanya bnyk gula2 akan ditabur ni maklumlah nak PRU ni kan..mcm2 perisa gula2 dpt tau

    ReplyDelete
  6. Kalau boleh masuk parlimen isu ini mesti hangat doc. Tapi kakak pasti kakitangan kerajaan paling seronok kali ini sebab PRU13 kan dah dekat bebenor.

    Toyota Camry di Arab Saudi baru 39K duit mereka yg nilainya lebihkurang duit kita tau.

    ReplyDelete
  7. kami yang swasta ni tunggu jer la..selalu dpt ubat pahit x dapat gula2 manis..huhu...

    ReplyDelete
  8. Harap ada imbuhan yang menarik utk weols kktang awam nie..

    ReplyDelete
  9. beli moto hubby di singapoh cuma 9K bila di mesiyaa 22K ++ pengsan ;p

    ReplyDelete
  10. Yeap, do not convert the currency, harga kt msia mmg mengarut! Totally mengarut!

    ReplyDelete
  11. ye..harga kereta di negara kita ni mahal sungguh kan?

    kesian kat rakyat..

    ReplyDelete
  12. bab rokok, saya setuju sangat-sangat kalau tax dinaikkan beratus-ratus kali ganda. mereka bukan sahaja membakar duit, tapi juga membunuh orang lain.

    ReplyDelete
  13. Malas dah nak fikir. Yang pasti saya mahu AIR FREE lagi utk 5 tahun akan datang...!!

    ReplyDelete
  14. Bajet memang tunggu depan TV nak tau jugak perkembangannya sekurang2nya tak jadi katak bawah tempurung. Saya pekerja swasta jadi tidak mengharap apa2 tapi bila ada pengurangan cukai pendapatan untuk individu akak terima dengan senyum.

    ReplyDelete
  15. Tak Faham apa yg membezakan harga kereta di malaysia nak di bandingkan dengan harga kereta di luar negara..... harga minyak pun sama..

    ReplyDelete
  16. BR1m untuk yg umur 21 tahun ke atas tu nampak macam nak pancing undi mereka yang baru first time nak mengundi.. kenapa tak buat 18 tahun ke atas??

    ReplyDelete
  17. i setuju no.3....bagi rakyat byk2,kami yg keja 2 sektor ni 'mengikat perut' nak run the business. rasa sgt fedup 2-3 thn dah keadaan camni!! adakah sinar hrpn kalau depa menang thn dpn??

    ReplyDelete
  18. yg kaya tetap kaya
    yang miskin bertambah miskin


    harga rumah pun dah melampau lampau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan kena usahakan supayarumah dan kereta turun harga.

      Delete
  19. baru2 ni kementerian pelajaran buat pelan pembangunan pendidikan yang baru. kalau dikaji2 takde pun sentu pasal pembangunan dalam bidang agama... saya kesal sungguh
    tetiba tukar topik

    ReplyDelete
  20. Kenapa tajuk guna perkataan 'belanjawan'...?

    Kan mahathir suruh guna perkataan 'bajet'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...