Setiap petang Khamis, selalunya kalau ada rezeki, aku akan dengar slot Islam AgamaKu di radio Ikim jam 5.15pm.Slot yang membicarakan tentang pengalaman saudara baru kita(mualaf), tentang kisah bagaimana mereka mendapat hidayah, kisah cabaran & dugaan yang mereka tempuhi. Petang semalam, slot ini menampilkan seorang insan yang istimewa, iaitu Ust. Ebit Irawan b. Ibrahim Lew.
Ust Ebit Lew disamping deejay Norhayati di konti studio semalam. Credit to FB Ikim.FM utk gambar ini.
Istimewanya tetamu undangan slot ini semalam kerana:
- bapanya cina yang masuk Islam, dan ibunya ialah org Jakarta, Indonesia.
-punyai 12 orang adik beradik, 6 daripadanya Islam, 6 yang lain, Buddha. Yang Buddha itu adalah anak anak hasil perkahwinan ayah beliau sebelum ini.
-Kisah bagaimana kegigihan( atas hidayah yang diberikan kepadanya) beliau belajar tentang Islam sejak sewal usia 12tahun. Beliau banyak belajar dengan seorang guru sekolahnya yang memberi perhatian kepadanya dalam pada guru2 lain tak melayan beliau(beliau dahulu di sekolah ialah budak nakal)
-Banyaknya beliau belajar dari guru ini, hinggakan membawa kepada terbukanya hati ayah beliau & ibunya utk kembali jalani hidup sebagai seorang Muslim, iaitu bersolat, berpuasa, berzakat, etc. Ini kerana sebelum ini, ayahnya memeluk Islam, dan hanya pada nama sahaja Islam, tidak solat/tidak puasa/tidak berzakat.
-Beliau belajar di Pakistan(madrasah) secara berulang ulang setiap kali musim cuti sekolah, tanpa meminta bantuan ayahnya, kerana ingin buktikan sebagai seorang Muslim, kita kena gigih bekerja, dan bergantung kepada Allah. Ayah beliau ialah seorang yanmg kaya, punyai 2-3 kilang, begitu juga pakcik2 beliau yg memang kaya.
-Kisah bagaimana beliau & adik beradiknya yang Muslim, berusaha merapatkan hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga lain yang bukan Islam. Selama ini, sejak ayahnya memeluk Islam, hubungan beliau & adik beradik yg Muslim dgn lain2 ahli keluarga adalah tidak rapat, sebab mereka tidak faham tentang Islam. Usaha demi usaha, akhirnya mereka rapat semula. Beliau menceritakan di radio betapa pentingkan kita yang gerakkan usaha utk rapatkan hubungan, dan bukan berharap ahli keluarga non Muslim utk mulakan, sebab mereka(ahli keluarga non Muslim) memang tak faham tentang Islam.Menarik beliau ceritakan, bagaimana akhirnya pada perayaan CNY yg terkini(2011), semasa datang melawat, ahli keluarganya langsung tidak hidangkan makanan tradisional Cina, sebaliknya terus ambil khidmat katering dari Muslim yang berkarakter berkopiah berjanggut!
Ust Ebit Lew bersama kaum keluarganya yang besar semasa perayaan CNY 2011. Credit to FB Ust Ebit for this picture.
Isi utama yang aku ingat dari slot ini petang semalam, dan ingin sampaikan kepada kawan kawan ialah tentang pentingnya kita menangis. Menangis sebab takutkan Allah, menangis untuk minta keampunanNya. Malangnya, umat Islam sekarang lebih banyak gelak(termasuk aku)...dan kalau menangis pun, menangis sebab terkeluar dari program realiti !
Tersentap jiwa aku bila mendengar kata beliau " adakah kita menangis dan sedih akan nasib orang bukan Islam, yang mana kita nampak mereka setiap hari di traffic jem, di pasaraya, di pejabat..mereka baik, cantik, tapi mereka menghuni neraka kerana tiadanya Iman".
Patutnya "kita menangis dan pohon Allah berikan hidayah kepada mereka ini, supaya kita semua dapat masuk ke syurganya". Dan itulah tangisan beliau setiap hari, merayu & memohon pada Allah supaya 6 orang lagi adik beradiknya yang non Muslim, akan mendapat hidayahnya..Begitu juga dengan pakcik makciknya yang baik,tapi masih beragama Buddha.
Akhir kalam, aku titipkan post Ust Ebit Lew ini dalam wall di FB Ikim.FM yang merujuk kepada temubual beliau dalam slot Islam AgamaKu, petang semalam:
"semua dari ALLAH..apa yang telah berlaku,sedang berlaku,dan yang akan berlaku semua dari ALLAH..amin.ALHAMDULILLAH.

ustaz ebit lah fasilitator kita ms kem motivasi di agrotech tempoh hari. orangnya baik dan humble, lucu pulak tu. anak didik dmfk :)
ReplyDeleteOh..bertuahnya awak dah jumpa dia in person. Saya cuma dengar suara dia di radio aja semalam...terasa sifat humble nya cukup dengan dengar suaranya sahaja..
Deleteseronok pulak bc kisah ni. nnti nak dengar radio ikim la ....tp tak tahu siaran dia brapa ek?
ReplyDeleteFrekuensi 91.5FM.
Deleteterharu plak.....lieya pun ade sorang kawan mcm nie...tapi sayangnye keluarga die buang die lepas die peluk islam...nasib baik suami die bagi sokongan pada dia....
ReplyDeleteKlu cerita mualaf ini, my mom juga menerima nasib yg sama. Dibuang keluarga pada mulanya dia memeluk islam but lama kelama2an, my parent berusaha merapatkan hubungan dgn membawa kami adik beradik melawat keluarga yg masih menganut budha.
ReplyDeleteNamun sayang,setelah kedua datuk dan nenek mak passed away beberapa tahun lalu, keluarga kami dan sepupu2 budha sudah tidak berjumpa lagi.
Dulu, raya CNY pun mak raikan sama2 derang. Kang raya kang, depa plak dtg menyambutnya bersama kami. Seronokkkk sgt!
Alhamdulillah ... NUR ALLAH ...semoga kita pun dititipkan kesedaran yang begitu ..
ReplyDeleteKakak pun dengar semalam doc. Masa dia kata bapa dia minta belajar solat tu dengar suara ust pun macam nak menangis kan.. kakak pun terharu sangat. Tapi ustaz dan isteri yg memberi pencerahan itu pun pandai tak adalah terus ajar itu ini tapi dia tawar ayahnya jadi penterjemah utk berdakwah di cina. Pendekatan dia tak sama...
ReplyDeleteDoa anak yg menangis setiap hari mampu membuka hati ayah dan keluarganya sekaligus.
Kakak nampak doc sekarang pun pendengar radio IKIM juga ye:) suka kakak ada kawan blog yg dengar sama radio IKIM...:)
seronok dengar segmen - segmen jam 5 petang di radio Ikim....
Deletekalau petang rabu ,ada ustaz zaharudin.
radio ikim ye...
ReplyDeleteiols jarang sangat2 dengar radio
nanti nak set kat hp...
betapa kerdilnya daku ...
ReplyDelete;(
terima kasih di atas perkongsian ini!
terkilannya ayu tak dengar.
ReplyDeletetapi terima kasih doktor berkongsi.
kalau family berlainan bangsa dan agama ayu tak eprnah jumpa depan mata.. bila baca kisah itu merasai dan sungguh hebat dugannya..
moga mereka sentiasa berbahagia... kita y ada ibubapa melayu, samalah2 sentiasa ingat dan sayang mereka..
saya tak dengar. tapi baca entri ni pun saya rasa sangat terharu.... :)
ReplyDeletemungkin akan cuba mendengar IKIM lebih kerap lepas ni so boleh geng dgn daddyZZ dan kakzakie. :)
Terharu. Setiap kali sy bukak IKIM sblm nie, pasti segmen promosi brg. Nape sy tak berkesempatan dgr kisah yg mcm nie? Mmmm...
ReplyDeleteIndahnya Jumaat hari ni....
ReplyDeleteThanks for sharing :)
Saya suka bersatu pada macam ni... ia boleh membuka persepsi baru untuk rakyat. Ini bukan ancaman kan?
ReplyDeletepB dengar ....
ReplyDeletetapi sikit jer dalam 20 minit terakhir.
memang sebak giler ...
tengoh dok tunggu dalam website ikimfm pulak ...
mesti ada rakamannya
Thanks for sharing this, Dr.
ReplyDeletemoga mereka diberikan hidayah olehNYA..
ReplyDeleteterima kasih berkongsi tentang ini..
boleh la petang2 sy layan ikim, selama ni sy pasang CD je sbb bg sy bila petang xde siaran radio yang best...yg sy dgr pasal tuhan kecil tu kira kebetulan jugak sbb sy sama mcm kak fara..bila nk buka ikim je segmen promosi barang...jrg 'terkena' masa segmen yg menarik macam ni.. :)
ReplyDeletetersentuh akk baca kisah ni
ReplyDeleteselalu jugak mengikut islam agama ku
macma macma cabaran dan dugaan mereka
hebat sungguh jiwa mereka, hebat sungguh pemahaman mereka tentang islam
Nice perkongsian doc... :D
ReplyDeletelike!
ReplyDeletetak terkata plak bila tengok famili pic ustaz Ebit.. rasa kagum sgt..:)
ReplyDeletesaudara munna ada yg kahwin campur belah india.... alhamdulillah lihat dia dan family belah sana sangat erat perhubungan....
ReplyDeletethnx for sharing this doc.
ReplyDeletemuhasabah diri saya sendiri..
muka ustaz dh hilang kecinaan .. nampak macam melayu
ReplyDeleteLast week tgk Hal Ehwal Islam, ustaz Ridhuan tee menangis sbb 2 bulan lalu maknya meninggal dan dia sebagai anak sedih bila tgk mayat maknya dicucuk dan di masukkan bahan pengawet. Dia tk boleh uruskan mayat nya...
terharu baca kisah ini.
ReplyDeletekak ati baru tahu ada cerita di radia tentang
hal saucara baru sbb selalunya suka baca kat utusan
setiap hari jummat rasanya ada kisah saudara baru juga
p/s: kak ati baru tahulah..takdptlah nk join
lagi pun abg wan kerja ahad ini...nz time ok. enjoy yek :)
Assalam...
ReplyDeleteBest dengar cerita ni..Jarang juga buka radio IKIM. Biasanya dengar dalam jam 11 pagi je time masak..
Alhamdullillah..moga hajat Ust. Liew akan berjaya membawa keluarganya yg bukan muslim ke jalan Islam..
ReplyDeleteOkey nak jawab soklan Doc tuh.. - Sekolah Rendah Al-Rahman mmg sekolah private.. di Taman Hussien Onn di Cheras.. dekat laa jugak ngan Cheras Perdana/Carefour
semoga hajat Ust. Liew diperkenankan...insyaallah..aminn!
ReplyDelete*terkedu dan terharu baca ceria mualaf yg komited pelajar tentang Islam bila peluk agak Islam berbanding dgn org2 Islam sendiri yg lalai... nauzubillahh...
DOC:Just sharing!!! Nekcik punya kakak angkat Cina sejak Nekcik umur 12 tahun (di kampong)...beza umur hampir 12thn..kami mesti kena dating setiap hari atau selang sehari..makan sama...(makanan melayu!)..tidor rumah Nekcik...bapak dia akan beli air dan goreng pisang untuk Nekcik minum di pondok (skarang wakaflah ye!)Kami masih rapat sehingga kini..dah 65 masih bujang...dia pun dah mcm orang melayu..tak islam lagi..lain lain semua dia dah buat,puasa Ramadhan sebulan penuh ( Nekcik kna bagi hadiah lagi(suka suka jer),tak makan makanan depa,..yg tak buat lagi..tak pakai tudung,solat,dan mengucapkan syahadah...walaupun slalu dibibir dia..Tu Nekcik sayang dia..tapi Allah tak bukak lagi pintu hatinya...walaupun selalu Nekcik pujuk...sayang kalau jadi mcm ibu Ust Ridhuan Tee...2 minggu skali mesti kami bertelefon!! 40 thn berdakwah..!!tak pro lah kan!!!
ReplyDeleteNekcik, saya ada dengar dan baca, bahawa HIDAYAH itu milik Allah. Kita boleh berdoa minta setiap saat, tapi kalau Allah tetapkan tak dapat, tak dapatlah ia. Nekcik jangan putus asa, kalaupun takdirnya kakak angkat Nekcik tak memeluk Islam hingga ke akhir hayatnya, Insya Allah Nekcik dpt pahala atas usaha gigih selama 40 tahun berdakwah itu! Allah tak tengok hasil, Allah tengok usaha kita ke arah utk mendapatkan hasil itu.
Deletesaya mendengar slot ini semalam....dan saya menangis membaca entry ini.
ReplyDeletekita yg lahir Islam ni selalu lupa akan nikmat Islam tu..
ReplyDeletemudah mudahan kita semua mendapat hidayah dari Allah untuk terus menghidupkan Islam..
sy dpt dgr radio bila naik kereta jer..yerla sy pon bnyk ketawa jer..tersenyum sy bila baca menangis bila terkeluar rancangan realiti hikhik
ReplyDeletebertuah ustaz ebit diberi hidayah oleh Allah..moga harapan beliau dan doa beliau dimakbulkan..aminnn
p/s: pstt kedai tu belakang pos opis taman u hikhik
Assalamualaikum Daddy Ziyyad
ReplyDeleteAlhamdulillah
Syukur
surau taman saya pun selalu didatangi oleh saudara baru
Seronok baca entry nih.sy selalu menangis bila ada apa2 perkara yg melibatkn ibu sy.x tau kenapa.huhuhu
ReplyDeleteAirmata yg takutkan Allah boleh memadamkan api neraka.
ReplyDeleteKena banyakkan menangis kerana mengenangkan dosa2 dan takutkan siksaan Allah
assalam daddy ZZ..tarima kasih kongsikan disini..
ReplyDeleteTerima kasih berkongsi,
ReplyDeleteKita ni lebih ketawa...kalau menangis pun selalunya sebab hal dunia
moga kita semua kekal teguh imannya & sentiasa mengingati Allah..
ReplyDeleteselalunya saudara baru ni, iman diorg lagi kuat daripada orang kita yang sedia lahir islam
ReplyDeletesedih tengok kalau orang yg lahir islam, tapi lebih suka mengamalkan cara hidup bukan islam
insyaAllah, lepas ni dalam doa, aku akan selitkan supaya yang bukan islam akan diberikan petunjuk dan hidayah juga
Allah Maha Besar...
ReplyDeletekite kadang2 alpa.. time kaseh sbb same2 tolong ingat mengingatkan..
dan semoga adik beradik beliau yang non muslim itu dibukakkan hati memelok islam.. aminnn..
Betapa indahnya nikmat hidayah yang Allah berikan pada insan-insan terpilih. Semoga kita semua mendapat iktibar juga daripadanya. Ibu YM juga seorang mualaf dan alhamdulillah, ada juga seorang adiknya yang terbuka pintu hatinya utk memeluk Islam setelah melihat keindahan Islam melalui dirinya.syukur....
ReplyDeleteAlluhuakhbar!!!
ReplyDeleteindahnya nikmat Allah beri. Semoga mereka yg belum mengenali Islam terbuka hati untuk menerima Islam yg mulia ini.
sedeh plak baca entry doc faiz kali ni. semoga Allah SWT memberi hidayah kepada saudara baru kita. Rasa insaf ngan ketulusan hati dorang menerima Islam.
ReplyDeletebertuah kpd mrk y diberikan hidayah oleh allah swt
ReplyDeleteinsan terpilih untuk m,enerima hidayah dr Allah..tulah kata ustz2 betul menangis masa berdoa nescaya doa itu yang sebenarnya..Allah mmg maha pengampun dan pemurah
ReplyDeletesebak hati baca entri nie :(
ReplyDeleteSallam Dr.
ReplyDeleteMereka yang baru memeluk Islam memang rajin mendalami Islam,
mereka beruntung, Kita yang lahir sedia islam kebanyakannya
sering merasa selesa dengan keislaman kita yang sejak dari lahir itu,
kita lah yang rugi.
pernah dengar orang kata menangisi akan dosa2 yang dilakukan boleh memadamkan api neraka.. wallahuallam..
ReplyDeleteni daari youtube segmen ebit lew-
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=NM2BOrDE73c
Subahanallah...perkongsian yang amat baik.
ReplyDeletePerkongsian yang bagus.. Terima kasih atas ingatan dan tulisan ni.. Moga kita sama2 berusaha untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri padaNya..
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeletebila buat2 nangis msa hdp solat insyaallah hati tak kerascm batu..nurul byk nanges lps abah pergi tak kmbali..dr situ perasaan takutkn Allah begitu menebal...smoga perasaan takut nie kakal smpi Allah ambil pergi nnt...insyaallah
ReplyDelete