Saturday, June 23, 2012

Memoir Perang Di Petang Sabtu

Di negara Kangaroo...
8 purnama nan lalu..
Ku lihat  monumen perangnya..
Berdiri megah tegak berwibawa..
Menghadap metropolitan yang sentiasa bernyawa...

Pengorbanan askarnya sangat dihargai..
Patung nan gah melata di bandar ini..
Untuk generasi akan datang sebagai bukti..

Askar yang berani , askar yang muda..
Mereka berperang di serata dunia...
Di bawah panji panji perikatan mereka..
Ironinya...
Kaki ini tak pernah ke Tugu Negara..
Ku berjanji ada rezekinya akan ke sana jua..


Askar Rejimen Tanah Melayu...
Ku yakini gagah beraninya, bak rakan mereka di negara Kangaroo..
Ramai yang sudah mengadap Ilahi..
Terkorban di medan perang..
Atau tua menjemput mereka pulang...



Tapi..
Askar askar pencen terkini..
Mencalit lumpur di muka sendiri..
Tarian bontot tak peduli diri sendiri..
Walau usia rumah kata pergi, kubur kata mari..



~ 4.16pm Sabtu, 23 Jun 2012~

19 comments:

  1. baru sekali tengok Tugu Negara tapi bukan secara dekatlah.. berazam akan pergi lagi bagi kepuasan diri sendiri..

    ReplyDelete
  2. gd one. bersajak puisi lg. Ada maksud tersirat tu!

    ReplyDelete
  3. Syabas tuan doktor...jarang Nekcik jumpa doktor yang pandai bersajak ni..ala ala patriotik pulak tu.....hik.. hik..teruskan berjuang..walau dengan hanya sekeping keyboard!!!

    ReplyDelete
  4. lain bunyi entry kali ...bersajak pula

    ReplyDelete
  5. Ceh! ceh! ceh!
    Boleh jadi sasterawan ni...

    ReplyDelete
  6. tak leh tengok bendera tu... teringat zaman perang dulu.

    ReplyDelete
  7. Tarian bontot?


    Rumah ambiga tu ker?

    Shamelesss :-(

    ReplyDelete
  8. Saya sedang mencari siapakah pemula istilah pembunuh 'Tarian Bontot'.Istilah tersebut jauh lebih 'membunuh' dari M16 yg pernah disandang oleh veteran-veteran tersebut.

    ReplyDelete
  9. Pernah pegi tengok tugu negara, umur 12 thn.. arwah abah yg bawa.. X tpikir nk ke sana lagi.. mungkin setelah anak pandai meminta kot..

    ReplyDelete
  10. ehek.. samalah tugu negara org lain sibuk gak gambo sana sini. tp tugu negara sendiri sekali je pegi tu pun masa sekolah. kihkih.. nak buek camno negaro sndiri anytime boleh pegi kan. ;D

    ReplyDelete
  11. kan....
    rasa nk sepak sedas vontot golek2 tu..



    .

    ReplyDelete
  12. Q: Apa persamaan antara tugu negara dengan tugu kat australia tu?

    A: Kedua-duanya patung berwajah orang inggeris...

    ReplyDelete
  13. di mana ada penjajah di situ ada obelisk, adakah obelisk ini dibawa dari mesir juga?

    ReplyDelete
  14. Wah.. dah makin mahir menulis..
    bait2 terakhir tu dalam maksudnya..
    makchaq sangat setuju..

    ReplyDelete
  15. hhehehe.. mula2 pujuk2, belai2.. pastu baru pukul ehhh.. haha..

    ReplyDelete
  16. heheh yang ngelast2 ada maksud tersirat2..

    ReplyDelete
  17. Kena membaca n3 ni dgn mata dan mentafsir matahati jugak nih..

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Setiap kali datang ke sini pasti saya akan ambil gambar (walaupun dah berpuluh2 kali ambil gbr yg sama). Tak pernah jemu :) Kings Park memang meriah dan penuh dengan veteran perang sekeluarga apabila tibanya Anzac Day.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...