Monday, July 23, 2012

Ketam Please Lah Tak Payah Ajar Anak Kau Jalan Lurus


last week dalam hujan renyai kat highway, aku di escort oleh motor polis..oh..best nya feel macam VVIP..

oh tidak, aku perasan ala ala VVIP aja rupa rupanya..3 biji motor polis tu tengah escort 4 bijik bas rupa rupanya.

Aku tak kisah VVIP nak di escort polis, lantak korang lah. Yang aku kisah/bengang ialah:

- kalau dah tahu lembab bawak 95-100km/h, janganlah pulun jalan kat lane paling kanan. Macam kes rombongan bas ber -escort ni. Kereta2 lain semua beratur panjang kat belakang sebab mereka bajet jalan tu mereka yg punya, conquered lane paling kanan dengan kelajuan 95-100km/h.  Apa salahnya lalu kat lane tengah berkonvoi kalau dah tahu nak bawa dengan kelajuan macam tu? Jatuh ke status penting/VVIP tu kalau maintain lane tengah?

- VVIP ni dia punya laju macam kena kejar dek polong. Tak menyempat nyempat motor polis dah bagi highlight + hon suruh ke tepi, padahal kereta lain depan kita tengah bersusun, sebelah kiri kita padat dengan kereta jugak. Apa dah nak terberak sangat ke VVIP tak sempat nak kejar jamban R&R? Kalau ambulans yang buat macam ni, aku tak kisah, sebab aku tahu itu libatkan nyawa manusia, tapi bila libatkan VVIP yang lambat nak attend majlis makan2( sendiri yang tak punctual), memang aku bengang.

-VVIP ber-escort ni selamba badak langgar traffic light, dengan lajunya okey. Dengan laju! Kalau polis tu slow down dulu suruh kereta stop(kita lampu hijau), aku boleh terima lagi. Ini kita dah follow kereta depan yang memang dah start jalan sebab lampu turn green, tetiba dari arah kanan kita berdesup escort motor polis + rombongan VVIP nya langgar traffic light.

Jadinya, dah dekat musim Raya Puasa nanti, jangan dok ulang saranan + iklan " rakyat kena berhemah/berhati hati di jalan raya". Aku meluat, aku menyampah ya, sebab rakyat di suruh begitu, tapi pemimpin tak apa berkelakuan atas jalanraya macam mahkluk tiada akal. 

ps: kadangkala, aku tak rasa simpati polis traffic yg jadi tukang escort ni terlibat kemalangan, sebab kita boleh tengok sendiri tahap laju + kelam kabutnya mereka ketika on duty. Bukan aku tak mahu memahami kepentingan VVIP perlu cepat, aku cuba faham, dan aku harap VVIP ni pun tolong faham perasaan rakyat yang bayar cukai jalan bagai.

47 comments:

  1. sama ngan cheqna..memang ada rasa nak marah meluat dan yang sewaktu dengannya

    ReplyDelete
  2. Yg dalam bas tu bukan VVIP sangat pun ..... huhuhu

    ReplyDelete
  3. jap..nape VVIP naik bas? nk pi rombongan ke?

    ReplyDelete
  4. begitulah bila pangkat dan kuasa dirasakan lbh penting...undang2 utk kita2 yg tak punya apa ja...

    ReplyDelete
  5. ade la tu anak2 menteri ikut rombongan sekolah tu :p

    ReplyDelete
  6. pasai apa VVIP naik bas?
    selama ni yg saya dok pi konvoi kalau kat highway mmg guna lane kanan.kereta yg laju2 akan potong ikut kiri tapi biasanya kalau jem (masa ikut kembara merdeka dulu)kereta yg laju2 ni akan diescort oleh marsyal utk potong ikut kiri...insyaAllah selamat.tapi kena ada ramai marsyal motor la.kalau tiga lane mmg guna lane tengah.
    lagi satu kat traffic lite tu patutnya sorg polis pi dulu..dia kena sampai jauh lebih awal drp konvoi utk kawal kenderaan.kalau sampai sesaat dua sebelum konvoi mmg boleh accident tunggang terbalik la gayanya.kena plk dgn bas...ishh...ngeri.

    mm...lama tak konvoi dgn polis...rindu la plk..hihi

    ReplyDelete
  7. Bertimbang rasalah di jln raya.

    ReplyDelete
  8. pena kena mcm ni....geram betul..bawak lambat dok lane paling kanan..haih

    ReplyDelete
  9. biasa kena..especially kat hiway...nak cpt utk event kot..

    ReplyDelete
  10. saya teramat amat setuju dengan entry ini...kalau dah tau nak cepat sampai keluar la awal supaya sampai awal..habis orang lain jem semata mata sebab dia tu lembab bersiap tapi taknak lambat sampai ke tempat event..kejam!

    ReplyDelete
  11. Tau takpe... Taulah vvip tp agak2 la kan... Salam perkenalan... Follow u

    ReplyDelete
  12. saya pun meluat jugak. sama dgn awak.

    ReplyDelete
  13. kita di mata Allah sama saja... tiada VIP, VVIP atau VVVVVVVIP

    ReplyDelete
  14. kannn.. nyampahhss ssangatt..

    ReplyDelete
  15. Baru semalam kakak hantar anak balik asrama. Kiri-kanan jalan penuh bazar dan kereta parking jadi kita pun tak bolehlah laju, tetiba dari arah utara polis siap suruh kita ke tepi siap dgn haler lagi. Macam mana nak ketepi penuh kereta org ke bazar... semua kereta berhenti tapi sempit so the VVIP itu pun tak bolehlah nak laju. PADAN MUKA DIA itu kata anak kakak...

    ReplyDelete
  16. salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

    ReplyDelete
  17. mmg sentap sgt bila polis highlight2 lampu pastu siap anggkat tangan suruh kita ketepi dgn segera!..haihh tanjat gegurl tau! tak sukaaa.

    ReplyDelete
  18. KA byk kali kena cm tu mmg bengang giler

    ReplyDelete
  19. setuju!! hangin kadang2 tu....lieya ni lagi laa dok putrajaya...mmg selalu kene mcm tu...tapi nak buat camne...follow ajek laaa....huhuhu

    ReplyDelete
  20. mmm...vvip mana pernah merasa jadi rakyat marhaen..

    ReplyDelete
  21. cik mama penah melalui kadaan mcm ni, siap kena tengking ag ngan pak polisi ni suhh tepi coz bas yg bawa VVVVVIP ni nak lalu.. gerammm gilerr tau..

    ReplyDelete
  22. jgn marah2...biar aje diaorg. :)

    ReplyDelete
  23. Kakcik ingat tadi diescort sebab ada kecemasan di klinik! ;-)

    ReplyDelete
  24. Salam Ramdhan Daddy Ziyyad

    Menteri Besar Kelantan jarang2 gunakan escort
    sebab katanya, mukin pd masa itu ada orang yg lebih penting, contohnya orang sakit atau ada isteri yg hendak bersalin.....saya tak nak tanggung dosa..

    ReplyDelete
  25. depa mmg gitu, suruh rakyat berhemah..
    tapi perangai depa..
    heeeemmm

    ReplyDelete
  26. daday ziyyad...itu lah mesiaa ku!!!sbb itu kita nampak islam di negara kafir....ust hassan sebut pagi tadi di TV9

    ReplyDelete
  27. ermm..rakyat malaysia biasa la double standard!baca cerita pun dah geram.kalau betul2 jadi kat sy mmg angin 1 badan la

    ReplyDelete
  28. tu la yang dinamakan 'transformasi'..hehehe

    ReplyDelete
  29. salahkan drebar yg bawak laju! hahahaa..
    *menyampas tengok vvip ni, kat jepun ni Menteri pun pegi keje naik keretapi tak pun basikal je. huhu.. mmg jauh beza langit dan bumi. eksyen betul org msia ni kan! hahaa..

    ReplyDelete
  30. mungkin ada hal yang penting melibatkan negara. Saya tak kisah akan hal ini selagi ia tidak disalahguna.

    ReplyDelete
  31. VVIP jer ni naik bas jer pun. hahaha.

    kalau ambulans tu logik laa nak laju2..oh, rakyat diutamakan :p

    ReplyDelete
  32. kadang-kadang tu tak adalah VIP sangat .. entah-entah pemain gasing kebangsaan yang nak pergi bertanding .. hehe

    ReplyDelete
  33. hakikat duniawi gitulah ye....apa nak buat.....wakkakakakakka gelak ajelah kan

    ReplyDelete
  34. Betul2 mcm ketam ajar anak berjalan lurus!!

    ReplyDelete
  35. Kann.. kdg2 bengang gak.. bila disuruh ke tepi..pas tuh slow.. plak.. ades..

    ReplyDelete
  36. pernah ler bertembung dgn kenderaan di escort tp berdeshum lak dia punya laju...

    ReplyDelete
  37. setuju sesangat.. rakyat di suruh naik pengsakutan awam tapi vvip tu.. kat highway pun nak ade escot.. kalau camtu tak le merasa susah cam rakyat rase..

    ReplyDelete
  38. Baru ni ado konvoi kereta savvy, ikut lane kanan....berjujut kereta lain kat belakang. Huu..

    Bab vvip ni aku memang tensen, derr, kalau betul sangat nak berjiwa rakyat, meh ikut sama berbaris, layan jammed.......

    ReplyDelete
  39. setuju dgn apa yg DZ ckp..kalau ambulan ke, bomba ke..leh ar bagi jalan..tu semua libatkan nyawa..

    ReplyDelete
  40. kat federal highway..
    kali pertama ai tak perasan sebenarnya sbb masa tu ai pasang lagu sekuat-kuat alam dalam kereta, polis lalu sebelah suruh ke tepi.. memula pelik gak nape rasa macam lengang je.. rupahahaha..

    kali kedua dari NPE nak masuk federal.. gile hape.. bas nak mencelah antara dua lane tu.. tak kisahlah kau nak cepat ke hape.. kami yang rakyat marhain ni pulak kena tempias jem teruk selepas tu..

    psstt: kpd VVIP atau yg perasan VVIP tu, sila jangan guna jalanraya time waktu kemuncak ye.. menyusahkan kami yang dah kepenatan nak balik kerja..

    ReplyDelete
  41. Mmg menyamfess ngan golongan begini, Kita kalau langgo trepik lite, dikasi Surat cinta, Dort tu selamba badak jep, haisshhh, xtau Nk tu is bende dh, mmg x sukeeeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...