Tuesday, June 12, 2012

Jangan Biar Hidup Anda Diselubungi Misteriiiiiiiii

Menakutkan! Baca berita ni perlahan lahan, sambil tengok kiri kanan, mana lah tau ada lembaga sedang memerhati..

________________________________________________

IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.
       
        Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.
       
        Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.
       
        “Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.
       
        “Mulanya saya berasa pelik.
Wajah lembaga menggantikan imej pada rakaman wajah Belly. 
Gambar asal adiknya berdiri di Jalan Kuala Kangsar untuk mengabadikan
perkataan IPOH sebelum pulang ke Sabah.
  Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.
       
        “Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.
       
        La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.
       
        “Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.
       
        “Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.
       
        Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan.


Sumber berita menakutkan ini: http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/wajah-dirakam-bertukar-ngeri-1.55730

_______________________________________


Memang menakutkan! Hantu hantu sentiasa menguasai dan mengganggu kita!



setelah hampir setengah tahun tripod ni duduk aja dalam rumah, langkah pertama ialah masukkan ia ke dalam bonet kereta. Jadi tiada alasan lagi untuk malas menembak sebab tripod tak bawak!


Dah plan nak aktif kembali menembak sunset & sunrise, lepas teruja tengok kawan kawan kamera aku ( GB  & akak singa ) pulun gigih ber subuh sepi e dan ber senja geget nyamuk di port port menarik menembak.


Cuma risau jugak kot kot jumpa hantu di kala sunrise or sunset.
Tapi takpa kot..
Boleh jadi bahan berita berkualiti Sinar Harian ~ ngeh ngeh ngeh..


Moral:
- kalau tiada ilmu, belajarlah mencari ilmu, termasuk ilmu night photography ( apa itu noise, apa itu pixels , dan lain lain)
- jadilah manusia yang bertanggugjawab, sebarkan ilmu, sebarkan benda bermanfaat, walaupun kamu di keji atas usaha kamu itu, sebab yakin lah setiap benda yang bermanfaat, ada balasannya nanti di Sana. Ini yang lebih penting dari pujian/penghargaan duniawi.

35 comments:

  1. alamak amat menakutkan..sbb jln ni selalu sy lalu utk balik kampung.serammm.
    harap2 lembaga2 tu tak berminat nak kacau sy&family.peace.

    :)

    ReplyDelete
  2. cerita cerita macam ni lah yang nak bagi paper laku pun.. masyarakat kita memang suka..porn..seram..bosia bosia..kalau tak tayang cerita macam ni memang tak boleh.. yg jenis lain takde moral of the story.

    ReplyDelete
  3. Hantu itu syaitan...syaitan tu ada...mintak dijauhkan.

    Teringin belajar menembak tapi pistol tak ada!

    ReplyDelete
  4. rasa macam tak betul jek kan.. macam doc kata lah, amik gambo waktu malam, imej boleh jadik macam2 sebab technical error, dok gitu.. :)

    ReplyDelete
  5. tu tripod tu boleh jugak buat pukul hantu syaitonnn...hahaha!

    ReplyDelete
  6. Kenapa saya tak nampak apa2 pun nih? penat dah belek2 kat photo tu.. Adakah HIJAB ku ditutup.. he heh

    ReplyDelete
  7. renung-renungkan dan selamat beramal :)

    ReplyDelete
  8. aiyoooooooooooooooo menyeramkan laaa...dahle kite ni penakut...kang mule laa mengkreatifkan diri mengimejin bayangan antu huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. MOS,jng ambil gambar waktu malam!...kehkehkeh!

    ReplyDelete
  10. Tempat kakcik lalu lalang tu (dulu lah...) :)

    ReplyDelete
  11. Wahhh.. entiti nk masuk FB jugak..huhu.. ngeri la pulak..

    ReplyDelete
  12. Sinar Harian bayar mahal tak.... akak pun nak belajar menembak gak ...

    ReplyDelete
  13. seram!
    tapi berita gini keluar sinar harian?
    patut dalam Mastika jer...^_^

    ReplyDelete
  14. oh kene buat camni jugaklah. siap2 simpan tripod dlm bonet. selalu je tak dpt nak amik gmbr full family alasan tripod tertinggal. kihkih..

    ReplyDelete
  15. x suka bergambor waktu malam2 takut ade yg tumpang sama hehe

    ReplyDelete
  16. saya tau wujud bnda2 cmtu..tapi bukan ke bnda tu tak leh dirakam dek kamera?

    wallahualam...kdg2 kena tahu teknik2 pki digicam gak :p
    citer tu cam lebih2 lak

    ReplyDelete
  17. baca aje lah...
    nak percaya berita macam ni.... payah skit lah
    nak plak bila tengok jenis paper yg siarkan!

    bukan iols tak percaya tentang kewujudan makhluk ni semua
    hanya - rasa nya berita2 macam ni
    lebih kepada nak tarik orang ramai untuk beli paper tu aje!

    ReplyDelete
  18. Sungguh syaitan dan jin memang ujud seperti mana tersirat dlm al-quran. Sama ada cerita ini rekaan atau betul terpulang.

    Duit dah diguna utk membeli memang tak patut dipersiakan. Ikut style GB yg gigih. Hasilnya tak menghampakan. Cantik...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Daddy Ziyad

    boleh buat duit tu....he he

    ReplyDelete
  20. errkkk.. biar betol nih!! seram lah plak~ huhuhu

    ReplyDelete
  21. Hurmn seram nihh!!

    Daddy, dah ada 3pod tu, apa lg psg depan umah stay & snap evry 5min pm to am, nengok... Kot2 ada makhluk pelik syok begamba siap brposing. Hehehe..serammmm

    ReplyDelete
  22. dr td sy tenung gmbr tu...tang mana rupa lembaga tu? yg angkat tangan tu belly ke hantu?

    ReplyDelete
  23. Doc! Bravo! Mule2 sy dah ckp dlm ati...Doc ni biar betol! Cite mcm ni nak update ke? Upenye!!!!! Cayalah!

    ReplyDelete
  24. mak oiii...
    meremang bulu roma kak ati ni...
    dah mmg jenis pengecutt sgt!...tatuttt!


    p/s: lawatan istana negara tu sehingga 15 jun saje
    cepat2 pergi menembak :)

    ReplyDelete
  25. aku tripod dok ada dlm kotak.
    lagi teruk.

    haha.

    ReplyDelete
  26. sejak kamera dah rosak tripod dia pun ntah kat mana ai simpan..

    ReplyDelete
  27. yup baik cari ilmu, jangan sampai ke sudah hidup diselubungi misteri, bukan tak caya wujudnya benda mistik tapi ada setengah kes ada penerangan lain

    ReplyDelete
  28. tripod mahal :)

    antu pun nak glemer jugak...

    golongan manusia yang di doakan malaikat juga termasuk orang2 yang mengajak manusia berbuat kebaikan...

    ReplyDelete
  29. Intipati sinar harian sejak 2 menjak neh..

    ReplyDelete
  30. terus teringat kisah hantu lilin yang fofular kat dataran bandaraya jb satu ketika dulu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...