Monday, July 9, 2012

Anxiety Disorder

Antara cabaran bila menjadi doktor, ialah bila perlu berhadapan dengan pesakit yang ada anxiety disorder. Memang mencabar.Lagi mencabar dari mengadap pesakit penipu tegar kaki MC..keh keh keh..

Kes sebenar:

- En.Fabregas (bukan nama sebenar), mengalami masalah sakit perut/pedih ulu hati/panas ulu hati(heartburn)/kembung perut yang kronik. Berdasarkan simptom kronik & pemeriksaan fizikal, maka diagnosis Gastroesophageal reflux disease (GERD) aku berikan. Namun untuk puaskan hati, aku refer En. Fabregas ke hospital untuk pemeriksaan endoscopy. Sah, memang GERD.
secara mudahnya, GERD terjadi bila sphincter kat bawah tu kaput, so asid yang tak patut masuk bahagian bawah esofagus, ter-masuk/ter-reflux

Hasil endoscopy En. Fabregas ialah lebih kurang macam ni..
  

Tapi dek kerana En.Fabregas ni ada penyakit anxiety yang melampau, sensation heartburn/kembung perut/senak perut yang dialaminya, ditafsirkan sebagai 'sakit dada/jantung'.

Maka pergilah En. Fabregas bertemu pula dengan pakar jantung, walaupun aku dah nasihatkan dia bahawa keputusan endoscopy nya itu selari dengan simptom GERD.  Dipendekkan cerita, lepas jumpa pakar jantung, ECG dah buat, stress test pun buat, jantung En. Fabregas sihat walafiat. Test darah cholesterol dalam darah pun dibuat, normal sahaja keputusannya.

En.Fabregas menerima kata kata pakar gastro yang buat endoscopy, menerima kata kata pakar jantung, dan menerima kata kata aku, secara terpaksa.....masih lagi terdetik/risau dalam hatinya dia bakal kena serangan jantung. Maka dia pun berusaha dapatkan pendangan pakar jantung di IJN pula. ;P

Dipendekkan cerita, lepas jenuh menunggu appointment dengan IJN, dan semua relevan investigations di buat di IJN, memang pakar jantung IJN pun setuju bahawa En. Fabregas hanya mengalami GERD, jantungnya sihat. In fact, CT scan paru paru/abdomen pun dibuat untuk memuaskan hati En. Fabregas, dan paru paru beliau, sihat walafiat.


Dengan stok ubat ubatan GERD yang beliau terima, simptomnya berkurangan. Tapi kerisauan En. Fabregas masih tidak dapat hilang sepenuhnya. Beliau masih risau jantungnya sakit, atau paru parunya bermasalah, despite all the advice from the specialist! Nasihat yang aku berikan pun dah berkoyan koyan agaknya..haha. So kerana kasihan dan terkadang meluat, maka aku pun refer lah beliau ke Psychiatrist, dan aku cakap terus terang kepada En. Fabregas bahawa beliau hanya anxiety, on top of having GERD.

To cut the long story short, lepas jumap psychiatrist, pakar sakit jiwa ini pun sah kan bahawa sebahagian simptom ala ala GERD yang beliau alami, adalah simptom anxiety disorder. Beliau diberi rawatan dan kaunseling, dan alhamdullilah, so far dalam pertemuan terkini, En. Fabregas dah boleh kawal perasaannya, dan boleh menerima dan adapt dengan GERD beliau.

Moralnya:

- kalau anda atau ada saudara mara anda yang ada ciri ciri kerisauan macam ni, bawa lah berjumpa dengan pakar psychiatrist, jangan hanya berabis beribu ringgit jumpa pelbagai pakar jantung, otak, dan pakar bedah  :)

-dapatkan pandangan kedua/ketiga dari doktor yang boleh beri penjelasan lain akan penyakit/simptom yang dialami


ps: minggu lepas En. Fabregas datang bawa anaknya yang ada ulcer dalam mulut. Lepas aku check macam  macam, memang anaknya hanya alami normal ulcer sahaja. Sebelum keluar dari bilik consultation, En. Fabregas bertanya pada anaknya , " Takde sakit sakit lain?Beritahu ayah & doktor ni..ada sakit kepala tak? sakit perut? sakit dada? batuk? sakit tekak? pening? " .  Aku hanya mampu tersenyum tengok dahi anaknya berkerut  :)





59 comments:

  1. assalam dr.harap2 tak sampai la macam tu..takiut dah berumur ni terjadi pulak macam tu

    ReplyDelete
  2. nama penyakit ni kan buatkan sy teringat
    kt salah sorang pelajar AF dulu Haziq!

    ReplyDelete
  3. Diciptakan doktor sifat penuh kesabaran melayan kerenah patient. Kalau doktor tak sabar entah apa jadilah patient yg macam ini kan... sikit je tapi macam teruk benar

    ReplyDelete
  4. betul tu...pemikiran dah mengatasi segale2nye heheehh....kat opis lieya ade sorang mcm nie....sakit tekak 2 hari terus set appointment jumpe pakar...bagusnye sbb precaution awal....tapi org lain tgk...'ehh saiko tol die' he he he.....

    ReplyDelete
  5. Kwn sy pnh cite mslh kwnnye yg ade simptom anxiety ni. Klu basuh tgn, berjam. Takut bakteria tak tanggal dr tangannya. Dia kata, klu tak jaga kebersihan...nanti dpt sakit. Tapi menakutkan. Klu mandi, berjam. Sekali sabun, dia mandi n sabun lagi.

    Scary. Dan simpati.

    =(

    ReplyDelete
  6. terlebih risau pulak dengan penyakit jd penyakit jugak kan?
    doc boleh cerita tak karenah orang yang selalu minta mc
    hehehehe...sbb akk rasa cuma mc waktu bersalin je sepanjang kerja ni
    demam2 pun kuatkan jugak pergi kerja sbb malas nak jumpa doktor semata untuk ambil mc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan..kami ni bkn suka2 nak mc..cuma selalunya kami hilang confident utk bersendiri sbb takut dgn sakit kami ni...ianya susah nak kawal..dtg dgn sendiri...doakan kami sembuh..amin

      Delete
  7. saya pernah kena symptom reflux asid ni 4 tahun lepas. saya admitted Hospital Tawakal dan buat Scop. mmg ada masalah reflux asid tapi bersih dari bateria, luka etc. mmg risau sbb selalu kena heartburn dan kerana saya dah masuk hospital, semua procedure jantung dan buah pinggang pun saya kena buat termasuklah ECG test, Stress Test, pastu yg monitor degupan jantung 24 jam tu .. sume saya dah buat dan alhamdulillah .. tak da apa2.

    Walaupun dibekalkan dgn ubat-ubatan untuk GERD masa keluar dari hospital, Doktor nasihatkan saya agar jaga pemakanan. Makan sikit2 .. jgn sampai terlalu kenyang utk elakkan reflux asid dari terjadi. Makan sekurang2nya 2 jam sebelum tidor dan kekalkan gaya hidup sehat melalui senaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa.. samala kes kita, cuma aku pada peringkat awal memang banyak ragam. aku mula dgn rasa sejuk kaki dan tangan kiri, degupan jantung tidak sekata, nafas seakan tidak sampai ke paru-paru. aku mula buat pemeriksaan tapi doktor tidak mengesan apa-apa

      Delete
  8. hehehe... saya mcm pernah camtu.. doc tu kata pikir byk sgt kalah menteri.. lain semua ok alhamdulillah tp kolesteherooooolll je yg jahat.. aiisshh...

    ReplyDelete
  9. Memang ada..org2 nie yg tak cam tak pasti atau tak percaya diri sendiri.. tapi tu ler.. mungkin mereka ini takut kalau2 ada penyakit lain yg mereka sendiri tak tau.. cuma nak kan kepastian..dan utk kepuasan diri.. sendiri

    ReplyDelete
  10. aku kalo bab penyakit ni kekadang tu rajin jugak bertanya kat doktor yang merawat..tapi tak le sampai melampau2 kerisauan tu cuma sekadar untuk tahu sikit sebanyak cam simptom awal, cara cegah dan merawat peringkat awal tu je..

    ReplyDelete
  11. tq ye... ade juga penyakit yg macam ni! tak pernah tahupun.. Boleh tak next time kupas sikit tentang penyakit ITP. mungkin boleh tambahkan ilmu saya sikit tntng penyakit ini..

    ReplyDelete
  12. Beberapa hari ini kakcik memang rasa tak sihat, termasuklah semasa berada di AS. Tapi kali ini kakcik nak jadi degil, ventolin pun kakcik tak bawa. Bila semput, kakcik diam2 saja, tak mahu En Suami bising dan paksa ke klinik!

    Kalau Dr. Lim (doktor yang kakcik selalu jumpa di Hosp Pantai) tahu, mesti kakcik kena bebel!

    ReplyDelete
  13. oooooo CA dah faham apa itu axiety ...tu . Doktor ada sebut masa bang Leman sakit ari tu. Dia tu dok kata dia sakit jantung ....pening bini tau .... tapi la ni dah ok

    ReplyDelete
  14. lagi sakit kalau jenis pesakit macam ni! kalau kata pakar pun dia taknak percaya.. dia rasa dia lebih pandai dari pakar agaknya..hehe..

    ReplyDelete
  15. tahap gaban anxiety disorder heols tu...

    ReplyDelete
  16. dahsyat giler si fabregas tu pun gi klenet daddyZZ!

    ReplyDelete
  17. Ini mesti kompeni dia bayar. Kalau bayar sendiri, doktor kata ada simptom penyakit lain pun mungkin dia tak takde .... huhuhu

    ReplyDelete
  18. oh baru tau nama sakit ni. hihi.. thanks doktor!

    ReplyDelete
  19. hehehe.. macam2 jugak ragam pesakit yer.. cabaran jadik doktor..:)

    ReplyDelete
  20. Salam.kak Ros tinggal dengan suami yang memang alami anxiety disorder dah bertahun-tahun....realy have to sabar banyak.Hanya ubat penenang yang dapat buat dia jalani kehidupan yang normal...klau tak kak ros pun kadang2 hilang kata-kata.Anak2 dah paham dan jadi penawar kak ros.

    ReplyDelete
  21. pergh... kira dahsyat jugak penyakit ni... tapi tulah kekadang emosi tu yang mengawal diri..

    ReplyDelete
  22. yup...saya pun ada saudara mcm nie..tapi bila kita suggest ke pakar psychiatrist dia marah kita tuduh dia gila...ada ke pulakkk? :(

    ReplyDelete
  23. macam-macam ragam pesakit boleh jumpa kan doc...:)

    ReplyDelete
  24. bahaya juga yer.. minta dijauhkan.. tp kdg2 pernah juga terfikir mcm tu.. sakitnya sikit terus aje nak fikir kronik.. terima kasih atas perkongsian cerita yg baik ni.. at least lain kali akan lebih tenang bila dah di diagnose dgn sesuatu penyakit.. takde dah nak susah2 hati fikir mcm2..

    ReplyDelete
  25. Kategori kerisauan melampau. Tak sangka akak ada jugak orang yang mengalami kes macam ini. Biasanya akak akan mengalaminya bila anak2 sakit tapi masih boleh kawal bila doc bagi advice itu dan ini. Rasanya doc lebih memahami setiap bidang tugasan mereka.

    ReplyDelete
  26. aku pun ada GERD nih...buat treatment kat KPJ...now dah ok! hehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon dikata oleh dokto sbg GERD dan blom brape oke... bole share tak cemana nak bagi oke.

      TQ. RIN.

      Delete
  27. Sebenarnya ramai yg kt luar ada masalah anxiety cuma diorang tak tau nk jumpa sape...maklumla dlm mind public asal psychiatry je mesti gila..stigma masyarakt...sama jugak mcm depression, ocd n sakit berkait ngan psy...

    Ada pt anxiety sampai selalu pengsan.....kalo jumpa rule out anxiety jugak..lagi2 kalonyg muda2...

    ReplyDelete
  28. kalau begitu, boleh ler saya merujuk suami saya ke IJN mcm encik di atas, ehehe. Nanti marah bos cardio saya, hahaha ;)


    hari tu, selepas repeated ECG ok, memang saya diagnosed suami sendiri as GERD. hehehe. la nih, ok dah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jantung bedebar laju pon GERD gak ke? mcmana nak bagi oke GERD nih.

      Delete
  29. kerisauan melampau ni satu penyakit gak eh..baru saya tau..hehehe..

    ReplyDelete
  30. Ni kali ketiga try nak komen...tak masuk jugak give up eh...

    Doc, i am living with one. It started when the heart beat like bullet train. Lepas tu bermulalah episod direfer ke sini sinun and finally to Neuro Behavioural clinic....lama juga ambil ubat.
    Having one at home kena banyak sabaq, dia pun tak pasti pasai apa dia jadi macam tu, kita laaagi la tak tau.

    Alhamdulillah dah ok now

    ReplyDelete
  31. ini sindrom takot sakit..sakit phobia..err, phobia sakit? ker takot mati?

    ReplyDelete
  32. risau lebih tu yg buatkan GERD dia makin teruk...mungkin satu hari betul2 kena heart attack..minta dijauhkan oleh Allah.
    mmg letih dgn org yg risau lebih ni...I have one...a mom...lg letih tau...dah la dia ada baby....sejak baby tu lahir tiap2 bulan mai klinik.infact sejak dia preggy akak dah terasa yg dia akan buat macam ni.budak tu sihat ja pun cuma biasala kdg2 naik ruam sikit...ada kahak sikit...hmmm...cepatla besar budak ni hendaknya...

    ReplyDelete
  33. ye la kan..kerisauan melampau agaknya..kesian gak kat die huhu...abgLan pun dh masuk usia 40an ni kene jaga2 gak ngan kesihatan die..skang die br dapat gastrik huhu...

    ReplyDelete
  34. http://www.facebook.com/groups/287630931290384/ group gastrik dekat fb :)

    ReplyDelete
  35. kes saya sama la seperti en fabregas. GErd akan jadi bertabah teruk bila kita ada anxiety order. apa yang saya buat ialah 1) redha dengan apa yang kita hadapi, 2) banyakkan membaca Al-Quran, zikir dan sembahyang sunat; 3) cari supplement yang boleh mengurangkan serangan Gerd seperti yang berasaskan halia atau bawang putih; 4)yang paling penting MINDA HARUS POSITIF - bila kena serangan GERD kita kena relaks. jangan fikir perkara yang negatif (biasanya kita akan memikir kita akan pengsan, kena heart attack or mati); 5) sokongan orang sekeliling adalah penting. JANGAN persendakan mereka kalau mereka berfikiran demikian sebaliknya berilah nasihat dan kata-kata yang positif.

    ReplyDelete
  36. kena batang hidung sendiri baru tahu.dia bukan mintapun penyakit camtu.dia hanya berikhthiar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  37. stuju. sy salah seorg pengidap penyakit tu. tp sy xjumpe psy. cuma ambil ubat biasa je. yg jd mslhnye. bagaimana nk positifkn fikiran. xblh stres.

    ReplyDelete
  38. Saya kene sibiji macam en fabregas. Kerisauan saya terhadap penyakit amat tinggi. Start saya kene axiety disorder disebabkan mungkin saya terlalu risau akan sakit saya. Saya amat risau yang saya akan kene sakit jantung. Tp pada masa yang sama saya juga mengalami GERD. Apa yang salah boleh cakap hanya Allah taala sahaja yang tahu apa yang saya rasa. Hopefully allah akan berikan kesihatan yang baik pada kita daripada sebelum ni. Amin ya allah

    ReplyDelete
  39. Rupenye rmai yg skit anxiety disorder trmsuk sy yg sokmo pkir skit ckit akn jd pnyakit serius,,dtmbh plak ad gerd,,bile gerd drg+stress melampau ermm ingt skit jntung la n ape2 lg yg mmbmbngkn,,

    ReplyDelete
  40. Aku lagi teruk..bila jmpa doc..mesti aku akan ckp dlm hati doc ni menipu je aku..pas tu g klinik lain pulak..ada tu..dlm srhari 4 klinik g..masih sama je..mcm2 test dah buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama...rasa mcm doc menipu kita lak..walaupun doc pakar...hakikatnya kita cuma gerd dan anxiety disorder melampau...semoga cpt sembuh..amin

      Delete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. hanya yg mengalami shj faham penyakit ni.....saya baru kena dari 4/11 sampai skg belum sihat sepenuhnya....

    ReplyDelete
  43. Terima kasih info yg berguna. Saya pun ada masalah GAD...memang menyiksakan...selalunya bila kena attack..cepat2 ambil wudhu...solat sunat dan tarik nafas dalam2....tapi kadang x jalan gak...

    ReplyDelete
  44. Bolehkah simpton menimbulkan kesan pada kulit seolah badan terasa gatal dan berasa miang2.Ada sesiapa yg boleh bantu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm2 boleh tuan..sebab fikiran kita trlalu fokus pada kebimbangan...

      Delete
  45. salam.. saya ada tubuhkan satu group wassap membincangkan penyakit ini bersama. kalau berminat nak join dan kongsi masalah boleh emailkan saya dengan tajuk AD ke azwanaznan@gmail.com & id wechat : iwanqais (letakkan note AD) thanks..

    ReplyDelete
  46. Terima kasih atas penerangan doc...saya pon kena masalah ni..2 bln lebih dah...risau ..bimbang..berkecamuk..sedih...sayu..semua ade...jumpa doc jantung..ok..paru2..ok...perut gastrik je..kembung perut..jantung berdebar...mmg membimbangkan..
    Sesiapa yg belum kena..sya ulang..belum kena..x tau ape perasaan kami...so...jika x membantu..lebih baik diam dan doakan kami ni sembuh..dr komen ala2 hero...nanti kena btg hidung sendiri..bru tau...
    Memang trsiksa..
    Ya Allah..sembuhknlah penyakit kami ini..berilah kami kesihatan yg baik...panjangkanlah umur kami..temukanlah kami dengan penawar sakit ini..Amin Ya Rabbalalamin

    ReplyDelete
  47. Saya jg penghidap penyakit ni. Kerisauan sy pd benda yg sy sndri xtahu apa. Mcm2 fikir. Bila kena serang sy akan ingt sy d santau. Sy termakan racun ke ape ke dan sebagainya. Mental kami d duga dgn oenyakit ni... Namun kami kuat hadapi nya walaupun murung sayu sedih teruk kusut dan mcm gile. Semoga kite semua kuat ye. Org ug xde sakit ni xkn fhm.... Walaupun 1000000x kau explain

    ReplyDelete
  48. Saya seorang perawat islam menggunakan 100% ayat quran dalam rawatan semua jenis gangguan makhluk halus termasuk sakit mental. Jika perlu khidmat saya boleh wassap 0123779564
    Ariffin

    ReplyDelete
  49. Mmg org yg tak ada anxiety ni tak kn paham apa yg org ada anxiety ni rasa.. Tp kalau suatu hari allah bg dia rasa apa yg kita rasa.. ๐Ÿ˜‚ good luck menempuh hari dgn anxiety ☺️

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...