Thursday, July 19, 2012

Aku Bersyukur Wife Aku Sentiasa Dengan Anak Anak

Petang semalam sebelum aku balik, last patient aku, seorang kanak kanak usia 3 tahun lebih ( sebaya anak aku), datang ditemani emaknya & kawan emaknya.

Anaknya dihantar jaga di rumah pengasuh/penjaga.
Sebaik sahaja emaknya habis kerja dan jemput anaknya, ini yang dilihat pada anaknya:

lebam & luka kecil di pipi & dahi

lebam & bengkak atas bibir, bengkak pada pipi, dan lebam pada sisi dagu

lebam & kesan ditekan pada 2-3 tempat di lengan kanan


~ maaf, kualiti gambar teruk sebab hanya guna cokia veteran~
 

Alasan penjaga budak ni kepada emaknya ialah: " anak si penjaga yang berumur setahun pukul pukul budak ini"


Aku buat pemeriksaan fizikal, setakat semalam, nampak tiada kesan kecederaan lain selain dari yang aku tunjukkan dengan anak panah itu. Dan based on physical examination juga, Insya Allah tiada kecederaan dalaman(internal injury).

Apa apa pun, kes ini aku perlu rujuk ke hospital kerajaan utk proses pemeriksaan menyeluruh( including abdominal scan, sebab aku pernah dapat kes macam ni dahulu masa kerja di hospital), untuk betul betul pastikan tiada internal injury yang melibatkan organ seperti otak, perut, limpa, hati dan lain lain. Dan full report dari hospital kerajaan adalah perlu untuk membuat report Polis.

Biarlah Polis buat siasatan samada benar anak penjaga umur setahun itu mampu buat kecederaan sebegini, atau ada tangan lain yang membuatnya.

Dan ini bukan kali pertama aku jumpa kes dera sepanjang aku bekerja di klinik.





pascanota:
- tu pasal aku tak terkilan bila wife aku decide utk work from home, sebab wife aku boleh jaga anak anak aku, fully breastfeed hingga umur 2 tahun, dan kami tak perlu risau keselamatan anak kecil bila dihantar ke nursery.
- tu pasal aku tak mahu ambil maid, sebab selain aku rimas ada orang asing dlm rumah, aku tak mahu ada  maid gila yang dera anak aku.

49 comments:

  1. takde maknanya budak umo setahun blh buat camtu.
    setahun baru bertatih tau...
    kuang ajaq!
    ai emo hoccay!!~
    syukur ditemukan dengan babysitter yang bagus.
    dari tahun 2001 guna khidmat beliau. 2010 benti jap. 2012 sambung balik....

    ReplyDelete
  2. mmm...saya nak opis saya provide nursery bila saya dah ada anak nanti.

    ReplyDelete
  3. i wish to be fulltime housewife.sy takut nak anta anak pg nursery @ umah pengasuh.alhamdulillah skrg ni anak sy mak yg jage.tp tu la.........smpi bile sy nak menyusahkan mak pulak hukhukhukhukhuk

    ReplyDelete
  4. housewife kan pekerjaan wanita paling mulia... i wish to be a housewife too. sy tak tahu la nk cakap skrg sebab blum merasa lg.tp gerak hati ni memang teringin sgt nk jaga n besarkan anak sndri..tak payah hntr kt pengasuh, takut jd mcm ni.kalau dh jd nk tuding jari pun tak guna jugak.anak dh kena, anak dh trauma.

    ReplyDelete
  5. hmm, mmg emo bila tengok kes budak kena dera ni.. budak umur setahun dah pandai cubit ke?? kalau nak buat cerita pun logik la sikit..

    ReplyDelete
  6. Umur setahun boleh datangkan kesan macam itu? Ish...

    ReplyDelete
  7. percaya tak pengasuh aiman pernah bagi dia makan banyak ubat batuk masa dia baby sebab nak bagi dia tidor sepanjang hari dan dia senang kerja? Hmmm .. tu la pengalaman paling teruk saya pernah ada dgn seorang yg bergelar 'Baby sitter'. Depan kita dia kata Aiman ok. Aiman baik tak meragam. Rupa2nya dia paksa Aiman tidor. Mmg emo lah jumpa org camni.

    ReplyDelete
  8. perghhh.... manusia makin hilang pertimbangan... akal diberi disimpan dlm peti...

    ReplyDelete
  9. ini juga alasan kukuh kenapa sy tega berhenti kerja..korbankan ijazah..telan kata-kata nista dr org sekeliling (sbb jd surirumah)

    walaupon bukan semua pengasuh jahat tp sy berani nk amik risiko..paling takut kes yg salu berlaku..tersedak susu..jatuh buaian

    ReplyDelete
  10. kalau lah sy blh jadi mcm wife DZ...huhuhu..tp apakan daya....takde pitis nak bayar balik bond nnti huhuhu :(

    ReplyDelete
  11. tanya budak tu,budak2 ckpnya lebih telus..tak pandai nak menipu...!

    ReplyDelete
  12. Keciannya... jahat betulla pengasuh tu, klu dia yg buat report jerr kat polis, gilerrr.. cubalaa klu anak dia org wat cam tu kann.. aduhh emo lakkk bila tgok picca tu... gerammm.. haaishhhh.

    ReplyDelete
  13. salam doc..kesiannye adik tu..ni rasenye bkn bdk kecik buat..mcm org besau yg buat..sy pon kalo bleh xmo keje tp apakan daya kene keje jugak..heheh..

    ReplyDelete
  14. daddy zz,
    saya tak sabar nak jadik work at home mother..sekarang masih belum berkemampuan.. insya allah dalam masa beberapa tahun ni memang nak bersungguh2..

    semalam ada kes budak koma kat kulim tu kan..yg makcik tu kata tersedak susu tapi ada pendarahan dalam kepala..takutt..

    kes dera macam ni tak boleh biarkan.. kalau dapat budak yang dah pandai bercakap takpe lah jugak..tapi kalau dapat yg baru lepas pantang..susah hati jgn cakap la.. ngeri..

    apa la dalam fikiran si penjaga tu kan..tak rasa malu ke ambil duit orang jaga anak orang lebih kurang..kurang2 malu la dengan Allah..

    ReplyDelete
  15. mesti dia trauma..
    moga tindakan segera dapat diambil..

    ReplyDelete
  16. kes mcm ni boleh report polis kan..

    ReplyDelete
  17. report polis plz..
    tak suke tgk macam ni..
    alahaiiiii:(

    ReplyDelete
  18. ibu yang dapat menjaga anak sepenuh masa memang bertuah!

    ReplyDelete
  19. sian anak tuh...
    kejam btul la pukul budak2 neh..

    *setuju, x suka ada org luar.. serabut*

    ReplyDelete
  20. kalau betul penderaan,... nanti kena bagi keterangan,, lepas tu .. kalau ada perbicaraan.. nanti kena masuk kandang saksi ....

    ReplyDelete
  21. kesian anak tu kann..mesti sakit..
    kita yang tengok ni lagi bertambah sakit hati..nak jer buat kat org tu semula..apa dia rasa...

    ReplyDelete
  22. Tu juga la antara alasan my hubby tak bagi wife dia keje..

    ReplyDelete
  23. huhuhu.. sedih tengok.. tak kan penjaga tu tak perasan yang anak dia buli anak orang.. bukan sikit tuh kesan lebam.. huhuhu.. kesian sangat~

    ReplyDelete
  24. teringat kat anak..da mcm2 kes...tp x logik kalo anak penjaga yg buat kan..

    ReplyDelete
  25. nauzubillah.. menjadi2 kes dera skrg ni.. mmg takut.. Alhamdulillah, anak2 doc dijaga oleh isteri.. kena bagi elaun lebih tu untuk iseri yg jaga anak sepenuh masa di rumah.. bukan satu tugas yg mudah tu...

    ReplyDelete
  26. Ngerinya.....Harap2 anak2 tak kena macam tu....Nauzubillah...

    ReplyDelete
  27. Mmg betul... Ngeri, skang ni mcm2 "kegilaan" org kan...

    Nasib dl anak dpt bbsitter yg teramattt la baik, skang ni jaga sendiri :)

    ReplyDelete
  28. nuha dulu ada sekali kena geget kat pipi oleh anak sedara pengasuh sampai biru lebam gitu la. nasib baik mak dia minta maaf, kalau dak,ai report polis.agaknya terliur pipi tembam nuha kot :p huhuhu

    ReplyDelete
  29. herm.. tak mungkin anak dia yg setahun buat macam tu..

    ReplyDelete
  30. KA beruntung masih ada emak n anak2 semua dijaga oleh emak waktu KA keluar bekerja, then bila en hubby dah wat freelance dia pulak take over so alhamdulillah xde masalah2 mcm ni. Neway, doc, selamat berpuasa dari KA, moga amal ibadah kita diterima ye!

    ReplyDelete
  31. alasan nota kaki pasal maid kat bawah tu..putu setuju..
    samalah gak ngan alasan putu..
    takde privacy..

    lgipun..maid2 skrg ni bukan boleh percaya sangat!

    ReplyDelete
  32. Hebat budak setahun sekarang. Boleh dera budak yg 3 tahun lebih sampai mcm tu sekali.

    ReplyDelete
  33. Saya pun tak terkilan emak Adam tak sambung belajar jadi cikgu selepas kahwin dgn saya sebab dia boleh jadi full time housewife dgn kelebihan yg doc terangkan itu.

    Skrg saya pulak jadi full time house husband..... hehehe

    ReplyDelete
  34. Salam Yob Doc,
    huh tu macam lebam kena cubit dgn orang besar, bukan tangan budak...kes polis nih!

    ReplyDelete
  35. Kesian...

    nway... anak sulong msih bf ker.. atau dah stop susu bdn..
    per tips..

    ReplyDelete
  36. ganas la anak pengasuh tu kalau umur setahun boleh buat macam ni...tak logik.
    kat lengan tu nampak sangat macam kena cubit spt kata moh kembara.
    kesian budak ni..mesti trauma.

    ReplyDelete
  37. geramnya aku dgr alasan pengasuh tu...
    mmg penipu!! meh aku nak ajr sikit pengasug mcm tu!!

    ReplyDelete
  38. Ye ke anak pengasuh yg buat?? Isk..kesiannya tgk keceraan bdk nih..

    ReplyDelete
  39. sekarang ni ramai org mengalami masalah emosi....


    hari tu, ada budak sekolah rendah, datang klinik sendiri sorang-sorang naik basikal......
    lebam-lebam...

    suspek kena dera oleh parent..
    lagi kesian (sebab datang sendiri minta bantuan rawatan)

    terus refer hospital..

    ReplyDelete
  40. itu bukan macam di cubit anak anak kecik tu gayanya kan? kesian anak kecik tu

    selamat menyambut ramadhan semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan lebih di berkati. Amin....

    ReplyDelete
  41. tak suka!!! jgn la hantar kat org mcm tu lagi. taska yg ada sijil better kot. baik la byr mahal sikit dr bayar kat org yg tak tau ujung pangkal. malasnya nk balik msia kerja, fikir nak antar anak la yg pening!

    ReplyDelete
  42. X paham ngan sikap manusia sebegini

    ReplyDelete
  43. Oh, geram! Nak kne geget mcm tuh gaks pengasuhnya. Mmg untung org yg dpt jaga ank sendiri n kje dr umah

    ReplyDelete
  44. Astaghfirullah... mcm tak munasabah bila die kata budak 1 thn pukul2 mcm ni tp tulah kan... they should be treated as innocent unless court found guilty! Doa byk2 moga kita jumpa dgn org yg baik2 setiap hari... Tahniah doc! Moga2 parents budak tu boleh selesaikan kes mereka ni secepat mungkin b4 come to worst!

    ReplyDelete
  45. tak masuk akal langsung budak 1 tahun buat sampai mcm tu.. geramnya!

    ReplyDelete
  46. Siannya dgn budak tu,x logik betul budak sthn yg buat nie semua.
    Mungkin si pengasuh tu mental disorder kot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...