Tuesday, August 14, 2012

14 Ogos 2012: Hari Internet Blackout



Pelaksanaan Seksyen 114A Akta Keterangan mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
~ saya mesti undi kerajaan BN pada pilihanraya nanti, kerana mereka ialah kerajaan yang telus, jujur, amanah, tidak memakan harta rakyat.

~ saya mesti bangkang pembangkang kerana pembangkang jahat.

~ saya cinta dan sayangkan Datin Seri Rosmah Mansor...seorang isteri pemimpin yang amat prihatin !

~ sistem jalanraya, pengangkutan awam, perbankan, etc etc di Malaysia adalah yang terbaik ! Saya tiada komplen apa apa tentang ia. Cukup sempurna, perfect! Kalau masuk Olimpik, dapat 10 per 10!

Sekian.



34 comments:

  1. saya mesti pilih ! kah kah kah :p

    ReplyDelete
  2. takut sangat dengan internet diorang ni kenapa sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. Saya tak tahu nak kata apa! :(

    ReplyDelete
  4. Terus kakak macam nak pengsan!!..
    Nak cakap tersekat di kerongkong dah...

    ReplyDelete
  5. Hrrmmm.. ada tak Akta yang menghalang kita dari berkata-kata protes dari dalam hati?? Erkkk camana eh?!!

    ReplyDelete
  6. pangkah jgn tak pangkah heheeheheh.....

    *rase mls nak balik ngundi tahun ni uhuk uhuk uhuk....

    ReplyDelete
  7. Susah le nak berblogging kalau gini...adess..

    ReplyDelete
  8. terserlah 'keikhlasan' dalam nota doc tu.. he..he..

    ReplyDelete
  9. mesti pilih!

    saya pilih keamanan..wakakaka..iklan tak boleh blah..

    ReplyDelete
  10. terus terang sungguh harap najib n rosmah baca..hikhik..kan kita rakyat msia berhak bersuara..betulkan?hehe lately banyak dah dengar sokonglah BN..huhu fening sudah bukan apa rimasss

    ReplyDelete
  11. sungguh mendalam... penuh dengan yang tersurat dan tersirat... err, apa nak kata tadi??

    ReplyDelete
  12. wow

    sungguh mendalam maksud setiap kata2 itiew..

    SAYA SETUJUK DENGAN NIAT PENULIS!!

    ReplyDelete
  13. saya akan berbahasa isyarat di blog selepas ini...

    ReplyDelete
  14. saya tiada bantahan dan bersetuju shj..huhu

    ReplyDelete
  15. Nak tambah lagi ayat supaya tak dikenakan akta ni...
    "Saya sayang rosmah, kerana saya suka fesyen rambut beliau yang anggun lagi cun.."

    ReplyDelete
  16. hadooiiiiiiiiii...nk didik rakyat jd hipokrit nih :p

    ReplyDelete
  17. protes dan bantah...suara setakat dalam rumah sendiri je hehe...skrg ni sikit2 saman..juta2...

    amik kad raya kat blog akak ya

    ReplyDelete
  18. Alololo....sayangnya dia kat pemimpin dia...

    Ekekekeke....

    ReplyDelete
  19. saya sayang kerajaan sekarang ini..hihihi...takutnyaaa....

    ReplyDelete
  20. Okey... murid2... "keluar barisan buat bulatan".... Opps... cikgu ni salah bagi arahan la

    ReplyDelete
  21. Ini Cybercratic namanya...
    Sat nanti ada akta larangan warna pulok...

    ReplyDelete
  22. wohoo.. mesti byk peluang pekerjaan sebagai hacker kerajaan.. masyuk ni!! sy mesti pilih!!

    ReplyDelete
  23. doc DZ nurul nak ucap selamat hari raya n maaf sepanjang kenal ada tersalah bahasa kay..
    arinie last day kerja esok alik kelantan,kpung hubby.makan jemlah jawabnya..
    k ,salam lebaran dan maaf zahir batin drp nurul sekeluarga

    ReplyDelete
  24. kenapa no 3 wajib ada? hikhik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...