Thursday, August 16, 2012

Duit Raya: Anjakan Paradigma

Raya..mesti ada duit raya.
So, aku nak berkongsi ilmu pasal hal duit raya, yang aku dengar semalam di radio IKIM, slot UZAR.

Hukum bagi duit raya: bagi duit raya tu samalah dengan bersedekah. Jadi hukumnya sunat. Tapi, kena faham, yang berhutang, dahulukan hutang, sebab bayar hutang tu wajib, sedekah tu sunat. Hutang2 dari institusi (macam loan kereta/rumah) yg structured, tak mengapa..ni hutang dengan individu..lunaskan dahulu..Unless individu tu dah redha dan tak kisah kita tangguh bayar hutangnya lepas raya, maka bersedekah lah. Benda yang sunat (bersedekah bagi duit raya) ni pun boleh jadi Haram. Macam mana?
- yang bagi duit raya/hamper raya ada makna, ie sebagai rasuah nak luluskan tender/projek/etc.

Ajakan paradigma 1: Berhati hati bila beri duit raya bersampul. Selama ni kita redah aja guna sampul apa yang ada. Sedar atau tidak, sampul tu jadi bahan iklan yg berkesan. Jadi, tanggugjawab kita utk gunakan sampul yg tak iklan kan benda yang tak syariah compliance (haram). Eg:

- guna sampul raya Carlsberg (sebagai contoh  :P )
-guna sampul syarikat insurans (insurans itu haram, takaful itu halal, harus)
- guna sampul perbankan konvensional. Ini yang paling byk kita buat silap. So, pastikan sampul kita tidak mengiklan kan perbankan konvensional.
walaupun asalnya HL Bank ni konvensional bank, tapi sampul yang bakal aku gunakan ini ada juga tertera(iklankan) perbankan islam nya. 



Anjakan paradigma 2: Selama ni, kita beri duit raya bila? Mesti lah di hari raya kan? Salah ke? tak salah. Cuma, kalau nak LEBIH besar pahala ( bodoh la sapa yg tak mahu..ekekeke), bagilah duit raya tu(yakni sedekah kita) semasa bulan Ramadan lagi! So, Insya Allah, mulai tahun ini, aku akan beri duit raya kepada parents, in law, dan anak anak buah awal lagi, semasa masih berbaki 2-3 hari sebelum tibanya Syawal.

- Di tanya kpd UZAR: "abis tu, anak2 buah, even parents saya, saya bakal jumpa di bulan Syawal, tak sempat masa Ramadan, macam mana ustaz?"
Jawapan UZAR: NIAT kan awal awal kita nak bagi sedekah tu, semasa di bulan Ramadan. Niat tu ialah niat yg bersungguh sungguh, yakni kita dah sediakan wang nya, masukkan dlm sampulnya..Insya Allah boleh dpt pahala bersedekah di bulan Ramadan, walaupun kita beri angpow tu, di bulan Syawal.


selamat hari raya aidilfitri buat kalian semua...maaf zahir batin..dan sama sama lah kita cuba istiqamah buat amalan+ elakkan dosa (sebagaimana sepanjang Ramadan) bila masuk nya Syawal 




30 comments:

  1. tq berkongsi, perkara macam ni kdg2 kita terlepas pandang

    ReplyDelete
  2. bab2 sampul raya tu memang terlepas pandang....
    thx for this info...
    sgt2 berguna....

    Selamat Menyambut Aidilfitri...
    maaf andai ada terkasar bahasa and komen...
    safe trip and take care ...

    ReplyDelete
  3. Tq doc berkongsi ilmu. Saya copy & paste kat email utk kawan ye doc...

    ReplyDelete
  4. kalau cheating? da masuk siap2 dalam sampul lepas tu tak bagi? hahaha...

    selamat hari raya daddy zz..maaf kalau ada terkasar bahasa.. kalau ada terkomen dengan nada seram dan tak menyenangkan ke.. :D

    ReplyDelete
  5. ouh..terima kasih neh sebab share ni =)
    err...duit raya utk cheqna????
    lalalala

    ReplyDelete
  6. owhh amat berguna info ini. thnx doc!

    ReplyDelete
  7. Tapi semua sampul raya ada cop syarikat yang bagi... camna tuh... Semalam saya baru lagi dapat sampul ARIANI... HEHEHE

    ReplyDelete
  8. Bab sampul raya nie memang kita x ambik kisah sgt sblm nie,lps nie kena hati2lah.
    Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin buat doc & family.

    ReplyDelete
  9. ERK..X LEH EH..I DPT PACKET RAYA SEMUA DARI BANK...DARI COMPANY NYER PUN ADA TP SIKIT BENOR..

    ReplyDelete
  10. terima kasih info ni...
    selamat hari raya dari kakain sekeluarga...maaf dipinta jika ada silap dan salah..

    ReplyDelete
  11. Saya dan emak Adam dah berniat nak beri duit raya kepada emak saya sebelum pagi raya tapi hajat kami tak kesampaian.... huhuhu

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Aidilfitri dic..
    balik mana tahun ni?

    ReplyDelete
  13. sampul jakel boleh tak doc???????? =D

    ReplyDelete
  14. Saya dah bungkus duit raya malam semalam. masih dlm bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  15. nak duit raya gak!
    sampul header blog.. hehe

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Tq perkongsian ni. Rasanya ramai dah niat awal2 masa bulan ramadhan. Tukar duit awal2 tu niat nak sedekah la kan. Hehe.. Tp kene niat bersungguh gitukan. :D
    *mcm biasa tahun ni duit raya terus bank in akaun mak abah. Anak2 sedara yg jauh dimata dah kirim kat adik tlg berikan. Hehe..

    ReplyDelete
  17. Oooo, ya ke... baru saya tahu. tq tq

    ReplyDelete
  18. Kakak pun dengar semalam petang. Bagus sebab ada juga yg tertempias ke muka kerana sampul bank yg kebanyakan kita guna adalah konvensional bank...

    ReplyDelete
  19. laa..yaka? bab2 sampul duit raya sebelum ni main taram je..tak ambik tau pun..huhu

    ReplyDelete
  20. TQ doc share good info..

    Selamat Hari Raya.. buat Doc sekeluarga.. Moga bergembira menyambutnya..

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Selamat hari raya dan selamat 'balik kampung' buat Tn Doktor sekeluarga.

    Mohon maafkan salah silap kakcik ya. :)

    ReplyDelete
  23. Terima kasih..good info. Tqvm.

    ReplyDelete
  24. sampul duit raya tu terpaksa beli sendiri.. tukar duit kat bank di bagi cuma 2 bungkus jer.. mane cukup..

    selamat hari raya buat DZ & family.. raya balik jb ke??

    ReplyDelete
  25. duit dah mula masuk sampul.daha ada niat . semoga dapatlah extra pahala..insyaallah.

    ReplyDelete
  26. kalau mintak duit raya tu acaner kira tu? ,ehehehe


    selamat beraya...

    ReplyDelete
  27. As salam Doc,

    Selamat Hari Raya! Taqabbalallahu minna wa minkum, wa ja'alanallahu Minal aidin wal faizin... Ilmu ni nak share kat kwn2 boleh? Tulisan doc lg santai gitu! :)) Mohon halal ye...

    Nak jwb persoalan doc tu ttg komuniti Islam kat Peru ni, Peruvian ramai juga yg baru convert ade lebih kurang dlm 200-300 org di Lima shj...yg lain2 adalah expat & businessman from other countries... termasuklah kami ni adalah dlm 500 kot...hehee... Sambutan tentulah tak sama seperti di Msia... :)

    Sembahyang tarawikh & hari raya hari Jumaat juga diimamkan oleh Pak Syeikh( ni dorang yg panggil) dr Egypt...

    Kita ade persoalan nak tnya doc, sorang officemate hubby dijangkiti hepatitis b... Berisiko tinggi nak kena Ca... Kita nak tahulah perlu ke hubbby & kami sekeluarga amik vaksin ke apa... thanks ye doc... jasa mu dikenang... jwb kat blog sy pun xpe...kita ni kdg2 bila tanya soalan lepas tu lupa nak check balik...hehehe :))

    ReplyDelete
  28. Kena masukkan siap-siap duit dalam sampul la malam ni, sempat lagi kan niat nak sedekah dalam bulan ramadan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...