Friday, July 27, 2012

Kalau Tak Tahu, Lebih Baik Berdiam.

Jumpa patient tadi...dah seminggu kaki dia bengkak, terseliuh lepas terjatuh main futsal minggu lepas..

Terseliuh sendi buku lali ( ankle sprain) ini ialah kerana kecederaan kepada ligaments di buku lali. Ligament ialah struktur yang menyambungkan tulang ke tulang. Tendon pula yang menyambungkan tulang ke otot.

Kecederaan ligament ini boleh berlaku apabila adanya kuasa melampau ( excessive force) yang menyebabkan ketegangan melampau ligament. Dalam kes buku lali, bila buku lali tu terkepak secara melampau ke dalam atau keluar, maka boleh ada injury ligament ini (ankle sprain)

terlebih masuk ke dalam macam ni salah satu sebab ankle sprain.

Simptom utama bila ada ankle sprain ialah sakit pada sendi, bengkak dan limited movement(pergerakan terbatas pada sendi itu). Kulit juga boleh bewarna kemerah merahan (tanda ada keradangan)

 Tang mana datangnya bengkak itu?
- bengkak ini terhasil dari air yg terkumpul. Bila ada sprain macam ni, tindakbalas saluran darah ialah ia menjadi 'leaking', yakni melepaskan air yg ada dlm saluran darah, dan air ini akan berkumpul tissue sekitar sendi.

Jadi, kalau anda ada ankle sprain, anda perlu:

1- ankat kaki(elevate) utk mudahkan air yang terkumpul itu mengalir keluar(disperse out). Kalau tidur, letak bantal di bawah tumit. Kalau duduk di kerusi, lunjurkan kaki yg bengkak itu, letak atas bangku kecil. Berdiri terlalu lama tanpa bergerak pun boleh melambatkan proses susut bengkak.

2- boleh dituam dengan ais. ( ice pack compression)

3- kalau tak tahan sakit, boleh makan ubat tahan sakit. Nak makan ubat susut bengkak pun boleh.

Secara peribadi, aku tak galakkan pergi berurut, sebab kalau urut, boleh makin bengkak ..dan kalau ada koyak ligament tu, boleh jadi makin parah kecederaannya. Dah banyak insiden macam ni terjadi masa aku kerja di ward ortopedik dulu.

Andai bengkak tak surut2 lepas seminggu, atau sakit melampau sangat, kena suspect ada ligament tear. Yang ini memang tak boleh berubat secara makan ubat/urut, maka sila ke wad ortopedik utk rawatan lanjut.

~ kenapa aku menulis pasal ankle sprain pagi ni??

Sebab aku terkedu, tak tahu nak cakap apa bila patient yang aku jumpa tadi beritahu: " doktor yang dia jumpa last week tu cakap, bengkak tu sebab angin! "

Dan bila aku tanya ubat apa dia dapat dari doktor tu? Dia cakap dia dapat ubat angin!

Macam mana lah aku tak terkedu kalau doktor sendiri pun sebarkan mitos kat patient. 
Kalau tak tahu, baik diam, dari sebarkan dakyah palsu!

54 comments:

  1. bongok la ... !!

    dia bagi ubat angin apa?! gelusil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. charcoal kalau tak silap! pengsan saya dengar

      Delete
    2. charcoal tu kira ubat angin eh? hahaha. ankle sprain bagi charcoal.

      tumpang pengsan lerr...

      Delete
  2. Hehe... Doctor pun bagi info salah...

    ReplyDelete
  3. kita ni kan doktor,sebagai patient akan percaya je apa info doktor bagi..

    ReplyDelete
  4. ya allah...entah entah doktor tu salah sorang yang beli sijil palsu yang diorang tengah heboh tu..buat malu title doktor je...

    ReplyDelete
  5. aduhai.. sambil lewanya doc tu...

    kekadang ni punca pun dari patient jugak.. selalu sangat menipu nak MC.. patient lain pulak yang terima akibatnya.. sebab mesti doc fikir yang diorang ni cuma nak MC.

    ReplyDelete
  6. aiyoyoyo..doktor pun silap kasitau! kesian pesakit yg tak tau apa-apa T_T

    ReplyDelete
  7. Mungkin doktor yang dia jumpa tu bukan doktor perubatan, tapi doktor falsampah. :)

    Kaki kiri kakcik dah lama ada bengkak, sesekali rasa pijar yang teramat sangat (bahagian kaki yang ada tapak tu) dan sebelah atas buku lali (hadapan betis) pula selalu mengalami kegatalan hingga meninggalkan parut. Simptom apakah itu? Dulu dah pernah rujuk ke doktor perubatan, tapi kebetulan dia dengar nafas kakcik berbunyi (lelah), jadi dia kata lelah itu lebih bahaya. Hilang cerita nak tanya tentang masalah kaki!

    ReplyDelete
  8. adoi malangnya dapat doktor yg tak tahu tp berlagak tahu..wat naya ke orang je..sama mcm kes anak sy demam dulu doktor tu ckp anak sy demam panas sebab hanya minum susu ibu(logiklah baby 6 bulan ke bawah)
    dia siap bagi vitamin katanya xcukup sekadar menyusu susu ibu kan pastu sempat promot suh beli susu formula katanya anak dia pun minum susu tu..terkedu sy dengar jawapan dia kaitan demam dgn minum susu ibu tp sy x ikut pun saranan dia tu huhu.

    ReplyDelete
  9. hurm...sbb tu kdg2 sy suka jumpa 2 doc brlainan utk dptkan pndapat mrk.... sbb ini lah.

    ReplyDelete
  10. yer la...elok diam kalau x tau kan..kang jadi makin teruk..

    ReplyDelete
  11. heee...itu jawapan org dulu2 lah.. semua nya sebab angin..

    ReplyDelete
  12. hakhakhakhak....... confident!

    ReplyDelete
  13. tq doc berkongsi info ini. KA pown pernah kena mcm ni !

    ReplyDelete
  14. ye la.... dulu pernah gak terseliuh, bila bengkak je jiran2 kata sebab dah masuk angin.. huhu.. tatau la angin masuk kot mana kannn...

    ReplyDelete
  15. haha...doktor tu punya ijazah yg 'beli' punya kut...

    ReplyDelete
  16. mcm2 hal la...sorry to say la tuan dr, aku ada few experience dr mcm ni....diagnos tah hapa2, dulu pernah skali keguguran dia kata tak yah cuci, itu okay lagi, pas tu bila asyik sakit perut, pergi balik, dia pun kata tak yah cuci, sakit perut sebab angin...dia bagi aku ubat buang angin gak....end up aku pengsan, masuk ICU, kena operate sebab ectopic pregnancy, yang gugur kandungan dlm rahim, tapi yang luar rahim masih ada....rupanya aku ngandung kembar, satu dlm rahim yang dah gugur dan satu luar rahim yang menyebabkan aku kena operate dan buang satu tiub.....begitu mudah dr tu diagnose aku masuk angin....aku pi klinik pakar puan tu tau.....and other few experiences lagi, kalau nak cite memang la ko tak larat nak baca nanti, tapi tak dinafikan itu hanyalah segelintir aje, byk lagi doktor yang bagus2 buat kerja dan harap2nya ko la antara doktor2 yang bagus itu.....keep up ur good work tuan doktor!

    ReplyDelete
  17. Doc, ms skool dulu...sy aktif sport. Sy men netball (salah satunya). One day, kaki sy pernah terseliuh mcm yg doc tunjuk atas tu. Seksanya kemain. Tapi sy tak bt pape melainkan sapu minyak panas. X lama pas tu, kaki sy sihat spt sediakala. Pas sihat, sy jungle trekking. Jauh gak jaraknya. Pas jungle trekking, kaki sy bengkak lagi sekali. Aduh mak! Seksanya, Tuhan aje yg tau. Lelagi ms jungle trekking tu, socks ngan kasut basah2 lembab (persekitaran lembab). Sejuk. Menyakitkan lagi kaki sy. Disebabkan tak thn, sy sapu minyak panas, tumbuk halia n sapu pd pergelangan kaki yg bengkak then balut ketat. Sejak dr tu, tiba time hujan n sejuk....kaki sy bengkak mcm mula2 sy terseliuh dulu. Klu kes mcm ni....sebab ape ye doc? Urat ke? Boleh terangkan?

    P/S - Sy pnh g jumpe doc psl kaki sy ni tp at the end, diorang just bg minyak panas n pembalut kaki.

    ReplyDelete
  18. kesian pesakit tu..
    tak pasal2 tanggung sakit lebih lama. patut dah baik dah...

    ReplyDelete
  19. memang ada doc yg sempoi bila periksa pesakit, ada jumpa 2 tiga orang yg spesis camtu masa kat KL dulu

    ReplyDelete
  20. ijazah beli jugak kot.. habes lah kalo dapat doc cam nih..hehehe

    ReplyDelete
  21. tu yang risau tau
    kadang doktor ni lain2 pandangan

    ke lain2 pengetahuan...huhu

    ReplyDelete
  22. erm...

    aritu saya demam, hari ke 4 saya ke spital, doktor tu x cek saya pun. dia tgk rekod saya penah ada lelah, dan dan dia hantor saya ke ED amik neb. muka saya biru mcm sponge bob beku. marah!

    pastu pegi lagi hari ke 6. jumpa doktor best. dia cek seme.

    erm.. mcm tu la kan doktor faiz.. mujur isteri saya line medical jugek (pharmacyst), jadi saya memahami jugekla kepayahan menjadi org2 di line tersebut.

    ;)

    ReplyDelete
  23. dr,

    sy pernah berdepan dgn doktor bekerja takde passion!!
    kita tgk pun rasa nk marah,pgg tidak,sentuh tidak.alih2 suh amik ubat.
    mmg pantang!!!

    ReplyDelete
  24. Makcik patah tangan dan sendi terkeluar.mcm mcm nasihat yg dapat...berurutlah,bomoh patahlah..bomoh siam pun ada.

    ReplyDelete
  25. As salam doc,

    Doc je boleh komen capacity/knowledge seorang doc! hehehee... Tapikan bahaya juga kalau ditakdirkan bertemu dgn doc yg hanya pass exam shj! huhuu

    ReplyDelete
  26. Ketulusan, kepakaran dan keikhlasan tak sama itulah sebab ujud kes macam tu kakak rasa.. kesian patient itu.

    ReplyDelete
  27. Doktor tu beli sijil palsu kat USJ tu kot .... hehehe

    ReplyDelete
  28. Tumit saya sakit dah 3 - 4 minggu sejak berlari kat treadmill tempoh hari. Ada masa sakit yg teramat terutama bila bangun tidur. Tapi sakit pada tumit sebelah kanan saja. Emak Adam juga sakit yg sama. Apakah sebabnya dan macamana nak mengubatinya doc?

    ReplyDelete
  29. Eceh, semua org dok cerita sakit, makcik pun sakit juga....bahu kanan makcik sakit, doc kata kesan mkn lipitor, stop lipitor ambik something else, sakit masih ada tp kurang. Masa operation ( bukan bahu) haritu dpt ubat nerve/muscle relaxant, bahu pun tak sakit.
    Soalan: mcm mana nk tau it is just a nerve and not something more seriuos like tornligament or tendon?

    ReplyDelete
  30. Allahuakbar mcm ni tuan doktor? doktor grad mana ni yg kita nak percaya ni? next time kene check sijil doktor dulu la nampaknya. huhu..

    ReplyDelete
  31. salam doc..csiannye patient tu..jumpe doc tp xsurut2..doc tu bertauliah ke x?nasib baik jumpe daddy ziyyad..moga dia cepat sembuh...kalo terseliuh memang sakit...

    ReplyDelete
  32. sik baik la patient tu jumpa doc. kalu dia terus percaya, alamat nyer x beraya la dia...

    ReplyDelete
  33. Salam...takkan doktor pun tak tahu..musykil sungguh...tu yang org yg tak tau macam aku lagi konfius....sebab kita ni percaya bulat2 apa yg doktor cakap...

    ReplyDelete
  34. huhu..nasib bukan kes melibatkan nyawa..mcm anak jiran sy dulu smpi appendix nak pecah doktor kata sakit gastrik..smpi dah muntah kuning mak dia bwak jumpa doktor lain operate ptg tu jugak..nasib cepat kalau tak sia-sia je

    ReplyDelete
  35. kesian patient yg tak tau cam aku ni..

    mesti percaya punya...

    ReplyDelete
  36. Matik2 la patient tu pun percaya ckp doc yg sonsang itew. Sian dier kan?

    ReplyDelete
  37. ada gak dengar tapi tukang urut yang kata angin.huhu..tang ubat2tan tuh tak tahu.hihi

    ReplyDelete
  38. kesian patient tu...

    thanks doc for the tips...

    ReplyDelete
  39. bape lame boleh baik yep?

    ReplyDelete
  40. sy terjatuh masa rehat time kerja jatuh sbb kaki masuk dalam lubang air hujan kat jalan raya xboleh jalan sbb kaki dah bengkak,g klinik panel ckp hanya terseliuh pas seminggu p lg sb masih bengkak doc ckp xpayah x-ray sbb teseliuh je pas 2 bulan masih sakit lg jmpa blik doc sama dia marah pulak knp tggu lama bru dtg sedangkan tiap2 mggu dtg mintak ubat asyik ckp xda apa sbb hanya terseliuh.last dia bg surat refer to hospital doc kat hospital pun marah dia ckp kalau terjatuh perlu buat x-ray hmm dlm hati terfikir doc klinik panel tu yg ckp xpayah buat so???aq ke yg salah alahai...check2 tgk doc ckp ligament d buku lali tu terkoyak next month baru nk buat x-ray xpaham kenapa la tggu lame sgt kaki ni makin hari makin sakit

    ReplyDelete
  41. sy terjatuh masa rehat time kerja jatuh sbb kaki masuk dalam lubang air hujan kat jalan raya xboleh jalan sbb kaki dah bengkak,g klinik panel ckp hanya terseliuh pas seminggu p lg sb masih bengkak doc ckp xpayah x-ray sbb teseliuh je pas 2 bulan masih sakit lg jmpa blik doc sama dia marah pulak knp tggu lama bru dtg sedangkan tiap2 mggu dtg mintak ubat asyik ckp xda apa sbb hanya terseliuh.last dia bg surat refer to hospital doc kat hospital pun marah dia ckp kalau terjatuh perlu buat x-ray hmm dlm hati terfikir doc klinik panel tu yg ckp xpayah buat so???aq ke yg salah alahai...check2 tgk doc ckp ligament d buku lali tu terkoyak next month baru nk buat x-ray xpaham kenapa la tggu lame sgt kaki ni makin hari makin sakit

    ReplyDelete
  42. Dok google, jumpa blog ni. Sy jatuh tangga (8-9 anak tangga) di pejabat, mula kaki ok..lepaa sejam terus tak boleh berjalan. Dan kaki mula membengkak besar. Sy berulang kali ke klinik kesihatan - klinik swasta - hospital. Dua kali buat xray tiada patah. Cuma masih sakit dan bila berlaku pergerakkan (memandu ke pejabat) bengkak tu membesar semula dan amat menyakitkan. Hospital ckp akan sembuh sebab tidak ada ape2 sekadar terseliuh bila ke klinik private, doktor suruh refer ke hospital sebab takut ada luka dalaman. Entahlah..sy dah menanggung 3 minggu..dengan bdiri sakit, duduk sakit..baring lagi lah sakit. Lebam+bengkak+keras..

    ReplyDelete
  43. Dok google, jumpa blog ni. Sy jatuh tangga (8-9 anak tangga) di pejabat, mula kaki ok..lepaa sejam terus tak boleh berjalan. Dan kaki mula membengkak besar. Sy berulang kali ke klinik kesihatan - klinik swasta - hospital. Dua kali buat xray tiada patah. Cuma masih sakit dan bila berlaku pergerakkan (memandu ke pejabat) bengkak tu membesar semula dan amat menyakitkan. Hospital ckp akan sembuh sebab tidak ada ape2 sekadar terseliuh bila ke klinik private, doktor suruh refer ke hospital sebab takut ada luka dalaman. Entahlah..sy dah menanggung 3 minggu..dengan bdiri sakit, duduk sakit..baring lagi lah sakit. Lebam+bengkak+keras..

    ReplyDelete
  44. Salam doc. Boleh ke minum ais kalau skit ankle ?? Doc boleh pm sy pliss. 0145034834

    ReplyDelete
  45. Rply pliss ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Nk sngt tahu ni. Wsap sy 0145034834

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog yang amat bagus dan penuh dengan infomasi .kami ingin menolong anda dalam menberi rawatan sakit ankle/buku lali . bersama kita mencegah masalah ini .

      kami juga menberi rawatan oriental (acupuncture+orthoroti + herba - herba cina halal) dan physiotherapy untuk rawatan lebih maklumat sila hubungi +60124520077 / email wmcphysiotherapy@gmail.com ataupun melawat kami di www.newhopemedic.com

      ipoh perak

      Delete
  46. blog yang amat bagus dan penuh dengan infomasi .kami ingin menolong anda dalam menberi rawatan sakit ankle/buku lali . bersama kita mencegah masalah ini .

    kami juga menberi rawatan oriental (acupuncture+orthoroti + herba - herba cina halal) dan physiotherapy untuk rawatan lebih maklumat sila hubungi +60124520077 / email wmcphysiotherapy@gmail.com ataupun melawat kami di www.newhopemedic.com

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum, doktor, saya dah masuk minggu ke 4, tapi ankle saya still sakit bila berdiri terlalu lama atau banyak berjalan, masa mula2 check dulu doktor cakap tak dek ap2, die check sikit je, klau saya pergi berurut boleh ke atau perlu pergi check skli lagi dahulu?

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum, doktor, saya dah masuk minggu ke 4, tapi ankle saya still sakit bila berdiri terlalu lama atau banyak berjalan, masa mula2 check dulu doktor cakap tak dek ap2, die check sikit je, klau saya pergi berurut boleh ke atau perlu pergi check skli lagi dahulu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...