Friday, May 25, 2012

WWW 1

WWW 1 catat sejarah dibida RM520,000

KUALA LUMPUR 24 Mei - Seperti dijangka, nombor pendaftaran kenderaan popular WWW 1 berjaya mencipta rekod baru dalam sejarah bidaan nombor plat kenderaan di negara ini apabila dibida pada harga RM520,000.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ia mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual pada harga RM300,100 tahun lalu.

Menurutnya, keseluruhan bidaan bagi nombor WWW pula berjumlah RM64,225,838 dengan nombor WWW 333 mencatatkan bilangan pembida tertinggi iaitu seramai 84 orang.

"Pada asasnya, semua nombor seperti nombor menarik, popular atau nombor biasa tetapi mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida telah habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Cho Ha, pihaknya tidak menyangka mendapat sambutan luar jangkaan terhadap permohonan nombor pendaftaran kenderaan siri 'WWW' iaitu sebanyak 18,243 permohonan sepanjang tempoh bidaan dibuka bermula 30 April hingga 14 Mei lalu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

- apa hukum membida nombor dengan JPJ?
-jawapan Ustaz Zaharuddin dalam slot Muamalat di radio IKIM hari Rabu lalu ialah " hukumnya harus"

-membida samalah konsepnya dgn lelong. Siapa yg bida tertinggi, dia lah yg menang. So harus hukumnya.

Cuma, kalau dah terlalu tinggi nilai bidaannya, ianya jadi sesuatu yang kurang baik( aku dah terlupa istilah arab nya masa ustaz Zaharuddin cakap), tapi tak jatuh hukum haram/dosa. Sebab duit yang sebanyak itu, baik di gunakan utk kemaslahatan umum ;)

ps:
-nak tau jugak plet ni ditepek kat kereta apa :P
-pernah tak anda membida no di JPJ?

36 comments:

  1. baik beli umh kalau mcm nie..hehehhe...

    ReplyDelete
  2. tak rajin nak membida
    amik jela nombor apa yg ada.. janji kereta keluar cepat! haha

    ReplyDelete
  3. jadah apanya taksub dengan nombor ni?mengarut lebih..btw no kereta aku 8614.

    8 + 6 = 14.

    senang mahu ingat bukan? keh keh~~

    ReplyDelete
  4. baik bida kamera murah kat lelong.com. lagi bagus!

    *tak penah buat la tapi~

    ReplyDelete
  5. Semalam kakak dapat bill of lading shipment sekali tu BL no dia bermula WWW 100 dan 4 no lagi. cantik juga.

    Pernah membida tapi murah aje tak sampai pun 500 sebab nak nombor sama buat semua kereta yg ada...

    ReplyDelete
  6. huishh... sanggup nooo.. setengah jota. i macam @kakzakie, bid sebab nak dapatkan nombor yang sama untuk semua keta.. nombor biasa2 je.. tapi min RM200 kalau nak booking number.

    ReplyDelete
  7. makan nasi juga hukumnya harus .. tapi kalau sampai tak boleh bernafas dan memudaratkan pemakannya, hukumnya bertukar menjadi haram. Allahua'lam.

    ReplyDelete
  8. banyak betul duit orang yang beli nombor tu.. agaknya pada dia 520 ribu tu macam 520 ringgit je kot.. saya tak pernah nak beli no plat kereta ni.. ape yang di bagi tu saya ambik..

    ReplyDelete
  9. tak hingin berabis duit disebabkan 3 huruf 1nombor tu..
    shopping lagi baik..wakakakak!

    ReplyDelete
  10. 520K utk beli nombor?
    Inilah dunia kapitalis.
    Yg kaya sgt2 kaya.
    Yg miskin terus miskin.

    ReplyDelete
  11. mahal gilerrr...
    mesti yg kaya raya jer mampu beli nombor tuu...

    ReplyDelete
  12. for me - membazir aje... it just number plate saja...
    baik lah duit yg banyak tu
    sedekah ke anak yatim ke... orang yang papa kedana ke...
    hiks

    ReplyDelete
  13. tak pernah bida nombor tp hubby memang beli la nombor plate dia yang 300 tu :p

    ReplyDelete
  14. Org kate, org yg tatau nak ltk duitnya kat ne je yg suke bid plet no nie. Heheheheh...

    Sy? Awal2 lagi org da menjerit mtk utang. Hahahahah!

    ReplyDelete
  15. org kaya bleh la wat cm tu..sbb depa x tau kt ne nk humbankn duit yg berkepuk2 tu.. sy, x penah bida tp ms bli kete dulu bla kena byr no plat je smpi rm400++ da ketaq2 da tangan ni..

    ReplyDelete
  16. Tak pernah laa membida.. tapi beli nombor yang kita suka tuh ada ler.. tak guna nombor yg JPJ bagi tuh.. :)

    ReplyDelete
  17. sekadar no jek.. takde pekdah pun.. lain orang lain ragam..

    ReplyDelete
  18. secara logiknya mestilah kereta mahal..tp kalau nak letak kat keta kodok kuning tu pun ok gak..VW gak tau..hahaha..

    ReplyDelete
  19. saya pasrah dengan nombor kereta saya. nombor mahal2 tidak menjamin keselamatan, kan?

    ReplyDelete
  20. tak pernah dan tak koserr...
    daripada duit tu diabeskan utk membida nombor plat..baikle dileburkan ke arah kebajikan..buat saham akhirat lg best!
    tp..tu pandangan teman la....lain org,lain pandangannya :)

    ReplyDelete
  21. rasa macam membazir.. mungkin pada dia 'aku mampu'..

    ReplyDelete
  22. tak pernah bida pon~ rasa cam buang duit jek.. lantak lah dapat nombor ape pon janji kenderaan ade no plat untuk elak kena saman.. keh keh keh...

    ReplyDelete
  23. Banyak sungguh duit depa.. Makchaq tak bida, tapi pakchaq ada dpt beli no 2 digit yg org booking x ambik,
    makchaq selalu lupa no kereta sendiri, tu yang dia beli nonbor2 senang ingat yg orang tak mau/tak jadi ambik

    ReplyDelete
  24. org yg dah tak tau nak buat apa lagi dengan duit...huhuhuu

    ReplyDelete
  25. kitorg kalo tempah plat number pon x berebut camneh la.. sbb no yg ditempah hanya bermakna utk family kitorg je.. paling mahal tempah pon rm300.. :)

    ReplyDelete
  26. Duit byk tu... Baik buat beli rmh ajer...

    ReplyDelete
  27. betui tu, boleh dapat rumah besor ;)

    ReplyDelete
  28. mak aiii..sayangnya duit.. buat madrasah kan bagus..

    ReplyDelete
  29. Hmmm, tu lah masalahnya dg org yg "xde masalh ngan duet"

    ReplyDelete
  30. hmm...boleh dapek rumah sejibik...

    ReplyDelete
  31. wohhooo... gila mahal.. boleh buat sebiji masjid/surau...

    ReplyDelete
  32. ini permainan orang kaya je...

    ReplyDelete
  33. What a waste. Pastuh pakai duit rakyat. Pecah rekid heh?

    ReplyDelete
  34. Daddy Ziyyad...sedihnya Nekcik pasal plate tu berada di negeri Nekcik..huk..hukkk..kalau buat rumah untuk orang miskin kampong Nekcik suka mereka kannn!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...