Thursday, May 17, 2012

Perspektif

Antara sebab kenapa aku suka ke negara kangaroo ni ialah kerana diversity flora & fauna + bentuk mukabumi nya + man made structures nya yang menarik. Tak habis explore lagi. Makanya tahun ni, Insya Allah pada hari raya ke 11, aku akan balik kampung lagi...hehehehe..kampung di Western Australia.

Tengok balik gambar gambar siri perspektif ini membuatkan aku tak sabar nak balik kampung :)

Blue hour di Coogee Beach, Coogee. Pekan kecil ~ 30km dari metropolitan Perth

Busselton Jetty, Busselton. ~ 220km dari Perth. Jeti terkenal sepanjang 1.8km merentasi Geogrape Bay. Di iktiraf sebagai jeti terpanjang di hemisfera selatan. Cerita jeti ni, kalau nak baca :)

Lotterywest Federation Walkway di Kings Park & Botanical Garden, Perth.Walkway sepanjang 620m ini adalah antara tarikan di Kings Park. Sebahagian drpd walkway ini ialah jambatan gantung seperti dalam gambar, yang tingginya ialah 52m dari atas tanah, merentasi rimbunan pohonan eucalypts.

 Hamelin Bay. Teluk yang terletak ~ 300km dari Perth ini terkenal dengan kehadiran ikan pari yang sering bermain di tepi pantai, dan jinak dengan manusia. Teluk ini juga terkenal dengan air lautnya yang sangat biru & cantik.

Early sunrise di Turner St Jetty, Augusta. Tarikan utama di bandar kecil Augusta yang tak jauh dari Hamelin Bay ( ~ 16km) ialah rumah apinya yang dipanggil Cape Leeuwin Lighthouse. Boleh juga mengembara ke gua gua batu kapur yang banyak terdapat dalam radius 10-20km dari bandar Augusta ini. Cerita Augusta kalau nak baca :)

Mini waterfall di Kings Park & Botanical Garden. Ianya adalah man made waterfall.

Valley of The Giants Tree Top Walk di Walpole, ~ 430km dari Perth. Nikmati pengalaman berjalan di atas jambatan gantung merentasi hutan yang dipenuhi pokok tingle.Point tertinggi jambatan gantung ini ialah 40m dari atas tanah.

38 comments:

  1. x nak sponsor cheqna honeymoon kat sini ke??
    kekekeke tetiba ni...

    ReplyDelete
  2. raya ke-11..masih sempat beraya disana...heheheh..






    pssttt...nak FM...:)

    ReplyDelete
  3. sila tunaikan janji ko nak jamu kitorg rendang kangaroo!

    ReplyDelete
  4. Mmg ctk pemandangan sane. Laut die tu...biru betul. Haih! Geram je.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah..
    cantik. Bila ntah nak sampai sana :|

    ReplyDelete
  6. saya paling geram tengok air laut membiru.. walau pun tak reti berenang..tapi rasa macam nak terjun je..

    ReplyDelete
  7. cantiknya...
    terpesona mata memandang...
    teringin di hati nak pegi....

    ReplyDelete
  8. rasa macam tenaang sangat kan... bilaa lah nak sampai...

    ReplyDelete
  9. nak ikut balik kampongggg!!!

    ReplyDelete
  10. Kampung Acu di Vietnam, kampung DaddyZZ di Osteralia, kampung kakcik di KK je...

    ReplyDelete
  11. Ya Allah... canteknye keindahan alam ciptaan TUHAN.. bila lah saya nak jejak kaki ke sana.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  12. been to Perth few years ago, tapi tak sempat nak explore tempat2 yang mcm ni....nanti ada masa mmg nak re visit ke sana....nice country kan....aman dan damai rasanya kat sana.....

    ReplyDelete
  13. memang cantik, patut la doc asyik nak ke sana je ya

    ReplyDelete
  14. bawak laa saya sekali doc ! hehehehe

    ReplyDelete
  15. ada sapa2 sudi sponsor aku pi sana x? Nak tunggu honeymoon ntah bila kan..

    ReplyDelete
  16. owh..ape pun nak meneroka negara Malaysia dulu baru berhajat nak keluar..

    ReplyDelete
  17. Cantik-cantik binaan yg dibina. Kakak tak mampu nak berkunjung ke sana doc...

    ReplyDelete
  18. ouhhh...saya pun rindu juga kg halaman di sydney...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  19. perghh!!...memang cantik kampung mu..:)

    ReplyDelete
  20. Adussss ... untunglah kg die kat tempat cantik begitu.
    Manmade waterfall tu memang indah, macam lukisan!

    ReplyDelete
  21. wohhooo... meronta2 nak ke sana.. never been there... subhanallah cantik sungguh..

    ReplyDelete
  22. keindahan alamnya masih terpelihara, cantik sangat...

    ReplyDelete
  23. alaaaaa syiok nye dia nak balik kampung....


    nak itottt....

    ReplyDelete
  24. gamba ke 4 tu cukup cantik

    yang lain lagi lagi cantik. :)

    ReplyDelete
  25. wah berayo kat Ausie...bukak lagu rayo tak kat sano...hehe

    ReplyDelete
  26. wow great pictures! i can imagine you couldn't stop taking pictures when you be there again! and i would love to revisit Australia with lots of money in my pocket and be able to hit all the nice restaurants and take a long walk around the park! weee

    ReplyDelete
  27. subhanallah...singgah dr blog kak cik...

    kalau sempat sy singgah gathering ahad ni >_<

    salam kenal

    ReplyDelete
  28. Salam, great view, Subhanallah!

    ReplyDelete
  29. subhanallah.. cantik2 gambar.. indah ciptaanNya

    pi balik kampung jgn lupa FM bt ayu ya

    ReplyDelete
  30. MASYALLAHHH.. so cantikk.. tapi i dont think i can afford to bear the cost. aduiii..

    ReplyDelete
  31. cantik nye...
    acu dah lama teringin nak ke sana
    tapi tu lah kawan2 acu tak de pulak la yg bersuara nak ajak
    harap satu hari nanti dapat la acu jejak kaki ke sana juga :)

    ReplyDelete
  32. Jgan lupa bawak ketupat, lomang dan rendang...

    ReplyDelete
  33. Awak jangan lah migrate ke sana...
    :(

    ReplyDelete
  34. bulan 7 ni anak cik ina pegi australia. cik ina kata ngan anak-anak kalau ada duit macam nak pindah kat sana. cam dah boring je ngan suasana kat Malaysia ni : (

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...