Thursday, August 2, 2012

Kita Ni Hipokrit Sebenarnya?

aku ada juga jumpa patient Myanmar..
bila aku jumpa mereka..kadangkala hati ini terdetik jugak nak cepuk kepala mereka..
tapi aku cepat cepat istighfar...

tak perlu lah aku tepek segala gambar kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya oleh orang Myanmar yang gila kat sana tu(termasuk sami sami dia sekali). Anda boleh Google sahaja imej imej mengerikan...Ya, ianya penghapusan etnik(ethnic cleansing)..semacam yang pernah berlaku di Bosnia dahulu..



Kita di Malaysia sibuk dengan isu ini..Tapi menurut pandangan peribadi aku, kita tak cukup peka lagi..tak sepeka kita dengan isu Palestin..isu Bosnia dulu...Betul, Palestin itu istimewa dimata kita...Tapi wajarkah kita kurang beri perhatian yg sama terhadap saudara seagama kita, bukan jauh pun, tu haa kat Mynmar aja.  Sebab apa kalau Palestin..Bosnia..kita di Malaysia betul betul prihatin? Tapi dengan saudara seagama kita yg melarat kebuluran di Sudan..dan isu Rohingya ni...kita semacam tak berapa peka? Dengar sahaja iklan derma sempena ramadan di radio IKIM, sumbangan derma ke palestin...siap ajuk gaya cakap arab lagi..tapi ada ke kisah dan nak uar uarkan hal Rohingya??

Kenapa mereka ini (rohingya, sudan, dan lain lain negara afrika yang ramai masyarakat Islam nya di tindas, miskin, kebuluran) seolah olah dipandang sebelah mata?

- sebab mereka bukan bangsa Arab?
-sebab mereka tak berkulit cerah?

Tu pasal kadangkala, aku senyum sinis bila lihat NGO/politician beria ia "simpati dan membantu secara terpilih"ini. Aku ulangi, aku tak kata kita tak buat apa apa tentang isu Rohingya ini, tapi tepuk dada, tanya Iman, cukup ke tindakan kita selama ni? Ada lagi tak apa apa peranan yang kita boleh mainkan( sebagai rakyat, sebagai pemimpin, sebagai negara yang claimed as negara Islam contoh) ??

21 comments:

  1. masalah kita kdg2 cakap kemain berdegar-degar. tapi buatnya separuh jalan.

    ReplyDelete
  2. ebetul tu doc, ramai yg bertindak andai ada kepentingan utk diri sendir

    ReplyDelete
  3. doc.yg gmbr sami2 tu palsu doc. memang kat sana ada berlaku penindasan kat atas umat Islam tp realitinya bkn spt dlm gmbr yg disebarkan. doc bleh baca kt sini

    http://bm.harakah.net.my/index.php/terbaik-dari-blog/12108-inilah-gambar-gambar-palsu-pembunuhan-umat-islam-rohingya

    masa mula2 sy dpt tahu pasal penindasan rohingya (kt FB) agk terkejut jgk sbb keadaan dah teruk, penindasan terlalu melampau tp xde kuar kat media, kt tv n kat radio.knp ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana berkongsi.

      kuasa internet.
      susah nak beza benar dan palsu.
      kena double check selalu.

      Delete
  4. Apa lagi isu timbul ketika PRU akan tiba terus dah tak ambil pusing lagi. Kepala masing-masing dah fikir nak undi. Baru semalam ada NGO bersatu itupun sebab negara jiran dah membentuk ajak pergi bersama..

    ReplyDelete
  5. Akak tak sanggu tengok gambar2 negeri tu semua tapi setiap kali bersolat sama2lah kita berdoa kebaikan buat mereka semua.

    ReplyDelete
  6. tak sanggup tengok. tapi mmg terfikir apa yg boleh kita buat selain menderma, bersimpati dan berdoa?

    ReplyDelete
  7. Kat FB berlumba2 orang like dan share gambar2 ni.
    Konon prihatin.
    Padahal hipokrit.

    Tapi dibulan baik ini,
    kenalah sentiasa bersangka baik ya?

    ReplyDelete
  8. moga kita tak sebegitu... jom derma sikit2 sorang...

    ReplyDelete
  9. kita tu siapa ? termasuklah uncle .. tetiba rasa bersalah. uncle pun tak dengar apa-apa kenyataan dari Wisma Putra. mungkin dia orang bisik2 je kot.

    ReplyDelete
  10. biasalh cakap mcm pahlawan ..... hampassss nyoq basi sebenarnya ...

    ReplyDelete
  11. Mm... Tak ye gak.. Kalau isu mesti palestin..bosnia...

    X penah lak nk isukan ttg rohingya nih..

    ReplyDelete
  12. jarak dekat + senang nak sampai kot..hehehe..nanti kalo masuk campur takut kena sergah pulak..

    kalo yang jauh tu susah sikit diorang nak datang..hehehe

    ReplyDelete
  13. As salam doc,

    Ermmm.. ntahlah ek... kita sedekahkan jelah sikit sorang... moga boleh membantu mereka... doa yg baik2 juga...

    ReplyDelete
  14. entahlah..mngkin tiada sesuatu di sana . Sbb tu kita mengabaikan mereka.. mungkin...

    ReplyDelete
  15. yang hairannya kan..kenapa media tak cover eh kisah kat rohingya ni.. tapi sedih sbb terbaca yang diorang dihanyutkan ke laut dengan bot yg dah di ambil enjinnya.. tanpa makanan..ramai mati sbb kebuluran..sampai kat negara2 lain pun kena tolak dsbg nya..saya tak pasti sejauh mana kebenarannya..tapi mmg sangat simpati.. even penerima nobel keamanan si suu kyi pun duk diam je. marah betul!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh daddy zz,
      tomato bening tu tomato yang dimasak bening..masak air atau masak rebus.. kalau mak saya dia panggil masak bening..

      Delete
  16. >_<

    moga Allah memberi keamanan kepada negara tersebut. Negara Malaysia pon dah berleluasa kes bunuh.

    ReplyDelete
  17. memang sangat kejam bagaimana etnik rohingya ni diperlakukan.. ada yang kata dibakar hidup2.. zalim dan kejam sungguh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...