Tuesday, July 3, 2012

Back To Basic: Apa itu Wajib, Apa itu Sunat

20 July ni, pasukan Queens Park Rangers (QPR) akan menentang Kelantan di Stadium Shah Alam. Asalnya, sepak mula dijadualkan pada jam 7.30pm. Tapi pagi tadi, dengar di radio, sepak mula akan bermula jam 9.15pm, bagi memberi peluang kepada umat Islam tunaikan terawih dahulu, katanya. Ni pautan berita dari BERNAMA.



Sekali tengok, baguslah kan.
Dua kali tengok, aku terasa ironi.

Umat Islam di Malaysia, Melayu Islam terutamanya, masih ramai yang tak faham/terkeliru/buat buat keliru/ego tak mau dengar nasihat tentang hukum hakam agama..yang mana WAJIB, yang mana SUNAT.

Solat terawih itu sunat. Ia, ia sunat yang amat dituntut. Tapi ia tetap sunat.
Solat maghrib itu wajib.

Kenapa sebelum ini, pihak berkenaan tak terfikir tentang 'sepak mula jam 7.30pm' ? Adakah waktu Maghrib di Shah Alam masuk seawal jam 6.40pm?

Ironi kan?
Dek kerana nak utamakan yang SUNAT, sanggup anjak waktu sepak mula(padahal terawih boleh aja dibuat secara individu, jam 12 malam pun takpe). Yang sunat dijaga, yang wajib terabai. Alahai..

Antara ironi ironi lain di bumi Malaysia terchenta ini:

1- Beria ia nak gi umrah (sunat), tapi hutang keliling pinggang tak mahu dibayar..termasuklah hutang PTPTN, hutang orang, hutang sofa, etc etc..( bayar hutang wajib)

2- Beria ia sedekah kat anak yatim dekat dekat nak raya (sunat), tapi zakat pendapatan/perniagaan (wajib) tak dibayar

3) Beria ia pergi sembahyang raya(sunat), tapi sembahyang 5 waktu (wajib) compang camping.

4) Beria ia suruh rakyat berjimat cermat, tapi diri sendiri bercuti di Milan naik pesawat rasmi dan gunakan RM273,799 wang pembayar cukai  --oppsss..ini lain  :)  Menjadi pemimpin yang adil itu wajib, tak kisah la sebagai PM, atau sebagai suami.

35 comments:

  1. tiba-tiba 'tak terkata-kata'

    ReplyDelete
  2. i am totally agree on this......bila yang menjadi keutamaan diletakkan ke tepi!

    ReplyDelete
  3. Terlihat iklan di televisyen untuk satu konsert akhir - katanya pintu mula dibuka seawal jam 7 petang. Maghrib di kerusikah? :(

    ReplyDelete
  4. setuju sangat dengan sume ulasan2 nieh....mmg byk betulnye....sedey bile yg patut didahulukan diambil lewa.... :(

    ReplyDelete
  5. entri ni menusukkalbu. terutama bab hutang sofa. kuakuakua

    mujur dah abis hahahaha

    ReplyDelete
  6. mmg setuju 100% dgn kenyataan tu.. :)

    ReplyDelete
  7. nice post.....thanks sharing ...buat pedoman untuk sumanje...sering lewatkan solat.....nanti su perbaiiki......wajib kene utamakan dulu baru yang sunat..... setuju sangat.......

    ReplyDelete
  8. Kakak suka baca N3 macam ini. Membuka minda kita lebih peka. Syabas doc...

    ReplyDelete
  9. semoga entry doc ni membuka minda mereka..

    ReplyDelete
  10. Bab ke4 tu memang daku bengang.

    ReplyDelete
  11. setuju benar dgn entry uols ni...

    no 4 - ehhhh??? hahahahha

    ReplyDelete
  12. sgt betulllll!! sbb tu saya up pasal umrah that day kat blog hehehehe..

    kdg2 tpkr kata ngara islam..emmmmm

    ReplyDelete
  13. hutang ptptn sy dah selesai..alhamdulilah. Ayah tolong

    ReplyDelete
  14. Setuju...tp secara keseluruhannya macam x sesuai buat time bln ramadhan..

    ReplyDelete
  15. yup betul tu, banyak lagi bab wajib dan sunat yang org kita keliru

    ReplyDelete
  16. tak tahu apa sebenarnya nawaitu..

    ReplyDelete
  17. alahai sinisnya no 4 tu. hehe.. agaknya sebab setaun sekali sunat tu kan, tu yg nampak sgt. ;)

    ReplyDelete
  18. 9.30 malam.. baik buat je tengah malam.. takpun awal pagi.. terus sahur sekali..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Daddy Ziyyad

    Islam di masukan dalam sukan....sungguh indah

    ReplyDelete
  20. drdaddy,

    last quote tuh yg paling menarik!!

    senangnya menghabiskan $$$$ tax payer :'(

    ReplyDelete
  21. Macam tu la yang selalu terjadi...syabas pada orang macam DZ yg tulis untuk peringatan..

    ReplyDelete
  22. ada jgk game masa ramadhan ke..?

    setoju semua...

    ReplyDelete
  23. mana ada org kisah pasal waktu solat dal skrg ni...

    ReplyDelete
  24. yaaaa... patut berubah ..

    cam na nak ubah kan... kalau org atas pun tak kisah. Tanggunglah korang ... org yang brkaitan ngan bola tu...

    ReplyDelete
  25. Ironinya.. kengkonon beramal.. tetapi menongkah arus.. janji nampak macam baik!!! Jauh kan la dari sifat2 mazmumah nih!!

    ReplyDelete
  26. Ya sepatutnya yg wajib tu diutamakan dr yg sunat.

    ReplyDelete
  27. ooooooops hahahahahahahahaha....dusssh duuusssssh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...