Thursday, May 3, 2012

Sehari Bersama Doktor Gigi

Hari ni dah 3 May, makna nya lagi 20 hari, genaplah umur Zayyan setahun, Insya Allah

Gambar latest Zayyan jalan jalan cari makan, ~ 2 minggu yang lepas. Lokasi: Hai Peng, Kemaman

Aku ada dua anak, dua dua boy. Abangnya Ziyyad, seingat aku umur 6-7 bulan dah keluar gigi. Cousin si Zayyan yang muda dua bulan dari dia pun dah terpacak 3 batang gigi. Zayyan aja yang gusinya maintain suci tanpa sebatang gigi pun, sampai lah ke hari ini! Haha..The good thing about it is, mommyZZ boleh meneruskan aktiviti breastfeeding nya tanpa perlu risau risiko di gigit! Sakit oooo kalau kena gigit, sebab aku pernah test picit nipple sendiri, tu pun dah sakit, inikan pulak kena geget! Ahahaha...

Jom belajar pasal gigi baby & kanak kanak, walaupun aku bukan doktor gigi..Gigi susu(primary teeth) secara average nya akan keluar sekitar umur baby 4-7 bulan. Late bloomer (macam Zayyan), memang akan keluar gigi pertamanya sekitar umur 12- 14 bulan. Ada baby yang express, lahir lahir terus ada gigi. Ya, ini boleh terjadi, sila percaya.
 
Primary Teeth Development Chart
Upper Teeth When tooth emerges When tooth falls out
Central incisor 8 to 12 months 6 to 7 years
Lateral incisor 9 to 13 months 7 to 8 years
Canine (cuspid) 16 to 22 months 10 to 12 years
First molar 13 to 19 months 9 to 11 years
Second molar 25 to 33 months 10 to 12 years
Lower Teeth    
Second molar 23 to 31 months 10 to 12 years
First molar 14 to 18 months 9 to 11 years
Canine (cuspid) 17 to 23 months 9 to 12 years
Lateral incisor 10 to 16 months 7 to 8 years
Central incisor 6 to 10 months 6 to 7 years

Ironinya, baby yang tiada gigi boleh mengunyah( dan makan) hampir semua jenis makanan yang mana jikalau orang dewasa yang rongak, tak mampu kunyah! Cuba anda kunyah keropok lekor itu guna gusi, dan lihat berapa lama diperlukan utk makan at least setengah batang keropok tersebut. :)

Jagalah gigi anak kita, sedari awal lagi, sejak mereka baby lagi, sebab:

- gigi susu ini penting dalam perkembangan pertuturan yang normal ( speech development)
- gigi susu menyediakan ruang bagi pertumbuhan gigi kekal kelak.
- gigi susu yang sihat memastikan anak anak mendapat nutrisi yang lengkap.
- gigi susu yang sihat memberi peluang kepada perkembangan gigi kekal yang sihat juga. Ini kerana gigi susu yang bermasalah(decay), boleh memberi kesan kepada gigi kekal yang bakal tumbuh.


~ entri ini adalah khidmat ikhlas masyarakat, tanpa mendapat sponsorship mana mana syarikat ubat gigi~

53 comments:

  1. selamat mommy ye.. takdelah sakit kena gigi.. he..he.. gigi susu anak2 akak semuanya cantik.. tak rosak.. dah tumbuh gigi kekal, berterabur pula.. besar2 lagi.. tp takpelah, dah ada gigi pun dah cukup bersyukur..

    ReplyDelete
  2. stuju..jika gg susu anak kita tjaga insyaallah gg kekal akan sihat juga ;)

    geramnya peha si tecit tu hehehehe

    ReplyDelete
  3. alllaaaa tetiba teringat nak kena pegi jumpa dentist niii..

    ReplyDelete
  4. Alahaiii.. tomeynye model cilik tuh~
    anak ai lagi 3 hari jer nak cukup setahun.. dah ade 4 batang gigi dah..
    selamba jek dia gigit masa menyusu.. mamanye mampu menjerit sahaja..huhuhu.. sakit~

    ReplyDelete
  5. Tanpa gigi pun Zayyan tetap comel.

    Singgah minum ke kat Hai Peng tu? :)

    ReplyDelete
  6. doktor pernah gigit muumy punya tak....?haaaaa...cer ngaku...wakakakak!





    opsss sorry agak lucah nih...heheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakakakakakkakakaa...kaklong!!!! Kaklong dah kawin kan??? so, sendiri mau ingat lah...ahahaha

      Delete
  7. Comelnya Zayyan,klu senyum mesti nampak ronggak tp lebih nampak comel....

    ReplyDelete
  8. saya perasan kaklong punye hormon agak kelaut beberapa hari ni. hahahaa!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. GB, sila igt pertanyaan kaklong tu, lepas awak kawin nanti tau...~ahaha

      Delete
    2. sila rasakan yerrrr..jagan segan silu.....wakakakkkkkkaaaaaa

      Delete
  9. firstly nak gelak dlu baca komen2 kat atas ni..
    hahahahahaha!

    sy ingatkan DZ doc gigi..bru nak kenen2 nak tmpl gigi blubang.. =P

    comelnyeee la si zayyan.geram!

    ReplyDelete
  10. gigi umai bahagian depan yang atas.. habis hilang begitu sahaja, pi jumpa doktor gigi.. katanya tak perlu risau tahun depan tumbuh sendiri.. adoiiii ompong!!

    ReplyDelete
  11. Insya-Allah, sy cuba jaga gigi Aydin. Paling penting, sy jauhkan die dr gula. Arghhh!

    ReplyDelete
  12. Kalau ikut kata org tua kakak masa tanam tembuni dalam sangat tu yg lambat tumbuh gigi (ini org tua kata dan bukan doktor tau). So sila abaikan...

    ReplyDelete
  13. alamak..nano dah rosak la gigi dier..kenapa eh..dier tak makan sweettttsss tapi gigi rapuh..huhu

    ReplyDelete
  14. hahahahha - buat test kat diri sendiri lagi tu....
    tapi of kos lah sakit beb....

    ReplyDelete
  15. Gebunya la anak daddy! Udah la putih, pakai plak kaler merah, wuiii..teserlah cutenya dia.

    ReplyDelete
  16. anak aku pun yang bungsu lelaki pun lambat tumbuh gigi.....risau gak, tapi alhamdulillah akhirnya tumbuh gak....anak sulong gigi mmg terjaga....cantik aje gigi dia, gigi kekal nak tumbuh, baru la gigi susu goyang...goyang aje terus cabut gigi susu tuh, so gigi kekal tumbuh cantik....beza ngan anak no 2, gigi susu byk dh rompong sebab suka kemam botol susu....abis rongak gigi depan, mmg development utk dia kurang sket dari segi pertuturan tak berapa sharp, nak makan pun cian nengoknya, dah la dia suka makan, org tego pun dia dah malu....so anak no. 3 ni mmg dijaga giginya......serik ngan pengalaman anak no 2 lalui, kesian tau!

    ReplyDelete
  17. HOLOLOLOLO comey zayyan dok kunyah kopok lekor tu...amboi ade hati nak mkn mcm org besar yeak ekekeekek...bagus gak gigi tumbuh lambat nie, first lambat rosak...lagi satu boleh bf dengan aman tanpa takut2 digigit haahhaaha....

    dayyan dah setahun 7april ari tu...tak jauh sgt lah gap ngan zayyan kan....

    ReplyDelete
  18. comelnya budak berbaju merah ni dah pandai makan keropok lekor ye.

    ReplyDelete
  19. 1. Tasneem pun sama Zayyan, masih takde walau sebatang gigi.
    2. berserah je macam mommyZ.....(takde gigi pun, gusi depa kuat tahu, sakit juga)
    3. org kata.....org kata lah kan, budak exclusive BF ni mmg lambat tumbuh gigi. tapi, macam tak berapa betul je teori ni kot, kan..?

    ReplyDelete
  20. Walaupun zayyan tak de gigi lagi tapi still nampak hensem..dan cute.. :)

    ReplyDelete
  21. anak aku tu alhamdulillah giginya takde masalah..cuma ada sikit masalah je la..entah bila sebatang gigi dia tu terserpih aku pun tak pasti la..sebab masa awal awal keluar gigi tu asyik suka sangat nak gigit segala benda..

    ReplyDelete
  22. Comel and cubby. Happy birthday to you Zayyan!!

    ReplyDelete
  23. org tua2 ckp.. kalau lambat tumbuh gigi.. tanam uri dia dalam nau..

    cucu buah abem lahir2 je dah ada gigi.

    ReplyDelete
  24. alahai comel nya...
    semoga nanti baby acu pun comel macam nie gak

    mood::berangan sebentar *wink*


    p/s::1st time singgah sini :D

    ReplyDelete
  25. Anak akak dl pong lmbt kuor gg susu, menjangkau ke setaun kot...

    ReplyDelete
  26. anak dee dua2 girl..dua2 gigi susu lambat jatuh..meaning dee menjaga gigi mereka dengan baik..walau gigi dee sendiri tak cantik..hehehe..insyaallah..

    mesti singgah ni kedai hai peng bila dee tiba di kemaman nanti...sila ke blog dee dan suggest tmpt makan best2 di kemaman..

    ReplyDelete
  27. saya skrg jaga gigi sendiri je sebab tak da gigi baby utk dijaga. comelnya zayyan. mommy n daddy tak da plan buat birthday party ke? boleh rasa airtangan 'baking' mommy .. hehehe.

    ReplyDelete
  28. Comelnye Zayyan, gebuuu... meh sini aunty eMMe mau cubit!!

    ReplyDelete
  29. comelnya zayyan... pakai pula baju merah terserlah kecomelannya....

    ReplyDelete
  30. ado yer doc lahir2 terus tumbuh gigi...tak pernah dengar la pulak..kuasa Allah SWT kan...

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Daddy Ziyyad

    gusi ziyyad tu power....he he

    ReplyDelete
  32. bukak2 jer dh nmpak KEDAI KOPI HAI PENG...
    my fevereto coffee in town, rindu...harap2 percutian ke Clubmed June ni menjadi, so boleh singgah situ...

    Utk N3 Dr. Gigi....miahahaha sakit yg paling sakit didunia okeyyyy

    ReplyDelete
  33. hugs utk zayyan sbb kiut sgttttttttt

    ReplyDelete
  34. ank sy pun lmbt gak kuar gg...selamat x digigit...

    ReplyDelete
  35. terima kaseh doc atas info berguna!

    :D

    ReplyDelete
  36. seriously pemakanan memainkan peranan...saya ada sikit sesal dgn gigi esyhad...saya rsa sebab saya ambil nestum utk dia tempoh yg lama dan suka beli susu formula madu...aah saya rasa bersalah..

    nabhan punya gigi saya jaga..InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, dah nak setahun si zayyan tu? aku rasa baru je org umah ko bersalin weh...ngehngeh...

      Delete
  37. handsome zayyan=)geram nengok..cakap pasal gg,gg susu merah teruk doc.tak tahu dah gosokpun makin mereput.suka mkn coklat barangkali.huhu..tapi rasa mmg menyesallah..kalau kuar gg kekal mmg teruk gak nntker doc?

    ReplyDelete
  38. Eryna tumbuh gg pertama masa umur setahun rsnye..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...